Showing posts with label Tahun Baru. Show all posts
Showing posts with label Tahun Baru. Show all posts

Friday, January 1, 2010

SMS terakhir dari tahun 2009

Malam tadi aku menerima SMS. Dari sahabat terkutuk aku yang paling antarabangsa. Orang oversea. Ajiz si budak Lombok, Indonesia Darul Surya.

Ajiz: Bos, malam ni jom Jerantut Hill Resort. Gua belanja. Tauke ada kasi bonus.

Aku pun balas. Sebenarnya aku dah nak tidor. Laptop pun dah off. Saja nak tidor. Untuk tidak menghampakan sahabat terkutuk, aku balaslah juga.

Aku: Nak tidor la. lagi pun cuaca tak mengizinkan.

Aku penat. Esok nak sambung kerja lagi. apa ke jadah nak ke bergumbira lagi? tapi Ajiz balas juga lagi.

Ajiz: Aik macamana cuaca Jengka, bos? Sini OK je...

Aku dah mengantuk gila. Tapi aku tetap membalas.

Aku: Cuaca Jengka gelap la. Siang tadi bukan main cerah. Aku ingat pukul 7 esok terang benderang la balik langit ni.

Sampai petang ni Ajiz tak SMS dah. Ada juga aku tunggu kot-kot dia ajak layan Tom Yam ke, sate ke atau paling kodi minum café latte dekat Inderapura Kopitiam, Jerantut. Tak kan sampai petang tidor lagi?

Kecil hati ke? Ah, datang Malaysia pun gadai tanah, ada hati nak ajak aku karaoke sampai cerah!


Thursday, December 31, 2009

Karate Kid Malaysia Menyambut 2010

Malam ini ramai orang akan tunggu kedatangan Janus. Janus ialah dewa/tuhan orang Rom dulukala. Janus dikenali juga sebagai January. Janus dikatakan mempunyai dua muka. Satu bahagian memandang ke sebelah hadapan, dan satu bahagian lagi memandang sebelah belakang.

Orang politik, mat rempit, aweks urban, yuppies, indon felda, dan semua-semua akan tunggu Janus – sambil lepak-lepak dekat mana-mana, tengok bunga api ke, minum-minum ke. Buat la apa-apa asal bahagia. Selamat menyambut dan jaga diri baik-baik.

Aku macam biasa; seingat aku, tak pernah countdown (ha ha gila kampong aku ni!). Macam biasa aku memang tak peduli sangat. Budak nerd. Kalau ada konsert rock sedap dekat TV aku tengok. Atau kalau ada kawan-kawan ajak lepak ke. Kalau tak lagi sedap aku tidur. Tidor awal bangun awal. Kalau zaman sekolah, pergi menoreh la jawabnya. Itu pun kalau tak hujan.

Sama la juga malam ni. Esok cuti. Isnin depan ada kerja yang sangat banyak. Kalau tak ada benda nak aktiviti penting aku tidor saja. Penat gila badan dan tak ada masa. Sebab esok aku nak meneruskan pelajaran silat aku macam biasa. Silat ni aku belajar dari arwah R. Jaafar. Kena menebas semak samun. Ini adalah untuk menguat dan menangkaskan otot-otot lengan.

Bacaan dia mudah saja. Dua kali kiri, dua kali kanan. Dua kali kiri, dua kali kanan. Dua kali kiri, dua kali kanan. Dua kali kiri, dua kali kanan. Dua kali kiri, dua kali kanan...

Lepas tu tanam anak sawit sambil layan lagu 'pakai baju kancinglah suasa'. Sambil melihat Janus membuat isyarat bagussss! Keh keh keh…



Pergh, banyak lagi nak 2xkiri, 2xkanan ni..



*lagu ni OST filem Bujang Selamat 198?

Friday, December 18, 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431

Tuhan, gerakkanlah aku ke daerah-Mu itu
daerah yang selama ini tak mampu aku temu
aku rindukan sebuah kali yang dingin lagi jernih
aku kini sangat dahaga dan terlalu letih.

1 Muharam 1431

Friday, December 4, 2009

Sumpah di Bumi Menghujan..

Dengar cerita tahun depan susah sikit nak beli bahan bakar. Kena tunjuk MyKad. Tunjuk MyKad jadi 20sen seliter ke? Nak naikkan harga bahan bakar la tu. Bukan ada kerja lain kerajaan ni. Nak buat duit je.

Jadi hujan-hujan lebat ni memang aku dah rancang aktiviti yang seronok. Isi masa lapang. Sambil main hujan, melabur sikit-sikit. Supaya bila petrol naik harga, tak la terasa sangat. Kerajaan ni bukan boleh harap sangat. Sembang je lebih cakap negara makmur la, berak keluar emas la, bersatu taik la. Tapi serupa palat. Ada subsidi nak potong. Tak kompetitif dia kata. Wa hal subsidi tu fungsinya nak menyeimbangkan harga kala-kala tak stabil.

Sekarang masa-masa ekonomi teruk ni, guna subsidi memang penting. Lagi pun itu harta rakyat, bukan harta bapak kau. Kau buat rumah besar-besar, naik kereta mewah, projek untuk anak bini billion billion. Tapi apa yang ada untuk rakyat, itu juga nak cekik? Subsidi tu memang hak rakyat.

Sudah la. Nak menulis pun naik malas dah. Hujan-hujan ni aku nak pergi main drift 4x4. Aku bukan setakat main-main je. Sampai lokasi rahsia tu aku tanam la sawit. Hujan ni mudah hidup subur. Tak banyak. Dalam 200 lebih pokok gitu. Nanti lama-lama, aku tambah la jadi sampai 2 3 juta pokok. Cukuplah untuk aku beli Eurocopter 5000 bijik bila minyak naik harga nanti. Buat sewa. Tapi tak nak sewa ke kerajaan Malaysia. Bukan ada duit. Sembang saja lebih.

Ya. Sudah-sudah la Malaysia!




Jangan tanya apa sumbanganmu kepada kerajaan, tanyalah apa sumbangan kerajaan kepadamu -- Mat Lengkung (peneroka tanah haram), 2009.

Tuesday, October 27, 2009

Belanjawan 90an

Kami semua. Ayah, mak, abang, adik dan aku. Lagi gelap-gelap jam 6.00 pagi sudah bersiap. Mak dan ayah mahu mengukir pokok getah. Pagi-pagi banyak sikit susu getah. Kami pula mahu ke sekolah. Lambat-lambat nanti kena tulis nama dengan pengawas. Tak pakai name tag pun dia tulis juga.

“Hari ni nak bawak bekal, mak,” kata aku pendek saja. Sebaik melihat mee halus berasap-asap mak aku angkut ke meja makan.

Mahu jimat tujuannya. Tapi bukanlah nak belajar jadi kikir. Duit beribu-ribu tapi rupa pakaian macam malaun. Belanja sekolah seringgit setengah. Lima hari sekolah sudah dapat tujuh ringgit setengah. Sebulan 30 ringgit. Setahun 360 ringgit. Wow, boleh beli gitar karan cabang second hand dah. Baru macam Randy Rhodes. Sembang lebat tak guna juga kalau pakai baju hitam tulis ‘Nuclear Assault’, tapi main gitar macam main ‘reket’.

Emak aku punya tersenyum pun bersemangat. Belah plastik. Taruk mee halus perisa kicap. Bungkus dengan surat khabar B-Pop. Sebijik macam bungkus kedai. Beza dia, kedai punya mee halus, empat posen – besar anak ayam baru menetas saja. Warna pun selalu pucat-pucat lesi pulak tu. Keteguran dengan makhluk halus agaknya.

Aku pun naik tangga bas kuning oren pagi itu nyaris-nyaris sudah hendak berkawad macam RELA. Bekalan mee halus dan botol air letak dalam beg sekolah kain warna hijau ada tulis ‘Coma of Soul’ siap dengan gambar Doyok Ventor dan rakan-rakan. Mana boleh kasi kutu-kutu lain nampak.Nanti tak pasal-pasal brader drebar bas yang kuat pasang kaset Iklim tu kutuk. Harap-harap bau mee halus tak merebak, aku berdoa penuh harapan.

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab; hanya itulah sahaja cara yang dapat aku sumbangkan kepada mak ayah aku ketika itu. Berjimat cermat. Lagi pun mak ayah aku hanya peneroka Felda yang bersusah payah memelihara aku adik beradik saban hari. Tak ada pasal la pulak aku nak berenang solo merentas selat Inggeris ke, belayar solo keliling dunia sampai dipukul ribut dan diselamatkan dolfin ke, buat rekod kuih apom tersengih terbesar ke, atau lempar kereta Wira ke Kutub Utara ke. Tapi mujurlah harga petrol masa tu murah lagi. Sekarang dah RM300 seliter dengar ceritanya. Petrol 1Malaysia ke tu, Malikul Setan?

***
Jam 3.00 petang di hari yang sama. Ombak menghempas pasiran pantai kepulauan Haiti kala-kala aku di Malaysia. Entah apa natijahnya.

“Baik tak payah bawak bekal!” kata adik aku sambil menyuap nasi berlauk sardin ke mulut.

“Nak buat macamana. Terlupa betul tadi. Sebab letak dalam sangat dalam beg. Rehat terus pergi kantin,” aku memberi alasan sambil mengunyah mee halus berlauk sardin juga. Patutlah macam ada benda lupa saja sewaktu rehat pagi itu.

Esoknya aku tak bawa bekal dah.

Friday, January 2, 2009

Perbarisan Tahun Baharu 2009

Pagi-pagi aku telefon Pak Cik. Suruh hantar crusher run. Hari esok nak tarik premix untuk resurfaces jalan masuk dan dataran kejat di SMK Setia Wangsa Kuala Lipis. Sabtu dan Ahad ada pendaftaran budak-budak baru masuk sekolah. Memang sesak.

“Kena buat hari ni juga pakcik. Esok pagi-pagi lori premix sampai tak dan!” aku memohon bantuan.

“Pak Cik nak tengok perbarisan ni. Tiap-tiap tahun kena tengok. Baru patriotik!” pak cik memberi alasan.

“Perbarisan jubor lembu la pak cik!”

Arghhh…Tahun baru pun kena kerja. Demi pembangunan Batu 2 khasnya, Kuala Lipis amnya dan Malaysia am-amnya..!!!

P/S: Selamat tahun baru 2009. aku tak sempat nak jawab komen. Sibuk pepalih weh dua hari dekat Kuala Lipis ni.



"Apa-apaan kau ini. Mahu angkat batu ka, angkat kereta? Goblok!"
"Deyyy, deyyy, deyyy. Dey, dia tengok kitaaaaa..."
"Ini kalu Rajnikan tengok...peh, makan jantung!"



"Ulamak, gear berapa ni? Tarak lepas naik busut!"

Monday, December 29, 2008

Tentang Azan...

Bila hujung tahun selalu sangat orang cerita pasal azam. Oleh kerana enggan jadi klise aku tak mahu cerita pasal azam. Aku pun tak pernah ada azam. Betul. Buang masa. Siapa nak cerita, boleh juga. Geng mufti tak marah. Geng Jerit pun tak jerit.

Tapi aku ada seorang kawan. Nama dia Mohd Azan. Tak la rafiq sangat, tapi pernah la berborak selalu. Dia ini manusia pemalas sekolah. Kasut memang kuning-kuning sokmo. Hari Isnin tak pernah hadir perhimpunan.

Pernah Mohd Azan sekali mengeluh, mengapalah kerajaan Malaysia tak suruh budak-budak sekolah pakai kasut hitam saja. Aku angguk-angguk sambil nyanyi-nyanyi ‘Gadisku’. Peh, sebiji macam suara Ali M’pire sikit-sikit.

Masuk tingkatan tiga Mohd Azan cakap dia nak berubah. Kasut dia pun baru masa itu. Pallas Jazz memang tengah top. Seluar tempah fesyen budak ‘GQ’ apa kejadah entah.
Mohd Azan cakap nak belajar rajin-rajin. Tak nak enjoy-enjoy lagi. Kalau dapat masuk sekolah aliran sains bolehlah jadi Inspektor Kesihatan.

Sebulan lepas itu, suatau pagi Selasa. Mohd Azan datang sekolah. Pakai sandal Bata pinjam abang dia. Kasut Pallas Jazz dia hilang dekat funfair masa Wings buat gig. Ruhil la paling melayan masa itu. Kasut Mohd Azan tercabut masa berjoget-joget. Entah kutu mana sepak lepas itu ghaib. Laju betul sepakan kutu itu gamaknya. Tinggal sebelah kiri saja. Tak kan nak beli sebelah lagi? Buat kasut simpanan boleh la.

Akibatnya cikgu disiplin gunting sandal Mohd Azan bila ternampak. Tajam gunting itu gamaknya. Mohd Azan berjiwa komando. Dia tumbuk muka cikgu itu. Cikgu itu ketakutan juga tapi tutup dengan gaya Silat Sendeng. Tak tahu la siapa salah. Aku tak mahu fikir. Sebab yuran kelas tak bayar lagi.

Akhirnya Mohd Azan berhenti sekolah dan merantau kerja kilang di Shah Alam. Rugilah dia. Sebab beliau bukan anak orang kaya. Bagi anak orang kaya, ilmu itu perhiasan. Bagi anak golongan proletar macam kami, ilmu itu akan jadi suatu keperluan menempuh waktu mendatang.

Tapi mentaliti sebegitu tidak la ada dalam jiwa rebel kami masa itu. Sungguh merugikan. Perdana Menteri waktu itukah (Dr. Eminem) yang bersalah..?!!!
Selamat Tahun Baru Hijrah. Aku sayang kamu semua. Babai Sasuka!