Showing posts with label Aku Kuli. Show all posts
Showing posts with label Aku Kuli. Show all posts

Tuesday, January 6, 2009

Macam Ini Pun Kira Jihad Juga Apa...

Suatu pagi. Beberapa minggu nan lalu. Adik pagi-pagi sudah bersiap dengan topeng gas muncung dua. Kami pakai muncung dua. Yang muncung satu itu nampak macam muncung babi. Segan la pula nak pakai. Tokey babi pun tak nak pakai gamaknya.

“Aok nok buat mende pagi neh? Keh ikut je.”

Adik belum jawab. Sarung stoking coklat yang dulunya putih dan dibeli di kedai RM2. Topi 'cepiau' terbalik atas kepala dah. Ambil tali pam. Tali leher ada dalam almari. Masa sekolah dulu-dulu saja pakainya.


“Bunuh Israel la. Paras betis doh. Payoh nok pungut buah relai nanti. Nak tolak tandan sawit pun payoh.” Adik aku jawab dengan muka serius sambil garu-garu kaki kiri guna kaki kanan.

Peh, orang kita. Punya la menyampah dekat Israel. Rumput yang degil dan punya la susah nak pupus itu pun dia bagi nama ‘Rumput Israel’. Entah siapa bagi nama tak tahulah aku.

Kalau tanya Ehud Olmert pun, sampai mampos pun dia tak kenal ‘Rumput Israel’ itu..!!!

Friday, January 2, 2009

Perbarisan Tahun Baharu 2009

Pagi-pagi aku telefon Pak Cik. Suruh hantar crusher run. Hari esok nak tarik premix untuk resurfaces jalan masuk dan dataran kejat di SMK Setia Wangsa Kuala Lipis. Sabtu dan Ahad ada pendaftaran budak-budak baru masuk sekolah. Memang sesak.

“Kena buat hari ni juga pakcik. Esok pagi-pagi lori premix sampai tak dan!” aku memohon bantuan.

“Pak Cik nak tengok perbarisan ni. Tiap-tiap tahun kena tengok. Baru patriotik!” pak cik memberi alasan.

“Perbarisan jubor lembu la pak cik!”

Arghhh…Tahun baru pun kena kerja. Demi pembangunan Batu 2 khasnya, Kuala Lipis amnya dan Malaysia am-amnya..!!!

P/S: Selamat tahun baru 2009. aku tak sempat nak jawab komen. Sibuk pepalih weh dua hari dekat Kuala Lipis ni.



"Apa-apaan kau ini. Mahu angkat batu ka, angkat kereta? Goblok!"
"Deyyy, deyyy, deyyy. Dey, dia tengok kitaaaaa..."
"Ini kalu Rajnikan tengok...peh, makan jantung!"



"Ulamak, gear berapa ni? Tarak lepas naik busut!"

Wednesday, December 10, 2008

Hek Eleh, Taiko Apa Ke Benda!!!!!

Sukri ialah operator jengkaut (excavator). Hari-hari dia kaut tanah dengan bucket jengkaut Sumitomo 2000 Pak Cik Tai Leong. Zaman firaun dulu orang kaut pakai tangan saja.

Badan Pak Cik Tai Leong tak ada pun cap naga, cap harimau atau cap helang semua. Cap anak ayam turun bersepuluh pun tak ada. Biasa-biasa sahaja.

Aku pelik juga dulu-dulu masa mula-mula kenal Pak Cik Tai Leong yang busuk dan malas mandi pagi itu. Semua orang cina kenal dia. Orang Melayu pun kenal. Ah, jerantut bukan Chicago ‘kan.

Bila aku sembang-sembang dengan Ah Chong a.k.a Hap Ma Lau (monyet hitam) yang ada cap naga dekat belakang itu, baru aku tau sikit-sikit. Pangkat ‘Tai’ dekat nama Pak Cik Tai Leong itu kira macam ‘Taiko’ la. Kalau orang biasa pangkat ‘Ah’ saja. Macam aku. Orang cina panggil ‘Ah Mie’ (nama yang tipikal).

Ah Chong cakap, jadi ‘Taiko’ bukan untuk cari-cari gaduh, rompak-rompak atau bunuh-bunuh. Itu taiko jenis bodoh. Orang hormat Taiko’ sebagai pendamai sahaja. Owh, kononnya. Kalau ada cina gaduh sama cina Pak Cik Tai leong tolong ‘cool’ kan ek? Kalau sama Melayu dan India pun Pak Cik Tai Leong tolong juga ek? Owh, macam polis dunia itukah? HA HA HA

Sebab hari-hari kaut tanah, jengkaut Pak Cik Tai Leong jadi kotor gila. Bersempelet dengan tanah dan selut. Sukri pula letih gila la. Aku letih juga. Ingat pegang pita ukur tengah panas tak letih ka?

Pak Cik Tai Leong datang. Hendak tunjuk kuasa ‘Taiko’ macam selalu la ‘kan. “Sukri, nanti awak cuci itu lantai ya. Banyak kotor la!” jerit Pak Cik Tai Leong.

Sukri yang lurus bendul kadang-kadang bodoh-bodoh alang tapi cekap mengurat gadis-gadis liar itu angguk-angguk. Entah dengar entah tidak. Bunyi jengkaut bising sangat.

Petang-petang Sukri pun cuci lantai jengkaut itu. Sungguh-sungguh Sukri sental dengan berus dan simbah sampai bersih.

Pak Cik Tai Leong datang lagi. “Tiu ni seng…itu lantai kasi cuci dulu la! Kasi gris sekali. Tanah batu semua habis masuk. Nanti song wooo!!!!” marah-marah nada seorang tokey.

“Woi,tokey, ini saya cuci lantai la ni!” Sukri tak puas perasaan hatinya.

“Tiu Nia Seng, ini maaa. Ini ‘lantai’! Ini ‘lantai’!” Pak Cik Tai Leong menunjuk ke arah rantai jengkaut berkali-kali dengan bersungguh-sungguh.

Rantai dengan lantai memang tak sama. Selepas itu kalau di belakang, kami tak panggil dia Pak Cik Tai Leong lagi. Walaupun dia baik dengan kami, kami tetap panggil dia Pak Cik Talengong!!!!