Assalamualaikum. Apa khabar? Mesti baik. Kalau tak baik, jahat laa.
Mula-mula memang cadang hendak update blog ni. Tapi tengok rupa buruk pepalih. Macam Iblis. Ingat blog Iblis tadi.
Okey, tunggu aku cari template yang cantik-cantik sikit, bikin kasi cun, barulah naik rajin nak update selalu.
Adios!
Showing posts with label Saja. Show all posts

Thursday, March 22, 2012
Tuesday, December 23, 2008
Mungkin Entri Terakhir Untuk Tahun Hijrah Ini.
(Belum Ada Judul)
Ketika kau potong-potong lidah kami
Anjing-anjing di kakimu melenking-lengking
Mengangguk-anggukkan kepala
Mengodek-godekkan ekor
Tapi sejarahlah yang berdarah.
Sungguh suatu masa nanti
Apabila anak-anak kami jadi bisu
Dan terpaksa meminta-minta
Dengan lidah orang lain
Kehinaanlah yang akan terjunjung di kepala mereka.
Tapi aku mohon kau umur panjang
Kalau boleh jangan mati-mati
Agar bila anjing-anjing kau telah mampos semuanya
Bolehlah aku lastik kepala takukmu!!!!!!
Amacam, sajak ni boleh lepas media cetak mainstream tak? HA HA
Nasi Tambah: Selamat tahun baharu Hijrah. Kalau Rock sangat pun, sayangilah agama, bahasa dan budaya kita. Bak kata Max Cavalera (soulfly, x-sepultura), “selepas merantau buat tour ke seluruh dunia, baharulah saya sedar, negara dan budaya saya sendirilah (Brazil) yang paling indah!”. Tapi dengan berkata begitu Max Cavalera tak di kira rasis pun!
UPDATED: Qaseh cakap tulisan aku kasar. Kasar ke? SHIT lagi dahsyat la Qaseh. Maaf, aku dah malas nak edit. HA HA

Wednesday, December 17, 2008
Kedai Serbaneka Kepala Busut Aok!!!
Malam itu aku keluar dari hutan Kuala Tembeling melewati kehujanan. Hampir jam 12 sampai rumah. Mandi dulu. Takut ada ‘benda’ menumpang. Kemudian masuk tidur.
“Woi, ubat nyamuk ada Chong?”
“Mei yo maaa.”
Tiu nia ma ka cibet. Baru lagi aku beli. Aku pakai tak sampai dua lingkar. Tinggal rumah tak sampai seminggu. Kutu lain jangan harap nak membeli. Memakai saja tahu. Pesen berjimat yang menyakitkan hati.
Nyamuk pula punya la banyak. Nak pecut kipas laju-laju sejuk sangat. Keluar Bandar Jerantut nak beli ubat nyamuk. Semua kedai tutup. Tak macam negara maju langsung.
Budak-budak melepak depan 7E ramai. Macam bagus sangat melepak situ. Aku pun ke situ juga. Sekor-sekor pandang. Aku nak lempang tak ada motif langsung pun nak buat macam itu. Kalau dia orang lempang balik mampus aku. Biarlah dia orang.
Aku masuk 7E.
“Cik, ubat nyamuk ada?”
“Ubat nyamuk? Tak ada.” budak perempuan 7E jawab.
“Er, lingkaran nyamuk. Lingkaran nyamuk ada?” aku tanya lagi. Mana la tahu dia bengap dan ingat ubat nyamuk itu macam 'ubat cap kaki tiga' ka. Memang bengap sangat la kalau fikir begitu.
“Tak ada bang. Memang kami tak jual benda-benda gitu.”
“O…” berlalu kecewa bersama angin malam. Macam lagu Broery itu.
Bodoh punya 7E. Kata kedai serbaneka. Ubat nyamuk pun tak ada? Lemang jangan mimpi la. Tanda-tanda kiamat kecil agaknya kalau 7E jual.
Malam itu aku siat kertas bekas telur, bakar dalam bilik. Macam kamar perbomohan pun ada dia punya atmosfera!!!

Thursday, September 25, 2008
Walau siapa pun yang jadi Menteri Pengguna aku tetap tak puas hati sebab harga gula kalau nak naik sebulan dah umum dan gula hilang dari pasaran
Hari tu aku pam petrol dalam tangki RM100. Malam keluar berita TV cakap selepas pukul 12am petrol bakal turun 15sen. Aku rugi 3.5 liter. Semalam sekali lagi. Aku tuang RM100 malam berita TV cakap nak turun lagi 10 sen. Aku rugi 1.6 liter.
Woit, apasal tak nak kasi tahu awal-awal nak turun harga petrol...?!! Tak ada la aku tuang banyak-banyak. Apasal tak naikkan lagi harga petrol sampaiRM3? Boleh tengok orang beratur panjang-panjang dan tengok orang marah-marah. Aku pulak dah tuang banyak. Untung 3.5 liter kan?

Apahal minyak turun orang ramai tak marah-marah?
Subscribe to:
Posts (Atom)