Showing posts with label Satira. Show all posts
Showing posts with label Satira. Show all posts

Wednesday, December 23, 2009

Berita Terkini Enjin Hilang

Hari semalam aku kena pergi ke Jerantut pagi-pagi buta lagi. Terpaksa temankan Zack. Dia baru beli kereta second hand. Baru gila babi belinya walaupun kereta buruk. Petang kelmarin dia dapat. Orang yang jual tu hantar senja-senja dah. Kereta buruk dah nak barai. Jenis Volkswagen, atau Zack panggil woksegen. Zack memang dah lama nak sangat pakai kereta tu.

“Woi, cepat la, kang tutup kedai spare part kang!” Zack menjerit dari depan rumah aku. Pada hal baru pukul 7.15 pagi. Jenis suka makan kasut agaknya. Kedai tukang tilik pun tak bukak lagi.

Setelah masuk kereta, kami pun gerak. Zack tersengih-sengih membayangkan entah apa. Jangan-jangan Zack imaginasi bawak Sarah Raisudin pergi funfair main baling tin dapat hadiah anak patung agaknya.

Gek, gek, gek, grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr…krek krek kteh kteh kteh pis!

“Ah, sudah…” kata Zack. Aku rilek saja. Apa nak buat. Kereta buruk memang mudah meragam sikit.

Zack pun turun macam hero pomen. Aku tengok saja kelakuan Zack. Malas tunjuk handal sangat. Zack cepat-cepat ke bonet hadapan kereta woksagennya yang ada macam-macam warna itu.

“Hoh, hilang la! Siapa curi enjin kereta aku ni?!! Dah tak…”

Tak sempat habis ayat. Zack terpukang dalam longkang dengan mulut berbuih sebab muka kena 'rubber stamp' dengan kasut aku. Aku segera menalipon tow truck demi kemudahan anggota tubuh badan.

Kereta woksegen Zack tiba-tiba sahaja bermutasi jadi teksi kerajaan Nepal. Soalnya, di manakah kedudukan enjin kereta woksegen Zack itu sekarang?

Tuesday, December 15, 2009

Drama Pendek: Jaka Sembung Mendidik Anak Tunggalnya

Sinopsis

Kisah seorang mekanik motor dan anaknya yang bercita-cita menjadi pemain saxophone profesional.

Watak

SAMEON Seorang remaja menunggu SPM yang bercita-cita hendak menjadi pemain saxophone tapi tak nak bei sendiri.

JAKA SEMBUNG Seorang mekanik. Bapak kepada Sameon yang sudah dua tahun menduda.

ONG TEE KEAT Pembantu di bengkel Jaka Sembung.

ARAHAN
Muzik mendayu-dayu di sampuk bunyi burung-burung kelicap menghirup madu sayup-sayup. Lokasi di sebuah dapur yang lebih kurang saja rupanya. Jaka Sembung sedang menuang air dalam botol air berbentuk buaya.


SAMEON
Bapak, lu nak ke mana tu. Tak sarapan dulu ke? (memandang Jaka Sembung sambil mengunyah cekodok)

JAKA SEMBUNG
Ke bengkel la, ke mana lagi (tanpa memandang Sameon).

SAMEON
Hari minggu sesekali rest la pak. Badan tu nak pakai lama.

JAKA SEMBUNG
Tu motor saleh buta tu, tak siap lagi overhaul? Kamu bukannya nak tolong pun. (mengetatkan penutup botol air sambil berpaling memandang Sameon kemudian mencebik).

SAMEON
Ni cekodok banyak-banyak gua masak ni, siapa nak telan ni? (buat dahi berkerut dan mata bulat).

JAKA SEMBUNG
Lu telan la. Seumur hidup, baru ni first time gua tengok lu masak, apa gila gua nak telan? Ni mesti ada apa-apa ni. Seram a gua.

SAMEON
Mesti la pak. Gua ni, tak kan lu tak kena. (ketawa kecil)

JAKA SEMBUNG
Dah agak (suara merungut). Nak apa cepat cakap. Gua nak gi operasi dah ni.

SAMEON
Nanti balik belikan saxophone seketul. Gua nak jadi pemuzik macam Kassim Selamat la. (muka tersengih-sengih)

JAKA SEMBUNG
OK la, OK la. Nanti balik gua sambar la seketul.

SAMEON
Cekodok ni sedap pak!

JAKA SEMBUNG
Blah la. Gua nak makan kat kedai janda Noni je ni karang. Nak mengorat Sally anak dia yang sekelas dengan lu tu!

SAMEON
Ptuih!! (bersembur cekodok dari mulut)

Pause.

Di bengkel. Lagu latar ialah Highway Star dendangan Deep Purple dari sebuah radio buruk. Kelihatan Jaka Sembung sedang membuka blok sebuah motor vespa. Ong Tee Keat pula sedang mengetip kuku sambil terjelir-jelir lidah).

JAKA SEMBUNG
Woi, lu buat apa tu Ong? Ular ka? (menjerit)

ONG TEE KEAT
Mana ada boss. Nak buat apa lagi? bagi la arahan…(mengangguk anggukan kepala).

(Jaka Sembung garu-garu kepala sekejap)

JAKA SEMBUNG
Hah, tu, ekzos buruk tu, lu nampak tu? (sambil menunjuk ke arah seketul ekzos buruk yang berlobang-lobang di suatu sududt bengkel) Kau otosol ekzos tu sampai berkilat.

ONG TEE KEAT
Okey, boss! (bangun dengan segera dan menabik)

Pause.

Di garaj depan rumah Jaka Sembung. Kelihatan Sameon sedang bermain-main dengan kucing hitam milik seorang jiran. Sameon merentap-rentap ekor kucing tersebut.

SAMEON
Yea, yea! (kesukaan sebaik nampak Jaka Sembung balik. Kucing hitam milik jirannya itu di campak ke atas atap) Mana saxophonenya pak? (sebaik dihampiri Jaka Sembung).

JAKA SEMBUNG
Ada dalam bonet belakang tu pergi ambik sendiri. Gua nak bersenam ni (sambil berlari setempat laju-laju). Apa nak jadi budak ni (membebel dengan suara menggumam). Aku ni pun tak sembahyang lagi ni (suara dalam hati).

SAMEON
(membuka bonet) Bapak ini bukan saxophone, ini ekzos la. Macamana nak main lagu P. Ramlee???!!! (menjerit).

JAKA SEMBUNG
Lu bersiul je la!!! (menjerit sambil membuat lompat bintang).

TAMMAT
Keluar kredit title diiringi lagu instrumental Jangan Tinggal Daku secara bersiul.

Monday, December 7, 2009

Menangani Pokok Misteri Berpuaka

Petang semalam aku dah siap-siap asah aku punya chainsaw. Tuang minyak hitam. Tuang petrol campur 2T. Cuci spark plug. Langir limau lipis tak buat la. Baik buat langir kepala aku sendiri. Tujuannya senang nak guna bila-bila masa. Dah lama juga aku tak menggunakannya untuk menumbangkan balak. Risau juga. Nanti hilang pulak otot-otot Rambo aku.

Trut! Trut!

Trur! Trut!

Tiba-tia henpon aku berbunyi. Lamunan aku terhenti. Memang tak boleh tengok orang senang sikit manusia ni. Angan-angan menjadi model iklan chainsaw dengan badan berotot macam Sylvester Stalone punah ranah dan jadi tak mengikut skrip asal.

“Hello, ngapenya weh?” aku menanya terus. Malas nak bersalam-salam dah. Mulut tengah mengunyah kuih cekodok panas.

“Di senang dok weh? Ada pokok misteri la. Keh, tebang tak tumbang-tumbang!” kawan aku bagi cerita tak sedap pagi-pagi lagi dah. Kalau cakap nak sedekah Isuzu Trooper ke aku boleh la berkira juga. Tolong ganti puasa dia sebulan pun aku sanggup.

“Nanti la keh datang!” aku membentak dengan berlagaknya.

Orang Pula Tawar, Jerantut; bab berborak ni memang first prize. Kena pulak benda-benda tahyul. Pungkor ya amat. Pokok tebang putus tak tumbang la. Langsuir jubur berapi la. Hantu guni la. Sampai ke arwah Tok Mat Kilau yang dah lama meninggal itu pun ada juga yang buat cerita nampak arwah tu hidup lagi. Kalau M Daud Kilau tu memang aku percaya, ada la juga aku nampak tergelek-gelek menyanyi dalam TV.

***
“Mana pokoknya?” tanya aku dengan tak sabar-sabar nak membalak.

“Te ha. Doh buat muka, balas belakang, tak tumbang-tumbang juga. Berpuaka gamoknya. Misteri weh!" Kawan aku tu tunjuk-tunjuk pakai muncung. Tangan pegang botol air. Jenis tak bersivik sangat dah budak sesari ni.

Inilah rupa pokok misteri yang dikatakan tebang tak tumbang itu. Tak purba langsung.

Aku memandang pokok yang dikatakan misteri itu sambil menggeleng-gelengkan kepala. Inilah pengaruh TV. Orang putih, orang Korea, orang India buat filem hantu, demeh nak ikut juga. Orang lepas ke angkasa, demeh menumpang roket orang je. Orang buat loji nuclear sendiri, demeh jual tanah ke Singapore.

“Di duduk tepi sikit. Bior keh mengerjakannya!” aku memberi amaran awal.

Aku pun dengan ganasnya menghayun chainsaw. Biasanya jarang sangat aku buat-buat muka pada pokok ni. Aku potong saja separuh sambil aku sendiri buat-buat muka Undertaker dan membelasah. Untuk menjimatkan petrol dan mata chainsaw, aku terajang dengan kaki.



Hiyarghhh. Aku membuat tendangan tanpa bayang menggunakan kasut Puah Chu Kang.

Aku meletakkan chainsaw di pangkal pokok sebagai tanda berbakatnya seorang pejuang alaf baru yang menjanjikan.

Amacam?

Glosari:

Di = awak.

Demeh=mereka, diorang.

Pungkor = borak suka-suka yang 'menipu' tapi bukan menipu macam orang jahat tu, kita tau dia menipu, saja suka dengar.

Te = tu, itu.

Sesari = sehari-hari, zaman ni.

Buat muka = membuat takah dahulu, bentuk V di bahagian pokok yang akan tumbang, kemudian barulah di potong 45 darjah condong di bahagian belakang (prosedur penting untuk menebang pokok).

Ada faham? Tak faham lantok la!

Sunday, December 6, 2009

Jalan-jalan ke Kebebasan Jiwa.

Bilalah agaknya jalan dari Jengka - Temerloh - KL; kerajaan Malaysia nak buat macam ni?



Atau macam ini? Kalau boleh sepanjang jalan. Baru la sedap nak drift. Satria Neo tonggek sila parking dekat side table la.


Ini tidak. Pondok tol saja yang banyak sepanjang lebuhraya. Tahun depan dengar cerita nak naik lagi dok? Petrol dan diesel pun naik. Pengguna pun mesti marah-marah. Lepas tu ada demonstrasi. Nasib la.

Laaa, tahun ni aku langsung tak pernah jejak KL rupanya.

Friday, December 4, 2009

Sumpah di Bumi Menghujan..

Dengar cerita tahun depan susah sikit nak beli bahan bakar. Kena tunjuk MyKad. Tunjuk MyKad jadi 20sen seliter ke? Nak naikkan harga bahan bakar la tu. Bukan ada kerja lain kerajaan ni. Nak buat duit je.

Jadi hujan-hujan lebat ni memang aku dah rancang aktiviti yang seronok. Isi masa lapang. Sambil main hujan, melabur sikit-sikit. Supaya bila petrol naik harga, tak la terasa sangat. Kerajaan ni bukan boleh harap sangat. Sembang je lebih cakap negara makmur la, berak keluar emas la, bersatu taik la. Tapi serupa palat. Ada subsidi nak potong. Tak kompetitif dia kata. Wa hal subsidi tu fungsinya nak menyeimbangkan harga kala-kala tak stabil.

Sekarang masa-masa ekonomi teruk ni, guna subsidi memang penting. Lagi pun itu harta rakyat, bukan harta bapak kau. Kau buat rumah besar-besar, naik kereta mewah, projek untuk anak bini billion billion. Tapi apa yang ada untuk rakyat, itu juga nak cekik? Subsidi tu memang hak rakyat.

Sudah la. Nak menulis pun naik malas dah. Hujan-hujan ni aku nak pergi main drift 4x4. Aku bukan setakat main-main je. Sampai lokasi rahsia tu aku tanam la sawit. Hujan ni mudah hidup subur. Tak banyak. Dalam 200 lebih pokok gitu. Nanti lama-lama, aku tambah la jadi sampai 2 3 juta pokok. Cukuplah untuk aku beli Eurocopter 5000 bijik bila minyak naik harga nanti. Buat sewa. Tapi tak nak sewa ke kerajaan Malaysia. Bukan ada duit. Sembang saja lebih.

Ya. Sudah-sudah la Malaysia!




Jangan tanya apa sumbanganmu kepada kerajaan, tanyalah apa sumbangan kerajaan kepadamu -- Mat Lengkung (peneroka tanah haram), 2009.

Tuesday, November 10, 2009

Lagu Tema 1Malaysiawood

Dengar cerita inilah lagu tema 1Malaysiawood. Lagu ini bakal dinyanyikan setiap pagi sebelum masuk kelas dari sekolah tadika hinggalah Universiti atau di perkampungan penulis. Kakitangan kerajaan memang wajib nyanyi lepas 'punch card'. Syarikat swasta di galakkan. Walaupun kuat buang pekerja, tak bagi pampasan atau tak ada bonus. Yang kerja sendiri mampuslah. Masa mengundi nanti ambik mineral water cukuplah sebagai rasuah.

Oh, ya. Mat tu nama menteri radio TV negara Bolehtapibodo yang dulu-dulu tak suka rambut panjang. Sekarang kerja tukang cukur bulu biri-biri.

Mari kita nyanyi sama-sama. Jangan lupa lirik tau!



Ada beberapa versi lagi. Cari la sendiri!

Thursday, October 29, 2009

Memaksimumkan Utiliti Perokok

Jumaat 30hb October 2009 ini, genaplah 70 hari aku tak merokok. Setiap hari aku beli rokok Winston Light 14’s paling kurang. Kadang-kadang 20’s. Maka setelah menangguhkan perokokan ini, setiap hari aku campak dalam tabung sebanyak RM5.50 (harga Winston Light 14’s lama). Anda darablah untuk 70 hari nanti.

Sebenarnya aku tak galakkan sesiapa pun untuk tiru sikap aku ini. Sebabnya aku rasa bosan gila babun bila tak merokok. Kerja-kerja menulis aku jadi merosot. Rasa nak menebang pokok saja 24 jam. Semua kucing dan ayam jiran aku suap batu batu. Memanglah. Kalau kita perhatikan; pengkarya-pengkarya seni yang hebat-hebat, mesti tercokeng rokok di mulut dan jari. Baru macho langsung. Itulah gaya hidup sebenar. Janganlah jadi macam aku. Macho tetap macho, walaupun tanpa rokok.

Tapi nanti dulu. Yang sebenar-benarnya, bukanlah aku sudah tidak mahu jadi macho tanpa rokok lagi, tetapi hanya inilah sahaja cara aku mahu melawan kerajaan. Aku tak mahu bagi satu sen pun lagi duit kepada kerajaan kalau boleh. Aku mahu buat semua DIY. Aku harap perjuanganku ini akan ada pengikutnya. Namun aku tidak memaksa juga. Demikianlah. Kerana aku tahu. Dunia ini tidak lagi melahirkan ramai putera puteri revolusi. Apakah setelah Che Guevera keok di tali gantung, revolusi ikut terjerut mati sekali?

Ya. Sesungguhnya demikianlah. Aku tak mahu lagi memberi muka kepada kerajaan yang tak habis-habis hendak memeras golongan perokok yang macho, kreatif dan banyak menyumbang kepada pembangunan budaya bangsa dan negara ini. Usop Selam memang badigol. Ada ke patut asal buat filem ada gangster saja, semua hisap rokok dalam disko. Tak macam Mafia Itali langsung. Kalau gangster sangat, sangkut la biawak dekat tengkuk ke. Junjung kepala babi ke. Atau makan kue tiaw pakai cangkul ke. Baru macam Iblis Senyum. Merokok bukan kejahatan. Songkok tak ada kena mengena dengan insaf.

Kalau aku hendak merokok, masih mampu sangat lagi sebenarnya. Ada saja cara boleh aku buat. Rokok gulung pun ada. Rokok Cowboy pun ada. Kalau orang cakap rokok bahaya, arwah atuk aku, umur 82 tahun meninggal dunia. Merokok dari zaman budak-budak lagi. Ah, jiran aku. Perempuan. Meninggal dunia akibat kanser otak. Ada seorang lagi budak perempuan. Sekarang menderita barah kopek. Jangan kata rokok, dadah pun depa tak hisap. Makanan sekarang semua pun dah beracun. Semua Tuhan punya kuasa juga tapinya. Aku simpati tentang itu. Dan harap semua kita sejahtera juga adanya.

Tetapi itulah. Aku meluat dengan sikap kerajaan yang hipokrit. Daripada menaikkan harga rokok tiap-tiap tahun untuk menghentikan tabiat merokok, lebih baik haramkan terus. Siapa tanam tembakau, shock konek dia dengan cota karan. Yang perempuan pun sama. Shock pet dia dengan cota karan juga (pastikan wanita yang jalankan hukuman ni). Baru hak celah kangkang sama rata. Kalau tidak Tok Zat Jalal marah pulak. Yang memiliki rokok pulak jangan kasi muka. Bakar kepala takuk dia. Haaaa, baru la betul nak membasmi rokok. Tapi ini cadangan saja. Memang nampak kejam. Tapi mungkin berkesan. Setakat buat papan tanda kempen ‘Tak Nak’, taik jubur la. Menguntungkan tauke papan tanda saja ada la. Ingat murah ke? Kontraktornya lagi makan dekat tengah. Duit rakyat juga habis. Habis ke mana tak tahu. Siapa yang untung tak tahu.

Maka tidak hairanlah, setiap kali kerajaan menaikkan harga, kelam kabut penyeludup rokok. Rasuah pun meningkat. Bukan nak menuduh. Itulah hakikat. Aku dengar rokok cap ‘Bola’ pun sudah RM3.00 sekotak sekarang? Rokok ‘Nusantara’ untuk kenduri tak tahu la pulak. Lebih RM2 dah agaknya. Ye la. Nak bayar duit pau lagi. Keliling pinggang tukang pau menanti. Apa yang dapat kerajaan buat?

Kerajaan hentam pengeluar rokok sedap. Pengeluar rokok sedap hentam perokok. Tetapi benda ini berantaian. Perokok dan bekas perokok macam aku tak pernah lupa. Api yang membara dalam dada tak pernah padam. Dendam yang mengempang makin penuh dan akan pecah semasa PRU13 nanti. Kerajaan yang ada sekarang boleh jadi akan tumbang di tangan perokok sahaja. Janganlah dengan tidak mengumumkan kenaikan harga rokok dalam pembentangan Bajet 2010 baru-baru ini, golongan perokok boleh memaafkan dosa-dosa hipokrasi mereka. Sudda la, pergi balik la geng Gerak Gempar.

Oh ya, duit tadi. Duit terkumpul tadi, aku nak memulakan projek penanaman tembakau secara fertigrasi atas bumbung rumah. Ada sesiapa mahu ikut serta? Marilah. Marilah wahai perokok-perokok semua. Tak ada siapa yang akan membela nasib kita melainkan kita sesama kitalah cuma. Parti politik di Negara kita ini tak ada yang akan menyokong kita. Marilah kita kumpul modal bersama-sama. Kita bina empayar tembakau terbesar di dunia. Semoga usaha kita ini akan menjadi contoh juga kepada pemuda-pemuda Amnau dan Pis, BiEM dan PiAR yang tak pernah pun menyatakan sokongan secara terbuka, apatah lagi simpati. Marilah. Aku mau lawan idea Tok Jeb yang katanya mahu jadikan FELDA gedung taik negara 1Malaysia.

Jadilah perokok yang bijak dan sedar hak serta tanggungjawab anda.

Thursday, October 15, 2009

Spark Plug Masih Relevan?

Entah apa kejadah. Palam pencuci wagon aku yang nombor satu dan nombor empat selalu saja kotor. Dua bulan guna kadang-kadang mampus terus. Satu set palam pencucuh tujuh belas ringgit. Bukan boleh beli sebutir-sebutir. Taik betol kilang spare part ni. Untuk jimat, aku kutip saja palam pencucuh lama-lama – cuci saja la.

Semalam entah apa wahyu, aku sikit punya rajin melayan palam pencucuh. Korek dia punya arang. Gosok dengan kertas pasir. Naik berkilat kepala palam pencucuh itu. Kuku aku pulak yang naik hitam. Bila pulas kunci, dia punya bunyi; peh, macam suara Sylvester Stalone. Mujur menjadi. Dapatlah mengurangkan semput wagon aku. Sekaligus mengurangkan semput poket aku.

Aku pun naik bersemangat. Masuk rumah tanpa memberi salam. Capai kunci kereta adik aku pulak. Buka bonet pun dengan penuh semangat. Macam pomen pun dah ada gaya jalan sikit-sikit.

Tapi macam memerang, hampir sepuluh minit aku tercangak-cangak depan kereta adik aku dengan perasaan misteri yang keterlaluan. Cemas-cemas dah aku nak angkat enjin kereta itu untuk belek-belek.

“Aok tengok amenda tu?” tanya adik aku tiba-tiba. Muncul macam magik.

“Kereta aok ni plug dia dekat mana, hah?” tanya aku pulak. Selalu juga aku pinjam kereta adik aku. Jadi apalah salahnya aku menunjuk baik dengan sesekali mencuci palam pencucuhnya.

“Kereta tu mana pakai plug. Kereta aok tu je pakai pakai plug. Toh menda-menda aok ni,” kata adik aku memperlekeh.

“La, ye ke?” aku tertanya-tanya. Baru tahu. Aku sangat jahil bab automotif ni.

Monday, October 5, 2009

Jawaban Tekaria 2009

Sam pun pulang bersama-sama lembunya. Hati Sam sayu. Kalau bukan mengenangkan azamnya mahu membaiki system jalanraya di Malaysia, mahu saja Sam minum Paraquat. Hari ini; Sam rasakan dunianya – bagai sudah kiamat.

Setelah mengandangkan lembu-lembu milik keluarganya itu, barulah Sam masuk ke rumahnya. Hari sudah hampir senja. Loceng di kuil di hujung kampong mereka itu juga kedengaran berdentang-dentung.

“Apak, lembu kita sudah tinggal sembilan,” kata Sam sambil menundukkan kepala.

“What!” Uncle Veloo yang bertuala kerana mahu mandi mlam, terlompat kerana terkejut bukan kepalang dan diikutilah pula dengan larian kencang macam Charlie Chaplin untuk ke kandang lembu.

Sam pula menurut langkah dari belakang.

“Deyyyy!!!!” Jerit uncle Veloo, “Sekarang kao kira semula, Sam. Kau kira semula!” arah Uncle Veloo dengan garang sebaik Sam terpacak di depannya. Muka Uncle Veloo cukup bengis dengan jari telunjuknya ditegakkan tak ubah seperti lagak Rajnikanth sebagai Padayappa.

“Baik apak. Kosong, satu, dua..” Sam mula mengira.

KELEPUK! KELEPUK! KELEPUK!

“Deyyyy, bodoh!! Ini lumbu kao kira dari satu la! Bukan kira mula dari dari kosong! Apa ingat ini nombor talipon ka, 012, 012???!!!” Uncle Veloo mengherdik anaknya – Sam yang bangang.

Sam menyapu kepalanya yang baru dibelasah apaknya dengan selipar. Cakap saja banyak, bikin kerja tak tau juga.



Thursday, October 1, 2009

Tekaria 2009

Sam duduk di atas belakang seekor lembu jantan . Macam biasa. Sam merepek sorang-sorang. Jalan ke padang ragut berlubang-lubang. Makin teruk. Macamlah dia naik kereta. Pada hal dia naik lembu saja. Absorber lembu ‘kan fleksibel. Itu pun nak membebel, Sam?

Lembu-lembu Sam tekun meragut rumput sambil buat-buat tekun dengar Sam membebel. Makan rumput sama sedap dengan mendengar Sam membebel. Sedap dan lucu, kata salah seekor lembunya. Sam berjanji suatu hari nanti, jalan-jalan di Malaysia akan jadi terbagus di dunia. Dan tak ada lagi kemalangan jalanraya walaupun memandu sambil tidur.

Sebelum pulang petang itu. Sam mengira-ngira lembunya. Haik, cuma ada sembilan ekor? Tadi ada sepuluh ekor. Sam terkejut dalam hati bukan kepalang lagi. Jantungnya bergegar bagai dinding gunung berapi hendak meletus.

Kenapa tinggal sembilan ekor saja sekarang?

Satu kali kira. Dua kali kira. Berkali-kali Sam kira. Memang tinggal sembilan! Sungguh. S-E-M-B-I-L-A-N – sembilan!

Mana lagi seekor?!

Kesian Sam yang mulai runsing. Sam hampir mengangis. Bayangkan; muka Sam makan pun sudah macam orang mahu menangis. Balik nanti memang kena selipar la dahi Sam dengan apak dia. Itu hari pertama Sam diarah menjaga lembu oleh apaknya. Memang apaknya sudah ingatkan; lembu harapan mereka ada sepuluh. Sekarang bagaimana boleh tinggal sembilan?

Ada sesiapa yang boleh tolong Sam? Kenapa Sam kira lembu-lembunya sudah jadi sembilan ekor bila Sam kira?

MUAHAHAHAHA!!!

Wednesday, August 19, 2009

Pada pikiran buntu entah yang ke berapa...

Pagi semalam. Aku tampal maskintape di cermin jendela. Supaya senang nak sapu varnish. Aku malas nak cuci kaca nanti. Sedang la asyik. Tiba-tiba menjelma seekor lebah. Bukan labah-labah. Lebah. Entah gimana ia tersesat aku pun tak ngerti.

Ia menerbang-nerbang mahu lolos. Aku biarkan saja. Itukan kaca jernih. Aku terfikir; alangkah lemahnya lebah yang banyak berjasa kepada manusia ini. Aku teringat sebuah tulisan di buku [lupa tajuk dan pengarangnya]. Lebah itu hanya nampak cahaya sahaja sebagai jalan keluar. Pada hal itu pikiran biasa.

Itu benar. Kalau lebah itu terbang naik ke atas sikit saja lagi, ia akan dapat ke luar melalui batu sisir angin. Di situ ada jalan ke luar. Tapi ia tetap juga hendak merempuh kaca jendela yang jernih dan sudah tentulah terang itu sampai letih dan melepek [ketepikanlah soal lebah hanya ada naluri tapi tiada akal].

Tetapi di dunia ini memang ramai manusia macam lebah itu. Terutama mereka yang ikhlas mencurahkan tenaga dan buah fikiran. Tetapi golongan seperti inilah yang jarang dihargai dan dinilai budi serta bakti mereka. Mereka sering dipancung sesuka hati, oleh yang berwajah manis, cerah, pakai kemeja dan ‘slet’ tajam berseterika. Tambahan; berkereta mewah dan ada villa dan sudah operate mata satu jadi dua!

“Kau kalau nak kaya, kena jadi bisnesman. Bukan makan gaji. Jadi hampas je nanti. Tak pun jadi orang politik. Bisnesmanlah, campur politik senang. Tapi kau mesti pentingkan diri sendiri. Dalam dunia ni, tak banyak sikit mesti kena ada sifat pentingkan diri sendiri campur menipu kalau nak berniaga. Kau ni lurus bendul. Mudah percaya orang. Senang orang pijak. Jangan kata nak berniaga, jadi penulis pun tak dapat apa. Baik kau potong buah sawit je. Dosa pun tak banyak mana. Aku, kalau mak ayah aku tak ada, aku nak buka night club atau pusat pelacuran je, tapi kenangkan malu diorang masa hidup ni je. Aku ingat nak buka dekat luar negeri la. Sekarang nak kumpul modal,” kata nasihat kawan aku budak Kota Gelanggi 2 yang jahat itu suatu ketika dulu.

Ah. Aku tak mahu lagi jadi lebah. Bagi madu. Tapi seksa dalam perjalanan hidup yang singkat. Aku mahu jadi elang. Terbang tinggi dengan mata yang tajam cari mangsa. Bertualang dari gunung ke gunung. Kalau hujan aku tak takut lagi. Aku tak akan rempuh hujan. Aku akan terbang tinggi melepasi awan. Aku akan terbang di atas hujan. Dengan ego dan bongkak. Soal terang gelap tak timbul lagi.

Aku tak mahu takut kepada kegelapan lagi. Aku mahu bangkit. Tanpa peduli.

Sekarang. Kalau ada Iblis tiba-tiba menjelma di depanku, hulur tangan tawarkan bantuan...


Monday, April 20, 2009

Akulah, Raja Lucu!

Ekonomi Malaysia teruk betul sekarang ni!

Tiba-tiba begitu rungut seorang kawanku. Aku yang sedang menyulap roti bom tak ingin mempedulikan sangat pada mulanya.

Semua kau punya pasal! Aku terkejut dan hampir menyemburkan kunyahan roti bom di dalam mulut.

Kenapa aku pula?

Sebab kau bodoh! Bodoh! Cakap macam orang tak ada otak.

Telingaku mula panas. Tak ada pasal tiba-tiba kawanku itu seperti mahu mencucuh api ke sumbu amarahku pula.

Heh, apa kau cakap ni? Hah? Apa?

Kau tu selebriti, bodoh. Selebriti!

Heh, apa kena mengena selebriti dengan kejatuhan ekonomi Malaysia? Bodoh betul kau ni!

Tengok ni! Tengok!

Kawanku itu meghempas sebuah akhbar tabloid yang terpampang tajuk “Raja Lucu Tak Kisah Peluk Bantal Busuk Secara Langsung.”

Owh, ini? Ekonomi Malaysia tak jatuhlah kalau aku peluk bantal busuk secara langsung. Lagipun aku bukan peluk dengan rasa ingin membuat hubungan kelamin dengan bantal. Ha Ha Ha.

Kau tak rasa perbuatan kau tu hina?

Apa? Hina sangatkah? Aku rasa tak. Jika begitu, tentulah aku akan merasakan bantal busuk aku itu hina. Aku tak mahu buat begitu.

Tapi jawaban kau tu bodoh sangat. ‘Three Stooges’ pun tak akan jawab macam tu. Memalukan golongan dispatch saja!

Eh-eh, bukankah orang Malaysia kebanyakannya sukakan artis-artis yang jahil dan bodoh? Biasa la tu.

Itu cakap kau. Sebab kau memang bodoh. Ingat lucu ke jawab macam tu. Pooooorahhhhhh!

Ahhhhh, apa-apalah. Aku nak makan ni!
P/S: Ini satira ye. Bukan betul-betul. Kalau tak tahu apa itu satira, tolong buka kamus!