Monday, October 19, 2009

Salun Eksotikata Cuba Membuat Kejutan?


Antologi sajak ini dibuka dengan kata pengantar saudara Marsli N.O. Sajak-sajak tanpa metafora. Begitu kata saudara Marsli N.O. Metafora ialah gaya bahasa kiasan atau perbandingan. Apakah benar-benar kontang metaforanya?

Keistimewaan ketara sajak-sajak di dalam buku ini ialah; penulis-penulisnya memang rajin membuat ‘kejutan’. Kejutan di dalam sajak bukanlah perkara baru. Kejutan sesekali mampu memeranjatkan, sekaligus menyegarkan pembaca. Tetapi kelogikannya haruslah dipertimbangkan juga sesekali. Daniel Corleone paling banyak mencipta kejutan. Salah satu kejutan yang bakal jadi klasik ialah di dalam sajak ‘Menyusun demokrasi dalam cinta, kau jaga hak manusia dan ia bakal berputik menumbuh bunga yang kita amat suka’. Saya perturunkan rangkap pertama sajak itu. Ia perihal mimpi. Amatlah aneh jika tiba-tiba seseorang bertanya:

“Pernah kau mimpi
Jatuh cinta dengan
Robert Mugabe?”

Selebihnya sajak-sajak Daniel dipangkas pendek-pendek. Terasa akal pedih-pedih untuk sampai ke destinasi maksud dengan imej-imej yang amat terhad sebagai papantanda pandu arah. Kadang-kadang sangat kacau dan kabur. Tajuk saja yang selalu panjang. [Ala, aku tau la kau wartawan tersibuk, Daniel. Sibuk sangat ke tak sempat nak tulis panjang-panjang? keh keh keh]. Itulah barangkali gambaran kala kini betapa waktu semakin laju kot dan semua harus padat dan cepat. Tetapi sajak bukan untuk ditafsir searah sahaja. Terpulang kepada pembaca juga untuk mencari inti maknanya. Adalah biasa jika kedapatan tafsiran yang berbeza.

Apa-apa pun aku paling terkesan dengan karya-karya Wahyudimy. Gaya dan imej-imej yang beliau palitkan, mengingatkan aku kepada sajak-sajak Kriapur. Tetapi itu pendapat aku sahaja. Walaupun sajak-sajak Kriapur relatif kecil jumlahnya, tetapi memercikkan warna pengaruh yang bukan kecil kepada lukisan puisi-puisi Nusantara.

Aku tidaklah bermaksud dengan ini mahu membuat analisis. Dan ia pun tidaklah perlu memandangkan aku pun bukan reti sangat menganalisis secara profesional. Kang marah pulak orang professor sastera. Ah, peduli apa. Cuma hendak bagi tahu: aku sudah beli buku ini. Dari Kak Waterlily. Itu saja. Kak Waterlily susah hati sebab buku ni susah nak jual. Jangan risau. Buku anda ni tak ada tarikh lupus. Jual saja ‘sajak-sajak asal jadi’ anda itu perlahan-lahan. Sila bersabar. Lagi pun anda ada pendapatan tetap, kan? Hei, sila baca sajak-sajak Kak Waterlily, dan teka; apa profesion beliau?

Siapa peminat Pipiyapong? Sila paksa beliau menulis sajak lagi. Ada sebuah sajak beliau yang bertajuk ‘Lambaian Padang Bola’. Beliau mahu mencipta gaya baru kot – sajak aliran ‘automotive engineering’. Pun begitu, rima tetap wujud – membayangkan se‘kutu’ mana pun budak Melayu, pengaruh pantun itu tetaplah tidak boleh lari.

Baiklah. Pendek kata; buku ini sesuai untuk yang kurang menyukai sajak dan mahu berjinak-jinak dengan sajak. Kepada yang menyukai sajak, pastilah sesuai. Pendek cerita; sesuai untuk sesiapa sahaja yang tidak buta huruf. Dan ada otak cerdas. Malas cakap banyak. Anda tahulah di mana hendak cari buku ini kalau mau.

Oh, ya. Sebelum tutup bicara. Aku suka blurb buku ini. Siapa yang tulis? Naga atau Tok Rimau? Mahu merendah diri atau reverse psychology ni? Tidak mengapa. Yang penting, tahniah.

8 comments:

Water Lily said...

:)

Wahyudy..ya...kecil2 cili padi. Tengok tuannya tak sangka betul.


T/kasih runtuk rebiu. Profession akak hahaha..tukang jaga kucing tak bertuan.

wahyudi my said...

kriapur, antara hero saya. terima kasih enchi pengulas.

terra said...

masa SPM dulu, kawan keh khabo, jangan jawab soklan sajak, nanti tersalah maksud , habis markah...
jawab soklan cerita klasik - selamat sket...

jadi sampai sekarang, keh dan sajak tak kacip sangat, tapi sajak aok...
buleh lar faham ,jenis sajak moden kotemporari kot
kikikiii....

jo said...

"buku ini sesuai untuk yang kurang menyukai sajak dan mahu berjinak-jinak dengan sajak."

hummm.....

Don Balon said...

meriahhhhhhh..
gonner nok beli weh??? kuikui

Facet said...

Great stuff. Malangnya kedai buku tempat aku sangat hampeh.

Danielle_Corleone said...

Terima Kasih Rahimin kerana sudi mengulas. :-) ya wahyudi sajak kamu juga memberi kesan kepada aku. :-)

SATIRA + KACAU said...

Ha. Ha. Ha. Sebuah parodi yang menarik.

Satira + Kacau