Suasana dingin. Udara basah. Hujan tumbuh dari langit sejak seawal 3.30 pagi tadi lagi. sudah 4 atau 5 hari begini. Entah apa maknanya. Tapi hujan benar-benar mengejutkan lenaku di awal pagi beberapa hari ini. Aku pun bangkit dari tidur. Bunuh serta merta segala sejuk dan kantuk yang merasuk.
Waktu-waktu dinihari begini memang sesuai untuk bermunajat dan mengadu kepada maha pencipta, yang memerintah alam dan menurunkan hujan lebat ini, detik hatiku macam peserta imam muda. Bukan senang nak bangkit beribadah di sepertiga malam setelah tidur lena ni.
Kemudian dalam keadaan terpisat-pisat aku menuju ke dapur. Nyalakan lampu luar. Dan buka tingkap. Tengok longkang. Bulan puasa dulu dapur rumah mak aku masuk air sebab longkang tersumbat. Mak aku beli selori tanah baja hampas kelapa sawit, longgok tepi rumah. Kalau hujan lebat sangat tanah tu mengalir dan menimbun longkang. Jenuh menimba air yang lari mencilok ke dalam rumah. Kebetulan lantai bahagian dapur rumah mak aku belum dirender. Levelnya lebih rendahlah.
Sejuk pun sejuklah. Yang penting waspada. Selagi tanah baja hampas kelapa sawit itu tak dialih, selagi itulah kena berjaga-jaga. Setelah pasti semuanya selamat, aku masuk selimut dan tidur semula. Begitulah aku beberapa hari ini. Perenggan ke-2 tu tak ada kena mengena pun. Saja aku nak tulis.
12 comments:
kerana kau kekasihhhh...bermunajat di sepertiga malam...memohon wangi bunga di kaki syurga(terima kasih-loving born)
keh ingatkan aoklah satu - satunya Fahri(ayat - ayat Cinta) versi Malaysia, tapi idak rupanya.
kehkehkeh....
ingat tadi nak buat calon menantu...
kensel
→ : digeruni dan dimusuhi
Para 2 tu elok, baik dan cantik.
selamat raya
kekekeh!!!!tanoh te buat tnm lada molek dak!
ingatkan bangun pegi jamban kat luor. hahaha
Ah cepoih..intro dah sedak.Ending lari la pulok...
aku mengambil serius ttg perkara ini. aku rase semua rkn2 setuju dgn cadangan aku. tq kwn2!
aku kekadang baca n3 ko nih poning la...ke aku ni slow???
melankolik dua tiga menjak ni.
aok kenapa?
Keep up the good work!
Thanks for sharing.
cerita dewasa / cerita 17 tahun / cerita panas
cerita sex / cerita abg / cerita bokep / gambar bokep
abg hot / gambar hot / cerita horny / cerita hot
Post a Comment