Friday, December 19, 2008

Que Sera Sera

Semalam aku nampak Odan. Kawan sekelas masa sekolah rendah. Dia pandu KE30 warna merah. Laju juga. Aku rasa hendak angkat dua tangan ke dahi sembah pun ada bila nampak dia.

Masa kecil dia selalu kena luku kepala. Bapak dia garang ke apa tak tahu la. Dalam kelas Odan menulis abjad jadi empat segi tiga segi lintang pukang segala. Kalau tulis huruf I, angka satu atau huruf alif pun kadang-kadang cikgu ingat dia lukis gambar cacing pita. Cakap pun meraban sokmo. Tulis nama ayah sendiri pun jadi nama ayah orang eskimo.

Walaupun anak peneroka, tetapi rata-rata kami menyimpan cita-cita tersendiri. Diam-diam aku menyimpan impian ingin menjadi penyanyi sehebat Herman Tino. Kalau tak kerana kumpulan SYJ, tentu aku tak minat rock dan minat Herman Tino saja.

“Kamu tulis nama kamu, nama dan pekerjaan ibubapa kamu. Dan yang paling penting cita-cita kamu. Tulis tiga pilihan apa kamu nak jadi bila dewasa nanti. Ini untuk rekod. Cikgu bagi sepuluh minit.” Guru kelas kami, Cikgu Jalal beri arahan.

Semua budak-budak dahjah 3 Biru pun istiqomah macam hendak jawab kuiz More Jutaria saja menulis. Aku pun tulis la lebih kurang. Gila apa hendak tulis mahu jadi Herman Tino? Aku hendak jadi wartawan, petani moden atau mekanik! HA HA

Siap. Tetapi Odan terkial-kial. Berpuntal-puntal pensel. “Meh sini. Kau sebut, aku tolong tulis. Kau nak jadi mende nanti?” aku tawarkan bantuan. Simpati juga.

Cikgu Jalal semak sekeping sekeping kad rekod itu. Semua ada. Tiba-tiba Cikgu Jalal angkat satu kad. “Ini sila ambil balik ni. Odan Azman. Tulis semula. Jangan nak mengarut!” Muka Cikgu Jalal serius.

Odan dengan langkah gontai tangan lembik mencecah lantai pergi depan ambil kad rekod dia.

“Mana ada jawatan Yang Di Pertuan Agong keluar iklan. Komando dengan Posmen ni ada la!” Cikgu Jalal membebel lagi.

Odan yang suruh tulis macam itu. Mana aku tahu!

Notatumit: Sampai darjah 6 Odan terkial-kial lagi untuk membaca dan menulis. Sekarang tak tahulah sebab lama dah aku tak berborak dengan dia. Kalau jumpa pun setakat hangguk-hangguk kepala saja.

29 comments:

mrblind said...

gua syak odan dah jadi komando posmen..yang dipertuan agong tu..jauh panggang dari api..

yoshz said...

aku dulu kena reject jugak rekod aku. pasal aku tulis nak jadi permaidani.

yanhashim said...

cita-cita yang perlu ditulis masa sekolah rendah :
doktor- harapan ibu bapa
polis trafic- pengaruh roda-roda kotaraya
cikgu-sebab itu benda paling senang nak fikir

aku chi said...

cita-cita masa kecik nak jadi komando bahagian risik... bapaku idolaku... sampai sekarang masih berangan kalau jadi spy bestnya...

hidemichimomotani said...

Bila difikir balik tak tahulah apa motif suruh letak cita-cita kat buku rekod, cikgu takde pun nak membimbing ke arah cita-cita tu. Semua murid di ajar sama je.

Tak sia-sia aku letak cita-cita jadi pengacara sukan. mmg tak kesampaian.

sultan said...

apasal time aku dulu ramai yg nk jadi ninja turtle...

hajime said...

ko mmg hebat!
macam pantun!
sokmo...
eskimo..

o-y-e-t-t said...

kalu btol2 laaa si odan tu dpt jadi yg dipertuan agong, mesti lu dah dpt anugerah tan sri..sebab lu yg tolong tuliskan

darkk25 said...

jiwa keras seperti aku. xde seni. lukisan tah ape. ada ke patut cikgu taram letak aku nk jadi fesyen designer. dem

FarhanaLicious said...

kesiannya. darjah nam tak reti apa lagi. upsr dia cane?

bayan said...

Kirim salam pada Odan. Katakan padanya usah risau, janji tuhan itu tepat dan sempurna.

Saya juga ditegur guru. Katanya tukar cita-cita pertama.

Penyanyi.

Itu tak akan membawa ke mana.

Saya tukar.

wartawan.

dan ia menjadi.

Alhamdulillah

Che Sue said...

jauh sungguh pemikiran odan..salute! aku darjah tiga dok pikir keja guru, pramugari n KERANI! wtf nk keja kerani je ni??tak wawasan 2020 punyer pemikiran...

@t00neY r00neY® said...

Toyota KE30!!same la ngan ayah aku..

tinggi cita2 itu

Kikuri said...

Waaa.... teringat masa bebudak dulu! Ni mesti isi kad 001... leceh tau! Tiap2 taun ake kene update! Penat! Bukan bawak application masuk u pon. Saje je nak nyusahkan form teacher!

Don Balon said...

Koi dulu letok nok jadi:

i. saintis
ii. jurutera
iii. peneroka

ade pulok cikgu suruh aku buat lain yang no 3 tu..
hina ke wei??

Lu sindri pikirlah babil...

kuIna Jentayutiara said...
This comment has been removed by the author.
kuIna Jentayutiara said...

lagu Doris Bay... ring tone HP sy nie..

cita2 sy dulu tinggi... nk terbang tingggggggggggi juruterbang supersonik F5E (rasanya wktu semua org kata kat aku p'puan jenis apa budak nie) last gagal dlm fizik jd la brutal engineer

l.i.f.e said...

hahaha...aku dulu pun ada sorang kawan lelaki yg cita2 nak jadi sultan. lepas tu cikgu kata "nanti saya jadi permaisurinya ya"

tasikmerah said...

kirim salam odan. he he.


.

Radius.F said...

hahaha.. kalau jawatan yang dipertuan agong tu keluar iklan, golongan mana yang dpt jawatan tu?

Umie said...

isk3x...kesian Odan..cita2 tidak mendapat perkenan...hohoho

zairi said...

KE30? waa..dah jadi drifter dah odan skang ni..sungguh laju cita2 nya.

Suka Bebel said...

gile ah ding dong kau kenakan member tu.aku pun kalau dapat peluang camtu takkan lepaskan.hehe...mana la dia dapat idea nak jadi agong.penanam jagong boleh la.hehee

S.YanaZ said...

=> ntah hape2 Yoshz punya cita2 ekk...<=

Odan bercita-cita infiniti namanye tuh...
:)

alif-mikail said...

hangguk-hangguk .. geleng2?
ke layan gig?

weh! mana novel ye? cam tele-novela la pulak!

biskutrajin said...

kalo cm2 aku nk jd permaisuri agong la

rahimin idris said...

Mrblind,
Komando menda. Dia tak reti baca peta. Haha

Yoshz,
Woi, jadi benggali jual karpet la. Haha

Yanhashim,
Jadi cikgu la. Sempat lagi tu. ajar buat sandwich. Hihi

Aku chi,
Hahaha woi, kalau ko jadi komando, badan ko macam kayu la!

Momotani,
Ala, layan je cikgu tu. asal boleh balik cepat dah la!

Sultan,
Woi, aku tak nak. Aku nak jadi Gaban je!

Hajime,
Bila nak suruh aku buat lirik?

Oyett,
Hah, aku minta sejuta dah. Buka kilang apam balik beku!!!!

Dark,
Woi, loaded apa FD!

Farah,
Lingkup!

Bayan,
Woi, kau wartawan media mana ni? Interview la aku! Haha

Che sue,
Wei, kerani tapak gaji dia ada yang RM3K++++ tau!

Atone,
Tu kereta ayah dia la! Haha

Kikure,
Hahaha sabar la cikgu!

Don balon,
Aok genius. Kome tau. Woi, don balon ni best student SMJP la! Dia geng espanol Tuan Baron HAHA.

Kuina,
Ko memang bijak. Aku tabik!

Life,
Hahaha memang macam tu budak2. jaga2 sikit anak2 ko tu. jangan sampai jadi macam tu!

Tasikmerah,
Nak otograf? Haha

radiusF
orang kat pekan! Haha

umie,
mujur je tak kena pancung tu!

zairi,
ambik lessen sikit punya susah nak lepas ujian static! Haha

sukabebel,
dia kerja dengan Roadcare. Ok la tu. hihi

s.yanaz,
yoshz tu ingat tubuh dia banyak bulu kot. Perasan kingkong. Haha

mikail,
hui, tak dan la. Tahun depan la kot. Nanti aku email aok.

Biskutrajin,
Ko nak kena lempang dengan biskutmalas? Haha

DarabDua said...

menangkap jugak cita2 odan.
gua kecik2 dok aim nak jadi gabenor saja!
haha~

alerts said...

You these things, I have read twice, for me, this is a relatively rare phenomenon!
handmade jewelry