Sunday, October 18, 2009

Pagi Cerah Yang Ahad

Macam selalu. Ahad mesti aku keluar beli surat khabar. Hari lain aku jarang beli. Sebab percaya kepada kebebasan bersuara, aku beli akhbar arus perdana. Dan akhbar politik kepartian sekali. Saja hendak baca. Biar banyak pengetahuan. Kononnya. Orang lain hendak boikot biarlah. Itu hak masing-masing.

Pagi cerah yang Ahad. Bilah-bilah sinar matahari memancar terang dengan awan berambal-ambal. Burung murai terkesima di hujung ranting. Mencari ulat. Burung apa? Burung murai. Burung apa? Burung murai. Macam setan.

“Nanti tolong beli tepung beras dengan minyak masak sekali,” emak memesan sewaktu aku menyarung selipar jepun. Beliau hendak buat kuih apa entah. Aku bukan minat hendak tanya. Makan minat pulak.

Selalu macam itu. Mesti mahu kirim barang-barang bila tengok aku mahu keluar rumah.. Apa la sangat. Aku OK saja.

Selalu macam itu. Mesti mahu buat kuih sedap tahap pekan sari bila ada abang dan kakak aku ada balik kampung. Aku hari-hari balik tak pulak dia nak buat kuih sedap tahap pekan sari. Tak apa la. Aku OK saja.

***
Surat khabar semua sama. Politik punya cerita berjela-jela. Macam la depa tahu semua hal. Kalau tak ada ruang sastera, malas aku beli. Aku merungut dalam hati membaca surat khabar.

“La, orang suruh beli tepung beras, bukan tepung pulut!” tiba-tiba emak bersuara. Akhbar kuturunkan dari tatapan.

“Haik, pulut tu bukan beras juga ke?” tanyaku selamba pula.

Haih, keluh emak sambil hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala.

Aku pula hanya mampu tersengih-sengih.

11 comments:

hanie said...

lain kali tulih kat tapak tgn..br x konfius.. :P


~dh lama x baca paper arus perdana XD

biskutrajin said...

2 la kau..tepukau dek sekabar arus perdana+politik itu

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Kena penampor dok?

zairi said...

slalu tercarik2 nama rahimin kat bahagian sastera mingguan malaysia.

Fadh Rahman said...

huh nie kira dekat2 nak derhaka dh nie...sbb xmengikut arahan kuikuikui

Unknown said...

hahahhaha...aku kalau paper hari ahad dan kalau paper arus perdana..aku hanay baca bi-pop dan pancaindera sahaja.

jo said...

hahaha...entah2 ko anak angkat tak min? semacam je diskriminasi dalam rumah tu..

Don Balon said...

Anok tokey kedei tu gonner sifat fizikal dia weh?

terrarosa said...

keh pun tinggal serumah dgn mak,
keh faham benar perasaan aok tu....
hujung minggu, dia punya lauk pauk kadang2 macam buffet kat otel tu .

keh ok jer :P

Redz da Tsar said...

Haha...
Kalu nak masak kuih tahap pekan sari hari-hari masa ko balik parah la mak ko...

Tepung Beras Pulut ok je kot... Haha...

Kalau bab akhbar nie, kita kena baca dari pelbagai pihak... Kalau baca sabelah pihak je, mane la kita nak tau ada penipuan... Dah baca dua-dua pihak baru boleh kita buat kesimpulan...Tepuk dada tanya minda...

Rahimin Idris said...

Ninie,
Ah, menda nak cepat.

Biskut,
La, harakah pun ada. apasal ko tak salahkan harakah sekali?

Pipiyapong,
Ah, aok ni pikir yang buruk2 je pasal keh taunya..

Zairi,
La, tak payah cari. Aku bukan rajin sangat kirim karya. Hehe

Fadh,
Silap teknik. Hehe

Jobino,
Aku saja nak baca. sume aku baca. mujur tak reti baca cina and tamil je. Hehe

Jo,
Hehe melampo aok ni!

Don,
Tak tau la. Tak pernah tengok anak tokey U mart tu hehe.

Terra,
Keh ok je. Sokmo ok hehe

Redz,
Kau memang bijak redz.. hehe