Ramadan sudah tujuh hari berlalu. Ini bermakna sudah tujuh hari umat Islam yang berpuasa berjaya menahan lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang membatalkannya. Ia bukan kerja mudah. Kalau Jet Li disuruh puasa sekerat hari pun, mahu pengsan beliau agaknya. Orang Cina pantang jumpa, terus tanya: sudah makan ka?
Bagi aku berjaya berpuasa ada sesuatu yang amat membanggakan. Suatu rahmat tidak tergambarkan. Di sini, maksudnya bukanlah aku suruh pergi heboh dekat semua orang. Jumpa saja orang jerit, “woi, aku berjaya puasa la! Tengok ni, aku berjaya puasa la, tumbuk perut kang!”
Bukan begitu maksud aku. Jangan pikir bukan-bukan.
Berpuasa mengajar kita menjadi seorang penyabar. Sabar bangun sahur dan sabar tunggu berbuka. Sabar bersusah payah. Kendati pun begitu, bagi aku berpuasa lebih mudah daripada bersolat
Tetapi pencapaian peribadi aku yang paling membanggakan setelah tujuh Ramadan ini ialah; berjaya tidak updated status Facebook selama seminggu. Jangan kata mahu updated, mahu jenguk Facebook pun sudah rasa malas. Ia sesuatu yang amat hebat bagi diriku yang datang dari golongan keluarga miskin ini, dan bila mengenangkannya; aku rasa amat terharu sehingga tidak tersedar ada manik-manik keinsafan yang jernih mula terbit dari bola-bola mataku.
P/S: Bilalah orang Yahudi hendak cipta benda yang lebih best dari Facebook ni? Boleh juga aku aku membuang masa berkualiti dengan cara baru pula...
15 comments:
tp bila ko tak hapdet status..ade pulak makhluk2 lain bersuka ria di wall ko..kan?
:P
hanie,
ye ke? tehehe. nak aku privatekan ke? tak yah laa kan. ok je..
ko tak terawih ke? apa nak jadi? ke uzur sepanjang Ramadan? haha
wah...rasa macam mata masuk habuk dan hati terhiris mata pisau lalu disimbah air limau. pedihhh...
jo,
alaa, ni lagi sorang tak terawih. apa ni!
aku balik terawikh terus bukak blog rahimin idris.
***tetttt
gusi aok camne min? ade okey sikit?
mimie,
hehe OK dah. ada sikit-sikit lagi kecederaannya..bengkak and sakit..
salam..tahniah la te..koi makin kencang ander la...
patut la x nmpok aok update status cam bese..fb pun pose jugek la gitu..ekeke..
selamat berpuase weh..raye sok jemputlah ke rumoh..hahhaa
mie, nanti aku cipta satu bende yang best.lu tunggu!
patut pun. aku turu tertanya2 ke mana mung menghilang
hahaha..pulanglah min ke pangkal fb..wak ezam sangat merinduimu..sampai dia mencoret dan mencarut di dada fb mu..pengobat rindu katanya.
hehehee azam baru sempena ramadhan nie...bagus2...koi gune FB nie utk update dn kongsi2 perkara2 yg molek jer...dulu pn koi pernoh merajuk dgn FB...tp koi amik yg positif jer dr FB nie...iaitu kongsi sesuatu yg boleh mendatangkan manafaat untuk semua.
sudah sihat ka..
dah dekat masuk wakut berbuka pun ade duk ngadap facebook. tak senonoh betoil.
patut la lama dh tk nmpok dkt fb aok yek!hmm..
Post a Comment