Wednesday, January 28, 2009

Silaturahim Itu Memang Penting...

Semalam baru aku sadar. Mengurus kenduri kawin bukan mudah. Letih macam buruh kontrak bikin jambatan. Jadi menteri pengguna lagi mudah.

Mula-mula dulu aku ingat biar buat ala-ala parti hari jadi saja. Gantung-gantung belon lima enam biji, buat nasi goreng dengan telur mata kerbau sudah la. Air sirap. Rokok Gudang Garam Nusantara. Tapi mak cakap, “Aok jangan nak memalukan keh. Tempeleng kang menyasar!!!”

Maka bersibuk-sibukanlah aku dengan adik. Ayah sudah lama berpulang. Tanpa ayah memang langkah sedikit payah.

Memang betul bila Islam berpesan. Apabila orang tua kita sudah ke negeri abadi, berbuat baiklah dengan sahabat handai dan adik beradik mereka. Dengan itu silaturahim tidak terputus.

Semuanya berjalan lancar. Kawan-kawan arwah ayah dan mak ramai-ramai datang bantu. Saudara mara dari Kuala Lipis, Benta, Jerantut dan Kuantan juga hadir. Blogger Dzul pun ada datang. Aku tak sempat nak jemput Don Balon, Poyotitos, Redz dan lain-lain sebab tak sempat berblog langsung.

Lauk pauk, nasi, air minum dan rokok pembakar semangat memang cukup. Segala perkakasan “mak-mak” dan “bapak-bapak” bantu. Tak payah guna katering. Rumah pun dah boleh dikatakan rumah walaupun tak siap sepenuhnya. Tak ada siapa pun kisah segala kekurangan. Hik hik hik.

Tak apa la. Janji abang aku sudah selamat bernikah. Sekarang aku nak rehat cukup-cukup. Penat. Apa hal dah tiga hari aku pakai seluar yang sama..???!!!


"Apahey aok tangkap gambor keh kelabu..???"

"Sape suruh demeh pakai baju pink..!!!!!!"

"Ni bukan pic ke? hik!3x"

"Entoh! hik!3x"

25 comments:

Kikuri said...

Apsal lah gambor tu blur?

Aku duk kat kg gak... memang, kalu kenduri kendara, satu kg datang tolong. Takyah pakai katering2 ni.
In fact satu kesalahan besar kalu guna katering. mcm taknak bermasyarakat...

Penat tu, takyah ckp aaa...

mrblind said...

gua ingatkan kerja kawin lu..kalau tak jemput gua..gua siku dahi lu..

FarhanaLicious said...

kenapa tak ajak aku. boleh aku jadi pengapit. tak pun tukang habis kan lauk. masak lauk apa aritu?

alif-mikail said...

weh! patut la ari tu orang tu sebuk memanjang.. ngam ngam choi.. tak jemput koi mari.. kecik ati..

alif-mikail said...

eleh! pengantin lagi penat..

errrrrr

man_helang said...

awai tahun ramai benor yg bz nya...

Fadh said...

saspen jer...ingatkan ko yang kawin...tahniah utk abg sbb dah tamatkan zaman bujang...tgh tggu adiknya plak nak menamatkan kebujangannya itu...

hajime said...

tul2...
aku dah rase gak...
time ni best kalau jadik bapak pengantin ngan pengantin je...

hegira said...

selamat kawen.

KARKADEWA said...

selamat pengantin baru sama abg lu weh!
bunga telur takde lebih?

Dzulkarnain Mohamad said...

adik aku kabor lauk kenduri rumah aok best..patutla keh sampai tambah lauk..lupa pulak nk tapau.

kesian alipmikail ada kat jerantut semalam..

Che Sue said...

uih sat ingat tuan blog tawen...kajut gak aa (kagum+kejut)sb kaler PINK kan..
tapi lawo pe lelaki pakai PINK..lu ada brani?

ZulDeanz said...

Pengantin penat lepas kenduri.....

l.i.f.e said...

mesti penat amat kan

Suka Bebel said...

pakai seluar yang sama sebab terikat mati tali kasut tu ke?hehe...kompom tersenyum girang dayak dayak kalau nengok pesen terbaru ko ni.haha

maza said...

aku pun pening tengok gambo blur tu ler....huhuhu

tapi okey lah daripada tak der langsung...huhuhuu

farah sr said...

seluar sama takpe.
spender pun sama gak ke 3 hari?

erk!

sultan said...

aik... pengantin yg kawen tp tangan tukang amik gambo yg goyang. nerves x tentu hala ko ni. haha...

k.e.r.i. said...

deme pulok dok lama kekgi.

tasikmerah said...

gua pun ingat lu yg kawen.

Hartini Omar said...

min,
kamu bila pulak nak pakai baju melayu satin satu set kaler pink? hehe.. jangan lupe jemput

kasihlatifah78 said...

btul tu.. kenduri kendara camni lagi best.. sbb dpt merapatkan kembali silaturrahim... mcm koi gak.. ayah koi dah 23 tahun meninggal... tapi hubungan koi ngan kluarga belah ayah tetap sama mcm dulu2...

zairi said...

gua syak tali kasut lu nak tetanggal.kejap lu pegang kamera, kejap lu pegang seluar. tu pasal gegoyang itu kamera.

Qaseh.Darwisy said...

Erkk..lama x online tiba2 ada entry org kawen..mati2 ingat ko bang yang kawen..Slamat Pengantin Baru..patut naik dinding lantai baru pun..ada majlis rupanya..

rahimin idris said...

Kikure,
Macam ni jimat sikit. Hihihi
Tapi aku penat gila. Adoi…

Mrblind,
Gua jemput lu tak hadir, gua bagi lutut!!!

Farhana,
Kalau kau datang, aku tak jadi kerja. Kau kuat sembang kan? Hahaha

Alif,
Aku tak tau ko ada jerantut. kalau tak berbesar hati aku jemput kau..sori.

Man,
Alah man. Semenjak dah kaya ni, kau makin bz. Hihihi

Fadh,
Ah, RMK10 esok kot. Haha

Hajime,
Kenapa? Hihi

Alina,
Thanx.

Karkadewa,
Ada! nak? Haha

Che sue,
Kau ingat aku puteri umno?

Zuldeanz,
Ye ke bro? hahaha

Life,
Macam balik jogging 200km…

Sukabebel,
Hahaha woi, rumah aku bersepah lagi tu!

Maza,
Aku lagi pening!

Farah,
Spender pun tak pakai!

Sultan,
Hahaha dapat akak ipar tu!

Keri,
Tengoh dok caghi rumoh ni! Haha

Tasikmerah,
Gu jemput lu datang tak? Haha

Tini,
Hah, nak datang ke? Hihi

Latifah,
Memang la meriah. Saya suka. Hihi

Zairi,
Weh, tak la. Haha

Qaseh,
Amacam, bila ko nak pinang aku? hahaha