Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

Tuesday, September 7, 2010

Perang Saraf

Selepas iklan Pak Cik Santa TV3 naik beca keluar, lepas tu ditarik balik, macam-macam cerita yang keluar. Ada kata ini kerja Freemason/Illuminati. Ada kata ini dakwah kristianisasi. Ada yang cakap Teori Konspirasi. Ada yang cakap orang itu bodoh orang ini pandai. Aku pun tulis juga la semalam. Sebab nak tumpang bagi hit blog aku yang tak popular ni. Nanti ada orang google ‘iklan TV3’ dan sesat ke sini. Kah kah kah!


Tapi tulisan aku semalam tak ada pun cerita pasal Teori Konspirasi, Dajjal, Freemason dan Illuminati semua tu. Aku cuma cerita tentang seninya membuat lambang-lambang ni. Aku pun tak suruh sesiapa percaya dengan benda-benda bernama ‘teori’ ni. Sudah nama ‘teori’, tentulah belum terbukti benar. Aku pun tak tahu benda ni betul ke tak betul. Nabi pun tak suruh kita percaya terus dengan apa yang sampai ke telinga kita, tapi selidik dulu. Apa lagi di zaman yang penuh dengan fitnah ini.


Dan aku pun tak kata jangan percaya juga. Kalau ada yang nak percaya itu bukan masalah aku. Lantak dia la nak percaya. Bukan aku boleh halang. Jangan sampai dia paksa-paksa aku percaya sudahlah. Tapi apa yang patut diselidik, eloklah kita selidik. Janganlah sampai percaya hidden message yang pelik-pelik, contoh macam kisah lipat-lipat not USD20 tu, keluar gambar bangunan runtuh dan asap, yang kata pelanggaran WTC tu sudah dirancang lebih pada lebih 450 tahun dulu. Itu memang mengada-ngada dan rasa nak sepak masa aku baca dulu.


Senang cerita. Tanya la akal masing-masing. Tak perlu nak perlekehkan orang yang nak percaya, dan tak perlu paksa-paksa serta takut-takutkan orang yang enggan percaya. Dalam dunia ini tak ada satu pun kuasa yang dapat melebihi keizinan Allah. Tak ada satu ikutan pun yang paling selamat selain Quran dan hadis. Tapi sebab kita ni dah sama macam orang jahiliah dulu, dah jauh sangat meninggalkan zaman Rasul kita yang terakhir tu, jadi macam-macam mula masuk ke dalam pikiran kita.


Di hujung-hujung Ramadan dan hampirnya Syawal ni eloklah kita muhasabah diri, tengok sepanjang mana ekor kita, sesingkat mana akal kita. Asyik bangga dengan dosa-dosa tak elok juga. Dan elok juga kita bermaaf-maafan kalau ada salah silap. Lepas raya kalau hidup buat silap lagi, agaknya.


Selamat Hari Eid, maaf zahir dan batin.





p/s: Balik raya ni kalau lalu roadblock, cuba tunjuk ‘jari hantu’ kat polis atau JPJ tu. Apa reaksi diorang? Kalau mereka marah, kenapa? Siapakah yang mencipta ‘art of sign’ jenis ini? Bilakah ia dicipta? Mengapa ia dicipta? Kah kah kah!

Saturday, September 4, 2010

AMMOSHAM a.k.a APEK

Mulanya aku tak mahu update blog ini hari. Sempena akhir-akhir Ramadan ini, aku mahu menumpukan perhatian kepada aktiviti rilek-rilek sambil mendengar bunyi-bunyi mercun, meriam karbaid dan menghidu aroma kuih muih yang dibakar atau digoreng jiran-jiran.


Namun bila Apek (Ammosham) review tentang aku – rasa berdosa pula kalau tak balas. Kepada yang belum pernah tahu tentang beliau, anda boleh ke blog beliau untuk baca review tersebut.


Sama macam Pipiyapong. Aku belum pernah jumpa Apek. Dan aku jumpa blog Apek melalui blog Pipiyapong dan Persekutuan Bekas Perajurit Hardkore. Apek dan Pipiyapong ni berkawan baik.


Apek dulu editor Neon zine. Aku tak pernah baca Neon, tapi dari entri-entri yang aku baca di blog beliau, aku tahu Apek seorang yang tegas, sinis dan kritis, tapi masih bersopan. Mungkin kematangan usia dan pengalaman pergaulan serta pengembaraan rohaninya.


Apek orang kerajaan. Kerja apa aku lupa (sila tanya sendiri). Pernah masuk TV3. Apek seorang jurufoto runcit-runcit dan mempunyai dua buah kamera DSLR, satu Canon 1000D dan satu lagi 5D. Aku nyaris nak beli 1000D beliau dulu.


Mana beliau dapat duit beli kamera mahal? Aku dapat rasa beliau seorang yang berdikari. Pernah beliau ajak aku jadi pengedar. Aku bab mengedar ni memang malas. Bisnes keropok dari Terengganu. Ya, beliau kerja di Terengganu.


Beberapa hari lepas beliau kritik pasal ‘Kacip’ yang berharga RM20. Dan aku ada respon. Bukan aku saja. Jimbo dan Bentara pun ada juga. Cuma respon aku yang seakan-akan pro-Pipiyapong menyebabkan Apek cakap aku menyebelahi Pipiyapong. Sebenarnya tidak. Aku tak sebelah mana-mana. Cuma pendapat aku itu berdasarkan apa yang pernah lalu, dan bersetuju juga dengan sebab-sebab yang dinyatakan oleh Pipiyapong tu. Itu saja.


Apa-apa pun polemik yang dicetus oleh Apek ni sangat berguna kepada Pipiyapong sendiri sebenarnya. Pipiyapong selebriti blog yang ramai pengikut dan silap haribulan ada yang anggap beliau ‘wali blog’ pulak hingga beliau jadi lupa diri. Siapa yang berani kiritik lagi?


Tapi tidak bagi orang macam Apek. Kawan ke, selebriti ke, apa yang beliau perlu kritik, tetap beliau kritik. Baru ada perlawanan pendapat yang sihat. Dan apa yang patut Pipiyapong jawab, telah pun beliau jawab. Diharap semua pun faham kenapa Kacip berharga RM20. Soal setuju atau tidak, hendak atau tak nak beli, itu soal lain.


Apa-apa pun, kebenaran mutlak itu bukan milik manusia. Kita hidup, sentiasa bergerak dan mencari hingga ke titik akhir yang kita sendiri pilih. Memohon petunjuk Tuhan dan saling berpesan-pesan itu amat perlu.


p/s: Bab sajak aku yang keluar Utusan dan ada bau UMNO tu aku tak setuju langsung. Aku tak join mana-mana parti lagi. dan sajak aku tak ada puji-puji siapa-siapa, hanya pesan-pesan saja. Kalau ada peluang jadi PM, ok, boleh juga masuk line politik.


p/s/s: Aku kirim ke Utusan semenjak 2004 lagi sebab masa tu aku malas memblog lagi, dan serius belajar menulis secara mandiri, tak macam sekarang, aku malas dan banyak merapu saja. Dan hanya Utusan yang terima karya-karya aku masa tu. Tak kan aku nak hantar ke Washington Post atau Daily Planet pulak. Walaupun orang cakap macam-macam pasal Utusan, tapi aku tabik Utusan dalam bab menbangunkan sastera tanah air. Cuma bab politik tu yang boring sikit. Gossip artis dan sukan tu ok saja…

Friday, September 3, 2010

Antara 'Kacip' dan 'Bukan Deja Vu' yang aku bikin secara D.I.Y


Aku kenal kutu Tempoyang nama Pipiyapong tu bukanlah lama mana pun. Jumpa pun tak pernah. lagi Tapi aku mula baca blog beliau awal-awal 2008. Aku terklik nama beliau dekat link dalam blog Marsli N.O.


Pipiyapong tak femes sangat pun dalam dunia blog ni masa tu. Ye la, aku kalau buka internet masa tu cuma nak baca tulisan Jimadie dan Lutfi. Aku pun dah tak ambil tahu pasal zine, hc punk, underground apa semua ni selepas tahun 1996. Jadi apa hal link Pipiyapong ni ada dalam list Marsli ni? Ini mesti sasterawan ni, terdetik dalam hati aku masa tu.


Kemudian aku pun selalu la baca blog Pipiyapong ni. Tulisan-tulisan beliau mengingatkan aku kepada ruang-ruang pojok yang banyak ada dalam majalah humor seperti Gila-Gila era 80’an dan 90’an. Tetapi komen-komen memang tak banyak lagi. Ada pun 1, 2 atau paling banyak 5, 6 termasuk komen replied beliau sendiri. Kadang-kadang tak ada pun komen. Daif sungguh. Tapi hari ni ia suatu pembangunan yang menggalakkan, walaupun belum boleh celen blog ‘ZackZuhairi Realiti Konspirasi’. Kih kih kih!


Oklah. Aku serius. Aku agak keberatan nak menulis benda ni. Tapi bila baca entri Pipiyapong pagi tadi, aku termenung 25 saat, dan aku rasa wajar juga aku tulis benda ni. Sebabnya? No la. Bukan aku nak bodek beliau pun. Dah terlambat aku nak jadi adik ipar beliau. Kah kah kah!


Ye la, yela. Aku serius balik. Pasal buku blog ‘Kacip’ beliau yang berharga RM20 itu. Dengan helaian lebih kurang 100 page, jika ada yang tuduh ‘Kacip’ sudah jadi barang mewah, aku tak boleh nak kata apa untuk defend kutu sorang ni. Tapi sebagai salah seorang pembeli ‘Kacip’, aku meletakkan Pipiyapong berada dihaluan yang betul.


Kenapa aku berani cakap macam tu? Pertama, sebab aku tahu betapa susahnya untuk menghasilkan sebuah karya. Kalau nak tulis merepek pasal pakwe makwe, lepas tu ada tulis ‘huhu’, ‘hoho’, ‘xoxo’, yezza, apa lancau tu semua orang boleh.


Kedua. Betapa susahnya sebagai seorang penulis kecil/indie mahu buat buku. Selepas proses tulis, buku harus dibuat, sebelum jual. Aku, Don Balon, Aliff Mikael dan John Doe antara yang tahu betapa mahalnya kos nak cetak buku secara kilang ni. Masa tu kami buat satu lagi buku bersama tajuk ‘Blues Untuk Rodong’. Kalau buku 100 ke 200 page tu memang gerenti RM7 ke RM9 per buku. Tak kan nak jual RM10? Kalau nak semurah RM3 boleh, kau kena cetak sampai 3000 naskah! Kau nak buat apa banyak bagak macam tu? Kau ingat kau Richard Nixon? Kau ingat kau Deep Thrroat? Kau ingat kau Johan Jaaffar? Kau ingat kau Al Capone boleh letak senapang atas dahi orang, dan paksa mereka beli buku kau? Kah kah kah!


Ketiga. Bab D.I.Y punya kes. Aku rasa bab D.I.Y ni hanya sesuai untuk penulis yang mahu tulisan mereka kekal begitu. Atau play safe, macam aku. Ini tujuan utama aku nak respon entri Pipiyapong pagi tadi. Awal tahun lepas aku buat sebuah buku. Walaupun bukan buku ada nombor ISBN, tapi ia bukan zine potostat lipat kertas A4 jadi A5 lepas tu stapler. Ia memang hampir real siap perfect binding!


Ok, aku cerita. Memang Kumprinx ada email aku dan tanya macam mana nak buat binding machine tu? Aku ada hantar satu free copy kepada Pak Hashim Zabidi, ayah Pipiyapong sebagai tanda menghormati orang pencen yang berbakat besar itu, malah ada review dalam blog Hilang Punca tu (walaupun aku tak pernah mintak beliau review). Aku rasa buku aku tu, yang tajuknya ‘Bukan Deja Vu’ agak cool. Kalau mungkin ada yang kata aku masuk bakul angkat sendiri peduli hape aku. Iya, memang cool! Kau boleh buat?


Tapi secara ikhlas; kalau Pipiyapong tanya aku, ‘Kacip’ tu mahu bikin secara DIY atau keluar kilang? Aku dengan berani akan jawab, pergi suruh kilang buat lagi bagus! Kalau anti industri sangat, aok bukak la kilang sendiri, kemudian print buku sendiri! Kah kah kah!


Ini bukan pasal prinsip ‘punk’ ke apa jadah semua tu. Ini soal macam mana kau nak letakkan nilai pada karya yang kau buat. Bayangkan kalau ‘Kacip’ dihasilkan seperti ‘Bukan Deja Vu’ dihasilkan. Berapa naskah boleh pergi? Sekali lagi aku tegaskan, ini bukan soal ada bakat dan ambil peluang untuk buat duit dengan bakat kau tu. Ini soal nilai.


Aku cuma mampu buat ‘Bukan Deja Vu’ 50 copy saja. Aku tak larat. Kelebihannya cuma satu, ia sold out dalam 3 kali print sahaja dan pada aku kini hanya ada 1 copy saja, dan yang dalam bentuk PDF yang tak minat lagi untuk aku buat walaupun masih ada lagi yang nak beli. Sebabnya aku penat nak membuatnya, kemudian jual dengan harga RM10.


Ok. Kalau ada yang kata: eleh, buku 80 page, print guna Pixma nak jual RM10? Bagi la diskaun bro. Aku tak marah pun kalau ada yang cakap macam tu. Sebab aku tahu orang yang cakap macam tu ialah orang yang tak tahu apa-apa tentang ‘art’. Biarkan. Tak perlu marah.


Tapi tak ada siapa tahu masa tu aku betul-betul sibuk dengan masalah kerja. Badan penat otak penat. Aku beli kertas. Aku beli printer. Aku beli ink. Aku edit tulisan-tulisan aku walaupun macam tak edit kah kah kah. Aku bikin lay out. Aku design cover walau pun macam celaka. Aku beli kertas yang tebal tu. Aku print. Aku potong elok-elok. Aku beli glue gun. Aku binding. Aku beli envelop, setem semua. Aku pergi pejabat pos dan kirim kepada yang mahu. Apa yang aku dapat? Untung? Tenaga dan masa aku belum kira lagi tu. Kertas yang salah print belum masuk lagi! Puh, aku betul punya letih masa tu. Kalau balik modal pun dah kira bagus!


Aku bukan ada kilang. Aku cuma buat dalam bentuk kraftangan. Ok, mungkin ada yang kata aku tak perlu buat semua tu. Aku cuma perlu upload dalam bentuk PDF dan share, share, share. Ok, di mana nilainya? Ini bukan muzik, ini buku beb! Kau boleh pegang dan tatap, kau boleh letak dirak!


Ok lah. Aku tak mahu cerita tentang untung dalam bentuk material sebenarnya. Tapi zaman sekarang untuk buat apa pun wang adalah salah satu dari pemangkinnya, walaupun bukan nombor satu. Kalau boleh semua orang nak benda free, tapi yang dia sendiri punya kalau jual nak mahal-mahal pulak! Kah kah kah!


Tapi pikirkanlah tentang ‘nilai’. Ya, aku beli ‘Kacip’ sebab nilai itu. Aku menghargai apa yang Pipiyapong buat. Kalau kau tahu, dan kalau kau menghargai, hanya ini cara kau boleh bantu sesorang pengkarya itu untuk pergi jauh. Support. Dan sekarang nilai itu ialah wang, walaupun wang bukan tuhan penentu segala. Oleh itu cuba elakkan mintak free, ok. Kau boleh tanya beliau, ada aku mintak free copy dengan beliau? Pergi SMS beliau sekarang. Tak ada. Kalau mintak pun bukan dapat juga! Ok aku bergurau. Kah kah kah!


Aku tak kisah tentang free copy. Tak ada salahnya kalau kau dah balik modal atau untung berkali kali lipat. Aku ada juga bagi free copy. Tapi itu cerita lain. Aku tukar suka sama suka. Contohnya dengan Fazri. Beliau bagi aku zine. Dengan Cik Bayan. Beliau ni bermacam bahan bacaan free kirim ke aku. Tak terbalas aku budi baik beliau. Begitu juga dengan makwe aku. Tak kan nak berkira? Kah kah kah.


Baiklah. Aku pun penat nak merapu dah. Tapi itulah. Aku beli ‘Kacip’ yang nipis dan berharga RM20 itu dengan penuh ikhlas kerana ‘nilai’. Salah satu nilainya beliau orang Kuala Lipis. Arwah ayah aku pun orang sana. Kalau bukan aku support orang tempat aku, siapa lagi nak support? Nak harapkan orang jahat nama Lampam tu? Kah Kah Kah!


Aku pun dah agak benda ni akan jadi. Malas dah nak tulis. Tapi aku pernah cakap dalam review yang aku buat tentang ‘Kacip’ ni. Ia bukan soal kapitalis, ia soal kau benar-benar menilai atau tidak sesuatu ‘art’ itu. Soal buat duit lain cerita!


Apa pun tulisan ini cuma pendapat peribadi aku saja. Kalau ada yang berbeza pandangan, aku tetap menghormatinya. Ia asam garam dalam kehidupan dan semua ada pendapat masing-masing. Kesimpulannya; ‘Kacip’ berada dalam harga patut, dan ada sebab-sebab tersendiri ia berharga RM20. Secara DIY atau mainstream sama saja. DIY murah, tapi buat ikut kilang buku lebih kemas. Pembeli lebih puas hati walaupun keluar duit lebih. Ah, yang penting kita buat apa yang kita mahu, tanpa menyakitkan orang lain. Kita bukan paksa…


p/s: Kepada yang membeli dan yang benar-benar menghargai apa yang aku buat selama ini, walau pun tak ramai mana pun, terima kasih sangat-sangat. Aku anggap ianya suatu kasih sayang tahap Gaban kahkahkah. Kepada beberapa orang yang selalu tanya tentang ‘Bukan Deja Vu’, aku memang dah tak ada buku tu. Hanya ada 1 copy buat kenangan. Nanti kalau ada masa, lepas raya aku cuba buat dalam 5 copy untuk cetakan limited edition. Tapi kalau rajin la. Kah kah kah!

Thursday, August 19, 2010

Kafka dan Gregor Samsa

Orang femes mesti kena google...

‘Gregor Samsa’ kalau tak silap aku aku nama watak dalam satu cerpen sasterawan Yahudi tersohor, Franz Kafka yang bertajuk ‘Metamorphosis’. Aku pun pernah tanya si Penny G Samsa a.k.a Salleh Gregor Samsa tentang ini suatu ketika dahulu. Memang namanya diambil dari nama watak itu, lelaki yang mendapati dirinya telah menjadi seekor serangga gergasi apabila bangun suatu pagi!


Ada orang google nama ‘Penny G Samsa’ dan masuk blog aku. Baru semalam aku tahu apa yang berlaku. Itu pun selepas Don Balon forward sesuatu ke email aku. Wah, tak sangka. ‘Samsa’ sudah famous sekarang. Ramai orang cari dia!


Hurm, aku tak mahu komen apa-apa. Aku antara silent reader blog ‘Bintang Kertas’ masa mula-mula berblog dulu. Aku pun ada juga tinggal beberapa komen dekat blog ‘Bintang Kertas’ itu. Samsa ni Cuma ada tinggal satu komen sahaja di blog aku. Lama-lama aku jarang-jarang ke blog dia dan tak ingat sampailah semalam.


Untuk berlaku adil, bagi aku secara pribadi; gaya penulisan dan bahasa si Salleh Gregor Samsa ini memang bagus, provokatif dan ada gaya tersendiri. Aku suka membaca apa yang beliau coretkan, walaupun ada yang aku tidak setuju sama sekali. Membaca dan tidak bersetuju itu soal lain.








p/s: Aku bercadang nak mandi bunga di waktu tengahari di atas puncak kubah Masjid Putrajaya sebagai jalan singkat untuk jadi famous. Ada cadangan lain tak?

Tuesday, March 9, 2010

Bertemu Ramah dengan Pengeteh Tegar

Sebab sibuk sangat memikirkan jawaban temuramah dengan aktivis Palestin yang kuat mengeteh ni, sampai tak sempat aku nak update blog (padahal baru semalam beliau email). Berani betul beliau menemuranah aku. Beliau tak tahu agak aku ini penyegan. Sampaikan kalau orang jemput makan kenduri pun, memang aku pergi makan punya la.
Anda boleh baca hasil temu ramah itu di sini.

Tuesday, May 26, 2009

Perjumpaan Blogger Bersatu tajaan Mr. Blind.

Mr. Blind ada chat dengan aku di Facebook. Beliau ajak bikin perjumpaan untuk semua para blogger.

Setakat ini aku belum pasti tujuan perjumpaan itu. Apakah mungkin Mr. Blind bercadang hendak menubuhkan parti politik baru? Atau beliau mahu bikin satu union blogger yang membela sesama blogger? Ataukah main bola tamper tepi pantai? Sama-sama kita saksikan dalam perancangan yang akan beliau lakukan.

Bagi aku, semua bergantung kepada ruang masa dan kesempatan untuk serta. Setakat ini aku cuma boleh tanya, berapa ramai yang mahu join? Sebab mr.blind minta aku tanya dan war-warkan diblog aku.

Info lanjut boleh didapati di PBB (perjumpaan blogger bersatu) yang sedang di perkatakan di sini. Dan di sini.

Dengar cerita Ban Ki Mon akan memberi ucaptama. Itu pun kalau Ban Ki Mon rajin bangun pagi. Syabas la kalau macam tu. Ada syarikat air kotak yang sudi nak taja juga. kata Mr.Blind. Kalau dia tipu, tipulah aku. Ha Ha Ha.