Thursday, October 23, 2008

Siri Bertengkar Dengan Toyol...

Seingat aku, dah masuk darjah lima baru aku boleh pandu motorsikal. Tak macam budak sekarang, kecil-kecil lagi dah dapat motor. Pandu sambil SMS pula tu. Dulu arwah ayah dan mak memang larang aku. Bahaya kata mereka. Sudahnya kawan-kawan ejek cakap aku lembab. Malu saya di buatnya (nada macam iklan Minarwan Nawawi).

Tapi dalam kelas aku dulu, Toyol la paling superb. Dia ni perempuan. Sebab kecil, nakal dan ganas – budak-budak lelaki panggil dia Toyol. Pernah Apzal kena teranjang sebab ejek rambut Toyol macam jambul nenas. Pernah aku dibaling dengan taik hidung sebab cakap hidung dia berkerak. Laju gila dia baling. Mujur aku jenis lincah mengelak.

Tapi Toyol dianggap superb sebab boleh pandu motorsikal masa darjah tiga. Gila apa bapak dia tu bagi motorsikal masa tu? Entah-entah Toyol curi-curi bawa masa tu? Semua orang pelik. Yang dengki pun ada. Termasuk aku la. Ok, aku tak kisah sangat. Tapi siapa suruh dia jelir lidah bila terserempak aku jalan kaki petang-petang? Rasa nak lontar dia dengan ibu ayam mengeram saja. Biar kena hama.

Maka Cikgu Wong pun tegurlah kami di dalam kelas suatu pagi. “Bahaya bawak motor tanpa lesen ni. Awak pun kecil sangat lagi. Walaupun mak ayah awak benarkan, bahayakan diri awak dan orang lain.”

Begitu Cikgu Wong empunya nasihat. Beliau ternampak Toyol meronda kampung suatu petang. Kami angguk sambil sebut ‘betul, betul’ sebagai tanda sokongan padu. Tapi tangan tak la dijulang ke langit macam orang demonstrasi. Semua setuju. Suara aku paling kuat. Aku buat-buat suara macam Apzal. Toyol jelir lidah ke Apzal. Kalau tak ada cikgu masa tu, harus Apzal kena ludah.

“Tapi kan, cikgu, kami ada lesen.” Toyol membela diri sambil angkat tangan dengan muka eksennya. Serius betul muka dia sambil memandang Cikgu Wong.

Semua kelas terpana seketika. Ada lesen? Celaka. Aku menyumpah. Dengkinya aku!

“Betul ke? Awak kanak-kanak lagi. Macamana boleh ada lesen? Awak bergurau ke?” cikgu Wong bertanya sambil kerut-kerutkan dahi. Sambil tu beliau senyum. Senyum tak sempurna saja gayanya.

“Betollllll cikgu. Adaaaaaa. Ok, kalau cikgu tak percaya esok kami bawa.” Toyol berkeras siap angkat tangan tiga jari macam Sumpah Pengakap pula. Timbul-timbul urat merih. Muka jangan cakap la. Macam ahli gusti bertengkar.

Riuh la kelas kami sekejap. Kami menyokong Cikgu Wong. Toyol tetap membetah. Akhirnya Cikgu Wong suruh kami diam untuk sambung belajar.

*********************************************************************************

Esoknya.

“Haaaa, cikgu. Ini la lesennya. Lambat lagi matinya!” Toyol mengunjukkan sekeping kertas bulat kepada Cikgu Wong esoknya. Muka Toyol jangan cakap la. Berlagak bagak macam ketua geng gagak hitam.

Cikgu Wong mengambil kertas kecil bulat tersebut dan menelitinya. Beliau tersenyum. Kemudian berpaling kepada kami. “Murid-murid. Baiklah. Ini namanya ‘road tax’. Atau pun ‘cukai jalan’ dalam Bahasa Melayu. HA HA HA.” (Dulu cukai jalan bulat bentuknya kalau tak silap aku).

Kalau Cikgu Wong sebagai guru kami boleh ketawa, kami apa lagi. Ceria sungguh. Toyol tergaru-garu kepala. Pelik sebab baru tau ‘lesen’ dia tu sebenarnya cukai jalan. Baru kami tahu dia curi-curi bawa motor. ‘Lesen’ dia tu pun dia curi-curi ambil dari bapak dia sebagai bahan bukti untuk berhujah dengan Cikgu Wong.

Tapi hari tu memang ada yang kena ludah sebab gelakkan Toyol waktu rehat. Aku memang tak kena!

49 comments:

alif-mikail said...

ahahhahahahaha

aduuu laa.. keras perut koi..

so bila nak kuarkan novel nye..

Ojie said...

hehehe ko memanjang xkena..ntah2 bang min ko paling teruk kena bahan ngn toyol tuh..

err silap2 yg taik idung tuh pun kena kt ko cuma ko xperasan je..hahaha

Rajuna said...

haha

basikal pun ada 'lesen'beb dulu2!

akumasihdisini said...

dulu roadtax motor bentuk bulat...bekas plastik utk taruk roadtax pun bulat...ntah menteri mane yang ubah aku pun tak tahu...tapi betul laa kata ko...aku dulu darjah 6 pun tak merasa lagi bawak motor...aku pandai bawak motor masa ting. 1...tue pun curik2 bawak masa ayah aku tunaikan haji...tapi budak2 skrg nie bukan main lagi...siap sms sambil pacak...geram aku nak sekeh kepala mak bapak diorang...

man_helang said...

ha ha ha...toyol tu curik duit tak malam2?

padelkopak said...

ada jugak pompuan cam tuh ek??mmg ganazzzz beb.....

Fiziy said...

memang ganas! main ludah ludah.

ini kalau ayah gua, lame kene sebat ni. HAHA

hazel said...

hahahahaha lawak laaa.aduhaiii toyol..toyol kekeke

maza said...

aderk kesah nyer....

agak2 kalau ko jumpa si Toyol tu lagi skrg nie, lepas tu ko cerita lak kesah lama nie....apa agaknya response dia ek?!

hehehhehe

miezi said...

ganaznya toyol..dah besar ni dia transform jadi wanita cantik tak? Eheh

DarabDua said...

licik benar lu, asik tak kena jek dengan toyol
haha!
tp apa2 pon toyol mmg gempak!

razor said...

kata nama toyol tu tak cukup ganas..hihi

apesal panggil dia toyol? sgt2 tak cun ke? hehe

denanz said...

hahaha. min, toyol tu kat mana skrg?

Qaseh.Darwisy said...

Agak2 toyol tu cantik tak skang? kang jadik bini ko pulak bro..

Redzwan Abdullah said...

Memang best citer...
Aku tengok tajuk je dah terliur nak bace...
Bagu sbetoi toyol tue...
Kalo zaman tue dah ada rempit, memang die tokoh la...
Boleh pergi terjun kutub utara...
haha

sultan said...

cisss... aku gak yg xde lesen moto lg. sampe skrg kalo bwk moto xde lesen...

l.i.f.e said...

owhhh aku suka sama itu toyol. amacam dia sekarang? dah berapa anak dia ada?

o-y-e-t-t said...

wahahahaha....krem perut....road tax bulat tu klasik tuhh..akan dtg aku dgt dowang nk buat road tax jenis baru..yg mcm keter punye...lekat kt side mirror...sekali salah kopek rabak separuh

Don Balon said...

Min,
Koi suspek aok ader aper-aper dengan toyol.. manjanc tok kener je.. hehe

Hanim said...

Waaaa....sangat respek occayy sama itu Toyol. hahahah

akuyanhashim said...

aduh abang tomi
sakit perut ketawa nih
nasib baik bukan dalam library
aduh..
toyol tu gila sempoi
mesti dia cun sekarang

yanhashim said...

ps: macam cik sultan. saya pun tak de lesen. tapi dah satu melaka saya merayau dengan scoot.

k.e.r.i. said...

macam orang asli rompin pun ade la toyol ni.

haha!

Pok Li said...

Cerita lama-lama memang sedap. Macam biskut raya yang nak habis. Apa cerita toyol tu sekarang.

farhanaLicious said...

dasat nye si toyol tu. macam mana dia sekarang? uhu~

poyotito's said...

HA HA HA!
memang ada budok pompuan pesen buas gini.
tapi lagi buas lagi sedap kaco..

err..lu ye ke tak kena?
apsal gua rasa lu macam kena je..

Che Sue said...

ko tak test carik dia balik ke? mana tau dah gojez skang ni..tah2 dah selawa nasha aziz..peh time tu ko mmg minta d ludah aa kot...hahahhaa!

Kikuri said...

Aku rasalaaa... kalau aku jadik toyol, mesti aku dah gali lobang kat tanah pastu tanam kepala ku... MALUUU!!!


P/S-
Kalau kau tulis novel, aku promot novel kau akt sekolah aku...

zairi said...

kwahkwahkwah..ko jangan nak tipu la rahimi woi..kompom ko kena ludah gak kan?? aku syak toyol tu dah jadi gelpren ko kan? x pun dalam senyap2 ko cinta kat dia kan??

Kikuri said...

eN. zAIRI,
Aku pun rasa camtu. Toyol ni gefren ko ek, Rihimin... elehhhh... typical drama melayu aaa...

stu_comot said...

comell la si toyol tuh..hahaha..suke btol budak gile2 gitu..

Pengejar Masa said...

best la blog ko ni. nak link boleh?

arnamee said...

ekekek..beh2..
(^_^)

Kema said...

salam...

herm.. skrg, apa khabar agaknya 'toyol' tu?

alif-mikail said...

tajuk dah angker..angkara sungguh!

tasikmerah said...

hidup toyol......!


ha ha ha.

yoshz said...

Hahaha. mana si toyol tu duduk skang? aku nak jodohkan dia ngan idrul nafis.

kuIna Jentayutiara said...

toyol 2 msti dh besar panjang kiut miut mengalah artis... ko pakai ilmu apa selalu x kena penangan toyol tu... dia ada hati kat ko kot...

Anonymous said...

aslkm.. mempelawa anda untuk vote di sini www.musicforum2007.blogspot.com. Trima kasih.

-ariapertama.

farah sr said...

gile ganas budak toyol ni..
darjah 3 da pandai membetah..

Radius.F said...

hahahaha...
gila kelakar..
sekarang toyol tu mcm mana?

Suka Bebel said...

cikgu wong tu kena ludah gak ke?ha ha ha...toyol tu keje ape skg?jgn jadik pramugari dah ler.mampos org kena ludah manjang.hehe

Anonymous said...

hehe...sambung la cpt cite ni..best oooo...sy rs la toyol tu mst cun bile beso kan..cpt2 eh sambung cite ni..:)

apek terror said...

gua tak pandai lagi bawak moto skang jeles siot dgn toyol nie...

manje said...

salam

hehe mmg dasat abis toyol tuh...
ganazzz... ngeri kite kot org suke meludah2 nih...

> papepon kite respek giler kat dia, terror bwk moto, berani tak mcm kite... dah tua cam gini pon msh takot beb nak naik apelagi bwk...

Diloz said...

hahaha.

aku dulu pun ingatkan yang diorg letak kt dalam seat motor tu adalah lesen.

aku tak sedar aku pernah bodoh zaman kecik-kecik dulu.

malu-malu.

rahimin idris said...

Aliff,
Tak tau la aliff. Aku ni angan2 je lebih. Tak sempat masa nak nulis ni. Dapat update blog pun dah ok apa.

Ojie,
Ahhhh, hero kena la selamat memanjang! Hahaha

Rajuna,
Aku tak pernah dengar. Ye kot. Macam tv n radio dulu2. haha

Akumasihdisini,
Haaa, betul la tu. aku tulis pasal ni sebab kes budak kecik main motor la ni.

Manhelang,
Hahaha tu toyol ori. Ni spicy punya!

Padelkopak,
Laaaa, ada apa.

Fiziy,
Hahaha kat pemadam pun ludah apa. Nak padam dakwat pen! Hahaha

Hazel,
Hahaha

Maza,
Ah, tak pernah jumpa dah. Adik dia selalu la jumpa.

Miezi,
Adik cantik gila ko. Tapi tak pernah pulak aku tegur!

Darabdua,
Aku saja malas cerita. Ada sekali dia tarik rambut aku. Cilakak betul, tak dan lari. Lu jangan heboh ek? Hahaha

Gua pun tunggu masa je nak link lu ni. Nanti gua link.

Razor,
Ah, masa kecik. Comel2 semuanya. Nama macam2 la. Haha

Bro denanz,
Hahaha toyol tu dah menikah ikut laki dia. Menetap di selangor kot. Tak pun k.l.

Qaseh,
Haih, dah kawin dah dia. Kau jangan bikin gossip liar!

Redzwan,
Hahaha lu jangan samakan dia dengan minah rempit. Dia kalau jadi komando memang sajak la!

Sultan,
Eleh, lu layan kereta je kan? Haha

Life,
Hahaha lu memang ganas gak kan? Tak tau pulak aku anak dia.

Oyett,
Hahaha, betul latu. Road tax tu arwah ayah aku buat key chain sekali!

Don balon,
Hahaha lu jangan rodong!

Hanim,
Haha, macam tu pun kau respek. Baik respek aku! Hahaha

Yanhashim,
Hahaha toyol dah jadi mak budak.

Oit, buat la lessen. Nanti polis tahan, cakap roadtax tu lessen ek? Hahaha

Keri,
Hahaha jangan la cakap cam tu. asli rompin pun dah ok apa sekarang.

Pokli,
Hahaha. Biasa la bang. Cerita baru asyik pasal ekonomi melest dan politik kotor je.

Farhana,
Aku pun tak tau la pasal dia. Tapi dia hidup lagi. Haha

Poyotitos,
Hahaha lu memang experience.

Kena juga la sikit-sikit. Hahaha

Che sue,
Ahhh, tak ingin aku!

Kikure,
Hahaha nak malu menda. Masa tu memang ramai tak tau apa itu roadtax.

Novel? Tengah cari masa dan tema ni.

Zairi,
Hahaha woit, mana ada!

Stu comot,
Eh, aku pun comel apa. Hahaha

Pengejar masa,
Boleh. Nanti aku link ko juga.

Arnamee,
Hai..haha

Kema,
Salam. Harap2 dia sihat sejahtera.

Alif,
Alah, tajuk je angker. Haha

Tasikmerah,
Hidup la saya sekali!

Hahaha

Yoshz,
Hahaha dia dah kawin la.

Kuinajentayu,
Sebab aku hero. Selamat la!

Farahsr,
Eleh, tah2 ko pun cam tu tak? Haha

Radius.F,
Hahaha tak tau la aku!

Sukabebel,
Hahaha cilakak lu. Dah tua2 tak kan meludah lagi!

Annoynimous,
Haih, lain kali la sambungnya. Haha

Apekterror,
Hoih, tak reti bawak motor? Kodik la.

Manje,
Ala, ko tu manja sangat. Haha

Diloz,
Hahaha aku pun. Tapi aku dah tanya orang tua aku dulu. Jadi faham juga la. Tak ada la sampai bertengkar dengan cikgu!

valsa nine said...

wah.. syok la ade pengalaman jaman shkolah gni..

whohoho. respek r same itu toyol.

teringat moto arwah atuk aku mse ckp pasal roadtax tu. dia wat keychain siap. huhu

rinddduuuuuu~~

Rahimin Idris said...

vlsa nine,
motor arwah ayah aku dulu key chainnya roadtax gak. nostalgia tu. haha