Saturday, October 17, 2009

Kenduri itu berasal dari kata 'Kendur'. Sebelum makan kenduri, kendurkan tali perut, lepas tu balun cukup-cukup!

Dua tiga hari ni ramai betul pakcik makcik dekat kampong aku yang mahu buat kenduri. Kena pulak ada cuti Depavali ni. Ada kenduri orang mati, kenduri orang hidup, akikah dan potong jambul kepala baby. Mujur raya korban lambat lagi. Kalau tidak, banyak juga pokok padi yang tumbang.

Aku kalau yang jauh-jauh buat tak pada saja. Tapi kalau dekat-dekat, menghadirkan diri juga. Tak ikhlas langsung gaya bunyi. Ye la. Bosan gila. Bukan ada orang muda sangat pun. Semua buat hal masing-masing. Ada la dua tiga kerat yang memang jenis hati suci. Aku ni sebab arwah ayah dah tak ada saja. Kalau tidak, hilir juga gamaknya.

Orang-orang kampong pulak sudah tua dan uzur saja yang lebih. Mujurlah ada alternatif baharu. Sekarang ni tidaklah susah macam dulu sangat. Masak pakai nasi dapur gas saja. Kayu sikit-sikit saja kalau tuan rumah ada rajin dan hendak gulai kawah rasa kayu api. Dulu-dulu aku tengok, jenuh juga diorang mengelak asap. Kalau tak ada pengalaman teruk juga.

Tapi masa makan dan karaoke ramai pulak budak muda jaras-jaras yang datang. Siap mintak lagi kuih muih, teh tarik dan kadang-kadang rokok free untuk orang kerja. Tak ada sangat pulak diorang hendak mendayung gulai. . Bab angkat hidang rajin pulak kalau tengah ramai awek cun. Bagus juga tu.

Bila dibayangkan; suatu hari nanti – generasi yang sebaya dengan arwah ayah aku sudah pupus, bagaimanalah agaknya? Setakat kupas kelapa tu senang. Pakai playar besar. Atau pun tujah dekat tombak. Memasak leceh juga kalau tak ada pakar. Kalau periuk besar kepala lutut, pengakap darjah dua pun boleh.

“Kacang panjang ni tak payah potonglah ye, pak cik?” tanya aku kepada seorang pak cik yang mengemudi bahagian sayur-sayuran.

“La, pasal pulok? Aok nok telan panjang-panjang ke?” soal pak cik itu kembali.

“Kalau kami potong pendek-pendek pun, orang panggil kacang panjang juga, baik tak payah potong,” aku memberi alasan sambil merenung kacang panjang yang banyak bukan main banyak itu.

“Aok nok kena titik?!!” kata pak cik yang berasal dari Bukit Betong Kuala Lipis itu sambil membulatkan mata.

8 comments:

AmaninaYusof said...

Hah...tu lah...depan orang tua pun nak tunjuk malas lagi..kan dah nk kena titik...hehehe

terra said...

memang biasa ke orang lelaki belah sana potong sayur ?
tak berlaku pula disebelah sini,

gotong royong dalam keluarga keh dah lama pupus, sebab dah tak ramai orang tua ,jadi orang muda sibuk dengan keluarga masing - masing , anak - anak kecik pulok susah nak buat kerja, jadi kalu ada kenduri besar , kena 'stand by' duit lebih , bayar catering :P

mimie said...

sbb tu aku suke membizikan diri time umah aku or jiran2 ade kenduri.cedok ilmu selagi boleh.nak jadi pelapis la katekan.

*ko gile ape nak makan kacang panjang yg berjela tu.x tercekik ke?

Fadh said...

kenduri dulu2 mmg terbaik...segalanya gotong royong...ayoh koi citer kalau dulu sedara mara nak kenduri...semua pakat sedekah sedikit sebanyak barang2 bagi meringankan beban sedara yang nak kenduri...lagi seminggu nak kenduri...rumah dah penuh dgn sedara mara...yer laa dulu org jln kaki, mana ade kereta mcm zaman skrg nie...dah habis kenduri seminggu pun ramai lagi org kat umah, tolong kemas apa yg patut.

tp zaman sekarang nie, semua pakai duit belaka. zaman dah berubah...zaman anak cucu kita esok gamoknyer robot jer yg buat semua kerja kenduri kendara nie!

Redz da Tsar said...

Jangan risau.. Pelapis banyak.. Kat India nie steady jer budok2 20 tahun memasak rendang ayam, rendang daging, nasi himpit, ayam merah utk kenduri raya~ Hehe...

Kalau malas, katering sudah,..

SUXX said...

haha org tua lg byk dia punya idealogi.

rahimin idris said...

amanina,
aku bukan malas. bosan je.

terra,
dekat tempat aku tak la kisah sangat pulak siapa yg siapkan. aku tengok selamba je orang lelaki siapkan sayur kalau orang perempuan tak sempat. paling orang perempuan jarang buat kat tempat aku belah dan potong nangka nangka. jarang betul aku tengok. takut getah kot.hehe

mimie,
kunyah je la hehe

fadh,
tempat aku tak tau nak cakap la. tapi blok aku ni, setakat ni tak ada la katering lagi.

redz,
bukak bisnes katering amacam? hik3

suxx,
hehe depa dulu pop yeye!

Suka Bebel said...

bagus idea ko tu, boleh orang makan macam makan mee goreng kacang panjang panjang tu.hehe