Tuesday, February 23, 2010

Din Beramboi berselawat

Kalau siapa yang follow baca blog aku semenjak dulu tahulah; rumah aku dekat sangat dengan sekolah rendah. Kalau mengingsut pun dalam 5 minit pun tak sampai lagi. Kalau jalan kaki sampai la 5 minit.

Punya la dekat. Nyanyi lagu Negaraku tu jelas sangatlah boleh dengar. Zaman aku dulu zaman TV hitam putih, dapat pegang mikrofon pun dah euphoria. Pakai bateri masa tu. TNB pun tak ada lagi. Pernah juga cikgu berucap guna hailer macam ketua demonstran. Cuma tak ada lilit kepala dengan trak FRU saja.

Tapi sekarang dah canggih. Dengan mikrofon satu kampong dengar. Nyanyi lagu Pahang pun ada iringan muzik. Entah-entah ada TV macam karaoke. Aku mana nampak.

Jadi setiap Isnin macam semalam; jelaslah apa yang cikgu-cikgi di situ ucapkan, dapat aku dengar. Nak buat macam mana. Dengar sajalah. Sambil-sambil aku check minyak hitam dan air tangki kereta semalam.

“Jumaat ni kita sambut Maulidur rasul. Hari kelahiran rasul besar junjungan kita; nabi Muhaaaa???” tanya cikgu itu tak habis soalan.

“Madddddd,” dengar pula suara budak-budak ramai menjawab.

“Ya. Muhammad S.A.W. Salah satu cara kita mengingati junjungan besar Muhammad S.A.W ialah dengan berselaaaa?” cikgu tu tanya macam tu lagi.

“Watttttt” jawaban pun sama juga. Sekerat.

“Siapa dekat sini tahu selawat?” ciku tu tanya.

Semua diam.

Biasalah kalau zaman aku dulu semuanya mengecut dekat perhimpunan. Malu bila suruh ke depan. Luruh rasa muka.. Kadang-kadang benda memang tak tahu.

“Hah, Din Beramboi (bukan nama sebenar), mari sini. Cuba selawat sikit,” cikgu itu mempelawa.

Aku kira Din Beramboi ni mungkin sudah agak besar dan nampak menyakinkan. Kalau tak, tak mungkin cikgu tu panggil untuk berselawat. Maklumlah zaman sekarang; Astro ada, Internet ada, Radio TV mewah, Aznil pun galak. Budak belum bercerai susu dah masuk TV terhiling-hiling.

“Hah, cuba selawat,” kata cikgu itu lagi. Terdengar bunyi mikrofon ‘kruk krak kruk krak’ diambil alih Din Beramboi agaknya.

“Lailahaillolloh, lailahaillolloh, lailahaillolloh..” kedengran Din Beramboi berselawat dengan kuat dan laju tak henti-henti.

Mak aku yang menyiram bunga boleh pulak gelak. Aku tersengih-sengih dengar Din Beramboi berselawat. Tapi bagus juga Din Beramboi ni, kurang-kurang boleh bawak ikut tahlil. Nanti retilah dia, kan?

Selamat menyambut Maulidur Rasul.

18 comments:

hanie said...

buleh la tu..dr dia hentam sebut yg bkn2..
geng tahlil masuk jgk..


:P

jo said...

hihihi....
entah ke din beramboi ni geng tabligh ke...

pungkar said...

steady la din beramboi....haha

kaxx said...

haha. aku rasa dah boleh rakam kaset balik lah din beramboi.

Jorji said...

haha!

ini Guru Yahya!

achik ezam said...

kenape din beramboi..namkanlah dia abg jem..i follow..ahahahha

Unknown said...

letup...letup...

ha ha ha

Mimie.Candy Cane said...

hahahaha...dalam nk kontrol gelak takut dengar dek bos aku,tersembul jugak gelak aku ni.

takpe la din beramboi..cuba lagi lepas ni..

kira ade kemajuan la tu

FastRi said...

aku pun ikut tergelak

kordi rocker said...

kakakaahh!!!min min!!kakakah!!!power la din beramboi!!!

ye ah...zaman kite kecik2 dulu..cikgu2 suka sgt suruh smbung perkataan.klako jugek rasenye min yak..haha..ni pakcik kordi nie...blog ni ada 3 admin.blog koi pye koi simpan kjp 3 minggu,br seminggu koi simpan ni..hehe..blog ni koi nyibuk2 aje..haha...blog ni lbog projek koi dgn budok2 kg ni ha...hehehe...jgn mare..nt koi buka blk blog koi te...

macha_sezs said...

hahaha~
aku bayangkan budak tu dengan muka konfiden dan bersemangat 'berselawat'

Hanisham Ab Halim said...

Errr.... jauh lagi nak smp tahap ustaz budak din beramboi tu....

mr.kordes said...

kekekekehhh....

k.e.r.i. said...

selamat menyambut maulidurrasul aok!

paiseh said...

geng ratib kuat ni gua syak~
apa din beramboi buat skang..? janagn juin ajaran sesat sudah la~

alif-mikail said...

mati-2 ingat pakcik din tadi!

Hashim Zabidi said...

sampai bila lu nih nak dengar morning prayer budak-budak tu. Pindahlah ke rumoh lain.

Anonymous said...

agak2 ..kalau cikgu tulis blog pun macam tu gak ke.

'hari ni saya nak tulis pasal sela.......wat"