Thursday, October 29, 2009

Memaksimumkan Utiliti Perokok

Jumaat 30hb October 2009 ini, genaplah 70 hari aku tak merokok. Setiap hari aku beli rokok Winston Light 14’s paling kurang. Kadang-kadang 20’s. Maka setelah menangguhkan perokokan ini, setiap hari aku campak dalam tabung sebanyak RM5.50 (harga Winston Light 14’s lama). Anda darablah untuk 70 hari nanti.

Sebenarnya aku tak galakkan sesiapa pun untuk tiru sikap aku ini. Sebabnya aku rasa bosan gila babun bila tak merokok. Kerja-kerja menulis aku jadi merosot. Rasa nak menebang pokok saja 24 jam. Semua kucing dan ayam jiran aku suap batu batu. Memanglah. Kalau kita perhatikan; pengkarya-pengkarya seni yang hebat-hebat, mesti tercokeng rokok di mulut dan jari. Baru macho langsung. Itulah gaya hidup sebenar. Janganlah jadi macam aku. Macho tetap macho, walaupun tanpa rokok.

Tapi nanti dulu. Yang sebenar-benarnya, bukanlah aku sudah tidak mahu jadi macho tanpa rokok lagi, tetapi hanya inilah sahaja cara aku mahu melawan kerajaan. Aku tak mahu bagi satu sen pun lagi duit kepada kerajaan kalau boleh. Aku mahu buat semua DIY. Aku harap perjuanganku ini akan ada pengikutnya. Namun aku tidak memaksa juga. Demikianlah. Kerana aku tahu. Dunia ini tidak lagi melahirkan ramai putera puteri revolusi. Apakah setelah Che Guevera keok di tali gantung, revolusi ikut terjerut mati sekali?

Ya. Sesungguhnya demikianlah. Aku tak mahu lagi memberi muka kepada kerajaan yang tak habis-habis hendak memeras golongan perokok yang macho, kreatif dan banyak menyumbang kepada pembangunan budaya bangsa dan negara ini. Usop Selam memang badigol. Ada ke patut asal buat filem ada gangster saja, semua hisap rokok dalam disko. Tak macam Mafia Itali langsung. Kalau gangster sangat, sangkut la biawak dekat tengkuk ke. Junjung kepala babi ke. Atau makan kue tiaw pakai cangkul ke. Baru macam Iblis Senyum. Merokok bukan kejahatan. Songkok tak ada kena mengena dengan insaf.

Kalau aku hendak merokok, masih mampu sangat lagi sebenarnya. Ada saja cara boleh aku buat. Rokok gulung pun ada. Rokok Cowboy pun ada. Kalau orang cakap rokok bahaya, arwah atuk aku, umur 82 tahun meninggal dunia. Merokok dari zaman budak-budak lagi. Ah, jiran aku. Perempuan. Meninggal dunia akibat kanser otak. Ada seorang lagi budak perempuan. Sekarang menderita barah kopek. Jangan kata rokok, dadah pun depa tak hisap. Makanan sekarang semua pun dah beracun. Semua Tuhan punya kuasa juga tapinya. Aku simpati tentang itu. Dan harap semua kita sejahtera juga adanya.

Tetapi itulah. Aku meluat dengan sikap kerajaan yang hipokrit. Daripada menaikkan harga rokok tiap-tiap tahun untuk menghentikan tabiat merokok, lebih baik haramkan terus. Siapa tanam tembakau, shock konek dia dengan cota karan. Yang perempuan pun sama. Shock pet dia dengan cota karan juga (pastikan wanita yang jalankan hukuman ni). Baru hak celah kangkang sama rata. Kalau tidak Tok Zat Jalal marah pulak. Yang memiliki rokok pulak jangan kasi muka. Bakar kepala takuk dia. Haaaa, baru la betul nak membasmi rokok. Tapi ini cadangan saja. Memang nampak kejam. Tapi mungkin berkesan. Setakat buat papan tanda kempen ‘Tak Nak’, taik jubur la. Menguntungkan tauke papan tanda saja ada la. Ingat murah ke? Kontraktornya lagi makan dekat tengah. Duit rakyat juga habis. Habis ke mana tak tahu. Siapa yang untung tak tahu.

Maka tidak hairanlah, setiap kali kerajaan menaikkan harga, kelam kabut penyeludup rokok. Rasuah pun meningkat. Bukan nak menuduh. Itulah hakikat. Aku dengar rokok cap ‘Bola’ pun sudah RM3.00 sekotak sekarang? Rokok ‘Nusantara’ untuk kenduri tak tahu la pulak. Lebih RM2 dah agaknya. Ye la. Nak bayar duit pau lagi. Keliling pinggang tukang pau menanti. Apa yang dapat kerajaan buat?

Kerajaan hentam pengeluar rokok sedap. Pengeluar rokok sedap hentam perokok. Tetapi benda ini berantaian. Perokok dan bekas perokok macam aku tak pernah lupa. Api yang membara dalam dada tak pernah padam. Dendam yang mengempang makin penuh dan akan pecah semasa PRU13 nanti. Kerajaan yang ada sekarang boleh jadi akan tumbang di tangan perokok sahaja. Janganlah dengan tidak mengumumkan kenaikan harga rokok dalam pembentangan Bajet 2010 baru-baru ini, golongan perokok boleh memaafkan dosa-dosa hipokrasi mereka. Sudda la, pergi balik la geng Gerak Gempar.

Oh ya, duit tadi. Duit terkumpul tadi, aku nak memulakan projek penanaman tembakau secara fertigrasi atas bumbung rumah. Ada sesiapa mahu ikut serta? Marilah. Marilah wahai perokok-perokok semua. Tak ada siapa yang akan membela nasib kita melainkan kita sesama kitalah cuma. Parti politik di Negara kita ini tak ada yang akan menyokong kita. Marilah kita kumpul modal bersama-sama. Kita bina empayar tembakau terbesar di dunia. Semoga usaha kita ini akan menjadi contoh juga kepada pemuda-pemuda Amnau dan Pis, BiEM dan PiAR yang tak pernah pun menyatakan sokongan secara terbuka, apatah lagi simpati. Marilah. Aku mau lawan idea Tok Jeb yang katanya mahu jadikan FELDA gedung taik negara 1Malaysia.

Jadilah perokok yang bijak dan sedar hak serta tanggungjawab anda.

21 comments:

Redz da Tsar said...

Hehe... APe kate beli Nusantara..tak kayakan kerajaan, tapi kayakan penyeludup... Rokok gulung pon ada tax kepada kerajaan jugak~

Suka Bebel said...

aku nengok si pemasang papan tanda tu sedap je isap rokok sambil sambil buat kerja tu. agaknya sapa dapat tender pasang semua papan tanda tu?hehe

Don Balon said...

Min,
Baca komen koi dalanc bab rokok blog menerung.. kuikui

Fadh doh review BUR tu weh!!

Bean Jinai said...

wow bernas. ya rokok makin hari harga naik. apa kata kita beli rokok dalam 3 lori. simpan dan kita jual dalam 10 tahun akan datang dengan harga semasa. kaya juga.

prebet sapu said...

Jap lagi rokok seludup jadi macam dvd cetak rompak. Orang ramai beli sebab harga memang padan / ngan poket rakyat.

dzul said...

haha. selama ni pun kerajaan mmg x peduli dengan nasib perokok.

golongan perokok pn diam je sambil merenung masa depan yg x menentu. tiada demo bila harga rokok naik.

x mcm geng kepala lembu langsung

jo said...

hahahahahaha.....
aku gelak macam orang gila dah ni min...

Fadh said...

huh marah nyer...aku xnak komen apa2 sbb aku nak berlaku adil dgn rodong2 semua baik yg ngisap mau pun tidok rokok nie...masing2 ade pendirian dan negara ini negara demokrasi, jadi pandai2 sendiri laa utk survive...!

lutfi said...

Bila aku berhenti rokok empat tahun yang lalu, kesan yang teruk aku dapat rasa, menulis menjadi satu aktiviti yang tak macho. Dan membosankan.
Tentunya itu alasan yang paling atas tidak prolifiknya aku, hoho.
Tapi idea hang nak tanam tembakau atas atap, memang di luar kotak. Macam Sanusi Junid yang suruh orang tanam padi atas atap di kedah dulu, hehe.

j or ji said...

aku dah 4 tahun berhenti. bosan sialll! lepak mamak,kene teh,tapi tak berasap.apa musim?

aku rindu marlboro merah soft pack.tapi,aku langsung tak mahu dah menghisap.

nway,aku rasa Che mati kene tembak,bukan gantung.

patutla aku dah lama tak kreatif.takda rokok!

rahimin idris said...

Redz,
Aku ingat nak tanam sendiri je ni. ada benih?

Suka bebel,
Hehe tanya kementerian kesihatan.

Don,
Dah baca.

Bean,
Lemau weh. Tak sedap.

Prebet,
Aku siap jual kalau dapat.

Dzul,
Nak demo menda. Tak kasi permit. Kalau kasi ada kot.

Jo,
Ko hisap rokok tak?

Fadh,
Haha

Lut,
Ni kes bosan la ni. lebih ke merepek jadinya dah aku ni. tapi kalau tak berhenti tak bagus juga untuk kesihatan poket hehe.

Jorji,
Aku kalau duduk kat kedai mamak tergaru-garu macam orang bodo sekarang lepas makan minum. Adui.

Aku dah tak ingat la che kena tembak atau gantung. Ada baca kisah dia, tapi tak ingat. Main taip je ni sebab bosan tak dapat merokok haha

k.e.r.i. said...

keluarkan fatwa rokok haram, tapi tok imam hisap juga.

adeeb88 said...

part gengster tu memang gempak la...hahaha http://herowayanggelap.blogspot.com/

Facet said...

Hoh. Sangat brilliant. Dulu brader Ujang zaman 90an pernah kupas isu macam ni - tapi entri lu buat lebih sarkastik +_+

Er saya beli rokok seludup saja. Rokok ERA tu kalau tak percaya sebijik rasa Dunhill.

Haih saya suka entri ni.

sejenakseketika said...

jadik cam koi ni haaaa.....x isap rokok....epy jee klo ade prmasalahn bab2 rkok2 ni...aok jgn ngisap byk sgt kang buta sebeloh kang....hahahahhaa.....

toyu2u said...

Salam Bro...

Tahniah Bro... Bernas Bro... Mantap Bro...

Mohon kebenaran utk saya amik dan boh dlm laman saya...

Terimakasih.

Hashim Zabidi said...

Saya ni isap rokok sejak umur 20 sampai sekarang, umur dah masuk 73 tahun. Kiralah berapa lama gua (pinjam cakap orang muda)sudah isap rokok. Dpd. brand cap tembak, signal, sepit, lampu, John Player, tiga lima, dunhill, styvesent, malboro, isap paip, isap cerut, rokok daun pucuk, rokok gulung, tembakau goreng dan le ni pall mall. Keretek/ gudang garam gua tak isap.

Paling lama gua boleh hidup sepuluh tahun lagi, jangan-jangan tak sampai. Kalau matipun buka sebab isap rokok.

Penyakit saya yg jelas darah tinggi. Bila darah naik jadi panas baran, hendak marah. Bagaimana nak tenangkan semula ISAP ROKOK lah, ha ha ha...

Rambo said...

bang. sikit lagi gua folo. usaha pengurangan sedang giat dijalankan.

ijan said...

woi2... boleh la tu. tubuhkan parti politik baru. Parti Perokok Kebangsaan (PAROKOK)

FastRi said...

viva la diy.

rahimin idris said...

Keri,
Hehe yang tu aku tak pasti. Sebab ada kata makruh.

Adeeb,
Hehehe

Facet,
Hehhe aku boring ni sebenarnya. setan betul. Mulut pahit gila.

Sejenak,
Hehe tengok le selama mana berenti ni.

Toyu,
Orait. Copy je le.

Pak cik hashim,
Haha itu la. kalau marah lagi elok pak cik tulis cerpen ganas2 je. Hehe

Rambo,
Haha gud luck!

Ijan,
Hehe aku betul2 nak stop ni.

Fazri,
Kalau boleh. Kena ingat, pengkhususan tu sifat2 yg bagus juga tu hehe