Showing posts with label X-File. Show all posts
Showing posts with label X-File. Show all posts

Wednesday, September 10, 2008

Drift, drift juga..tapi cermek la sikit demeh weh!


Akibat terlalu dipengaruhi oleh drama bersiri Impak Maksima, dua orang pemandu ni lupa keselamatan pengguna jalanraya lain. Tengoklah. Macam-macam cita-cita manusia di Malaysia hari ni. Semua nak tunjuk terrer.

“Apa kejadah main drift atas jalan lurus!” entah mana punya kutu tiba-tiba komplen sambil juih-juih bibir. Leher panjang-panjang saja jengah-jengah dari kerumunan orang ramai.


“Woi, kat Istana Budaya pun orang buat drift la!” pemandu bas tu jerkah sambil hunus spanar 21 sambil membetulkan kuda-kudanya yang sumbang. Kutu Kuala Lipis tu pula cepat-cepat lari dan pura-pura pergi beli juadah buka puasa di gerai depan rumah tepi jalan Batu 2 tu walaupun jam baru pukul 12 tengahari. Beria dia paksa makcik yang tengah jemur lampin tu buat cucur udang. Alasannya mak dia suruh cepat balik untuk kupas bawang. Padahal mak cik tu berjiran saja dengan tuan gerai tu.

Pemandu lori ais tiub tu pula dah lesap selepas menewaskan pemandu bas yang tercabut tayar masa buat drift tu. Berhenti seminit untuk menunjukkan tanda ibu jari tanda *bagus* sebab bangga bukan main-main. Katanya nak hantar ais tiub ke rumah orang kenduri cukur jambul. Kenduri cukur jambul mende ke siang-siang Ramadan ni?

Aku sempatlah ambil beberapa keping foto sebab kes ni jadi dekat dengan projek tempat aku kerja – batu dua Kuala Lipis. Kawasan Pipiyapong ni.

“Badigol betul. Tak reti jangan drift la. Keh yang dah lulus PMR ni pun tak reti tau!” tiba-tiba seorang budak sekolah yang tunggu bas di situ marah-marah. Tak kuat sangat suara dia. Takut makan spanar 21.

“Kalau nak mendrift malam-malam la. Pergi Sungai Jelai sana. Bawak jaring ½ inci. Hari tu enam kilo keh dapat ikan bador weh!” Ada pula kawannya yang bermuka naïf tu menyampuk. Nelayan separuh masa Sungai Jelai barangkali.

“Tengok. Aku nak balik pun sudah kena tunggu lain bas! S@$%&!!” budak yang ketiga tu mencarut bahasa Tamil. Macam nak naik cacat muka dia sebut kata-kata tak senonoh tu. Ada satu dua perkataan yang aku faham. Yang lain tu tak tau la dia mencarut ke memuji.

Eh, aku kenal sangat budak yang nombor tiga tu. Anak pemilik restoran di batu 2 tu juga. Rumah kedai dia kalau jalan kaki perlahan-lahan macam kucing, seminit pun dah sampai. Nak tunggu bas apa lagi. Jalan kaki saja dah la bahlol!

Friday, July 11, 2008

Sejarah Moden Kuala Lipis Tahap Hollywood.

Jam satu tengahri semalam aku terasa macam nak menambah kalori dalam badan. Suasana perut macam biasa la dah jalan separuh hari ni . Sebab bukan bulan Ramadan rasa rugi juga kalau tak santap makanan berkhasiat ni. Selera dan poket pula memang memberi keizinan.

Sebab terasa nak makan asam pedas ikan pari, sampai la aku ke gerai seorang mak cik tu. Memang sedap asam pedas dia. Anak dara dia pun sedap betul mata memandang. Ambil la dalcha timun. Demi untuk membezakan dengan air sirap kenduri kahwin di kampung, aku order la air sirap limau nipis. Padahal limau nipis belambak belakang rumah mak tapi aku malas nak buat bila di rumah. Bayar kena RM7. Bayar dulu baru makan. Cheh, takut orang makan tak bayar la mak cik tu.
Siap la cuci tangan. Aku pun dah bersiap sedia untuk menguji prestasi asam pedas mak cik tu buat ke sekian kali. Aku pun kepal-kepal nasi dan suap ke mulut aku yang tak sabar-sabar dah nganga awal-awal. Tiba-tiba alamak! Terkejut gila aku.
Mula-mula aku ingat mimpi. Kesat-kesat mata dengan tangan kiri. Kalau kesat dengan tangan kanan bersempelet la nasi ke mata. Betul ke apa yang aku nampak? Kalau setakat Siti Nurhalizeh dengan Datuk Kay lalu depan aku memang tak masuk carta kehairanan aku langsung la. Tapi kes ni dah tahap filem-filem Hollywood. Bahaya ni. Silap-silap satu Kuala Lipis disedut dek benda tu.
Tapi orang ramai yang ada di deretan gerai tu boleh buat selamba saja. Kereta lalu-lalang laju-laju macam biasa. Mak Cik kedai tu pun buat macam tak ada apa-apa juga. Tak kan dia tak perasan benda yang sikit punya besar belakang kedai dia tu. Aku dah nak buat panik dah. Nak jerit juga. Tapi pendam juga. Nak bisik-bisik tanya mamat Kelantan di meja sebelah yang tengah cekik kepala ikan keli goreng berlada tu takut memalukan diri sendiri pula. Tak apa la. Biarkan la semua tu. Buat macam biasa. Aku pujuk-pujuk diri untuk sedapkan hati.
Dengan penuh semangat aku pun keluarkan la kamera digital projek. Abadikan dua tiga keping foto sebagai bukti buat generasi akan datang. Inilah bukti yang sebenar-benarnya. Kuala lipis dalam sejarah moden tahap USA. Siti Nurhalizeh tu apa la sangat.
Tapi orang Kuala Lipis ni memang pelik. UFO mendarat dan mengintip dari atas bukit belakang rumah, nak menjajah minda dan fizikal buat tak tau saja. Tapi foto di bawah adalah buktinya. Perhatikan baik-baik. Kalau ia memang bukan UFO pun, aku yakin 129% ia memang macam UFO!

P/S: Anda semua dapat baca mesej tersembunyi aku dalam cerita ni?