Showing posts with label Merepek. Show all posts
Showing posts with label Merepek. Show all posts

Friday, April 16, 2010

Metamorfodol #1

Sudah berhari-hari Dolah sukar benar mahu tidur. Semenjak Encik Diman membela anjing yang suka menyalak tidak tentu arah itu tidur Dolah mulai tidak lena. Malam menyalak lagi. Entah selang berapa minit akan terdengar salakan dari tekak anjing yang digelar Rambo itu. Pagi menyalak. Petang menyalak.Salakan Rambo cukup kuat meski tubuhnya hanya sebesar anjing mainan.

Hari itu Ahad. Dolah membuka matanya perlahan-lahan. Kemudian Dolah menggeliat seperti kucing berusaha untuk bangkit. Beberapa saat kemudian Dolah telah pun duduk di birai katil. Kepala Dolah terasa kosong macam bola – tiada apa-apa kecuali udara. Dolah tunduk dan menggaru-garu bahagian belakang kepalanya yang kosong itu. Fikirannya tidak mencapai apa-apa. Hanya kelemumur yang berguguran macam salji musim krimas. Baru Dolah teringat sudah tiga bulan dia tidak bersyampu. Sebab lupa beli setiap kali ke kedai. Ketika mandi baru dia ingat.

Akhirnya Dolah bangun dan berjalan menuju jendela sopan santun macam orang baru lepas berkhatan. Tangannya yang berurat-urat itu dengan perlahan-lahan menyelak langsir yang beropol-ropol menabir cahaya kesiangan dunia luar. Sebaik langsir lusuh bercorak keladi birah yang diambil di sebuah rumah tinggal itu terkuak, mata Dolah segera mengecil kerana diterkam sinar mentari tengahari yang keras. Batin Dolah terasa siksa.

Dolah berasa hairan kenapa pagi itu anjing jirannya tidak membising seperti selalu – menyalak setiap apa sahaja yang lalu lalang di hadapan rumah mereka. Pagi itu sunyi sepi benar-benar. Ada juga Dolah terpikir yang beliau barangkali tertidur di tanah perkuburan gara-gara di alih oleh jin tanah. Dadanya berdebar saat itu. Tetapi sebentar sahaja.

Dolah menonyoh-nonyoh matanya yang masih kabur dengan rakus sekali bak menonyoh puntung rokok ke astray. Sebaik penglihatan jadi jelas; jantung Dolah tiba-tiba berdebar-debar kerana tidak percaya dengan apa yang kini tervisual di hadapan kedua-dua ulas matanya. Aku bermimpikah? Hah, aku mimpikah?!! Pertanyaan yang bergema di hati Dolah itu hampir sahaja meledak di mulutnya.

Apa sudah jadi ni?! Aku mimpikah?! Pertanyaan itu bergema lagi. Tiadalah dia percaya dengan apa yang di lihatnya. Segala-gala yang pernah difikirkan Dolah kini menjadi kenyataan. Tetapi ia juga sangat menakutkan Dolah. Benar-benar mengerikan suasananya yang dilihat dari tingkat atas itu.
Bersambung.....kalau rajin....

Thursday, October 29, 2009

Memaksimumkan Utiliti Perokok

Jumaat 30hb October 2009 ini, genaplah 70 hari aku tak merokok. Setiap hari aku beli rokok Winston Light 14’s paling kurang. Kadang-kadang 20’s. Maka setelah menangguhkan perokokan ini, setiap hari aku campak dalam tabung sebanyak RM5.50 (harga Winston Light 14’s lama). Anda darablah untuk 70 hari nanti.

Sebenarnya aku tak galakkan sesiapa pun untuk tiru sikap aku ini. Sebabnya aku rasa bosan gila babun bila tak merokok. Kerja-kerja menulis aku jadi merosot. Rasa nak menebang pokok saja 24 jam. Semua kucing dan ayam jiran aku suap batu batu. Memanglah. Kalau kita perhatikan; pengkarya-pengkarya seni yang hebat-hebat, mesti tercokeng rokok di mulut dan jari. Baru macho langsung. Itulah gaya hidup sebenar. Janganlah jadi macam aku. Macho tetap macho, walaupun tanpa rokok.

Tapi nanti dulu. Yang sebenar-benarnya, bukanlah aku sudah tidak mahu jadi macho tanpa rokok lagi, tetapi hanya inilah sahaja cara aku mahu melawan kerajaan. Aku tak mahu bagi satu sen pun lagi duit kepada kerajaan kalau boleh. Aku mahu buat semua DIY. Aku harap perjuanganku ini akan ada pengikutnya. Namun aku tidak memaksa juga. Demikianlah. Kerana aku tahu. Dunia ini tidak lagi melahirkan ramai putera puteri revolusi. Apakah setelah Che Guevera keok di tali gantung, revolusi ikut terjerut mati sekali?

Ya. Sesungguhnya demikianlah. Aku tak mahu lagi memberi muka kepada kerajaan yang tak habis-habis hendak memeras golongan perokok yang macho, kreatif dan banyak menyumbang kepada pembangunan budaya bangsa dan negara ini. Usop Selam memang badigol. Ada ke patut asal buat filem ada gangster saja, semua hisap rokok dalam disko. Tak macam Mafia Itali langsung. Kalau gangster sangat, sangkut la biawak dekat tengkuk ke. Junjung kepala babi ke. Atau makan kue tiaw pakai cangkul ke. Baru macam Iblis Senyum. Merokok bukan kejahatan. Songkok tak ada kena mengena dengan insaf.

Kalau aku hendak merokok, masih mampu sangat lagi sebenarnya. Ada saja cara boleh aku buat. Rokok gulung pun ada. Rokok Cowboy pun ada. Kalau orang cakap rokok bahaya, arwah atuk aku, umur 82 tahun meninggal dunia. Merokok dari zaman budak-budak lagi. Ah, jiran aku. Perempuan. Meninggal dunia akibat kanser otak. Ada seorang lagi budak perempuan. Sekarang menderita barah kopek. Jangan kata rokok, dadah pun depa tak hisap. Makanan sekarang semua pun dah beracun. Semua Tuhan punya kuasa juga tapinya. Aku simpati tentang itu. Dan harap semua kita sejahtera juga adanya.

Tetapi itulah. Aku meluat dengan sikap kerajaan yang hipokrit. Daripada menaikkan harga rokok tiap-tiap tahun untuk menghentikan tabiat merokok, lebih baik haramkan terus. Siapa tanam tembakau, shock konek dia dengan cota karan. Yang perempuan pun sama. Shock pet dia dengan cota karan juga (pastikan wanita yang jalankan hukuman ni). Baru hak celah kangkang sama rata. Kalau tidak Tok Zat Jalal marah pulak. Yang memiliki rokok pulak jangan kasi muka. Bakar kepala takuk dia. Haaaa, baru la betul nak membasmi rokok. Tapi ini cadangan saja. Memang nampak kejam. Tapi mungkin berkesan. Setakat buat papan tanda kempen ‘Tak Nak’, taik jubur la. Menguntungkan tauke papan tanda saja ada la. Ingat murah ke? Kontraktornya lagi makan dekat tengah. Duit rakyat juga habis. Habis ke mana tak tahu. Siapa yang untung tak tahu.

Maka tidak hairanlah, setiap kali kerajaan menaikkan harga, kelam kabut penyeludup rokok. Rasuah pun meningkat. Bukan nak menuduh. Itulah hakikat. Aku dengar rokok cap ‘Bola’ pun sudah RM3.00 sekotak sekarang? Rokok ‘Nusantara’ untuk kenduri tak tahu la pulak. Lebih RM2 dah agaknya. Ye la. Nak bayar duit pau lagi. Keliling pinggang tukang pau menanti. Apa yang dapat kerajaan buat?

Kerajaan hentam pengeluar rokok sedap. Pengeluar rokok sedap hentam perokok. Tetapi benda ini berantaian. Perokok dan bekas perokok macam aku tak pernah lupa. Api yang membara dalam dada tak pernah padam. Dendam yang mengempang makin penuh dan akan pecah semasa PRU13 nanti. Kerajaan yang ada sekarang boleh jadi akan tumbang di tangan perokok sahaja. Janganlah dengan tidak mengumumkan kenaikan harga rokok dalam pembentangan Bajet 2010 baru-baru ini, golongan perokok boleh memaafkan dosa-dosa hipokrasi mereka. Sudda la, pergi balik la geng Gerak Gempar.

Oh ya, duit tadi. Duit terkumpul tadi, aku nak memulakan projek penanaman tembakau secara fertigrasi atas bumbung rumah. Ada sesiapa mahu ikut serta? Marilah. Marilah wahai perokok-perokok semua. Tak ada siapa yang akan membela nasib kita melainkan kita sesama kitalah cuma. Parti politik di Negara kita ini tak ada yang akan menyokong kita. Marilah kita kumpul modal bersama-sama. Kita bina empayar tembakau terbesar di dunia. Semoga usaha kita ini akan menjadi contoh juga kepada pemuda-pemuda Amnau dan Pis, BiEM dan PiAR yang tak pernah pun menyatakan sokongan secara terbuka, apatah lagi simpati. Marilah. Aku mau lawan idea Tok Jeb yang katanya mahu jadikan FELDA gedung taik negara 1Malaysia.

Jadilah perokok yang bijak dan sedar hak serta tanggungjawab anda.

Thursday, October 15, 2009

Spark Plug Masih Relevan?

Entah apa kejadah. Palam pencuci wagon aku yang nombor satu dan nombor empat selalu saja kotor. Dua bulan guna kadang-kadang mampus terus. Satu set palam pencucuh tujuh belas ringgit. Bukan boleh beli sebutir-sebutir. Taik betol kilang spare part ni. Untuk jimat, aku kutip saja palam pencucuh lama-lama – cuci saja la.

Semalam entah apa wahyu, aku sikit punya rajin melayan palam pencucuh. Korek dia punya arang. Gosok dengan kertas pasir. Naik berkilat kepala palam pencucuh itu. Kuku aku pulak yang naik hitam. Bila pulas kunci, dia punya bunyi; peh, macam suara Sylvester Stalone. Mujur menjadi. Dapatlah mengurangkan semput wagon aku. Sekaligus mengurangkan semput poket aku.

Aku pun naik bersemangat. Masuk rumah tanpa memberi salam. Capai kunci kereta adik aku pulak. Buka bonet pun dengan penuh semangat. Macam pomen pun dah ada gaya jalan sikit-sikit.

Tapi macam memerang, hampir sepuluh minit aku tercangak-cangak depan kereta adik aku dengan perasaan misteri yang keterlaluan. Cemas-cemas dah aku nak angkat enjin kereta itu untuk belek-belek.

“Aok tengok amenda tu?” tanya adik aku tiba-tiba. Muncul macam magik.

“Kereta aok ni plug dia dekat mana, hah?” tanya aku pulak. Selalu juga aku pinjam kereta adik aku. Jadi apalah salahnya aku menunjuk baik dengan sesekali mencuci palam pencucuhnya.

“Kereta tu mana pakai plug. Kereta aok tu je pakai pakai plug. Toh menda-menda aok ni,” kata adik aku memperlekeh.

“La, ye ke?” aku tertanya-tanya. Baru tahu. Aku sangat jahil bab automotif ni.

Sunday, October 11, 2009

Pasca Palatraya

dia ingin membasuh warna takdir
abu kering di wajah bangsanya
tapi dia lupa hendak membasuh pelir
selepas kencing merata-rata

namun apakan daya
hari ini orang tak peduli lagi
janji sembang lebat
semua ternganga
dengar saja macam-macam janji
taik palat pun dah rasa coklat

(owh, ini tak ada kena mengena dengan sesiapa
ini bukan sajak politik
amacam, boleh baca dekat TV tak?)

Wednesday, October 7, 2009

Sweeping Dong Ah!

Semangat orang-orang Indonesia hendak mengganyang Malaysia bukan main berkobar-kobar lagi. Gara-gara Malaysia didakwa merompak tarian Pendet yang terteleng-teleng, terhinggut-hinggut dan terkeliting-keliting itu, semangat mengganyang mereka telah pun sampai ke kemuncak. Dengan senjata paling canggih – ‘buluh runcing’ – mereka pun masuk dan menikam-nikam bumi Malaysia.

Lihatlah foto (*) di atas. Sampai ke Kuala Lipis mereka masuk. Habis bangunan mereka musnahkan sambil menghisap Gudang Garam. Penyandar kerusi mereka cabut. Tanah mereka tebuk lubang. Lepas itu boleh pula mereka buat muka ‘tak tahu’. Tapi yang paling pelik; cukup bulan, orang Malaysia bagi mereka duit upah pulak!

Bila aku tanya; tak derma untuk tabung gempa bumi di Sumatera? Nak suruh mereka balik tolong dan dapat masuk TV, jangan haraplah. Orang Malaysia pulak yang beria pergi ‘menyemart’.

Pandai sangat menjawab rupanya geng ‘buluh runcing’ ni: Nak buat apa, bang? Indonesia sudah banjir manusia. Biar saja la. Pemerintah pun tak mahu tolong. Baik beli nombor ekor saja, bang. Kalau kena lumayan!

Orang Malaysia, siapa yang bertanggungjawab buat lagu kebangsaan ni? Sila tukarlah lagu ‘Memula’ Moon itu. Lagu ‘Orang Timur’ kumpulan SYJ lagi sedap dan bersemangat apa. Ah, buat iklan pun sub dekat orang bulat-bulat. Merdeka hapakenbenda macam ini. Nak jadi bahan lawak macam geng ‘buluh runcing’ itu juga ke?
Update: Foto (*) tak dapat diupload setelah 1/2 jam berusaha. Kena sentet kot. Korang imagin la sendiri. ha ha

Monday, October 5, 2009

Jawaban Tekaria 2009

Sam pun pulang bersama-sama lembunya. Hati Sam sayu. Kalau bukan mengenangkan azamnya mahu membaiki system jalanraya di Malaysia, mahu saja Sam minum Paraquat. Hari ini; Sam rasakan dunianya – bagai sudah kiamat.

Setelah mengandangkan lembu-lembu milik keluarganya itu, barulah Sam masuk ke rumahnya. Hari sudah hampir senja. Loceng di kuil di hujung kampong mereka itu juga kedengaran berdentang-dentung.

“Apak, lembu kita sudah tinggal sembilan,” kata Sam sambil menundukkan kepala.

“What!” Uncle Veloo yang bertuala kerana mahu mandi mlam, terlompat kerana terkejut bukan kepalang dan diikutilah pula dengan larian kencang macam Charlie Chaplin untuk ke kandang lembu.

Sam pula menurut langkah dari belakang.

“Deyyyy!!!!” Jerit uncle Veloo, “Sekarang kao kira semula, Sam. Kau kira semula!” arah Uncle Veloo dengan garang sebaik Sam terpacak di depannya. Muka Uncle Veloo cukup bengis dengan jari telunjuknya ditegakkan tak ubah seperti lagak Rajnikanth sebagai Padayappa.

“Baik apak. Kosong, satu, dua..” Sam mula mengira.

KELEPUK! KELEPUK! KELEPUK!

“Deyyyy, bodoh!! Ini lumbu kao kira dari satu la! Bukan kira mula dari dari kosong! Apa ingat ini nombor talipon ka, 012, 012???!!!” Uncle Veloo mengherdik anaknya – Sam yang bangang.

Sam menyapu kepalanya yang baru dibelasah apaknya dengan selipar. Cakap saja banyak, bikin kerja tak tau juga.