Bila lepas hujan selalu banyak nyamuk di taman perumahan tempat kami menyewa. Padahal tak ada pun air bertakung. Besar-besar pula tu nyamuknya. Tapi tak ada la sampai besar ayam serama. Besar telur cicak pun tak ada. Ala, macam biasa saja besarnya.
Suatu senja sementara nak tunggu giliran mandi aku bertuala di tepi pintu. Dah masing-masing tak mahu mandi lagi, bila la nak sampai gilirin aku? Apa nak jadi ni kawan-kawan? Mandi petang pun nak kena cabut undi dulu? Kalau makan tak payah menunggu semua serbu macam FBI bila terhidu bau.
Nyamuk pun datang tanpa diundang. Tapi borak kami jalan terus sambil tangan masing-masing pun rancak menerawang menampar tak tentu hala. Sesekali buat gaya kung fu ular pun ada. Borakan pun dah berterabur jadi hilang fokus. “Apahal banyak nyamuk ni?” seorang kawan aku merungut menampar sambil cerita pasal kampung dia masa tu musim tengah buah kelapa sawit. Kena seekor. Kojol. Dia buang.
“Ha, ambik kau!” aku tekan seekor. Tak kuat aku tekan. Aku tekan dengan sebatang jari saja. Fizikal nyamuk tu sikit pun tak rosak. Kalau keluarga nyamuk tu nak buat pengecaman mayat memang tak jadi masalah punya. Lepas seekor, seekor nyamuk aku tekan. Kawan-kawan lain tetap menampar, melenyek dan membuang nyamuk-nyamuk tu. Sampai ngeri betul rupa nyamuk tu mereka kerjakan. Brutal betul manusia ni rupanya.
“Mak aih, banyak betul nyamuk kau kumpul. Buang je la.” Tiba-tiba ada kawan aku tegur. Memang banyak. 15 ekor pun ada masa tu rasanya. Aku longgokkan elok-elok saja setempat. Cantik-cantik semuanya. Macam nyamuk model iklan makhluk perosak lagi bentuknya.
“Entahnya. Buang je la. Kotor je. Nak buat apa kumpul?” kawan yang seorang lagi pula tegur kelakuan aku.
“Ha, tu la korang tak tau. Nanti aku buang la. Ni aku nak buat amaran. Biar nyamuk-nyamuk lain takut nak datang dekat hisap darah aku. Biar mereka jadikan ini satu iktibar dan insaf sikit. Macam tu je nak ajar nyamuk-nyamuk ni!” aku menerangkan metodologi aku menangani serangan nyamuk-nyamuk tu.
Lepas dengar idea bernas, tu kawan-kawan aku berebut pula nak pergi mandi.

39 comments:
awas denggi
hhhaaaahhaa..nyamuk pun tau ngeri jugak ke bro??macam la depa heran takat 15eko yg ko kumpul tu...dorang panggil geng cucuk datang baru tau..rebah sminggu kena denggi..
15 ekor dia tak berapa nk heran. sat lagi dia panggil 15 batalion buat serang hendap. mahu gigil lu dalam bilik air nun.
lu punya tajuk terbaik. tak cukup 1 napas gua nk baca.
haha~
Aku suka betullah bila kau menulis... benda simple pun bole jadik tragik! Syabas inspektor sahab!!! Vaa, vaaa, vaa...
smoga mereka insaf dan jadikan ini satu pengajaran yg bermakna dlm hidu mereka...
apa da.. diwali pun kerja.. hahaa
cerita pasai nyamuk? bahaya kena chikuginya nanti..
baik ko bela nyamuk tu..buleh jadi usahawan nyamuk..hahaha..
kumpul la banyak sikit. buat nyamuk goreng tepung.
apa punya mitos yang kau cuba reka ni?ha ha
salam singgah ya..
hah... cam tu ke cara dia. nnt aku nk wat la. x yah beli ubat nyamok. save skit...
Ehh aku pun suka arr tampor nyamuk bg pengsan..pastuh kumpulkan diorang ramai2..tp aku buat tu bukan utk bg pengajaran kat nyamuk2 lain..aku pulak yg dpt peng-ajar-an sbb duk khusyuk tampor nyamuk tak wat menda lain..keh keh keh
Kreatif la ko min...
ahaha....
Nyamuk tue ko patut bunuh, bakar dan gantung kat sarang diorang
Nyamuk ni kira ambik positif dah la..
kira macam bekam la jugak..hehe
kalo gitu mau smp 50 ekor nyamuk pun xstop lg usaha kumpul nyamuk tuh..kalo la nyamuk blh amik iktibar, tayang sekor pun die dh naik gerun..hahaha..comell je cite nyamuk..
aku rasa aku penah kumpul lebih dr 15 ekor tp bilangan yg dtg menyerang cam makin byk jer
hahahaha
masing2 sebenarnya tak mahu dengar teori kamu yang lain pulak. nak2 lagi kalau kamu keluarkan teori siapa patut pegi mandi dulu contohnya
Tajuk entri tak tahan beb!
hahahaha...
kalau kat tepi pantai, org sibuk kutip ikan. rupa2 nya tsunami nak datang. org bujang tepi pintu tampar nyamuk, berhati2+bertobat. aku syak tu pun petanda awal nak tsunami tu. banyak lain macam je nyamuk tu..
menarik idea ko tu...
patut ko sula dr bawah ke atas...
xpun potong kepala die cancang byk2...
bukan nyamuk je takut nanti...
ade dlm selonggok x mayat2 2?
Ada orang dari DBKL kerjayanya tangkap nyamuk masuk dlm botol dgn cara menahan kaki sebagai umpan. Pernah jumpa? Silalah ke Taman Burung dekat belakang masjid negara KL. Kalau kebetulan boleh jumpa.
Aku pernah interbiu mereka nih masa diorang tangkap nyamuk. dok lepak2 dalam semak sambil hulur betis terdedah.
masih utuh dengan kesedaran terhadap haiwan.
benda alah nyamuk ni lagi byk kena tampor lg ramai la yg keluar..
berkesan tak cara ko tuh?Eheh
tak tipu
aku pun selalu buat macam tu
seronok apa
kumpul nyamuk!
pastuh bakar dorang ramai-ramai
dasat tak aku?
pperrrrgghhhhh.... tajuk~.
:p~~
kalau kat kampung, aku suka kumpul nyamuk banyak² camtu gak. lepas tu nanti kucing aku makan. heheh.
baca tajuk je ati dah sayu....
piluu..
tragis...
sampai part bawah..
ngeri..
"woi pegi je aa mandi! men nyamuk lakk..bukan buley g minang putri gunung ledang pun"
macam mana nak kumpul nyamuk. aha~ macam berminat lak. ahahaha!!
tindakan aok kumpul nyamuk banyak2 sebagai ingatan supaya nyamuk tak gigit ko memberi aku idea...ok tak kalau kerajaan gantung patung2 manusia yang putus tangan, putus kaki, putus kepala sepanjang jalanraya sebagai peringatan kepada pemandu2 di malaysia nie suupaya berhati2 semasa memandu...nak lagi real...gantung jer mayat betul2 punyer...ha ha ha
tajuk ko mmg taleh nak blah la..huhu
so skrg nyamuk masih nk gigit ko ke x bang min?
Oyett,
Macam signboard Kementerian Kesihatan. Hehe
Qaseh,
Haih, itu kaedah trial and error daaa…
Darabdua,
Hahaha lu pernah kena dengan tentera nyamuk ke?
Kikure,
Haih, malu aku bila ko puji. Tapi terima kasih. Aku dah goring cukup-cukup memang la jadi sedap sikit. Hahaha
Tune,
Amin…
Aliff,
Woi, koi tak sambut diwali. Sharu khan je sambut.
Mrblind,
Tak nak. Nak bayar denda je tak balik modal.
Yoshz,
Ko bukak francais nak? Haha
Suka bebel,
Hahaha urban legend ni nanti!
Sultan,
Ni kalau sharer samad dengar mesti tiru!
Umie,
Laaa..ko pun sama?
Wan,
Hahaha mana aku tau sarang dia. Kalau tak habis la!
Don balon,
Woi, ingat lintah ke? Hahaha
Stu comot,
Haih, nyamuk pun comel? Hahaha
Encik bibir,
Ko bunuh king of nyamuk tak? Tu dia balas dendam satu Negara! Haha
Life,
Hahaha ok apa idea tu. brilliant.
Farahsr,
Hahaha ko baca tajuk je ke?
Zairi,
Woi, aku tak terpikir pun tsunami masa tu!
Hajime,
Ko memang Dracula betol!
Biskutrajin,
Dah jadi macam nasi sepinggan. Acah je. Haha
Rozlan,
Laaa, nak buat menda? Cuba kau buat satu entri pasal ni. Menarik la.
Rajuna,
Hahaha cilakak komen gini. Tu aku tekan perlahan-perlahan je.
Faizal,
Ok la. Cuba lagi.
Dzul,
Ala, kalau bior lagi banyak zul.
Miezi,
Tak berkesan! Haha
Messy hurt,
Woit, ko baker? Menyiksa mayat!
*Ni yan ke?
Tasikmerah,
Hahaha
Ckin,
Hahaha kucing ko sihat tak?
Che sue,
hahaha
Diam la ko!
Farhanalicous,
Hahaha lagi senang dari kumpul setem apa.
Akumasihdisini,
Hahaha bernas! Taruk kesan bunyi sekali!
Ojie,
Haha masih lagi weh!
bagus gak idea lu nih!!nanti senja gua nak try praktikkan lu punya metadologi....
post entri agak hebat je. tp cerita nyamuk? wah, kau mmg pandai berkias!
nyamuk besar2 ni dah patut ar panggil majlis perbandaran buat fogging. tp nyamuk pun da kuat skrang ni, tak makan asap2 tuu.HAHA
hahahah
klaau ko kumpul 7 dulang tu...bleh bawak p gunung ledang oooo....
tumpangg lalu..
padel,
lu jangan. malu kat anak murid nanti. haha
fiziy,
hahaha aku saja lebih tajuk.
nyamuk pun alami evolusi. tengok iklan shiltox pun dia sengih je.
benjamin,
hahaha
nuts,
kalau nak tunggu 7 dulang 70 hari la aku tak mandi!
Post a Comment