Tuesday, November 4, 2008

Selamat Datang Ke Jerantut *sambil tunduk dan letak tangan di dada* HAHAHA

“Hello, excuse me. Where is HAN hotel? HAN hotel?” tiba-tiba seorang lelaki Inggeris tanya aku mana letak lokasi HAN Hotel sambil tunjuk satu email ada tulis-tulis pasal HAN Hotel.

Alamak, mampos aku! Aku ni bukan ambil port sangat pasal hotel motel ni. Aku bukan pengembara di Jerantut ni. Sambil tu garu-garu kepala. Nak cakap tak tahu, nanti malu pula. Nak mengaku aku ni orang Brazil muka aku ala-ala Zinadine Zidane pulak tang lidah.

“Hah? HAN hotel?” aku pura-pura tanya dia balik. Pernah aku nampak nama HAN Hotel ni. Tapi aku tak pasti pulak lokasinya di mana. Dekat rumah Shah Rukh Khan kot? Mungkin Dzul atau Redzwan De Tsar tau.

“Yes. HAN Hotel.” Mat Salleh tu tunjuk lagi salinan email pasal Han Hotel tu sambil renung aku. Ah, apa la Mat Salleh ni. Lain kali guna la pemandu pelancong. Dia bukan pelancong barangkali. Pengembara lebih sesuai. Pengintip CIA tengah buat praktikal boleh jadi juga.

Entah macamana, nak jadi rezeki, melintas la sebuah bas HAN Hotel yang selalu mengangkut pelancong ke Taman Negara tu. Mudah la sikit kerja aku macam ni. “Hah, there is HAN Hotel. There!” ujar aku sambil menunjuk arah logo pada bas berwarna hijau dan terpampang logo dan nama HAN hotel. Berterabur aku buka kamus dalam otak.

“Hah?” Mat Salleh tu semacam terkejut sekejap. Pekak ke Mat Salleh ni? Ke tak Faham?

“There, there. Go and chase that bus! There is HAN Hotel!” aku arahkan dia kejar bas tu sambil cepat-cepat nak lari ke Restoran AL-HAJ. Sedang dia tercangak-cangak tengok bas tu jalan perlahan-lahan aku cepat-cepat melesapkan diri. Biar Tauke Hardware tu pulak layan.

Aku rasa kalau Mat Salleh tu kejar bas tu, mesti jumpa HAN Hotel punya la. Itu saja yang aku dapat bantu masa tu. Dato’ Azalina Othman Said tolong jangan nak kutuk aku tau!

43 comments:

alif-mikail said...

hahaha.. zalim sungguh!

zairi said...

kau ni dah macam iklan lar..you go straight..don belok2...harharhar...

Qaseh.Darwisy said...

Mesti Mat Saleh tu da tobat x nk g Jerantut lg..Hahhahahaaa...

l.i.f.e said...

hahahaha...kalau aku jadi pelancong tu lama dah aku tulis surat komplen ke azalina. rakyat pahang tak mesra aku kata! :))

sultan said...

kalo aku sesat kat jerantut nnt pastu nmpk plak ko kat situ. trus aku x tnye ape2. haha...

miezi said...

aku pun selalu pelancong tanya2 tempat. end up ckp "i'm sorry, i dunno coz im s'porean." ..bgs tak aku nak escape? hahaha

ZulDeanz said...

tahun melawat Pahang....

hajime said...

yg sebenarnye ko bukan taktau hotel tu kat mane...
ko x reti ckp omputih kan?
ah!
racist!

stu_comot said...

hahaha..comellnye..owh, sape kate rakyat pahang xmesra..mesra ape..sy suke sgt g pahang..heee..ok la tuh, bijak lg licik sguh kamu melepaskan diri ye encik rahimin..haha..

yanhashim said...

soalan pertama yang terbit di minda saya adalah : apa ke hei nya si mat salleh tu melancong ke jerantut pahang? haha rupa-rupanya ada taman negara kat sana.

Fadh said...

sadis...memang tragis giler...buat nyer bas tue hala ke kolompu hantar pelancong yang dari han hotel tak pasal2 mat salleh tue maki hamun tahap mencarut cirit ke aok...kena kabor ke pegawai daerah jerantut nie...bior buang daerah...kepada dzul, don balon dan geng2 jerantut...kalau koi laa malu nak ngaku org jerantut dah lepas nie...ha ha ha

padelkopak said...

gua suspek apek hardware tu lg kantoi bi die!

farah sr said...

kalu aku pun buat sama macam ko..
hahaha...

Umie said...

Laa..dah sampai Jerantut pulak dah mat saleh tu..Tu hari dia ada kat Bt Pahat nie tanya aku "how 2 go 2 Singapore??"..aku dah explain baekk punye kat dia tp kenapa dia masih sesat sampai ke jerantut nun..So,aku syak mat saleh nie x pandai baca peta..pastuh kesilapan teknikalnye,dia pi tanya ko plak..mmg bertambah sesat le...muahahaha

Kikuri said...

Kesian mat saleh tu... Mesti spas ni dia serik dah nak mai sini...

yoshz said...

Haha. Rahimin takut omputih. haha. tak glokal la camni. Buat malu je pak najib pekan tu.haha.

maza said...

hahahaha - mesti mat salleh tu tercengang.....takkan la Han Hotel berupa sebuah van.....dan untuk menginapnya kena pulak kejar si van itu...

atau mungkin dia mengataka tuan email yg menghantar kepadanya adalah sorg yg giler!

atau mungkin juga tidak percaya bhw Han hotel adalah sebuah van bukan tempat utk menginap sbgimana lazimnya!

hahahahhah

Encik Bibir said...

Han Hotel tu kat blakang restoran Al-Haj padahal! haha

Fiziy said...

pergh name hotel pun dah kurang glamor. kene la promosi sket baru ramai org tau.

ini dato azalina tau pun, confirm la han hotel tu yg kene teruk. HAHA

Rajuna said...

datuk sayang kau, douhhh.. terus jadi calon suami. kah kah kah kah..kang kong-macam hisham rais la plak kan.

farhanaLicious said...

haha. x berani nk gi jerantut la kalo macam ni. x pun kena cukup stamina, nak kejar bus. ahaha

tasikmerah said...

tunggu la lu pergi mekah esok.... terbelit la lidah lu cakap arab kalau lu sesat..

ha ha.


;p~

Anak Bulan said...

Salam ziarah,

Tuan,

cerita tuan amat menghiburkan di samping membuka ruang untuk mencari dimensi yang hilang dalam ruanglingkup hospitaliti kita setelah Bahasa Melayu semakin terhakis kedaulatannya di tempat ia pernah berkembang sebagai lingua franca.

Saya pernah menjejak kaki ke beberapa buah negara di Eropah dan Timur Tengah. Saya dapati penduduk tempatan amat mendaulatkan bahasa tempatan. Saya dapati rakan2 dar US dan UK berdamping dengan kamus dan buku panduan pelancong dan sedaya-upaya cuba bertutur bahasa tempatan untuk mendapatkan layanan baik dari mereka.

Komen saya mungkin di luar ruang lingkup posting, tetapi saya terfikir kenapa mat saleh begitu malas berbahasa melayu ketika di M'sia sedangkan mereka berusaha belajar Mandarin ketika di China atau Arab ketika di Jeddah?

Terima kasih,

Anak Bulan
Bulan Penuh 2012

Che Sue said...

lengkali wat gagau2 tangan..tunjuk molot...BISU!

manje said...

salam

hahaha awak ni klaka betul....
kene ronda2 amik tau gak otel2 sekitar tu... palin2 tidak gtau dia kat mane info centre yg paling dekat... awak... awak...

Farid Abu Talib said...

kahkahkah. tanya la KL Internasional Hotel ke? hyatt regency ke? mesti kamu tahu. sebenarnya inilah masa dan ketika kita utk membantu hotel-hotel kecil milik persendirian yang dipunyai oleh rakyat.

Hanim said...

lain kali cakap jer i'm a mongolian. hahahahah

poyotito's said...

balerr..
failed la aok sebagai rakyat jerantut sejati

Pok Li said...

Cerita yang baik buat teladan dan sempadan ;).

aRe You? said...

huahauahuahua...
len kali ckp cam gini...

u straight away until u pass away :P

mrblind said...

":apa lak camtu..lu tolong la dia"...hahaha..lu ingat lagi ayat ni..gua bagi balik kat lu..hahaha..

o-y-e-t-t said...

han hotel...hantu ke atau hanjingggg?

pipiyapong said...

ah balerr aok..han hotel pun tak tau..??

hafiz said...

hahahha sian mat saleh tu! hahahah

CT Cutielady said...

Sungguh bijak meloloskan diri dari kene tanya lagi. hahahaaa...

man_helang said...

kalau aku....maunya aku luku pala ko time tu gak...ha ha ha

apek terror said...

pergh....

seluksaku said...

lain kali ko kena belakon jadi org bisu & pekak... buat isyarat tangan jer... hahaha...

biskutrajin said...

aku dh mengadu dh dh kat dato' azalina...unggu la FRU+ polis+bomba dtg tgkap ko kat umah.masuk ISA..hahaha

Dzulkarnain Mohamad said...

han hotel?

mana ada hotel ni kat jerantut. omputih tu CIA!!

Suka Bebel said...

jerantut tu tempat spai fbi lah aku rasa.cia tak mampu.hehe

rahimin idris said...

Alif,
Hahaha ok la tu. mana ada zalim.

Zairi,
Oit, iklan tu lagi teruk la. Haha

Qaeh,
Hahaha tapi kalau minah salleh gua layan la.

Life,
Mesra sangat la weh. Datang la. Hahaha

Sultan,
Hahaha tak nak tanya sudah!

Miezi,
Hek eleh. Ngaku Singapore? Ngaku la Siam. Hahaha

Zuldeanz,
Selamat datang bro!

Hajime,
Cis. Tu pu racist? Aku tak reti cakap jerman juga. Tak kan racist?

Stu comot,
Betul sangat. Comel ke? Hahaha

Yan,
Laaaa. Ko tak tau? Macam2 ada tau. Kucing pun ada!

Fadh,
Hahaha lantok dia la fadh!

Padel,
Memang failed. Cakap kelantan ok pulak dia!

Farahsr,
Eleh, tah2 ko lari laju2 tak? Hahaha

Umie,
Hah? Mat salleh sama ke? 2x dia kena? Padan muka!

Kikure,
Tak seriknya. Ramai sokmo datang. Bes juga sebab diorang tengok kerbau pun pelik!

Yoshz,
Woi, mana ada takut. Tapi kalau dia bertukar jadi drakula cam ne?

Maza,
Hahaha mana aku tau perasaan dia. Tak nak amik tau la.

e. bibir.,
entah. Sungguh aku tak tau. Haha

fiziy,
kat luar Negara glemer kot.

Haah, bukan salah aku. Salah hotel. Patut kumpulan eagle buat la lagu hotel han kan?

Rajuna,
Kalau tukar semua harta dan duit dia ok jugak kan. Nak? Tak malu ko! Kahkahkah

Farhana,
Ala, ko datang je. Tak kejor basnye. Singgah opis aku ek? Hahaha

Tasikmerah,
Aik, akak dah gi mekah ke? Bila?

Anak bulan,
Sama2 weh.

Che sue,
Eleh, baik aku cakap arab je. Bior sama2 tak faham.

Manje,
Hahaha aku tak pernah tidor hotel kat sini. Tak ambil pot la.

Farid,
Betul la tu. tapi ka nada tourist guard?

Hanim,
Tak ada rupa Kublai khan aku ni! Hahaha

Poyotitos,
Hahaha lantok la.

Pok li,
Hahaha betul la tu. aku blur masa tu.

Are you,
Oho, gelakkan aku ye. Tarik rambut kang!

Mrblind,
Hahaha aku tolong la tu.

Oyett,
Hentah!

Pipi,
Mane keh tau. Aok tau hotel London kat mane?

Hafiz,
Hahaha sape suruh dia tak study dulu. Dia jumpa la tu nanti.

CT,
Bijak menda cam tu. tapi aku memang licik! Haha

Manhelang,
Kakahkah ekau jangan jang!!!

Apekterror,
Perghhh.

Seluksaku,
Hahaha nanti dengan kaki sekali aku buat sign.

Biskut,
Ala, aku tak takut. Aku lari la setempat! Haha

Dzul,
Ada. bas or van dia ada tulis HAN Hotel NKS. Tak mana aku tak tau la portnya.

Sukabebel,
Tah2 KGB tak? hehe

farhanaLicious said...

cess. bek aku pegi uma pakcik aku kat pekan tu terus. hahah!