Monday, October 11, 2010

Pengembaraan Jaka Sambora #2

“Itulah masalah besar di sini, tskkk…” kata si penjual lempeng sambil mengangguk-anggukkan kepala. Kemudian asap rokok nipis-nipis berhembus dari mulut dan hidungnya.

Jaka diam dan tidak menerbitkan sebarang reaksi di wajah. Kunyahan demi kunyahan kepada lempeng diteruskan oleh Jaka dengan tenang.

“Atan Blanka itu samseng. Ketua samseng di sini. Itu mungkin perbuatan anak buah yang mengikut arahannya sahaja.” Muska menyambung penerangannya sambil meneruskan sedutan rokok daun pandannya yang hampir tiba ke tengah.

Nama Atan Blanka langsung tidak menggetarkan jantung Jaka. Bukan itu gerangan manusia yang ingin dicari Jaka. Apatah lagi jenayah yang dilakukan oleh Blanka hanya setakat merosakkan papan tanda, setakat yang diberitahu oleh Muska ketika itu.

“Terlebih dahulu; siapa nama tuan hamba – wahai usahawan lempeng?” tanya Jaka Sambora, sambil mengorek-ngorek sisa lempeng di dalam mulutnya dengan lidah.

“Oh, ya. Nama hamba Muskabiara. Ingat sampai bila-bila nama ini. Tetapi tuan hamba panggil sajalah hamba Muska.” Sambil tersenyum Muska menghulur tangan.

“Hamba Jaka. Seorang kembara jalanan yang ingin mencari kebenaran.” Jaka dan Muska saling berjabat tangan dan berbalas senyuman dengan penuh mesra kemanusiaan. “Tetapi mengapa aneh benar namu tuan Muska. Bunyinya seperti nama orang Russia.”

“Oh, itu nama samaran hamba. Nama di dalam kad pengenalan hamba sebenarnya: Mustafa Kamal bin Abdul Rahman. Kependekannya: Muskabiara,” beritahu Muska disusuli ketawa kecil. Jaka hanya tersenyum mendengar penerangan kenalan barunya itu.

“Begitu rupanya. Nama sebenar hamba Jaka Sambora. Anak kepada Guntur Sambora.”

“Sambora?!” terkejut bukan kepalang Muska demi terdengar nama penuh Jaka hingga letak duduknya bongkok menjadi tegak. Rokok daun pandan dijarinya hampir terlucut. “Tuan Jaka ini cucu Adi Sambora, keturunan Sambora dari Kuala Rado? Ya Tuhan, keturunan Sambora masih wujud rupanya!”


notamaut: sebenarnya sudah hampir 2 bulan aku tak baca semua akhbar bercetak, berita radio dan tv jarang-jarang layan, tukar tiub tak baca langsung dah, dan makin kurang berpikir. aku dok baca benda merepek dan berangan dengan kehidupan macam dalam harry potter, LOTR atau dalam zaman cerita-cerita ninja, shogun dulu. jadi aku main tulis je cerita pengembaraan Jaka Sambora ni. masalahnya sekarang aku dah tak pening pulak nak kembangkan dan sambung. kalau dapat idea aku sambung, amacam? huahuahua...

11 comments:

Webmaster@Echam said...

Ahhhh.. gitu pulokkkkk... hahahhaha

Don Balon said...

Pok Sedara dia la Richie Sambora tu yek..?kuikui

Miska, muska Mickey Mouse kuikui

Pipiyapong said...

Sambora, Sambora...

Fadh said...

huh agok dahhhhh.....

jo said...

mustapa kamal..
memang terbaek la weii...

pakcik kordi said...

koi tak boleh sebut nama blanka.koi terus nak main game street fighter dengan lipan peliharan koi....koi hrp aok abihkan cte ni.sbb koi suke,ketua kg koi suke,jiran koi suke,pak sedare koi suke.malah adam lambert klu baca cte ni pasti beliau akan mengalami sakit sakit ringan di bahaggian keng....

Hashim Zabidi said...

eloklah sambung, buat bacaan tambahan umum. Idea pasti ada. Jalan tunduk dapat idea apatah lagi kalu tersepak tunggul...

MARSLI N.O said...

Sdr RI: Tahniah atas penyiaran cerpen Mimpi Ngeri Tentang Ayam di MM 17 Oktober, 2010.

MARSLI N.O

Hashim Zabidi said...

Mimpi ayam yang mengerikan, tahniah!

hiro said...

haha..

Sahrunizam Abdul Talib said...

Salam,

Makluman. Saya dah pindah blog baru: http//szirdina.blogspot.com