Sunday, February 1, 2009

Malam Belum Larut, Tapi Bulan Telah Hanyut...

Jam sudah 11.15 malam. Aku masih cari idea. Nak mula sebuah cerpen serius. Tiba-tiba cengkerik berbunyi kuat sangat. Cicak bersahut-sahutan. Kipas tak berpusing. Suasana seram.

Kok kok kok kokkkkkk.

Laknat. Telefon genggam aku berkokok menandakan ada SMS masuk. Sikit punya kampong punya nada dering ‘kan? SMS peraduan apa jadah entah rupanya. Ganggu saja.

Kok kok kok kokkkkkk.

Bunyi kokok lagi. Tapi bukan nada dering. Ayam betol dekat pokok rambutan tepi rumah. Ayam jiran pesen meliar ni kalau aku dapat, aku panggang saja. Bela ayam mahu, buat reban malas!

Kok kok kok kokkkkkk.

Bunyi kokok lagi. Dan lagi. Lagi. Satu kampong bunyi kokok ayam jam 11.15 malam. Lama pula beitu. Ayam-ayam ini dah gila gamaknya. Subuh lambat lagi tau tak, ayam?

Aku tukar nada dering. Supaya ayam-ayam tak mengganggu saat-saat kritikal ini jika SMS penting masuk lagi. Kali ini bunyi katak. Kalau katak pulak sahut menyahut aku tukar bunyi semut!

Tapi tiba-tiba aku jadi mengantuk.

Haruskah aku meneruskan penulisanku? Atau goreng nasi dingin sambil menyanyi? Atau menggangtung kelambu dan masuk tidur agar selamat dari nyamuk? Saksikan kesudahannya di blog aku esok pagi. Kalau ada idea dan rajin, adalah tulisan baru!!!

16 comments:

AMMOSHAM said...

bro, kena berjalan satu malaysia cari idea....

rahimin idris said...

ammosham,
ah, tak semestinya. kawan aku yg jadi kelasi tu satu dunia. macam tu juga pemikiran dia. hahaha

k.e.r.i. said...

tunggu la sampai azan subuh dulu.

konpem ade idea.

hehe!

Pok Li said...

Tak tahan idea datang tengah mandi.:)

Che Sue said...

pi kejau ayam liar tu..kompom peh tu ada inspirasi..

Kikuri said...

Weh! Bunyik semut camne ek? Bak bluetooth kat aku sat. Teringin gak nak dengar....

alif-mikail said...

ah! tetap ku tunggu..

~Penunggu Jamban~

Suka Bebel said...

aku rasa baik ko kejar ayam tu, mana tau sambil kejar dapat ilham?silap silap kena tuduh curik ayam jiran, tu dah boleh jadik cerita naya tu.hehe

aKu..DiA...kAmU said...

Memang susah nak cari idea bila time2 dia x nak kuar ni..

Hidemichimomotani said...

nak tido tu layan ringtone bunyi nyamuk pulak bro!

stu_comot said...

kejam..org bace dgn bersemangat, blh die lyn tido..seb bek ayt baik punye..

Fadh said...

idea oh idea
di manakah dikau
dicari dikau saban waktu
namun kau tetap membatu...

zairi said...

lu kasi on lampu mentol betul2 atas kepala. baru idea bleh kluar.

- dulu2 punya kartun kalau ada idea, ada lambang mentol atas kepala.

rahimin idris said...

Keri,
Tak boleh. Nanti aku kena beli sarapan. Baik tidor!

Pok li,
Haha jangan lupa bawak pen!

Che sue,
Ah, ayam tu bukan liar sangat. Sikit2 je liarnya!

Kikure,
Haha tengok kartun Atom Ant. Macam tu la bunyi dia!

Alif,
Haha tu la pasal tidor lambat!

Sukabebel,
Ayam tu sebenarnya ayam wakaf. Kami simpan untuk malam tujuh likur nanti! Hikhikhik

Akudiakamu,
Aku ingat nak beli mesin pengorek idea la!

Momotani,
Ringtone dengkur ada tak? Hihi

Stu comot,
Haha padan muka!

Fadh,
Ko dah jadi penyair ke? Haha

Zairi,
Pling! Bunyi dia. Tapi zaman flinstone dulu keluar obor!

tasikmerah said...

taktik licik menghapdet blog nih.... ha ha.


.

rahimin idris said...

tasik,
hahaha woi, aku tengah tulis sajak ni!