Friday, November 20, 2009

Bulat Si Hantu Lilin

Waktu itu petang yang sangat ceria. Rasa macam Ultimate Warrior nak tampar orang pun ada. Dah sepagi aku cari bassline lagu-lagu Greenday album Dookie dengan gitar tong hasil beli guna duit Yayasan Pahang. Aku bukalah masuk sangat lagu-lagu punk ni. Kena pulak yang macam Greenday tu. Tapi Madi dan Pendi yang mintak tolong main bass sebab diorang tak ada bassist. Tapi bila dah dengar-dengar banyak band-band macam Sonic Youth, Radiohead dan Ramone yang Madi sogok tu, rasanya orait juga. Lantaklah. Muzik kan Universal?

Entah macamana tiba-tiba ada seorang budak dekat-dekat rumah aku. Tiba-tiba mendekat. Budak baru tingkatan satu. Kami panggil dia Bulat. Takkan aku nak halau dia walaupun dia nampak naïf sangat lagi.

“Tunggu Madi ke? Nak pergi jem ke?” Bulat bertanya. Madi memang glamour juga dekat Jengka masa tu sebab sebelum tu dia dah ada band nama 'Silence'.

“Ha’ah. Hari ni bukan sekoloh pun,” jawab aku acuh tak acuh sebagai senior melayan junior.

“Bila nak beli gitar karen sendiri. Baru sedak sikit. Keh pun boleh tumpang main. Belajor la dengan aok,” kata Bulat yang menunjukkan minat nak main gitar juga. Kalau suruh mengaji siap berambat prentan sibat senja. Bukan main liat nak mandi.

“Mana keh ada duit. Belanja sekoloh pun mak ayah tanggung. Aok la beli, keh main. Aki aok kan paling kaya dekat Jeram Landok,” kata aku yang dah jemu menunggu motor Madi tak sampai-sampai.

“Beli la ‘lilin’ dulu. ‘Lilin muroh sikit dok?” pertanyaan anak jiran aku itu menyentak pemikiran kreatifku. Aku ingat; jangankan aku, Uli Jon Roth pun boleh sasau dengar pertanyaan dia ni.

“Lilin? Nak buat apa lilin?” tanya aku kehairanan. Entah apa kaitan ‘lilin’ dengan gitar elektrik tak tahulah. Nak bakar studio masa main jamming ke?

“Laaa, nak bagi bunyi gitar karen jadi sedak la. Nok bagi bunyi ganas ‘jrenggg, jrenggg’(distortion) tekan pedal,” Bulat memberi penerangan entah apa-apa dengan ikhlas sekali.

Rasa nak menyengkeh dan menghempas kepala Bulat sama banyak je dah masa tu. Entah siapa la yang ajar dia main gitar elektrik pakai lilin macam orang nak hisap dadah pulak.

“Woi dak Bulat, bukan ‘lilin’ la. ‘Delay’. Sebut betul-betul – DELAY!” aku jerit kuat-kuat dekat budak Bulat tu sebab memeningkan kepala aku yang dah bersiap sedia nak pergi enjoy.

“Mana keh tau. De-lay…hihihi” kata Bulat sambil tersengih-sengih.

Kalau Madi dan Pendi lambat datang memang menangis budak tu aku kutuk. Kui Kui Kui!

Sekadar foto hiasan: Blantans Death (r.i.p). Kelihatannya Jugah Gogorot, menunjukkan demonstrasi bagaimana seorang vokalis band Grindcore yang ganas haruslah memamah mikrofon sewaktu yell. Selalu juga Jugah kena penampar dengan tokey studio tu sebab aksi gediknya itu.

Thursday, November 19, 2009

Aku dan Sang Lalat

Aku cuba melelapkan mata. Memang aku perlukan tidur setelah seharian bekerja meneroka tanah haram di hujung negeriku. Pergi mampus, haram atau halal. Aku cuma mahu hidup. Bukankah dunia ini lebih banyak yang lebih jahat berbanding itu? Aku cuma tak mahu bayar cukai. Ya. Aku juga mahu mewah macam penjilat kelas atasan. Hidup mewah. Mati peduli apa.

PAP!

Celaka punya lalat. Aku berjaya menangkap seekor lalat yang hinggap di hujung hidung di saat-saat aku sangat hampir ke garis lena. Kemarahanku tiba-tiba mencanak demi melihat rupa lalat yang amat menyakitkan hati itu. Tidak tahukah ia, aku sangat kepenatan?

“Mampus kau kali ini, lalat haram jadah!” kata aku dalam hati.

“Nanti dulu, nanti dulu manusia yang baik budi,” tiba-tiba lalat berkata. Ah, lalat apakah ini? Bermanis kata di depan aku, sedang tadi entah najis mana yang telah dihinggapinya.

“Ah. Aku peduli apa. Aku beci kau. Benci, tapi rasa nak bunuh!”

“Baiklah kalau itu keinginanmu. Kau boleh bunuh aku, tapi dengan satu syarat,” kata lalat yang boleh berkata-kata itu dengan muka kesedihan.

“Apa syarat? Apa syarat?” tanyaku pula dua kali.

“Kau lepaskanlah aku dulu. Aku ingin rasakan nikmat kebebasan sebelum mati."

Ah, macam-macam pula lalat ini. Kau yang mengganggu aku, kau pula yang bikin syarat macam-macam. Kau pikir aku bodoh? “Baiklah, aku setuju,” ujarku sambil tersengih.

Setelah mencabut kedua-dua kepak lalat itu, aku letakkan ia di lantai.

“Bebaslah kau wahai lalat yang nakal. Aku nak berehat pun tak senang. Aku pun tak berminat lagi hendak membunuhmu yang sudah tak berguna itu!” herdikku dengan sinis sekali.

Kulihat sang lalat terkesot-kesot melarikan diri dari beberapa ekor semut yang mula terhidu bau habuannya.

Lalu aku tertidur dengan aman sekali. Mimpi menjadi manusia yang sungguh manusia.

Wednesday, November 18, 2009

Panas Dalam Tengkujuh

Jumaat lepas aku ke Kuala Lipis. Setelah mendapat pukulan henset dari Man Backhoe. Man ialah abang kepada Lan, pomen peribadi masa-masa aku terdesak. Upah murah. Kerja memang cukup lambat siap. Sembang berjam-jam. Kuat mengeteh.

“Aok sampei ke lepih, telipon la ke keh,” kata man sebelum menamatkan perbualan. Semenjak jadi menantu orang Kampong Keledek ni, dah bukan main leweh Man bercakap. Hilang bahasa Jerantut Darul Gaharu.

Aku cadangnya nak sambar sebuah lori hantu untuk kerja angkut mengangkut sawit. Lori murah. Tak ada cukai jalan pun tak apa. Bayar JPJ dan polis 60 ringgit sebulan, buah sawit dah boleh sampai ke kilang. Kalau ada roadtax pun demeh tu 'pow' juga. Alang-alang biar kosong terus. Tak payah puspakom. Janji ada bergeran. Tak ada la kena tuduh mencuri kalau ada kes lori hilang. Keh keh keh.

Pagi-pagi lagi aku dan adik aku dah pecut. Tak payah suruh pakai tangan, adik awal-awal lagi dah masuk tempat drebar. Terus dia pecut laju-laju macamlah dapat hadiah kalau sampai cepat. Sampai hujung jambatan kampong Feri masuk kanan. Potong ikut kampong Lada. Sejam saja dah sampai Kuala Lipis.

“Ada mane? Keh de lepih doh neh!” aku menghubungi Man setelah sampai ke Tanjung Lipis dekat papan tanda kumpulan Lion.

“Yeh, mat aok cepat ngat? Aok masuk ke simpang Berchang!” kata Man.

Inilah janji Melayu baru. Sekejap Kuala Lipis. Sekejap kampong Berchang. Adik aku tanpa bertanya banyak – terus ke Berchang. Masyhur tempat ni. Sama masyhur dengan padang mahsyar.

Setibanya di simpang kampong berchang berjumpalah aku dengan Man. Muka Man memang ganas. Macam bucket backhoe juga.

“Mana lorinya?” tanya aku buat-buat ganas juga.

“Ngeteh dulu. Lori de lubuk kulit. Cepat bete aok sampei…” Kata Man dengan gaya ingin membelanja.

“Cakap la awal-awal. Senang keh ke Lubuk kulit direct!” marah aku dalam bahasa Kuala Lipis moden.

“Yeh, mat aok tau sineh?” tanya Man terpinga-pinga.

“Tokey kilang ayam segor de Lubuk Kulit ter, adik ayoh keh. Kampung aki keh ni,” Jawab adik aku pula sambil tersengih-sengih seraya menghirup air bercita rasa orang tua. Nescafe cawan kena godei.

Setelah minum, barulah kami ke rumah Adi, drebar lori yang ganas itu untuk membuat serba sedikit pemeriksaan berkala. Kena la tengok dulu baru puasa hati dan selamat. Main bedal je dapat penyakit pulak nanti.

Aku mintak geran. Lori memang terbaik sangat lagi walaupun Hicom first model. Adi cakap boleh tarik kayu getah sampai 9 tan. Aku cakap 19 tan pun boleh, kalau nak menjahanamkan enjin. Aku suruh Adi buka enjin.

“Apsal nombor enjin ni lain weh?” aku tanya bila mendapati ada perbezaan pada nombor enjin di geran dan di enjin. “Jangan-jangan ‘enjin panas’ dok?” aku tanya lagi setelah mendapati itu memang enjin Hicom latest model. Bukan first model. Memang superb. Tak ada sebarang minyak hitam leaking pun pada enjin. Patut pun boleh tarik kapal selam.

Adi dengan muka macam tak sedap hati, terus meletakkan tangan di atas enjin, “Tak paneh pun? haaa, kalau doh start enjin ni baru le paneh!” kata Adi dengan tersengih-sengih.

Dah seminggu Adi berjampi dengan bomoh Pagar Sasak sebab jadi gagap akibat banyak sangat kena tempeleng dengan aku.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
* Ayat terakhir tu aku acah mat labu saja. Aku tak jadi angkat lori tu. Berat sangat. Kui Kui Kui.

Tuesday, November 17, 2009

Cauvinis Siplis

Sehingga entri ni ditulis; dah 3 hari aku tau pasal arwah Taufiq Norzan, 21, yang mati ditembak gara-gara mengamuk dengan guna pisau pemotong sayur. Aku pun pelik juga, polis tembak orang mengamuk yang cuma gunakan pisau. Bukan M16. Kenapa tak tembak tangan? Kenapa tak tembak kaki? Polis tak bersediakah? Atau polis pencen rabun yang pergi buat operasi tu? Kalau guna senjata api macam PCO Boy ke, Kalimuthu ke, atau Botak Chin, boleh ‘shoot to kill’.

Tapi itu bukanlah apa yang bermain-main di minda aku. Aku cuma terpikir, apa beza arwah Taufiq dengan mendiang Kalimuthu? Apa beza arwah ni dengan geng Deva atau PCO Boy? Seekor NGO dan ahli politik pun tak ada nak bising. Nijar Camry pun tak nak bakar lilin tepi jalan. Terisa Kok tak berkokok pun. Tak ada. Cuba bukan yang sebangsa dengan Taufiq kena tembak, bukan main riuh. Orang yang sebangsa dengan Taufiq pun tumpang semangkuk buat riuh macam siamang kena bisul. Kalau boleh penjenayah-penjenayah bukan melayu ni nak kena tangkap dengan lemah lembut. Polis mati pun tak apa. Yang melayu tak apa, kasi keok saja.

Berdepan dengan polis amat menyeramkan. Walaupun kita hanya melakukan kesalahan kecil, bagi aku. Tetapi berdepan dengan sikap manusia-manusia yang cauvinis pula memang menjengkelkan. Kepada kawan-kawan aku yang bertugas sebagai polis, kerjalah baik-baik untuk menunjukkan anda seorang Muslim yang baik. Tak usahlah berkecil hati kalau terbaca entri aku ni. Kepada NGO dan orang politik yang cuma nak membela bukan melayu saja (termasuklah yang melayu) sebab nak cari glamour, pergilah mampus. Kepada NGO melayu dan Amnau, pergi main telor la lagi sesuai.

Entah apa-apa Malaysia ni. Semua cuma nak tunjuk pandai dan tunjuk hero untuk cari glamour saja. Bila popular, senang la nak buat duit agaknya. Membosankan. Rasa nak pindah ke Negara Mamluk saja.

Monday, November 16, 2009

Acara Meracun Secara Olimpik

“Mie, ladang mak hang ni dah nak semak dah ni. Hang kena racun sikit dah ni.” Begitu kata Din kawan aku yang ambil upah potong dan angkut buah sawit sambil meneguk air oren yang aku hantar ketika berehat.

Budak Din ni, elok-elok aku hantar air oren, dia suruh aku meracun pulak. Mujurlah aku pernah kerja potong, angkut dan lambung tandan sawit atas lori. Jadi aku fahamlah peri siksanya bekerja sebagai buruh ladang untuk sesuap nasi. Sebab itulah marah sangat bila aku naik motor, ada polis pow aku suka-suka hati sebab aku serabai dan berambut panjang. Bukan aku tuduh semua polis. Tapi banyak kali aku kena. Padahal bukan aku yang menaikkan harga gula dan ayam bila nak raya. Bukan aku dapat komisen kapal selam.

“Entah, popalih teruk kawan kutip biji relai. Habis jari kawan,” Belut yang jadi tukang tolak tandan sawit pun nak menyampuk juga.

PANG!

Aku lempang seekor nyamuk. Biasalah, memang ada nyamuk dalam ladang sawit ni. Ikutkan hati aku nak tenyeh saja nyamuk tu atas dahi Belut. Menyibuk. Tapi tak jadi sebab dia cepat-cepat start kerja semula sambil hisap rokok Nusantara hijau.

Mengenangkan keluhan kawan-kawan itulah, aku dan adik aku terpaksa jadi kombat menempur segala rumput rampai. Nak harapkan lembu-lembu orang yang selalu buat taik tu? Lembu sekarang ni pun dah jadi mengalahkan graduan menganggur pulak. Pandai memilih sangat. Rumput lembut-lembut cantik-cantik muda-muda saja dia nak hentam. Senduduk berbulu, kapal terbang dan kelambu rimau yang degil macam iblis tu tak mahu pulak dialembu (gantinama lembu yang setaraf dengan diorang) rentap sampai ke akar umbi. Kalau boleh nak suruh letak aircond dekat ladang agaknya lembu-lembu tu. Kalau dialembu makan tak memilih, senanglah sikit kerja aku. Itulah yang amat kukesali sehingga tiada terhingga.

Maka selama empat hari pada minggu lepas aku terpaksalah mendukung pam 3 galon yang beratnya macam beg budak sekolah rendah yang bawak buku tak ikut jadual itu. Aku kalau bab meracun ni memang handal sangatlah. Kalaulah meracun ni masuk dalam acara sukan Olimpik, mesti aku punyalah yang dapat RM1juta Olimpik 2012 tu nanti. Ye la, pingat emas aku punya. Adik aku pingat peraklah. Itu belum lagi dia buat acara meracun secara bergu ke, acara meracun berganti-ganti ke, atau terjun papan anjal sambil meracun diikuti main mercun sekali ke. Berjuta-jutalah aku dengan adik aku dapat duit. Menangis punyalah menteri sukan yang mukanya memang macam nak menangis tu terpaksa hantar duit ke ladang. Nak harap acara bolasepak yang ada sekarang? Menghabiskan duit rakyat saja la. Masing-masing berlagak dengan jersi bola England palat tu saja la rakyat Malaysia ni. Lepas semua team bola nak ada perkataan ‘red’ kononnya macam ‘red devil’. Orang politik pulak menyibuk nak jadi presiden la, exco la bila persatuan tengah maju. Penyokong bakar lemang. Biarlah lantak.

Aku pulak bila meracun di ladang ni memanglah kusyuk habis. Laju bukan main-main. Sebab panas semua kulit tubuh rasanya. Duduk dalam topeng. Pakai overall. Sebijik macam SWAT. Jadi kalau boleh tak mahu berhenti langsung menyembur racun tu. Satu jam aku buat 3 pam. Satu hari aku cuma mahu kerja 3 jam. Buat laju-laju dan balik mandi. Pantang ditegur. Kalau orang bunian yang kuat pakai baju putih-putih macam dalam TV3 petang-petang hari tu tegur sekalipun, aku racun semacam muka dia. Siap rodok-rodok lagi mulut dia dengan penyembur racun tu. Biar dia insaf. Jangan asyik pakai putih macam iklan sabun saja taunya. Entah mana produser tu mengaji ada orang bunian macam tu.

Tapi macam biasalah. Masyarakat tempat aku ni memang peramahlah. Orang kampong. Kalau orang Beverly Hills tu lain la. KL? Miskin bandar punya orang ramai la beb. Bergaya saja lebih. Tak peduli jiran. Tengah sedap-sedap meracun ada saja kutu-kutu atau pak cik jiran yang berhenti nak bertemuramah. Selalunya memang aku menyorok belakang pokok sawit. Tapi sekali tu tak sempat betul sebab keadaan amat genting. Laluan untuk menyorok sebiji macam grand canyon tebingnya. Sudahlah dukung pam berat. Beria-ria sangat nanti berguling bawah tebing, mandi racun aku. Kena gelak dengan orang bunian original la pulak nanti. Demam keteguran aku.

Berhentilah sebiji motosikal dekat ladang mak aku. Brader Man rupanya. Tak ada kerja lain orang Melayu ni. Nampak orang kerja pun dia nak ajak berborak. Kadang-kadang tu dengan polis jaga roadblock pun ada yang ajak berborak juga. Panjang saja antrian jadinya. Kalau orang tengah makan jambu air colek kicap tu boleh la juga nak ajak berborak, pak cik weh. Tapi sebab aku ni memang budiman dan pengikut sunnah wal jamaah, layanlah juga walaupun dia bukan bekas mufti.

“Haih, meracun ke weh?” tanya Brader Man tu sambil tersengih-sengih seraya menongkat motor. Macam nak menyinggah lama saja pesennya. Otak aku pun mulai ligat. Keadaan hening seketika. Burung-burung membelai awan. Mentari merenjis sinar pagi ke daun sawit seolah-olah memercikkan titik-titik harapan kepada manusia buruh sepertiku. Damailah dunia, ujarku jujur. Sayup-sayup kedengaran lori hantu lalu lalang menghantar tandan sawit ke kilang. Aku pecat topeng. Tarik nafas panjang-panjang. Lepaskan segala penat di dada yang amat sangat.

“Tak adalah, Brader Man. Tengah memancing ni ha. Dapat ikan besarrrrrr...” jawab aku sambil membuat aksi hardcore angler melayan Mersuji seberat 35kg yang tersangkut di joran Daiwa berkekili Shimano TLD30 yang bertali Maxima 30 paun. Penyembur racun aku hayun-hayun dan karau ke kiri dan ke kanan sambil mengayakan aksi mengepam tali pancing macam di atas kapal layar Moonson Cup.

Tak sampai seminit, Brader Man cepat-cepat beredar. Hendak cari lembu dia yang merayau entah ke mana, katanya. Elok sangatlah tu. Raya Haji dah dekat. Aku meneruskan perjuanganku menentang rumput rampai. Nak cepat-cepat untuk balik mandi dan minum air kelapa.

Thursday, November 12, 2009

SMS sebelum tidor tadi malam.

Malam tadi. Aku baru nak lelapkan mata. Tiba-tiba saja ada SMS. Entah siapa la SMS prentan orang nak tidor ni. Nombor tak di kenali. Orang arab ke? Atau orang Badwi? Hati ditumbuk-tumbuk dek pertanyaan.

012-908 XXXX: Ado surat sampai rumah?

Sebaik dibaca. Cara cakap macam orang Negeri 9. Tapi nombor kelantan ni. Hala ke Bunut Susu, Pasir Mas.

Oleh kerana Negeri 9 menang Piala Malaysia baru-baru ni, aku ambil keputusan untuk balas dalam bahasa Negeri 9 la.

Aku SMS: Ekau ni sapo pulak? Posmen ko tanyo2 surat sei ni?

Tak ada balas-balas dah. Menyesal tak sudah gamaknya. Mengenangkan kredit habis silap hantar SMS.

Aku pun lena di ulit berlian.

muzik yang anti-pop dan vokal yang anti-melodi (part.2)

Merawat Sebatang Hidup

merawat sebatang hidup. lalu kubukakan
sangkar lilin dengan ngeri tersimpan di celah peti
dari benang-benang sulit membakar hempedu sakit
di depan kata menumpahkan cahaya makna
dari bilik luka menyimbahkan jelaga sengketa
dengan seumpah dan serapah mencairkan duka
meneruskan mimpi membalut dendam sendiri
untuk terus menyala menghitamkan diri

merawat sebatang lilin. lalu kurawat
suara kehidupan yang tak pernah menjerit
ditengah kukamitkan mimpi mimpi mendengar julangan erti
menyimpan cahaya api dan semangat ingin mati
meninggalkan dunia dupa mencari makna ghaib
mencelur cairan rasa menyelar lidah lintah
nikmat hidup di atas kehangatan
hidup pun terpukau dengan dalam tepukan hari lahir
dari teman-teman dengan mainan-mainan
dan hadiah-hadiahmu syaitan
menikung beban gelap menghilangkan duri
untuk terus menyeksa menghinakan diri

M. Said Maharam
(Kharmizi m/s: 35)


Aku tidak beminat untuk menganalisis puisi ini. Aku hanya ingin melanjutkan kata-kata aku di entri yang lepas. Maka aku perturun sebuah puisi lengkap yang terdapat di dalam Kumpulan puisi Khimirzi. Setelah membacanya secara keseluruhan, dapatkah anda tangkap maksudnya?

Baiklah. Secara terus, dari pandangan aku; puisi ini adalah gambaran atau kisah seorang penagih dadah. Itulah yang aku fahami. Orang lain aku tak tahulah. Setiap imej mudah ditangkap kalau kita peka. Penyair sungguh bijak menyusun imej-imej yang biasa hingga menjadi luar biasa. Penuh rasa kesakitan dan gelap. Penyair meluahkan seluruh pengalaman hidupnyanya dengan baik sekali. Tiada nilai didaktik yang keterlaluan di depankan. Tiada rasa mahu menunjuk-nunjuk sangat ‘hei, hebatnya seni aku!’, pada hal setiap perkataan disusunatur tanpa memeningkan pembaca selama-lamanya. Tidak sesat dan menyesatkan walaupun adakala puisi-puisi penyair yang lain terlalu mencekik dan membuat aku sesak nafas ketika merayap-rayap di dalam gua pengalamannya. Sangat jujur dalam meluahkan dan menduga khalayaknya.

Puisi ini ditulis berdasarkan pengalaman M. Said Maharam berhadapan dengan penagih dadah yang mungkin hampir setiap hari. Beliau adalah komandan di Pusat Serenti Serendah Selangor ketika itu. Sekarang aku tak tahu.

Maaflah kalau anda tidak minat sastera dan puisi. Hanya mahu memberitahu. Hasilan penyair-penyair yang menjanjikan di era 80an dan 90an dahulu sangat superb. Jujur, beridentiti dan sungguh berseni di dalam pemberontakannya. Tidak nampak sangat mengada-ngada. Atau berlebih-lebih hendak tunjuk lain dari yang lain dengan cara yang bukan-bukan. Dan masa. Masa telah pun menguji keutuhan mereka. Sepultura sebelum Chaos AD memang terbaik. Bukan Roots.





P/S: Tapi Chaos AD dan ke atas lebih senang dimain riff-riffnya. Juga senang untuk sing along. He He.