Tuesday, October 27, 2009

Belanjawan 90an

Kami semua. Ayah, mak, abang, adik dan aku. Lagi gelap-gelap jam 6.00 pagi sudah bersiap. Mak dan ayah mahu mengukir pokok getah. Pagi-pagi banyak sikit susu getah. Kami pula mahu ke sekolah. Lambat-lambat nanti kena tulis nama dengan pengawas. Tak pakai name tag pun dia tulis juga.

“Hari ni nak bawak bekal, mak,” kata aku pendek saja. Sebaik melihat mee halus berasap-asap mak aku angkut ke meja makan.

Mahu jimat tujuannya. Tapi bukanlah nak belajar jadi kikir. Duit beribu-ribu tapi rupa pakaian macam malaun. Belanja sekolah seringgit setengah. Lima hari sekolah sudah dapat tujuh ringgit setengah. Sebulan 30 ringgit. Setahun 360 ringgit. Wow, boleh beli gitar karan cabang second hand dah. Baru macam Randy Rhodes. Sembang lebat tak guna juga kalau pakai baju hitam tulis ‘Nuclear Assault’, tapi main gitar macam main ‘reket’.

Emak aku punya tersenyum pun bersemangat. Belah plastik. Taruk mee halus perisa kicap. Bungkus dengan surat khabar B-Pop. Sebijik macam bungkus kedai. Beza dia, kedai punya mee halus, empat posen – besar anak ayam baru menetas saja. Warna pun selalu pucat-pucat lesi pulak tu. Keteguran dengan makhluk halus agaknya.

Aku pun naik tangga bas kuning oren pagi itu nyaris-nyaris sudah hendak berkawad macam RELA. Bekalan mee halus dan botol air letak dalam beg sekolah kain warna hijau ada tulis ‘Coma of Soul’ siap dengan gambar Doyok Ventor dan rakan-rakan. Mana boleh kasi kutu-kutu lain nampak.Nanti tak pasal-pasal brader drebar bas yang kuat pasang kaset Iklim tu kutuk. Harap-harap bau mee halus tak merebak, aku berdoa penuh harapan.

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab; hanya itulah sahaja cara yang dapat aku sumbangkan kepada mak ayah aku ketika itu. Berjimat cermat. Lagi pun mak ayah aku hanya peneroka Felda yang bersusah payah memelihara aku adik beradik saban hari. Tak ada pasal la pulak aku nak berenang solo merentas selat Inggeris ke, belayar solo keliling dunia sampai dipukul ribut dan diselamatkan dolfin ke, buat rekod kuih apom tersengih terbesar ke, atau lempar kereta Wira ke Kutub Utara ke. Tapi mujurlah harga petrol masa tu murah lagi. Sekarang dah RM300 seliter dengar ceritanya. Petrol 1Malaysia ke tu, Malikul Setan?

***
Jam 3.00 petang di hari yang sama. Ombak menghempas pasiran pantai kepulauan Haiti kala-kala aku di Malaysia. Entah apa natijahnya.

“Baik tak payah bawak bekal!” kata adik aku sambil menyuap nasi berlauk sardin ke mulut.

“Nak buat macamana. Terlupa betul tadi. Sebab letak dalam sangat dalam beg. Rehat terus pergi kantin,” aku memberi alasan sambil mengunyah mee halus berlauk sardin juga. Patutlah macam ada benda lupa saja sewaktu rehat pagi itu.

Esoknya aku tak bawa bekal dah.

17 comments:

phish said...

menarekkkk

dzul said...

hehe. beg sekolah kain hijau 2 mmg tahan betul buatannya..

Redz da Tsar said...

Haha... Habis tue mee tue camne? Makan kul dengan adik aok le?

jo said...

haha..marah nampak min sampai terkeluar malikul setan?

terrarosa said...

mee pun buleh pucat dek kena tegur makhluk halus ?

kehkehkeh....

Rajuna said...

beg hijau tu kenangan satu malaysia min. aku pun ada. tampal2 dengan perca punk lagi. dalam sentiasa ada zine. mak aku nangis hari2.

Unknown said...

hehehehe

Fadh Rahman said...

cit poodah...hangat2 taik ayam je aok nie he he he

hanie said...

bila lg nk "mencekik" rakyat dgn cara paling sopan..kan..

Rahimin Idris said...

phish,
hai.

dzul,
beg rock.

redz,
makan tengahari kat umah hehe

jo,
terover sikit tu hehe

terra,
eh, ada apa hehe

juna,
wahai anak derhaka, pintu taubat maih terbuka... hehehe

visitor,
hoho

fadh,
ala, ada juga usaha hehe

hanie,
lempang je ikutkan hati. ceewah! hehe

semangat2 trotsky said...

malikul setan. ha ha..!!!

Jorji said...

eehehe.lawak la

Suka Bebel said...

banyak tu belanja sekolah.aku dulu dapat dua posen je skolah rendah, skolah menengah up sket jadi lima posen.takde naik bas pun, jalan kaki je.hehe

**Kalau betul minyak naik sampai 300 seliter memang aku pakat ajak bini jalan kaki p kerja pas ni.boleh join mat indon ngan bangla yang bejalan menuju tapak binaan tu.hehe

Rahimin Idris said...

bean jinai,
hehe

jorji,
hehe

sukabebel,
sekolah menengah tu. hehe

biskutrajin said...

mee halus+sadin pon sodap gak

Zamie a.k.a Az said...

beg ijau tu ada bulu jurai2 ke...
tak rock la kala takde..

HAMIDI BIN SARIF said...

susah lah nak berhenti, kurang22 kalau rokok rm 30 hinggit pun ,aku akan hisap rokok pucuk pisang