Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Friday, November 5, 2010

Urusan Seri Paduka Baginda

Kepada kawan-kawan blogger/kawan lama/penulis/siapa-siapa terbaca pengumuman ini, yang ada kelapangan, terutama yang tinggal berdekatan, dengan segala hormatnya dijemput hadir untuk menjamu selera di majlis sempena perkahwinan saya pada 7hb November 2010 (Ahad).

Tempat: No.333, Jengka 12, 26420, Bandar Jengka, Pahang.

Masa: 12 pm - 4pm.

Monday, March 1, 2010

Perutusan Penting: Semenanjung Register

‘Semenanjung Register’. Hanya beberapa hari sahaja lagi fanzine ini akan terbit. Ini adalah peluang untuk anda membaca/menatap sesuatu yang berbeza di tangan. Hari-hari baca di skrin komputer jemu juga apa. Ianya sebuah fanzine kolektif hasil kerjasama penulis-penulis bawah tanah yang baik hati seperti geng Wonderpets. Sesiapa yang berminat boleh dapatkannya dari:

1. Mat Yi

2. Fazri

3. Nervous Distro

4. Convert (yr) Mind Distro

5. Pissart Record
6. Corerockmoon Distro

Kalau anda segan nak berurusan dengan mereka dan mahu beli dari aku boleh juga. Tetapi aku tidak menyimpan zine ini. Jadi aku hanya ambil zine ini dari mereka dan pos kepada anda. Jadi aku hanya ambil mengikut jumlah untuk yang diorder sahaja. Ianya terhad. Harga yang dijangka ialah harga patut iaitu RM4 (termasuk pos).

Maka bagi yang mahu menyokong atau memiliki zine yang teramatlah rare ini, yang tak akan dijumpai di mana-mana kedai buku selain di atas, dan akan jadi klasik gila 10 tahun akan datang, bolehlah drop komen atau email aku di rahiminidris[at]hotmail[dot]com atau akulatomi[at]yahoo[dot]com.

Sekian,
Terima kasih.

Thursday, December 3, 2009

PUNGPANG zine #1: Mari Kita Lihat Siapa Yang Kena!


Setelah berbincang pung pang pung pang dengan kawan-kawan PBB (Pertubuhan Blogger Bersatu), maka bersetujulah ahli-ahlinya nak buat zine versi cetak sebagai kenang-kenangan untuk tatapan masakini dan generasi akan datang. Kebetulan PBB dah setahun wujud. Aktiviti pulak tak ada langsung. Sekadar gathering dan majlis buka puasa sendiri-sendiri sahaja. Lepas tu gossip dekap Fesbuk. Jadi idea membikin zine ni amatlah bagus. Asyik versi blog je kan, sesekali nak juga tulisan kita boleh letak atas meja atau rak buku!

Oleh kerana ini isu sulung, zine yang diberi nama PUNGPANG ni, yang bernaung di bawah PBB, menjemput siapa-siapa yang sudi hendak menyumbang sebarang karya. Tak kiralah nak tulis cerita sedih ke, lawak bodo ke, politik ke. Jangan mencarut lebih-lebih dah la. Buat saja la sajak, cerpen, lukisan, artikel, berita, joke, pantun, review buku dan muzik, syair gurindam jampi serapah apa jadah hantar je la. Nanti pandai la diorang pilih. Dan jemputan ini terbuka kepada semua.

Sebarang pertanyaan boleh tanya dekat blog PBB. Dekat Fesbuk pun boleh. Pandai-pandailah korang. Semua karya dan pertanyaan boleh juga diemail ke adm.pbb[at]gmail[dot]com. Manalah tau malu-malu nak tanya secara terbuka.

Jadi apa lagi? Siapa-siapa yang dah ada idea boleh la mula. Jangan la harap sangat tulisan kita ni dapat keluar dekat majalah DBP, Utusan Malaysia, BeritaHarian, Herald Tribune atau sinar harian tu. Jangan malu-malu. Tulis dan hantar je. Tak ada orang nak baca, kit abaca sendiri. Tak ada orang nak beli, kita beli sendiri. Yang penting, boleh juga cerita dekat jiran-jiran, kita ada zine ha ha. Cool!

Aku pun join ni woi! Tulis dan hantar la. Secepat mungkin. Siapa lambat dia jadi boye!
p/s: Selamat berkunjung ke blog PBB, okey?


Tuesday, November 24, 2009

Kenangan yang Terciplak

Aku kalau boring saja, makan megi. Kalau boring makan megi. Kadang-kadang tak larat juga nak membeli megi. Jadi aku tulis la sajak. Nak tulis novel panjang sangat. Jemu nok mampeh.

Aku menulis bukan la serius mana pun. Hanya bila aku menulis sajak baru aku rasa serius. Kalau setakat entri dekat sini, aku rasa banyak yang merepek saja lebihnya.

Jadi aku nak upload sajak-sajak aku yang aku tulis masa aku boring-boring dekat blog satu lagi. Mulanya aku nak upload dekat sini. Tapi sebab ada entri aku yang pernah kena ciplak (tu pun disedari oleh Cik Biskutrajin ), aku nak upload sajak-sajak di cantuman kata tu la. Dah lama aku buat blog tu. Cuma dibiarkan kosong saja selama ini. Sekarang aku dah upload la sikit-sikit. Selamat sikit. Menyampah apa kena ciplak. Rasa nak menyepak pun ada. Letih apa cari idea, hoh!

Jadi siapa-siapa yang nak masuk, sila tinggalkan email dekat bawah ni. Aku malas nak cari email korang satu-satu. Siapa tak minat puisi tak apa. Tak payah masuk. Tempat terhad. Ada 90 readers saja lagi.

Ingat, daripada buat kerja menciplak, lebih baik jadi cleanar dekat sekolah. Dapat juga KWSP.

Thursday, July 31, 2008

Dua Berita Kematian

Setiap hari akan ada saja daun-daun yang jadi luntur warnanya. Akan ada saja yang gugur dari tangkainya. Pohon-pohon yang terungkai akarnya dan rebah meski sekian lama terus cuba mencecah matahari. Setiap saat kita bagai kapal bergerak menempuh lautan waktu menuju ke sana. Muaranya yang tak lain tak bukan tempat kita bakal berhimpun nanti.
Saban saat juga kita berlumba mengejar entah apa. Kemahsyuran, kemewahan harta benda, kekuasaan dan entah apa lagi yang membikin segalanya menjadi kekelamkabutan. Setiap saat begitulah manusia. Begitulah kita. Begitulah aku. Berkejaran untuk hidup dengan keinginan masing-masing. Dengan niat masing-masing. Berfikir bagaimana untuk hidup saban waktu. Kadang-kadang terlupa bertanya kepada diri untuk apa kita hidup?
Pagi ini aku terima dua berita pemergian insan yang baik semasa hayatnya. Pertama tadi pagi. Ibu kepada kawanku saudara Azli Ismail telah pun pergi menghadap Maha Pencipta. Kemudian sebentar tadi. Selepas membaca blog saudara Shamsudin Othman baru aku tahu SN S. Othman Kelantan bapa kepada penulis SM Zakir juga telah tiada lagi di dunia yang fana ini.
Takziah juga kepada seluruh ahli keluarga mereka yang terlibat menempuh ujian ini. Dan sebagai saudara seagama marilah kita sedekahkan AL-FATIHAH buat dua insan yang baik itu. Semoga setiap budi mereka jadi sinar peneman yang paling cerah. AL-FATIHAH.
P/S: Entri ini saya tulis secara spontan. Jika ada kekurangan harap maafkan.

Thursday, July 24, 2008

Pengumuman Kepada Kawan-kawan Blogger / Announcement For Friend-friend Blogger

(Version Language English After This Article)
Dah beberapa bulan aku berblog. Nampak macam mudah saja tulis blog ni. Tapi susah sebenarnya. Nak cari idea satu hal. Nak susun ayat pun masalah juga. Cari perkataan-perkataan yang benar-benar menggiurkan. Baru dapat terbit satu entri. Bahasa pun kena jaga juga. Seboleh-boleh walaupun bahasa aku macam bahasa majalah kartun, tapi aku nak hasilkan tulisan yang berseni. Aku sebenarnya kembali belek-belek tulisan-tulisan Allahyarham Malungun, Adi Alhadi, Akula MD, Matt Romeo dan banyak lagi tulisan macam ni di dalam majalah Gila-Gila yang aku simpan. Bahasa Melayu pun tak boleh tercemar sangat. Tak berapa bagus. Susah juga tu.
Tapi sambutan terhadap blog aku tak la hebat sangat buat masa ni. Biasa-biasa saja. Namun terima kasih juga kepada kawan-kawan yang rajin beri komen. Ada yang sangat membina. Dan ada yang sangat-sangat membina. Yang meruntuh tak ada lagi. Tapi kalau ada aku tak peduli pun. Lantak la.
Oh, ya. Dua hari ni aku ada nampak tiga orang pelawat dari luar negara. Masing-masing dari Great Britain, Jepun dan Indonesia. Timbul pula rasa kasihan. Pelawat Indon tu mungkin faham. Yang dua lagi tu entah la. Tak pasti pula mereka tu orang Malaysia yang berhijrah ke atau bukan. Jadi untuk lebih adil aku sediakan la juga entri dalam versi Bahasa Inggeris. Tujuannya supaya mereka tak anggap aku mencarut kepada George W Bush. Kalau orang asing tak faham juga nak buat macamana? Memang kena masuk kelas Bahasa Inggeris balik semula la orang Jepun dan Great Britain tu!

Perhatian: Sesiapa yang nak paut blog aku ni silakan. Dibenarkan sama sekali. Kalau boleh jangan malu-malu maklumkan pada aku. Nanti senang aku paut balik blog orang yang paut tu. Baru adil. Kalau nak paut tanpa beritahu pun tak apa. Aku tak marah pun. Malah aku ucapkan terima kasih banyak-banyak. Ok, blah dulu!
(Version Language English)
Done several month I berblog. See like easy just write blog this. But difficult actually. Want search idea one case. Want to arrange sentence also problem too. Search word-word which correct-corret ravish. New got publish one entry. Language also strike watch also. Secan-can although language I like language magazine cartoon, bat I want outcome transcription which artistic. I actually return operate on transcription- transcription Allahyarham Malungun, Adi Alhadi, Akula MD, Matt Romeo and many more transcription like this in magazine Mad-Mad which I save. Language Melayu also not can dirty very. Not how much good. Difficult also too.
Bat to receive toward blog me not la terrible very make time this. Common-common merely. Bat accept love also four friend-friend which industrious give comment. Have which very build. Have which very-very build. Which overthrow not have more. Bat if have I not to care also. Hammering down la.
O, yeah. Two day this I have see three people visitor from out country. Salty-salty from Great Britain, Japan and Indonesia. Emerge likewise sentiment pity. Visitor Indonesia too maybe understand. Which two more too who knows la. Not sure they that people Malaysia which emigration ke or not. Happen for more justice I ready la also entry in version language English. Objectivenya in order that they not to judge I obscene to George W Bush. If people foreign not understand also wand make how? Of course strike enter class language English back re la people Japan and Great Britain too!

Concern: Who-who want link blog I to sit cross-legged. Right equal semultiply. If can don’t shy-shy known to I. Stay easy I link back blog people which link too. New justice. If want link without give know also not what. I not hungry also. Rather I speak give love much-much. Ok, split first!