Thursday, March 22, 2012
Buruk macam Iblis!
Mula-mula memang cadang hendak update blog ni. Tapi tengok rupa buruk pepalih. Macam Iblis. Ingat blog Iblis tadi.
Okey, tunggu aku cari template yang cantik-cantik sikit, bikin kasi cun, barulah naik rajin nak update selalu.
Adios!
Tuesday, May 10, 2011
Marzuki dan Kadir The Muvie
"Saya sungguh sibuklah, Kadir." Marzuki menjawa ringkas sebelum menghirup kopi Janda Anak 8 yang semakin menyejuk. "Ada bisnes bagus."
"Wah, hebat itu. Kencangkah bisnes engkau itu?" Kadir menyoal lagi sambil mengorder kuih ketayap warna hijau 4 ketul.
"Bisnes ais. Memang kencang. Sekarang pun memang hot." ujar Marzuki dengan tona suara merendah seakan berbisik seraya matanya melilau memerhati sekeliling.
"Astaghfirullahalazim, Marzuki. Kenapa engkau melakukan kerja terkutuk ini? Kenapa? Kalau engaku diberkas, hukuman gantung sampai mati akibatnya. Kau bukan tidak tahu, insaflah.." kata mengggeleng-geleng kepala penuh kesal sambil menunggu kuih ketayap dengan wajah rakus ala-ala biawak mahu menggera anak ayam.
"Aku bisnes ice tube la. Sekarang musim panas. Kalau musim kenduri lagi kencang." Marzuki berkata sambil membelek-belek cawan kopi tahun 1967 yang kelihatan sungguh rare itu.
Kuih ketayap orderan Kadir sudah sampai. Kadir menjamahnya sambil membetulkan ketayap di atas kepala tuan restoran yang kelihatan sangat usang itu.
Wednesday, November 10, 2010
Terima Kasih Daun Keladi Taro
Syukur Alhamdulillah. Saya dengan penuh rasa terharu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu, adik beradik, kakak ipar dan keluarganya, jiran-jiran, kawan-kawan dan sesiapa juga yang membantu menjayakan walimahtularus saya. Walau pun hujan renyai-renyai, semua berjalan lancar dan selesai dengan selamat. Hujan rahmat dan langit redup dari Tuhan.
Terima kasih juga kepada kawan blogger/penulis yang hadir meraikan majlis saya itu. Anda memang rare. Ramai, memang ramai dan mesra semuanya walau pun kebanyakannya tidak pernah bersua. (Brader Relevan Sokmo dan isterinya paling riuh, kata mak aku). Malah ada kawan yang tidak sempat bertemu kerana pulang awal. Ada juga yang tidak sempat berkenalan. Terima kasih saya ucapkan. Hendak sebut semuanya, takut ada yang tertinggal. You know who you are.
Kepada semua, jika ada kekurangan saya pohon ampun dan maaf. Semoga pertemuan kita pada 7hb November 2010 yang lalu tidak akan jadi pertemuan yang terakhir. Semoga kita ketemu lagi di majlis Pakcik Kordi yang sempat membisikkan ke telinga saya sebelum tergesa-gesa pulang ke Temerloh untuk memandikan cicak tokeknya, “Jangan lupa kenduri nikoh koi pada 01 Ramadan 1424. Koi buat de pasar Ramadan Temerloh te je!”
Terima kasih juga untuk ucapan-ucapan dan yang mendoakan kebaikan walau pun dari kejauhan. Amin..
Friday, November 5, 2010
Urusan Seri Paduka Baginda
Tempat: No.333, Jengka 12, 26420, Bandar Jengka, Pahang.
Masa: 12 pm - 4pm.
Monday, October 11, 2010
Pengembaraan Jaka Sambora #2
“Itulah masalah besar di sini, tskkk…” kata si penjual lempeng sambil mengangguk-anggukkan kepala. Kemudian asap rokok nipis-nipis berhembus dari mulut dan hidungnya.
Jaka diam dan tidak menerbitkan sebarang reaksi di wajah. Kunyahan demi kunyahan kepada lempeng diteruskan oleh Jaka dengan tenang.
“Atan Blanka itu samseng. Ketua samseng di sini. Itu mungkin perbuatan anak buah yang mengikut arahannya sahaja.” Muska menyambung penerangannya sambil meneruskan sedutan rokok daun pandannya yang hampir tiba ke tengah.
Nama Atan Blanka langsung tidak menggetarkan jantung Jaka. Bukan itu gerangan manusia yang ingin dicari Jaka. Apatah lagi jenayah yang dilakukan oleh Blanka hanya setakat merosakkan papan tanda, setakat yang diberitahu oleh Muska ketika itu.
“Terlebih dahulu; siapa nama tuan hamba – wahai usahawan lempeng?” tanya Jaka Sambora, sambil mengorek-ngorek sisa lempeng di dalam mulutnya dengan lidah.
“Oh, ya. Nama hamba Muskabiara. Ingat sampai bila-bila nama ini. Tetapi tuan hamba panggil sajalah hamba Muska.” Sambil tersenyum Muska menghulur tangan.
“Hamba Jaka. Seorang kembara jalanan yang ingin mencari kebenaran.” Jaka dan Muska saling berjabat tangan dan berbalas senyuman dengan penuh mesra kemanusiaan. “Tetapi mengapa aneh benar namu tuan Muska. Bunyinya seperti nama orang Russia.”
“Oh, itu nama samaran hamba. Nama di dalam kad pengenalan hamba sebenarnya: Mustafa Kamal bin Abdul Rahman. Kependekannya: Muskabiara,” beritahu Muska disusuli ketawa kecil. Jaka hanya tersenyum mendengar penerangan kenalan barunya itu.
“Begitu rupanya. Nama sebenar hamba Jaka Sambora. Anak kepada Guntur Sambora.”
“Sambora?!” terkejut bukan kepalang Muska demi terdengar nama penuh Jaka hingga letak duduknya bongkok menjadi tegak. Rokok daun pandan dijarinya hampir terlucut. “Tuan Jaka ini cucu Adi Sambora, keturunan Sambora dari Kuala Rado? Ya Tuhan, keturunan Sambora masih wujud rupanya!”
notamaut: sebenarnya sudah hampir 2 bulan aku tak baca semua akhbar bercetak, berita radio dan tv jarang-jarang layan, tukar tiub tak baca langsung dah, dan makin kurang berpikir. aku dok baca benda merepek dan berangan dengan kehidupan macam dalam harry potter, LOTR atau dalam zaman cerita-cerita ninja, shogun dulu. jadi aku main tulis je cerita pengembaraan Jaka Sambora ni. masalahnya sekarang aku dah tak pening pulak nak kembangkan dan sambung. kalau dapat idea aku sambung, amacam? huahuahua...
Friday, October 8, 2010
Pengembaraan Jaka Sambora #1
Langkah Jaka berakhir di suatu pekan. Entah apa namanya pekan itu, Jaka pun masih belum pasti. Jaka tegak berdiri dengan pedang kemas tersisip di belakang lagak tugu seorang pahlawan. Liar-liar ulas mata Jaka mengitari keadaan sekeliling. Kalau-kalau ada papan tanda. Ketika melewati gerbang di simpang masuk ke Pekan tadi, papan tanda hanya bersisa tunggul tiang bagaikan sepasang nesan.
“Inilah akibatnya kalau vandalisme dibiarkan berleluasa. Tiada disiplin langsung!” getus Jaka di dalam hati sambil menggeleng-geleng kepala.
Kesibukan di pekan itu boleh tahan juga dengan keramaian orang lalu lalang mengikut arah tuju masing-masing. Ada yang berjalan, ada yang tergesa-gesa berlari dan ramai juga yang melepak bersilang panggung. Kepadatan pengunjung di beberapa buah warung menjadi penanda aras perkembangan minda penduduk pekan itu.
Deretan kedai, dan adanya penjaja di kaki lima; menunjukkan aliran ekonomi di pekan itu sedang bergerak menuju negara membangun. Ada yang jual telur itik, ada yang jual pisang sebatu, ada yang jual ubat gegat dan bermacam-macam lagi dengan kelakuan masing-masing. Malah ada yang menjual penyapu lidi sambil membuat gimrama tali riben untuk menarik perhatian pengunjung.
Namun mata Jaka akhirnya terlempar juga arahnya ke sebuah gerai berwarna merah jambu. Di gerai itu kelihatan seorang pemuda tinggi lampai sedang aktif membuat lempeng. Di dinding gerai lempeng tersebut tertulis perkataan ‘Lempeng Hutt’ dengan slogan: ‘Lempeng Dahulu Lempeng Sekarang!’
“Mahu menjamah lempengkah, wahai tuan hamba yang bijak add math?” tanya pemuda si penjual lempeng dengan ramah tahap membodek sebaik sahaj Jaka mampir ke gerai.
“Ya, boleh juga. Lempeng apa yang tuan hamba jual ini?” soal Jaka sambil terjenguk-jenguk ke dalam gerai sambil menahan kembang-kempis hidung kerana dipuji ‘bijak add math’.
“Ada tertulis di situ tuan hamba. Tetapi yang paling laris ialah ‘lempeng special inti ikan kelah bersalut keju’,” si penjual lempeng memberitahu.
Jaka segera menelengkan kepalanya memerhati papan tanda kecil yang tertampal di sebelah kanan bahagian atas gerai. Terdapat beberapa jenis lempeng yang dijual digerai Lempeng Hutt rupanya. Ada lempeng kosong, lempeng inti bilis, lempeng inti daging, lempeng inti ayam, lempeng inti kambing, lempeng special inti ikan kelah bersalut keju dan beberapa jenis lempeng lagi siap dengan tanda harga terpampang.
Kemudian Jaka memejamkan mata, dan tangannya menyeluk-nyeluk saku seluar untuk mengira-ngira duit yang ada di dalamnya dengan menggunakan kaedah ‘kamiran berganda’.
“Baiklah, hamba mahu lempeng special inti ikan kelah bersalut keju.” Kata Jaka sambil meneguk air liur setelah pasti duitnya cukup.
“Sebentar untuk hamba siapkan!” kata si penjual lempeng sambil tersenyum dan terus menyediakan lempeng seperti selalu apabila ada pelanggan mahu membeli.
Sambil menunggu ordernya, Jaka terus memerhati keadaan sekeliling, mencari-cari kepastian tentang dimanakah sebenarnya dia sedang berpijak ketika itu. Takut juga Jaka seandainya tersesat hingga ke Mexico, kena tangkap dengan Imigresen sudahnya.
“Apakah gerangannya nama pekan ini?” akhirnya Jaka memuntahkan juga ayat tanya yang sekian lama berlegar-legar di dalam kepalanya setelah gagal mencari sebarang petunjuk.
“Oh, nama pekan ini ialah Santan Berbara,” jawab si penjual lempeng sambil menghulurkan lempeng special inti ikan kelah bersalut keju yang kelihatan berasap seperti asap kemenyan setelah pembuatannya selesai.
“Oh, begitu. Bagus sekali namanya. Kenapa tiada papan tanda di simpang masuk utama pekan ini? Ia amatlah menyulitkan pengembara seperti hamba,” keluh Jaka.
“Tiada papan tanda? Eh, semalam terpacak di situ. Ini tidak lain tidak bukan mesti kerja si Atan Blanka!” kata si penjual lempeng sambil menepuk kuali lempeng dengan penuh kegeraman sebelum menarik sebatang kayu api di bawah kualai untuk mencucuh rokok daun pandan yang sudah tercokeng di mulutnya.
“Atan Blanka? Siapakah gerangannya Atan Blanka?” tanya Jaka sambil mengerutkan dahi sekaligus mengerut-ngerutkan mulut mengunyah lempeng special inti ikan kelah bersalut keju.
Friday, September 17, 2010
Bermunajat di Sepertiga Malam
Suasana dingin. Udara basah. Hujan tumbuh dari langit sejak seawal 3.30 pagi tadi lagi. sudah 4 atau 5 hari begini. Entah apa maknanya. Tapi hujan benar-benar mengejutkan lenaku di awal pagi beberapa hari ini. Aku pun bangkit dari tidur. Bunuh serta merta segala sejuk dan kantuk yang merasuk.
Waktu-waktu dinihari begini memang sesuai untuk bermunajat dan mengadu kepada maha pencipta, yang memerintah alam dan menurunkan hujan lebat ini, detik hatiku macam peserta imam muda. Bukan senang nak bangkit beribadah di sepertiga malam setelah tidur lena ni.
Kemudian dalam keadaan terpisat-pisat aku menuju ke dapur. Nyalakan lampu luar. Dan buka tingkap. Tengok longkang. Bulan puasa dulu dapur rumah mak aku masuk air sebab longkang tersumbat. Mak aku beli selori tanah baja hampas kelapa sawit, longgok tepi rumah. Kalau hujan lebat sangat tanah tu mengalir dan menimbun longkang. Jenuh menimba air yang lari mencilok ke dalam rumah. Kebetulan lantai bahagian dapur rumah mak aku belum dirender. Levelnya lebih rendahlah.
Sejuk pun sejuklah. Yang penting waspada. Selagi tanah baja hampas kelapa sawit itu tak dialih, selagi itulah kena berjaga-jaga. Setelah pasti semuanya selamat, aku masuk selimut dan tidur semula. Begitulah aku beberapa hari ini. Perenggan ke-2 tu tak ada kena mengena pun. Saja aku nak tulis.
Thursday, September 16, 2010
Di Luar Khayalan Filem-filem Tamil
Hari Ahad aku lebih ingat filem Tamil di RTM2 berbanding Melodi di TV3. Kalau sedap aku melekat baring depan TV. Kalau tak sedap makan biskut di dapur saja. Dulu-dulu TV3 pun ada tayang filem Tamil setiap minggu. Sekarang TV3 banyak tayang sinetron Indon merapik-rapik. Dan drama Melayu korporat saham-saham kereta mewah terkini. Cakap Melayu sepatah ditimbun English 20 patah.
Aku suka tonton filem Tamil. Banyak filem Tamil yang sindir dan kutuk politikus, dan pihak polis terang-terang. Dalam filem-filem Tamil juga politikus dan polis sering berkisar padu dalam dunia gengster. Pembikin filem mereka tidak segan-segan mengutuk kepincangan realiti. Jenayah berleluasa. Kedaifan dan kemiskinan yang berpunca dari penindasan tangan penguasa. Dan akhirnya muncul hero.
Dalam keadaan macam-macam sekarang ini; pukul-pukul, cincang-cincang, bakar-bakar, aku harap RTM2 tidak pula mengharamkan filem-filem tamil yang banyak babak aksi gangster. Susah nak tengok orang berlawan dengan aksi terbang dan kesan bunyi yang special. ‘Dush’, ‘debush’, ‘boof’ – filem Tamil saja ada bunyi special macam itu untuk aksi fight.
Jenayah tak ada kena mengena dengan agama seseorang. Tak ada kena mengena dengan bangsa seseorang. Pengaruh filem itu mungkin ada. Tapi sebelum wujud kamera dan filem, orang jahat dah wujud pun sebab tak beriman kepada Allah, tamak dan tak mencintai art sepenuh hati. Kita manusia alaf baharu. Buat apa nak tiru benda bodoh? Tengok sudahlah.
Jadi yang Cina dan India tak payahlah nak tuduh semua Melayu rasis bila ada polis Melayu tembak penjenayah bukan Melayu. Melayu dan India pun tak payahlah nak tuduh semua Cina rasis bila ada orang Cina tak suka azan kuat dan tulisan Jawi. Melayu dan Cina pula tak payahlah nak tuduh semua India rasis bila ada orang India bunuh orang Melayu.
Dan jangan sampai benci dan haramkan kayu hoki pula. Sebab gangster dalam filem Tamil suka bergaduh guna kayu hoki.
Thursday, September 9, 2010
Selamat Menyambut 1 Syawal
Rasa semacam pula nak melepaskan Ramadan. Selepas beberapa bulan aku berhenti blogging, entah mengapa di bulan Ramadan aku produktif sungguh. Macam-macam aku tulis walaupun merepek. Kalau tidak sebulan sekali baru updated.
Jadi aku risau dengan berlalunya Ramadan, aku jadi malas menulis semula. Apakah makan banyak menjadikan manusia jadi malas?
Mungkin juga. Sebab Ramadan kali ini aku sangat kurang makan. Sehari hanya 3 atau 4 cawan nasi. Malah seminggu Ramadan yang pertama aku cuma makan beberapa senduk bubur nasi dan kurma untuk sahur kerana gusi aku sakit.
Sebenarnya makan akan memaksa banyak tenaga pergi ke perut untuk mengisar serta menghadam makanan. Sebab itu otak jadi lemah dan mengantuk apabila makan banyak sangat. Dan sebab itulah Nabi Muhammad makan dalam kuantiti yang patut. Lapar baginda makan, sebelum kenyang baginda berhenti.
Tapi kita kalau kalau Hari Raya ni, rezeki bersepah-sepah macam-macam rupa tak
p/s: Selamat Hari Raya Eidulfitri, maaf zahir dan batin kepada semua kawan-kawan yang pernah berinteraksi dengan aku kalau ada salah silap. Rasanya tak ada. Kalau ada pun terasa, mungkin salah faham dengan maksud sebenar yang aku nak tulis. Jadi, mohon maaf juga. Salam lebaran.
Tuesday, September 7, 2010
Kucing Derhaka
Kucing ini dulu lari dari rumah. Kecil-kecil lagi dah lari. Sebab bergaduh dengan ibu bapanya. Gara-gara cinta terhalang. Boyfrennya itik spesis 'itik gampang'. Mana keluarga tak marah.
Menumpanglah ia di belakang rumah kami. setelah lari membawa rajuk Makanlah sisa-sisa makanan yang kami buang. Tak pernah ucap terima kasih pulak tu. Malaslah nak halau. Rezeki kongsi sama-sama.
Sekarang bila hampir menjelang hari Raya barulah terasa syahdu. Apa lagi bila dengar lagu raya yang didendang penyanyi lama seperti Awie. Tapi masalahnya ia dah lupa jalan balik. Kalau ada tiket bas pun tak guna. Rindu tinggallah ia rindu.
Itulah. Menyesal dahulu pendapatan lebih, meyesal kemudian tak guna lagi. Janganlah mudah-mudah nak lari dari rumah. Lari setempat tak apa.
p/s: Spesis 'itik gampang' tu google la. Ada tu...
Perang Saraf
Selepas iklan Pak Cik Santa TV3 naik beca keluar, lepas tu ditarik balik, macam-macam cerita yang keluar.
Tapi tulisan aku semalam tak ada pun cerita pasal Teori Konspirasi, Dajjal, Freemason dan Illuminati semua tu. Aku cuma cerita tentang seninya membuat lambang-lambang ni. Aku pun tak suruh sesiapa percaya dengan benda-benda bernama ‘teori’ ni. Sudah nama ‘teori’, tentulah belum terbukti benar. Aku pun tak tahu benda ni betul ke tak betul. Nabi pun tak suruh kita percaya terus dengan apa yang sampai ke telinga kita, tapi selidik dulu. Apa lagi di zaman yang penuh dengan fitnah ini.
Dan aku pun tak kata jangan percaya juga. Kalau ada yang nak percaya itu bukan masalah aku. Lantak dia la nak percaya. Bukan aku boleh halang. Jangan sampai dia paksa-paksa aku percaya sudahlah. Tapi apa yang patut diselidik, eloklah kita selidik. Janganlah sampai percaya hidden message yang pelik-pelik, contoh macam kisah lipat-lipat not USD20 tu, keluar gambar bangunan runtuh dan asap, yang kata pelanggaran WTC tu sudah dirancang lebih pada lebih 450 tahun dulu. Itu memang mengada-ngada dan rasa nak sepak masa aku baca dulu.
Senang cerita. Tanya la akal masing-masing. Tak perlu nak perlekehkan orang yang nak percaya, dan tak perlu paksa-paksa serta takut-takutkan orang yang enggan percaya. Dalam dunia ini tak ada satu pun kuasa yang dapat melebihi keizinan Allah. Tak ada satu ikutan pun yang paling selamat selain Quran dan hadis. Tapi sebab kita ni dah sama macam orang jahiliah dulu, dah jauh sangat meninggalkan zaman Rasul kita yang terakhir tu, jadi macam-macam mula masuk ke dalam pikiran kita.
Di hujung-hujung Ramadan dan hampirnya Syawal ni eloklah kita muhasabah diri, tengok sepanjang mana ekor kita, sesingkat mana akal kita. Asyik bangga dengan dosa-dosa tak elok juga. Dan elok juga kita bermaaf-maafan kalau ada salah silap. Lepas raya kalau hidup buat silap lagi, agaknya.
Selamat Hari Eid, maaf zahir dan batin.
p/s: Balik raya ni kalau lalu roadblock,
Monday, September 6, 2010
Iklan Pak Cik Santa Melayu dan Semiotik
Dahulu aku ada terbaca satu temuramah arwah Yasmin Ahmad. Salah satu ungkapan yang masih segar dalam ingatan aku ialah; beliau mendakwa pembikin filem di
Salah satu ciri kehebatan arwah Yasmin Ahmad dalam membikin filem bagi aku ialah meletakkan suatu lambang, biar pun kecil, tapi besar maknanya. Satu contoh yang masih aku ingat ialah suatu adegan di dalam filem ‘Rabun’; di dalam satu babak Kartina Aziz meminta anak saudaranya (tak ingat nama pelakon) membuat satu kerja. Tetapi anak saudaranya itu memberi pula kerja itu kepada Ho Yu Hang. Pada suatu ketika yang lain Kartina Aziz bertanya kepada Ho Yu Hang tentang kadar upah yang diterima setelah mendapat tahu kerja yang Ho Yu Hang buat itu. Ho Yu Hang menjawab RM400 (tak ingat amaun sebenar). Kartina Aziz marah kerana dia memberi upah kepada anak saudaranya RM800 (pun tak ingat). Pada ketika inilah Ho Yu Hang menampar seekor nyamuk dilehernya. Apakah maknanya semua ini?
Ya. Nyamuk itu ialah lambang penghisap darah untuk anak saudara Kartina Aziz itu untuk untung atas angin tanpa perlu bekerja pun. Boleh jadi juga nyamuk itu lambang kaum pemodal/kapitalis. Golongan ini kecil (tidak ramai). Tapi hidup dengan memerah darah orang kebanyakan.
Faham tak? Apa kaitannya dengan sastera? Anda pernah dengar semiotik? Semiotik ialah kajian tentang tanda dan lambang terutamanya hubungan antara tanda dan lambang dengan benda atau idea yang dimaksudkan. Kalau tak faham lagi pergi sekolah.
Karya sastera seperti puisi, cerpen, novel dan skrip drama yang tinggi mutunya sering dihias oleh lambang-lambang bagi tujuan tertentu. Ia tidak dihamburkan secara terus. Ia digerakkan berlapis-lapis dan menyedut penikmatnya masuk ke suatu ruang pikir yang lebih berisi. Contoh kecil: kalau orang gelar kau ‘lembu’. Itu bukan bermaksud kau lembu yang makan rumput tu. Tapi bermaksud kau tu ‘bodoh’, ‘bongok’ atau ‘bahlol’.
Tetapi apa tujuan aku membangkitkan hal ini?
Setelah beberapa hari kecoh isu hal video iklan TV3 ‘Sinari Lebaran’ yang khurafat itu barulah aku ingin mencuit sikit. Tetapi aku tidak minat mahu ulas tentang video itu. Tentang freemason/illuminati pun aku tak mahu tulis. Dah bersepah.
Bagi aku tak salah pun mereka mahu mengkaji. Biarlah. Kalau tidak tepat 100% pun, bagi aku kajian mereka terhadap lambang-lambang yang terdapat di dalam iklan promo tersebut memang ada benarnya juga. Malah beberapa imej yang suguhkan terang-terang mempromo konsep Pluralisme dalam agama.
Ini bukan soal bila kau tonton, akidah kau terpesong. Aku dengar lagu Burzum, akidah aku ok saja. Tetapi nampak tak kanak-kanak dalam iklan tu? Imej ini akan ditanam selama-lamanya dan berulang-ulang di dinding kepala kanak-kanak yang masih belum berisi itu. Itu sahaja. Itulah target mereka. Hasil art work mereka untuk jangka masa panjang. Rom tidak dibina dalam masa sehari.
Jadi tak payahlah nak kata kau ni peminat arwah Yasmin Ahmad la, peminat Uwei Hj Shaari la, peminat Mamat Khalid bla bla bla semua, kaki wayang la, tapi kalau lambang-lambang atau tanda-tanda di dalam iklan khurafat macam itu pun tak boleh baca. Apa yang kau belajar dari arwah Yasmin Ahmad selama ini? Menonton kosong? Entah-entah kau banyak tengok filem Yusof Haslam, Razak Mohiden dan Ahmad Idham saja tak?
Banyak blog yang review filem. Salah satu yang aku suka baca yang Muhammad Yussof ni tulis. Dan nikmatilah hasil sastera/lukisan/arca dan lain-lain sikit-sikit walaupun kita tak minat sangat. Ia mengajar kita bagaimana untuk mentafsir. Sampai bila mahu jadi bangsa Melayu bodoh yang diayam-ayamkan orang lain? Bacalah.
Jadi walaupun tidak serius sangat pun, tentang kajian-kajian freemason/illuminati ni, aku membacanya juga la. Kerana tidak rugi pun baca. Aku pun tidak mengambil pendekatan melulu dengan mencemuh pendapat orang lain. Dan secara kebetulan aku dapati iklan Santa Melayu naik beca tu memang bodoh nak mampus pun. Kalau naik Ferrari tu cerdik laa sikit..kahkahkah!
p/s: Aku tak minat arwah Yasmin Ahmad. Aku peminat Mat Sentul. Mat Sentul punya filem selalu absurd dan banyak lambang juga. Lambang Manchester United tak pernah pulak lagi aku jumpa dalam filem beliau…kahkahkah!
Updated: 8/9/2010, 7:17AM: Ok, siapa yang masuk dan baca ni, sila baca ini: http://rahimin.blogspot.com/2010/09/perang-saraf.html dan ulasan terbaharu Muhammad Yusof ni http://review-filem.blogspot.com/2010/09/iklan-raya.html. Ia lebih tenang dan hampir sama dengan apa yang aku nak maksudkan.
Sunday, September 5, 2010
Backhoe Derhaka

Ia hanya dapat keluar setelah orang ramai yang simpati merayu agar ibu backhoe itumengampunkannya. Peristiwa ini amat menginsafkan. Sesungguhnya di dalam masyarakat backhoe tiada manusia, dan di dalam masyarakat manusia tiada backhoe...
p/s: Jangan main-main, bumi memang boleh menelan. Ingat Meksis dan Selkom je ke suka telan kredit?
Saturday, September 4, 2010
AMMOSHAM a.k.a APEK
Mulanya aku tak mahu update blog ini hari. Sempena akhir-akhir Ramadan ini, aku mahu menumpukan perhatian kepada aktiviti rilek-rilek sambil mendengar bunyi-bunyi mercun, meriam karbaid dan menghidu aroma kuih muih yang dibakar atau digoreng jiran-jiran.
Namun bila Apek (Ammosham) review tentang aku – rasa berdosa pula kalau tak balas. Kepada yang belum pernah tahu tentang beliau, anda boleh ke blog beliau untuk baca review tersebut.
Sama macam Pipiyapong. Aku belum pernah jumpa Apek. Dan aku jumpa blog Apek melalui blog Pipiyapong dan Persekutuan Bekas Perajurit Hardkore. Apek dan Pipiyapong ni berkawan baik.
Apek dulu editor Neon zine. Aku tak pernah baca Neon, tapi dari entri-entri yang aku baca di blog beliau, aku tahu Apek seorang yang tegas, sinis dan kritis, tapi masih bersopan. Mungkin kematangan usia dan pengalaman pergaulan serta pengembaraan rohaninya.
Apek orang kerajaan. Kerja apa aku lupa (sila tanya sendiri). Pernah masuk TV3. Apek seorang jurufoto runcit-runcit dan mempunyai dua buah kamera DSLR, satu Canon 1000D dan satu lagi 5D. Aku nyaris nak beli 1000D beliau dulu.
Mana beliau dapat duit beli kamera mahal? Aku dapat rasa beliau seorang yang berdikari. Pernah beliau ajak aku jadi pengedar. Aku bab mengedar ni memang malas. Bisnes keropok dari Terengganu. Ya, beliau kerja di Terengganu.
Beberapa hari lepas beliau kritik pasal ‘Kacip’ yang berharga RM20. Dan aku ada respon. Bukan aku saja. Jimbo dan Bentara pun ada juga. Cuma respon aku yang seakan-akan pro-Pipiyapong menyebabkan Apek cakap aku menyebelahi Pipiyapong. Sebenarnya tidak. Aku tak sebelah mana-mana. Cuma pendapat aku itu berdasarkan apa yang pernah lalu, dan bersetuju juga dengan sebab-sebab yang dinyatakan oleh Pipiyapong tu. Itu saja.
Apa-apa pun polemik yang dicetus oleh Apek ni sangat berguna kepada Pipiyapong sendiri sebenarnya. Pipiyapong selebriti blog yang ramai pengikut dan silap haribulan ada yang anggap beliau ‘wali blog’ pulak hingga beliau jadi lupa diri. Siapa yang berani kiritik lagi?
Tapi tidak bagi orang macam Apek. Kawan ke, selebriti ke, apa yang beliau perlu kritik, tetap beliau kritik. Baru ada perlawanan pendapat yang sihat. Dan apa yang patut Pipiyapong jawab, telah pun beliau jawab. Diharap semua pun faham kenapa Kacip berharga RM20. Soal setuju atau tidak, hendak atau tak nak beli, itu soal lain.
Apa-apa pun, kebenaran mutlak itu bukan milik manusia. Kita hidup, sentiasa bergerak dan mencari hingga ke titik akhir yang kita sendiri pilih. Memohon petunjuk Tuhan dan saling berpesan-pesan itu amat perlu.
p/s: Bab sajak aku yang keluar Utusan dan ada bau UMNO tu aku tak setuju langsung. Aku tak join mana-mana parti lagi. dan sajak aku tak ada puji-puji siapa-siapa, hanya pesan-pesan saja. Kalau ada peluang jadi PM, ok, boleh juga masuk line politik.
p/s/s: Aku kirim ke Utusan semenjak 2004 lagi sebab masa tu aku malas memblog lagi, dan serius belajar menulis secara mandiri, tak macam sekarang, aku malas dan banyak merapu saja. Dan hanya Utusan yang terima karya-karya aku masa tu. Tak
Friday, September 3, 2010
Antara 'Kacip' dan 'Bukan Deja Vu' yang aku bikin secara D.I.Y
Aku kenal kutu Tempoyang nama Pipiyapong tu bukanlah lama mana pun. Jumpa pun tak pernah. lagi Tapi aku mula baca blog beliau awal-awal 2008. Aku terklik nama beliau dekat link dalam blog Marsli N.O.
Pipiyapong tak femes sangat pun dalam dunia blog ni masa tu. Ye la, aku kalau buka internet masa tu cuma nak baca tulisan Jimadie dan Lutfi. Aku pun dah tak ambil tahu pasal zine, hc punk, underground apa semua ni selepas tahun 1996. Jadi apa hal link Pipiyapong ni ada dalam list Marsli ni? Ini mesti sasterawan ni, terdetik dalam hati aku masa tu.
Kemudian aku pun selalu la baca blog Pipiyapong ni. Tulisan-tulisan beliau mengingatkan aku kepada ruang-ruang pojok yang banyak ada dalam majalah humor seperti Gila-Gila era 80’an dan 90’an. Tetapi komen-komen memang tak banyak lagi.
Oklah. Aku serius. Aku agak keberatan nak menulis benda ni. Tapi bila baca entri Pipiyapong pagi tadi, aku termenung 25 saat, dan aku rasa wajar juga aku tulis benda ni. Sebabnya? No la. Bukan aku nak bodek beliau pun. Dah terlambat aku nak jadi adik ipar beliau. Kah kah kah!
Ye la, yela. Aku serius balik. Pasal buku blog ‘Kacip’ beliau yang berharga RM20 itu. Dengan helaian lebih kurang 100 page, jika ada yang tuduh ‘Kacip’ sudah jadi barang mewah, aku tak boleh nak kata apa untuk defend kutu sorang ni. Tapi sebagai salah seorang pembeli ‘Kacip’, aku meletakkan Pipiyapong berada dihaluan yang betul.
Kenapa aku berani cakap macam tu? Pertama, sebab aku tahu betapa susahnya untuk menghasilkan sebuah karya. Kalau nak tulis merepek pasal pakwe makwe, lepas tu ada tulis ‘huhu’, ‘hoho’, ‘xoxo’, yezza, apa lancau tu semua orang boleh.
Kedua. Betapa susahnya sebagai seorang penulis kecil/indie mahu buat buku. Selepas proses tulis, buku harus dibuat, sebelum jual. Aku, Don Balon, Aliff Mikael dan John Doe antara yang tahu betapa mahalnya kos nak cetak buku secara kilang ni. Masa tu kami buat satu lagi buku bersama tajuk ‘Blues Untuk Rodong’. Kalau buku 100 ke 200 page tu memang gerenti RM7 ke RM9 per buku. Tak
Ketiga. Bab D.I.Y punya kes. Aku rasa bab D.I.Y ni hanya sesuai untuk penulis yang mahu tulisan mereka kekal begitu. Atau play safe, macam aku. Ini tujuan utama aku nak respon entri Pipiyapong pagi tadi. Awal tahun lepas aku buat sebuah buku. Walaupun bukan buku ada nombor ISBN, tapi ia bukan zine potostat lipat kertas A4 jadi A5 lepas tu stapler. Ia memang hampir real siap perfect binding!
Ok, aku cerita. Memang Kumprinx ada email aku dan tanya macam mana nak buat binding machine tu? Aku ada hantar satu free copy kepada Pak Hashim Zabidi, ayah Pipiyapong sebagai tanda menghormati orang pencen yang berbakat besar itu, malah ada review dalam blog Hilang Punca tu (walaupun aku tak pernah mintak beliau review). Aku rasa buku aku tu, yang tajuknya ‘Bukan Deja Vu’ agak cool. Kalau mungkin ada yang kata aku masuk bakul angkat sendiri peduli hape aku. Iya, memang cool! Kau boleh buat?
Tapi secara ikhlas; kalau Pipiyapong tanya aku, ‘Kacip’ tu mahu bikin secara DIY atau keluar kilang? Aku dengan berani akan jawab, pergi suruh kilang buat lagi bagus! Kalau anti industri sangat, aok bukak la kilang sendiri, kemudian print buku sendiri! Kah kah kah!
Ini bukan pasal prinsip ‘punk’ ke apa jadah semua tu. Ini soal macam mana kau nak letakkan nilai pada karya yang kau buat. Bayangkan kalau ‘Kacip’ dihasilkan seperti ‘Bukan Deja Vu’ dihasilkan. Berapa naskah boleh pergi? Sekali lagi aku tegaskan, ini bukan soal ada bakat dan ambil peluang untuk buat duit dengan bakat kau tu. Ini soal nilai.
Aku cuma mampu buat ‘Bukan Deja Vu’ 50 copy saja. Aku tak larat. Kelebihannya cuma satu, ia sold out dalam 3 kali print sahaja dan pada aku kini hanya ada 1 copy saja, dan yang dalam bentuk PDF yang tak minat lagi untuk aku buat walaupun masih ada lagi yang nak beli. Sebabnya aku penat nak membuatnya, kemudian jual dengan harga RM10.
Ok. Kalau ada yang kata: eleh, buku 80 page, print guna Pixma nak jual RM10? Bagi la diskaun bro. Aku tak marah pun kalau ada yang cakap macam tu. Sebab aku tahu orang yang cakap macam tu ialah orang yang tak tahu apa-apa tentang ‘art’. Biarkan. Tak perlu marah.
Tapi tak ada siapa tahu masa tu aku betul-betul sibuk dengan masalah kerja. Badan penat otak penat. Aku beli kertas. Aku beli printer. Aku beli ink. Aku edit tulisan-tulisan aku walaupun macam tak edit kah kah kah. Aku bikin lay out. Aku design cover walau pun macam celaka. Aku beli kertas yang tebal tu. Aku print. Aku potong elok-elok. Aku beli glue gun. Aku binding. Aku beli envelop, setem semua. Aku pergi pejabat pos dan kirim kepada yang mahu. Apa yang aku dapat? Untung? Tenaga dan masa aku belum kira lagi tu. Kertas yang salah print belum masuk lagi! Puh, aku betul punya letih masa tu. Kalau balik modal pun dah kira bagus!
Aku bukan ada kilang. Aku cuma buat dalam bentuk kraftangan. Ok, mungkin ada yang kata aku tak perlu buat semua tu. Aku cuma perlu upload dalam bentuk PDF dan share, share, share. Ok, di mana nilainya? Ini bukan muzik, ini buku beb! Kau boleh pegang dan tatap, kau boleh letak dirak!
Ok lah. Aku tak mahu cerita tentang untung dalam bentuk material sebenarnya. Tapi zaman sekarang untuk buat apa pun wang adalah salah satu dari pemangkinnya, walaupun bukan nombor satu. Kalau boleh semua orang nak benda free, tapi yang dia sendiri punya kalau jual nak mahal-mahal pulak! Kah kah kah!
Tapi pikirkanlah tentang ‘nilai’. Ya, aku beli ‘Kacip’ sebab nilai itu. Aku menghargai apa yang Pipiyapong buat. Kalau kau tahu, dan kalau kau menghargai, hanya ini cara kau boleh bantu sesorang pengkarya itu untuk pergi jauh. Support. Dan sekarang nilai itu ialah wang, walaupun wang bukan tuhan penentu segala. Oleh itu
Aku tak kisah tentang free copy. Tak ada salahnya kalau kau dah balik modal atau untung berkali kali lipat. Aku ada juga bagi free copy. Tapi itu cerita lain. Aku tukar suka sama suka. Contohnya dengan Fazri. Beliau bagi aku zine. Dengan Cik Bayan. Beliau ni bermacam bahan bacaan free kirim ke aku. Tak terbalas aku budi baik beliau. Begitu juga dengan makwe aku. Tak
Baiklah. Aku pun penat nak merapu dah. Tapi itulah. Aku beli ‘Kacip’ yang nipis dan berharga RM20 itu dengan penuh ikhlas kerana ‘nilai’. Salah satu nilainya beliau orang Kuala Lipis. Arwah ayah aku pun orang
Aku pun dah agak benda ni akan jadi. Malas dah nak tulis. Tapi aku pernah cakap dalam review yang aku buat tentang ‘Kacip’ ni. Ia bukan soal kapitalis, ia soal kau benar-benar menilai atau tidak sesuatu ‘art’ itu. Soal buat duit lain cerita!
Apa pun tulisan ini cuma pendapat peribadi aku saja. Kalau ada yang berbeza pandangan, aku tetap menghormatinya. Ia asam garam dalam kehidupan dan semua ada pendapat masing-masing. Kesimpulannya; ‘Kacip’ berada dalam harga patut, dan ada sebab-sebab tersendiri ia berharga RM20. Secara DIY atau mainstream sama saja. DIY murah, tapi buat ikut kilang buku lebih kemas. Pembeli lebih puas hati walaupun keluar duit lebih. Ah, yang penting kita buat apa yang kita mahu, tanpa menyakitkan orang lain. Kita bukan paksa…
p/s: Kepada yang membeli dan yang benar-benar menghargai apa yang aku buat selama ini, walau pun tak ramai mana pun, terima kasih sangat-sangat. Aku anggap ianya suatu kasih sayang tahap Gaban kahkahkah. Kepada beberapa orang yang selalu tanya tentang ‘Bukan Deja Vu’, aku memang dah tak ada buku tu. Hanya ada 1 copy buat kenangan. Nanti kalau ada masa, lepas raya aku
Dari Kaver Depan ke Kaver Belakang...
Maka terbukalah pintu kubur. Maknanya pindahlah kita dari hidup fana kepada hidup baqa, dari hidup dunia kepada hidup akhirat. Demikianlah kita menempuh hidup; lahir, berjuang dan akhirnya mati.
Betapa juapun kita harus percaya, bahawa kebaikan juga yang menang. Sebab asal-usul kejahatan kita bukan jahat, hanya baik semata. Kalau kejahatan pernah menang hanyalah lantaran dorongan hawa nafsu. Bila nafsu telah reda, kebaikan jualah yang kita junjung. Sebab itu hendaklah kita percaya penuh dengan Iman dan baik sangka kepada Tuhan. Itulah Falsafah Hidup."
p/s: Ini bukan aku tulis. Ini blurb dari sebuah buku bertajuk ‘Falsafah Hidup’, salah satu karya Prof. Dr. Hamka yang berjaya aku beli. Aku mana reti nak tulis power-power macam beliau Pakai kopiah pun jarang-jarang. Memondok pun tak pernah…

Thursday, September 2, 2010
Mintak Ferrari 1000 Bijik
Dalam Felda tempat aku tinggal ni ada macam-macam umat manusia. Perangai tentulah berza-beza. Ada yang baik, baik sangat. Sampai buruh Lombok Felda tu, macam anak sendiri la dilayannya. Betul. Aku tak tipu. Tak ada siapa kacau Lombok-Lombok ni walaupun orang di Indon tu bukan main garang lagi, macam babun nak ganyang Malaysia. Kalau yang jahat, memang jahat la. Malas nak cerita.
Tapi yang paling aku benci sekarang yang spesis bawa motor tersengih-sengih sambil SMS. Ada pulak tu bawak motor perlahan saja, tapi remp (perah) minyak tak henti-henti sepanjang jalan. Ada yang naik motor ramai-ramai penuh satu jalan dalam kadar kelajuan 20km/j. Macam laknat. Tapi yang paling celaka sekali yang bawak laju dalam kampung sambil pandang ekzos atau pandang belakang.
Pukul 10:40 pagi tadi mak aku call, satu biji motor langgar kereta adik aku dekat satu selekoh panjang. Langgar depan-depan pulak tu. Kalau pikir memang tak logic boleh langgar. Rupanya dia bawak motor pandang belakang masa nak ambil lap hingga tersasar laluan, kata saksi. Adik aku siap boleh brek dan berhenti sikit punya lama tengok dia datang, budak tu dah dekat baru paling muka. Apa ke bahlol nya bawak motor macam tu?
Teruk juga kereta adik aku. Bumper percah, bonet kemek, tangki air bocor, cermin depan pecah. Tapi ada insurans. Budak tu pun teruk juga. Kepala pecah, menggelitik-gelitik lagi masa aku sampai. Hidung berdarah. Alhamdulillah hidup lagi. tak tahu la ada insurans ke tak ada. Itu la, jalan kampung, bawak laju-laju, pandang belakang, siapa suruh? Kepala penuh ke?
Dalam keadaan macam tu aku tak minat nak salah menyalah. Kalau adik aku mintak ganti rugi pun, aku tahu mak bapak budak tu entah nak bayar entah tidak. Budak tu lagi la tak mampu nak bayar, agaknya. Jadi ke hulu ke hilir aku menolong adik aku buat report tadi. Untuk claim insurans. Dah setel semua. Duduk satu kampung. Apa-apa hal cerita baik-baik, walaupun kering tekak aku hari ni.
Mak aku dan adik aku cool saja tadi. Tapi entah kenapa aku pun boleh cool juga. Aku ni kadang-kadang mudah juga naik angin kalau lapar. Kena pulak budak spesis tak sihat macam tu. Kokak-kokak maki hamun keluar juga. Tapi semacam ada suatu bisikan halus suruh aku bertenang dan bersabar; kerana kebaikan jugalah yang perlu kita junjung.
Ah, aneh betul perangai aku hari ni. Jangan-jangan malam tadi aku bertemu Lailatulqadar kot? Dan hati suci aku kini disinari cahaya Ramadan.
p/s: kalau jumpa Lailatulqadar mintak Ferrari 1000 bijik sedap juga…
Wednesday, September 1, 2010
Analogi Basikal dan Bukit Ramadan
Emak aku kata; puasa ni macam kayuh basikal naik bukit. Dari 1 Ramadan kayuh. Tuju ke puncak. Memang terasa makin penat. Bila sampai ke 15 Ramadan dan mahu melepasinya, kita boleh turun perlahan-lahan tanpa kayuh lagi. Tak teruk sangatlah maksudnya tu.
Entah dari mana mak aku kutip analogi ini aku tak tanya. Dulu aku percaya juga. Sebab dari mula-mula belajar puasa, itulah dia asyik ulang. Hendak memberi semangat kepada aku agaknya. Dari psikologi ada benarnya juga. Sepatutnya bila sudah 2 minggu, tubuh kita sudah biasa dengan rasa menahan lapar tu. Tapi sekarang aku hanya sengih sahaja bila mak asyik ulang-ulang ayat tu.
Mungkin sebab zaman sekarang orang sudah ramai tak naik basikal. Kutu-kutu pun mampu beli kereta. Buruk-buruk pun kereta juga. Atau pun paling kokak ada motor bikin. Jadi tak perlu naik basikal lagi, yang lambat hendak sampai ke puncak 15 dan seterusnya ke garisan 30 Ramadan.
Sebab itulah agaknya ada yang boleh pecut dalam masa setengah hari saja sudah boleh sampai 1 Syawal. Hebat mereka ni. Selalu aku nampak, mereka dah boleh bawak makwe, makan minum, dan hisap rokok dalam kereta. Atas motor pun ada yang minum air tebu dan hisap rokok. Malah dalam tandas awam pun bersepah pembungkus makanan dan minuman.
Jadi tentang basikal dan bukit Ramadan yang mak aku selalu cakap itu tak relevan lagi. Sekarang zaman kenderaan bermotor. Semua orang mahu pantas.
Untuk tidak bersangka buruk, aku anggap mereka mungkin kerja buruh binaan atau buruh ladang. Dua kerja ini aku pernah buat dan memang penat sangat badan walau pun otak rilek saja. Lagi pun mungkin darurat, Islam tak pernah menyusahkan umatnya.
p/s: Tapi kalau tak puasa pun janganlah menunjuk bangga sangat. Bukan aku nak heran sangat pun. Ingat aku terliur sangat ke? Kalau tabor not RM50 satu guni ada la respek juga. Kah kah kah!
Tuesday, August 31, 2010
Pengucapan Kebebasan Yang Luar Biasa
pasang adalah nafasku
kulitku dari garam
suaraku dari angin
mataku telah kuberikan
pada bulan tak menjelma
hati dan empedu
pada ikan tak bernama
aku adalah dada laut
lepas bebas
dari akar dan paut
A LATIFF MOHIDIN
Hamburg, 17 September 1966
P/S: Aku pun tak tahu nak cerita apa. Tak ada kisah menarik sangat tentang Merdeka ni. Tentang kesusahan zaman British, Jepun, Komunis semua aku dengar dari mulut orang-orang lama. Bukan aku yang rasa. Yang aku ingat, setiap kali 31 Ogos cuti sekolah. Dan arwah ayah aku ajak menoreh getah atau mengutip sekerap. Aku ikut. Itu antara kenangan manis walaupun waktu itu aku rasa bosan. Tapi hari ini, pertama kali 31 Ogos jatuh dalam bulan Ramadan dalam riwayat hidup aku. Dan tadi pagi mak aku bising pasal ikan Jemuduk harganya RM20/kg. Ikan tak ada yang chantek-chantek. Mahal saja lebih di hari Merdeka ni...
Thursday, August 26, 2010
Cerita-ceriti: Pakcik Leman Lambreta Hilang Selera Makan
Pagi masih dingin. Embun menitis panas simpati. Pertemuan tiada awal akhir. Rumput-rumput menghijau kelihatan segar dan ngam untuk dimakan lembu dan kambing. Mergasatwa menyanyi bukan main blues lagi. Demikialah dijadikan Tuhan. Alam ini indah dan menyimpan perlbagai rahsia pemilik-Nya yang tidak terjangkau oleh pemikiran agen-agen CIA.
Di suatu sudut bumi bertuah, kelihatan seorang lelaki tua sedang memulas ariel TV. Orang itu ialah Pakcik Leman Lambreta. Mencari siaran terbaik untuk menonton Malaysia Hari Esok. Kerana pengacara wanitanya cun walaupun banyak yang gagap dan lebih banyak buat bunyi er, er, er sahaja.
“Abu Kassim, balik kerja petang nanti tolong beli Pizza Hottest sebijik!” kata Pakcik Leman Lambreta yang menghentikan pemusingan ariel TV pesen lamanya, yang teralih akibat ditiup angin monsun tenggara.
“Laa, makan
“Aku bukan apa Abu Kassim,” ujar Pakcik Leman Lambreta jujur sekali. “Hari-hari makan
“Aboh ni, cakap laa awal-awal. Tak payah beli pizza Hottest laa. Kalau nak laju apa kata Maghrib ni kita buka puasa atas RXZ catalyzer saya. Saya bawak, aboh makan
Tidak sempat membuka mulut untuk ayat seterusnya, Abu Kassim sudah berada di atas ariel TV, tersangkut tidak bermaya dengan rambut sikat tepinya kelihatan kusut masai ditibai Pakcik Leman Lambreta. Semua mergasatwa bercempera melihat Pakcik Leman Lambreta membuat lompat bintang tak henti-henti kerana menahan kemarahan hati emasnya.