Showing posts with label Ayam Berkokok Awal. Show all posts
Showing posts with label Ayam Berkokok Awal. Show all posts

Thursday, November 12, 2009

SMS sebelum tidor tadi malam.

Malam tadi. Aku baru nak lelapkan mata. Tiba-tiba saja ada SMS. Entah siapa la SMS prentan orang nak tidor ni. Nombor tak di kenali. Orang arab ke? Atau orang Badwi? Hati ditumbuk-tumbuk dek pertanyaan.

012-908 XXXX: Ado surat sampai rumah?

Sebaik dibaca. Cara cakap macam orang Negeri 9. Tapi nombor kelantan ni. Hala ke Bunut Susu, Pasir Mas.

Oleh kerana Negeri 9 menang Piala Malaysia baru-baru ni, aku ambil keputusan untuk balas dalam bahasa Negeri 9 la.

Aku SMS: Ekau ni sapo pulak? Posmen ko tanyo2 surat sei ni?

Tak ada balas-balas dah. Menyesal tak sudah gamaknya. Mengenangkan kredit habis silap hantar SMS.

Aku pun lena di ulit berlian.

Sunday, February 1, 2009

Malam Belum Larut, Tapi Bulan Telah Hanyut...

Jam sudah 11.15 malam. Aku masih cari idea. Nak mula sebuah cerpen serius. Tiba-tiba cengkerik berbunyi kuat sangat. Cicak bersahut-sahutan. Kipas tak berpusing. Suasana seram.

Kok kok kok kokkkkkk.

Laknat. Telefon genggam aku berkokok menandakan ada SMS masuk. Sikit punya kampong punya nada dering ‘kan? SMS peraduan apa jadah entah rupanya. Ganggu saja.

Kok kok kok kokkkkkk.

Bunyi kokok lagi. Tapi bukan nada dering. Ayam betol dekat pokok rambutan tepi rumah. Ayam jiran pesen meliar ni kalau aku dapat, aku panggang saja. Bela ayam mahu, buat reban malas!

Kok kok kok kokkkkkk.

Bunyi kokok lagi. Dan lagi. Lagi. Satu kampong bunyi kokok ayam jam 11.15 malam. Lama pula beitu. Ayam-ayam ini dah gila gamaknya. Subuh lambat lagi tau tak, ayam?

Aku tukar nada dering. Supaya ayam-ayam tak mengganggu saat-saat kritikal ini jika SMS penting masuk lagi. Kali ini bunyi katak. Kalau katak pulak sahut menyahut aku tukar bunyi semut!

Tapi tiba-tiba aku jadi mengantuk.

Haruskah aku meneruskan penulisanku? Atau goreng nasi dingin sambil menyanyi? Atau menggangtung kelambu dan masuk tidur agar selamat dari nyamuk? Saksikan kesudahannya di blog aku esok pagi. Kalau ada idea dan rajin, adalah tulisan baru!!!