Friday, January 29, 2010

Mari Mereka-reka dengan rasa seronok!

Burung-burung riuh berkicauan saat aku tulis entri ini. Kokok ayam masih bersahut-sahutan. Suara anak-anak sekolah bercakap-cakap sambil berjalan kaki lewat jalan utama di hadapan rumah ini menembus dinding. Udara dingin memang tak mudah di lawan.

Kalau dulu-dulu memang aku malas gila mahu mandi pagi. Sejuk-sejuk suasana kampong memang gila babi sejuknya. Terutama bila sejuk yang mahu kemarau. Pengalaman paling sejuk di Malaysia yang pernah aku gempur ialah cuaca di kampong sebelah Huu Tembeling sana. Memang sejuk tahap raksasa. Patutlah chalet-chalet di sebelah sana ada water heater. Masa aku tinggal di rumah kongsi dulu, pukul 10 pagi paling cepat aku mandi. Sejuk nak mampus air bukit. Sudah la air ada rasa akar kayu sikit-sikit!

Berbalik kepada perangai aku takut sejuk masa kecil, Jadi kalau-kalau dulu-dulu, arwah ayah aku memang sudah sediakan satu tong minyak masak yang besar tu. Kayu api ada di mana-mana. Boleh kutip dan angkut bawa pulang. Pagi-pagi lagi arwah sudah jerang air. Kemudian air itu dicampur dengan air yang sejuk macam air batu itu. Ini salah satu usaha untuk aku pergi sekolah dan belajar. Semua itu pengalaman.

Jadi apa yang aku tulis di sini walaupun bukan semuanya benar, dan sememangnya kebanyakan penulis memang gemar ‘memperbesar-besarkan’ sesuatu – itulah yang aku lakukan, tetapi pengalaman kecil itu itulah menjadi besar dan aku menyelit untuk hidup di dalamnya. Contohnya kisah di bawah. Cerita langsung tak ada kena mengena dengan aku kecuali sikap takut sejuk. Dan aku selalu tolong arwah nenek aku hembus-hembus bara api setiap kali pulang ke kampong. Kebetulan di sana sejuk bukan main. Dan pelajar di sana kurang diberi perhatian. Cikgu sekolah pula muka ketat macam tak cukup gris bila kena bertugas di sana. Yang Berhormat? Sampai sekarang, lebih 50 tahun merdeka pun jalanraya tak ada. Balak habis. Apa nak jadi?
ATAN #1

Pagi itu suatu pagi yang bukan hujung-hujung minggu. Atan yang baharu seminggu masuk darjah satu sedang berselimut kain sarung tidak jauh dari ibunya di dapur.
“Kenapa di Hulu Tembeling tak ada salji mak macam di Liverpool?” tanya Atan kecil-kecil sahaja mata menguap sambil menutup mulut dengan belakang tangan.
“Mana la mak tau,” jawab ibunya sambil mengesat-ngesat ulas matanya yang pedih.
“Kalau ada salji nanti kita pasang water heater ye mak?” Atan masih melempar pertanyaan.
“Dah, dah. Jangan nak mengada-ngada. Air ni mak jerang untuk buat kopi nanti. Jimat-jimat sikit kayu api. Rumah kita ni, letrik pun tak ada. Water heater apa ke jadah. Liat sangat nak mandi pagi. Tak daya mak nak jerang air banyak-banyak tiap-tiap pagi. Pergi mandi. Kejap lagi pergi sekolah. Dapat SPM 20A nanti mitak water heater dengan Yang Berhornat!” panjang ibu Atan membebel-bebel.
“Ye la. Ye la.” Atan mengalah. Ibunya terus menghembus-hembus bara kayu api dengan puntung buluh agar lebih marak.
Boleh juga baca kat sini.

10 comments:

ezam said...

hahahahhaahaha liverpool katanya...swimming pool bley??

hanie said...

smp ke tua ni hah ko takut sejuk kan..

Fadh said...

mcm pernah ku baca cerite ini tapi di mana yaa hehehe

jo said...

busuk!

pakcik kordi said...

ahahahaa....kiamat la klu ade salji kt sini beb...hehe...

Mimie.Candy Cane said...

aku pernah mimpi kat mesia turun salji masa kecik2 dulu.dlm mimpi tu aku jerit2 kat mak aku.

"mok! salji turun...salji turun!!"

lepas tu mak aku jawab,

"salji kepala hotak mung"

lepas tu aku terjaga.sentap kejap sbb mak aku tak pernah cakap 'kepala hotak'.hahahaha...

komen takde kena mengena..hhihihiih

deusXmachina® said...

koi nak tanya
kenapa liverpool
kenapa bukan manchester
erk888

Hashim Zabidi said...

Atan budak cerdik yang takut sejuk bermimpikan salji kerana sebuah water heater. Justeru, barangkali Atan belum terlambat untuk gondol itu 20 A, jika YB bukan dari jenis 'bodoh alang' tidak menang di situ.

k.e.r.i. said...

kulit aok nipis sangat.
makan lah banyak sikit kasi gemuk.

alif-mikail said...

bley blah.. hahaha


NOTA KAKI : kredit koi abis.. apa kes duduk Lata Kasah line CELCOM sebutir pun takdok.. topup apatah lagi.. kodi sangat rasanya..