Bila lepas hujan selalu banyak nyamuk di taman perumahan tempat kami menyewa. Padahal tak ada pun air bertakung. Besar-besar pula tu nyamuknya. Tapi tak ada la sampai besar ayam serama. Besar telur cicak pun tak ada. Ala, macam biasa saja besarnya.
Suatu senja sementara nak tunggu giliran mandi aku bertuala di tepi pintu. Dah masing-masing tak mahu mandi lagi, bila la nak sampai gilirin aku? Apa nak jadi ni kawan-kawan? Mandi petang pun nak kena cabut undi dulu? Kalau makan tak payah menunggu semua serbu macam FBI bila terhidu bau.
Nyamuk pun datang tanpa diundang. Tapi borak kami jalan terus sambil tangan masing-masing pun rancak menerawang menampar tak tentu hala. Sesekali buat gaya kung fu ular pun ada. Borakan pun dah berterabur jadi hilang fokus. “Apahal banyak nyamuk ni?” seorang kawan aku merungut menampar sambil cerita pasal kampung dia masa tu musim tengah buah kelapa sawit. Kena seekor. Kojol. Dia buang.
“Ha, ambik kau!” aku tekan seekor. Tak kuat aku tekan. Aku tekan dengan sebatang jari saja. Fizikal nyamuk tu sikit pun tak rosak. Kalau keluarga nyamuk tu nak buat pengecaman mayat memang tak jadi masalah punya. Lepas seekor, seekor nyamuk aku tekan. Kawan-kawan lain tetap menampar, melenyek dan membuang nyamuk-nyamuk tu. Sampai ngeri betul rupa nyamuk tu mereka kerjakan. Brutal betul manusia ni rupanya.
“Mak aih, banyak betul nyamuk kau kumpul. Buang je la.” Tiba-tiba ada kawan aku tegur. Memang banyak. 15 ekor pun ada masa tu rasanya. Aku longgokkan elok-elok saja setempat. Cantik-cantik semuanya. Macam nyamuk model iklan makhluk perosak lagi bentuknya.
“Entahnya. Buang je la. Kotor je. Nak buat apa kumpul?” kawan yang seorang lagi pula tegur kelakuan aku.
“Ha, tu la korang tak tau. Nanti aku buang la. Ni aku nak buat amaran. Biar nyamuk-nyamuk lain takut nak datang dekat hisap darah aku. Biar mereka jadikan ini satu iktibar dan insaf sikit. Macam tu je nak ajar nyamuk-nyamuk ni!” aku menerangkan metodologi aku menangani serangan nyamuk-nyamuk tu.
Lepas dengar idea bernas, tu kawan-kawan aku berebut pula nak pergi mandi.