Monday, February 2, 2009

Aku menulis bukan kerana nama, sebenarnya...

OK lah. Ini perihal ‘pujangga tak bernama’. Nama Rahimin itu memang nama yang arwah ayah aku bagi. Aku kurang suka dulu-dulu. Sekarang aku suka.

Bila sekolah menengah dan pegang gitar bass aku tukar jadi Max. Konon nak naik macam Max Cavalera Sepultura. Tapi ada macam-macam nama lagi bila aku jadi kartunis, merantau dan belajar yang tak tergamak aku siar di sini. Nama-nama macam setan aku pakai! Ha Ha.

Jumaat lepas saudara Marsli SMS minta aku hantar sajak Palestin terkini ke DBP. Tak ada sebenarnya. Tapi aku hantar juga. Memang ‘raw’ sajak itu.

Petang semalam saudara Marsli talipon lagi. Beliau kata orang DBP tak kenal aku. Minta aku hantar biodata pula. Tak ‘familiar’ langsung nama aku beliau kata. Ha Ha. Biarkanlah bang ‘kan?

Tadi aku ‘Chat’ dengan Ojie. Dia pun nak cari sajak aku. Aku jadi segan nak bercerita tentang karya-karya aku yang tak seberapa itu. Kurang ilmu dan falsafah.

Sebenarnya sajak dan cerpen aku banyak hilang bila komputer rosak. Aku jadi malas dan putus asa menulis. Banyak yang aku belum hantar ke mana-mana lagi. Yang dalam akhbar juga aku tak simpan. Aku memang kurang menghargai karya-karya aku sendiri.

Maka sesiapa yang ada ‘tersimpan’ sajak-sajak aku dalam Mingguan Malaysia dan Tunas Cipta yang tercatat nama ‘Rahimin Idris’ atau ‘Abdul Rahim Idris’, mohon email ke aku.

Kalau yang tak pernah baca sajak-sajak aku sila baca sini. Ada la sedikit. Pleonasma saja lebih. Mungkin bukan sajak. Kemabukan kata-kata. Jangan gelak atau kutuk. Aku nak tulis sajak balik ni. Dan jadi pujangga tak bernama lagi!!! Ha Ha Ha

p/s: siapa tahu nama pencipta pantun ‘pisang emas dibawa belayar’? Ha Ha

PALESTIN DALAM JAGA DAN LENA

Sekali jaga dua kali jaga
langit Palestin begitu juga
mengheret puluhan tahun
laung Azan beranyam jerkah
pesawat tempur, bom dan mortar
yang bongkak menganga rahang.

Tiga kali jaga empat kali jaga
PBB tak terkata apa-apa
tiap kali zionis megah melapah
seolah darah, daging dan tulang yang berkecai
jauh lebih murah dari seekor ayam KFC,
seketul burger Mc D atau sebotol Coca Cola.

Lima kali jaga enam kali jaga
OIC tetaplah pembesar suara
kutukan demi kutukan
sebelum dipadamkan
dehem Amerika dan sekutunya
pialang-pialang perang paling celaka.

Berkali-kali kita terjaga
berkali-kali kita terlena
langit biru, angin lembut dan tembang merdu
hanyalah mimpi-mimpi untuk Palestin
selagi dunia bertuhankan dollar
dan langit mahu ditongkat selamanya!


Rahimin Idris
Jerantut, Pahang.


Perhatian dan Amaran: Sajak-sajak yang disiarkan di blog ini adalah hasil cipta RAHIMIN IDRIS dan diisytiharkan sebagai sepenuhnya hakmilik cipta karya atas nama RAHIMIN IDRIS Sebarang penjiplakan sama ada sebahagian atau sepenuhnya adalah perbuatan terkutuk dan akan diambil tindakan perundangan. Kecuali sebarang petikan atau penyiaran kembali dengan makluman atau izin bertulis dari RAHIMIN IDRIS.


(Pinjam ayat Sdr. Marsli N.O)

18 comments:

yoshz said...

kau hebat. dulu aku hantar kat dewan pelajar pun tak publish.

stu_comot said...

kalo bkn kerana nama, kerana..??! mcm lgu ramli sarip je..(ye ke?gile sy tipu..hahaha)

Suka Bebel said...

lebih ramai yang terjaga tapi tido balik tu yang tak tahan.hehe

Kikuri said...

Aku tersentuh....

Pergh! Siap ada copyright clause tuuuu... Terrer la kau!

Pok Li said...

Idea selepas tidur ke

hegira said...

tak pernah hantar ke publikasi yang hebathebat.

malas nak beradu tenaga dengan penyajak yang hebathebat juga.

Hidemichimomotani said...

gua nak ciplak 'perhatian dan amaran' tu bleh?

aku ada gak sajak publish kat majalah Ujang sekali!

FarhanaLicious said...

aku nak curi sajak ko.

Umie said...

sekarang nie plagiarism berleluasa.. adalah penting ko highlight psl copyright clause tu...huhuhu

Qaseh.Darwisy said...

Macam mana ek bang ko bley dapat idea tulis2 benda macam ni..kalau soh aku yang buat, mungkin aku pegang jea pen tu smp kering dakwat..mmg x berseni aku nih!bley kejang otak..

Sajak yg bagus..

bayan said...

Ada terbaca di surat khabar. Ada juga terfikir. Tidak sangka, rupanya betul. Tahniah.

zairi said...

aku x reti bersajak2.tapi aku suka tentang keindahan seni lukisan.penah gak la kluar kat majalah gila2 dulu2.

mrblind said...

lu memang hebat bro..buat puisi boleh..buat rumah pun boleh..tahniah..

Fadh said...

wei apa citer novel kerbau jantan ko?

Fadh said...
This comment has been removed by the author.
Facet said...

Apasal tak back up ke bro. Tak try system restore?

sultan said...

hati aku ni tak halus. menggerutu. macam mane la aku nak tulis sajak. isk3...

rahimin idris said...

Yoshz,
Hah? Masa tu tepek stem tak?

Stu comot,
Sebab suka-suka. Tapi sebab takde nama nyusahkan orang pulak nak cari.

Sukabebel,
Haah. Nak kena simbah selalu. Haha

Kikure,
Haha saje jet u. takut kena ciplak! Ko jadi saksi sajak ni aku punya tau!

Pokli,
Lepas khutbah jumaat. Hehe

Alina,
Ah, kerja seni tak perlu pertandingan. Masa yang tentukan kita. Tak siapa layak dabik dada cakap hasil kerja dia hebat.

Momotani,
Yang tu boleh. Hehe

Farhana,
Aku curi stetoskop ko!

Umie,
Penciplak bagi aku sama macam sumbang mahram. Haha

Qaseh,
Ah, semua orang boleh buat. Nak dengan tak nak je.

Bayan,
Terima kasih. Aku hilang banyak tulisan aku. Baru sekarang terfikir nak cari balik. Haih.

Zairi,
Aku pun minat lukisan. Tapi menulis lagi susah bagi aku.

Edi,
Ah, malu la gua lu puji. Haha

Fadh,
Novel tu memeningkan aku. Ah, takut juga jadi macam chamil wariya. Ha ha

Facet,
Tak ada back up. Nyesal betul..

Sultan,
Hihihi ko memang jenis botak chin. Hahaha