Tuesday, August 17, 2010

Pencapaian Paling Membanggakan Setelah 7 Ramadan

Ramadan sudah tujuh hari berlalu. Ini bermakna sudah tujuh hari umat Islam yang berpuasa berjaya menahan lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang membatalkannya. Ia bukan kerja mudah. Kalau Jet Li disuruh puasa sekerat hari pun, mahu pengsan beliau agaknya. Orang Cina pantang jumpa, terus tanya: sudah makan ka?


Bagi aku berjaya berpuasa ada sesuatu yang amat membanggakan. Suatu rahmat tidak tergambarkan. Di sini, maksudnya bukanlah aku suruh pergi heboh dekat semua orang. Jumpa saja orang jerit, “woi, aku berjaya puasa la! Tengok ni, aku berjaya puasa la, tumbuk perut kang!”


Bukan begitu maksud aku. Jangan pikir bukan-bukan.


Berpuasa mengajar kita menjadi seorang penyabar. Sabar bangun sahur dan sabar tunggu berbuka. Sabar bersusah payah. Kendati pun begitu, bagi aku berpuasa lebih mudah daripada bersolat lima waktu. Malah lebih mudah berbanding mengait baju sejuk corak belang-belang. Sampai sekarang aku masih tidak reti langsung mengait baju sejuk corak belang-belang. Malah tidak pernah cuba pun, sebab itu rasa susah.


Tetapi pencapaian peribadi aku yang paling membanggakan setelah tujuh Ramadan ini ialah; berjaya tidak updated status Facebook selama seminggu. Jangan kata mahu updated, mahu jenguk Facebook pun sudah rasa malas. Ia sesuatu yang amat hebat bagi diriku yang datang dari golongan keluarga miskin ini, dan bila mengenangkannya; aku rasa amat terharu sehingga tidak tersedar ada manik-manik keinsafan yang jernih mula terbit dari bola-bola mataku.



P/S: Bilalah orang Yahudi hendak cipta benda yang lebih best dari Facebook ni? Boleh juga aku aku membuang masa berkualiti dengan cara baru pula...

15 comments:

h a n i e said...

tp bila ko tak hapdet status..ade pulak makhluk2 lain bersuka ria di wall ko..kan?







:P

Rahimin Idris said...

hanie,
ye ke? tehehe. nak aku privatekan ke? tak yah laa kan. ok je..

ko tak terawih ke? apa nak jadi? ke uzur sepanjang Ramadan? haha

jo said...

wah...rasa macam mata masuk habuk dan hati terhiris mata pisau lalu disimbah air limau. pedihhh...

Rahimin Idris said...

jo,
alaa, ni lagi sorang tak terawih. apa ni!

jo said...

aku balik terawikh terus bukak blog rahimin idris.






***tetttt

Mimie.Candy Cane said...

gusi aok camne min? ade okey sikit?

Rahimin Idris said...

mimie,
hehe OK dah. ada sikit-sikit lagi kecederaannya..bengkak and sakit..

Mazru Majid said...

salam..tahniah la te..koi makin kencang ander la...

patut la x nmpok aok update status cam bese..fb pun pose jugek la gitu..ekeke..

selamat berpuase weh..raye sok jemputlah ke rumoh..hahhaa

AMMOSHAM said...

mie, nanti aku cipta satu bende yang best.lu tunggu!

FastRi said...

patut pun. aku turu tertanya2 ke mana mung menghilang

zulfadzly said...

hahaha..pulanglah min ke pangkal fb..wak ezam sangat merinduimu..sampai dia mencoret dan mencarut di dada fb mu..pengobat rindu katanya.

Fadh said...

hehehee azam baru sempena ramadhan nie...bagus2...koi gune FB nie utk update dn kongsi2 perkara2 yg molek jer...dulu pn koi pernoh merajuk dgn FB...tp koi amik yg positif jer dr FB nie...iaitu kongsi sesuatu yg boleh mendatangkan manafaat untuk semua.

Lae said...

sudah sihat ka..

Nerzhul said...

dah dekat masuk wakut berbuka pun ade duk ngadap facebook. tak senonoh betoil.

pakcik kordi said...

patut la lama dh tk nmpok dkt fb aok yek!hmm..