Cuaca sekarang memang pelik-pelik. Sekejap hujan sekejap panas keras-keras. Kalau zaman aku bermotor; bila hujan kebasahan, bila panas kerentungan. Tapi petang semalam panas memang keras lain macam ludahannya. Naik kereta kadang-kadang panas juga. Sebab pendingin hawa tak digunakan. Alergik.
Otak pula sibuk. Fikir macam-macam. Nak sudahkan projek la. Nak tulis novel la. Nak update blog la. Nak cipta minyak petrol dari air longkang la. Yang terakhir tu bobok (kelentong) yang amat la nak buat. Tolong jangan turut fikir.
Tiba di suatu cabang empat SK Pulau Tawar tiba-tiba lampu trafik untuk zebra cross budak-budak sekolah melintas jadi merah. Otomatis dua buah kereta depan aku berhenti. Belakang aku ada la juga kereta lain bersusun-susun. Maklumlah, waktu orang balik kerja. Di sebelah kanan pun kereta berhenti juga. Berderet-deret juga. Termasuk sebuah kereta peronda polis.
Di sisi tiang lampu trafik untuk zebra cross tu ada dua orang kanak-kanak berwajah kudus. Bukan main la kudusnya. Budak sekolah rendah yang dosanya masih ditanggung ibubapa. Macam t-shirt putih yang belum di cetak tulisan ‘punk not dead’. Lepas tu ada gambar kepala lelaki berambut balung ayam.
Tapi anehnya mereka tak melintas pula. Mereka tersengih-sengih. Yang seorang tu siap meloncat-loncat tepuk-tepuk tangan kegirangan. Apa kejadah? Suka hati tengok kereta berhenti berderet-deret? Aku mula nak meruap kepala otak. Dalam akal dah mula rancang nak keluar kereta. Nak cabut tiang lampu tu, hempok kepala seekor-seekor biar dia orang taubat nasuha sambil bersimpuh tahiyat akhir. Dajal punya budak.
Tapi ada polis peronda depan tu. Ahhhhh, polis tak polis. Dia pun kena dajal juga. Entah-entah dia pun sokong aku nanti. Aku mencongak dalam hati. Baru nak buka pintu kereta, lampu trafik dah hijau semula. Tak jadi la. Takut nanti kereta belakang hon pula. Aku gerak sambil pandang malaun berdua tu tersengih-sengih. Mereka tak melintas pun. Saja-saja main tekan suis lampu.
Agak-agak kalau aku hempok kepala budak-budak tu, mak bapak dia orang balas dendam tak?
Otak pula sibuk. Fikir macam-macam. Nak sudahkan projek la. Nak tulis novel la. Nak update blog la. Nak cipta minyak petrol dari air longkang la. Yang terakhir tu bobok (kelentong) yang amat la nak buat. Tolong jangan turut fikir.
Tiba di suatu cabang empat SK Pulau Tawar tiba-tiba lampu trafik untuk zebra cross budak-budak sekolah melintas jadi merah. Otomatis dua buah kereta depan aku berhenti. Belakang aku ada la juga kereta lain bersusun-susun. Maklumlah, waktu orang balik kerja. Di sebelah kanan pun kereta berhenti juga. Berderet-deret juga. Termasuk sebuah kereta peronda polis.
Di sisi tiang lampu trafik untuk zebra cross tu ada dua orang kanak-kanak berwajah kudus. Bukan main la kudusnya. Budak sekolah rendah yang dosanya masih ditanggung ibubapa. Macam t-shirt putih yang belum di cetak tulisan ‘punk not dead’. Lepas tu ada gambar kepala lelaki berambut balung ayam.
Tapi anehnya mereka tak melintas pula. Mereka tersengih-sengih. Yang seorang tu siap meloncat-loncat tepuk-tepuk tangan kegirangan. Apa kejadah? Suka hati tengok kereta berhenti berderet-deret? Aku mula nak meruap kepala otak. Dalam akal dah mula rancang nak keluar kereta. Nak cabut tiang lampu tu, hempok kepala seekor-seekor biar dia orang taubat nasuha sambil bersimpuh tahiyat akhir. Dajal punya budak.
Tapi ada polis peronda depan tu. Ahhhhh, polis tak polis. Dia pun kena dajal juga. Entah-entah dia pun sokong aku nanti. Aku mencongak dalam hati. Baru nak buka pintu kereta, lampu trafik dah hijau semula. Tak jadi la. Takut nanti kereta belakang hon pula. Aku gerak sambil pandang malaun berdua tu tersengih-sengih. Mereka tak melintas pun. Saja-saja main tekan suis lampu.
Agak-agak kalau aku hempok kepala budak-budak tu, mak bapak dia orang balas dendam tak?
Di cabang empat inilah kejadian yang memilukan itu berlaku. Sampai saat ini pun segalanya masih terbayang-bayang kegirangan wajah kanak-kanak itu. Bahagianya mereka. (Foto sehari selepas kejadian. Tiada darah dan serpihan kaca)
36 comments:
ha ha ha...aku penah buat mende nih dulu..kt dpn balai polis ipoh...kena carut ngan driver lori...bingit smpi skang..nasib baik tak kena hempuk ngan tiang traffic light tu
Jangan. mereka budak kecik! tak bersalah...
[kata2 dari seorang yg pernah melakukan jenayah yg sama di Ipoh. tapi takdela loncat2 kan...]
"Otak pula sibuk. Fikir macam-macam. Nak sudahkan projek la. Nak tulis novel la. Nak update blog la...."
Aku tertarik yang ni, kalau novel, aku nak booking jadi penerbitnya. ko jangan kasi lain orang!
:)
hahaha,budak2 tu cari nahas...tapi tkpe la,kau ampun kan lah diaorg tu...diaorg tk cukup umo lagi :P
itu masih ok.. bro rahimin..
kalau koi (dulu².. pedulik la org lain menci cerita lama² kan..)
Siap tekan.. dah semua kete berhenti.. jalan tengah jalan.. tunggu lampu kelip2.. patah balik.. ahhahahhahahah..
bukan takat bingit lagi.. siap kena kejar bai!
bang min, ko ngn budak pn nk gaduh..biarlah diorang tuh..kanak2 mumayiz lg tuh..huhu
kuar novel jgn lupa bg tau eh..
:-)
bior la budak-budak (pasal aku pun penah buat gak) Eheh. Even dah besar panjang ni
aku tak penah buat..
aku budak baik..
hahahaha...!!
hempok jgn smapai tgl kn bukti...ehhe
apa lu tak jentik je dgn getah bebudak tu?
:)
jadikan kisah altantuya sebagai contoh..buat jea mcm tu..jgn tinggalkan bukti.Faham??
Eh,novel ape?cinta2 ke?nti bg tau eh kalau da kuar..
hoh!
pasey aok tok bagi ayat sikit ke deme tu?
tak baik hempuk
paling bagus
tegur cara berhemah
bak kata kamu
mereka itu bak kain putih yang masih belum tertulis punk not dead.
jadi jgn cemarkan baju sekolah putih mereka dengan percikan darah sabung ayam akibat dihempuk
p/s: abang tomi.kalau dah siap novel saya pingin bangat mahu baca.
tajuknya?
Hmm.. kalu aku, aku pun bertindak hampir sama ngan kau. Aku ni mmg baran... nth camne nth bole jadik cekgu..
P/S-
Walaupun aku baran, aku tak pnah jentik students...
kahkah..kena..kena..
aku selalu pecut je kat situ..
kadang2 biul gak lampu kat situ..takde org picit pn dia nyala merah..
tp baik kau berenti la..mana tau ada puaka nk memintas..
cuaca Mesia xmenentu..sket lagi salji...jgn tekejut...
"Aku mencongak dalam hati"
main congak solo ke berduet?
pandai betol bebudak tu praktik kan peranan otak kiri diorang..jangan ape2 kan budak tu.tu tanda2 awal budak tu akan jadi cerdik..
Hoh...
Selamat budak tue...
Kalo merah lagi lampu tue,
confirm aok hempuk budak tue sampai jalan ikut sekali merah darah...
Haha...
Biase la budak2...
hahaha..aku teringat masa matriks kat ipoh dulu..kuar bandar ipoh ngan membe.. time jenjln tu ade 1 traffic light dpn balai polis ipoh tu..bole membe aku sambil lalu tu dia pi tekan button tu.. aku lari jauh2 sbb tgk dh banyak keta kena berhenti tp xde sape yg nk melintas pun...huhuhu... sib baik encik polis x nampak..tp sesia je dpt makian free...hihihi
lengkali spare tin2 air ke..botol2 kaca dlm keta, then ko lempar je kat budak2 tu..ckp 'opss tak sengaja, ingatkan tong sampah tadi'..make sure tepat target tu...baru solid!
-hitler che sue-
alah, budak-budak min!!!biarkanlah mereka bahagia....
bawak bekal batu banyak banyak dalam keta.nampak je aksi lucah mcmtu kau baling je.aku dah mula terasa nak buat macamtu sebab makin banyak keta kat jalan dan makin banyak gak perangai tak reti bagi signal nak ke kiri kanan.bikin hangin je satu badan!
nih pehal cite pasal bdk2 nih...langsung tak dewasa...ko cite sket camne nak cipta minyak dr air longkang...mcm interested jek bunyiknya...ko tlg forward kat petronas...ha ha ha
tak baik ko hempok bebudak tue...aku rasakan baik ko hempok mak bapak diorang...lagi bagus...aku dulu naik lif kat kl ngan rodong2...sampai tingkat umah member sewa...aku tekan semua butang sampai yang paling atas tingkat 15...aku dah keluar...pintu dah nak tertutup...tetiba ada bini orang ngan anak dia daam usia 3-4 tahun mintak aku tahan pintu dari tertutup...aku pun tahan laa...bini orang tue pun masuk laa...tetiba sayup2 aku kedengaran carutan tahap dewa disemburkan kepada aku...sebab bini orang tue terpaksa tawaf sampai tingkat atas sekali...baru bleh turun bawah...ha ha ha ko tak nak hempok aku ke???
budok2 padan jerkah je brader..
tapi dan kat gua memang gua luku juga sedas sorang.
budak2 skang ni suker mengalan kata orang jawa...suker main2 kan orang tua...kalau korang jumper budak2 cam nie..kasi chance 2/3 kali..tegur die baik2...kalau tak dgr jgk penampar jer sekali bg die takut kat ko...
woit pulau tawar ni bukan ke tempat sejarah *bahaman mat kilau n the geng*?
Ha ha ha!
aku rase ko dah lenyek budak2 tu. tp ko wat entri ni sbg bukti sapot ko kat mahkamah nnt...
haha...
ni masuk kategori kena baling botol baru paham.
klu gua mmg hangin dah ni.
member aku penah buat mcm ni. masa tu kitorg naik moto. member aku slow je pegi kat tiang tu, tekan butang trafic light.
pastu kena perambat dgn cina yg ada kat tepi jalan. haha
hahaha..dengan budak2 pun nak berlawan. mereka tengah melalui zaman ingin ilmu pengetahuan melampau tu. maksud aku, mereka nak tahu ada org marah ke tidak.
mesti comel kan mereka kesukaan tu
member aku sorg ni pun dok ipoh gak.
agak criminal gak cara die drive.
ini masuk lagi dalam topik x? HAHA
nx time sedia lastik dlm keta. kalau nampak diorang buat onar lagi, ko lastik je kepala diorang. ekekkek..
biarlah budak-budak..nanti diaorang jugak yg nak memimpin negara ni..hehehe..
oyett,
oooooo, kau pu sama ye. seronok tak buat macam tu? aku nak cuba la! hahaha
yoshz,
la, kau satu geng dengan oyett ke?
Rozlan,
Hahaha ko sanggup tanggung risiko tak boleh jual?
Aku baru nak buat2 rangka tu. haih, mencabar betul!
Artsoul,
Hahaha memang aku tak boleh buat apa pun!
Alif,
Ah, ko memang jahat. Dah tobat belum? Hahaha
Ojie,
Eleh, kalau ko tah2 dah karate leher budak tu. haha
Novel masih dalam angan2 haha
Miezi,
Woi, sekarang pun main lagi?
Farahsr,
Elehhhh, hahaha
Biskutrajin,
Haih, jang cabar! Hahaha
Tasikmerah,
Tak ada getah masa tu. kalau baling dengan stereng? Haha
Qaseh,
Tak nak la. Nanti naik court mamot.
Novel perang2. Nak beli? Hahaha
Don balon,
Keh takut budok2 tu sedara dzul! Haha
Yanhashim,
Malas la tegur secara behemah. Diorang bukan faham. Kena ajar pakai fikikal juga kadang2! Haha
Novel? Kalau jadi memang la boleh ko baca. tapi tak jadi lagi. Haha
Kikure,
Haih, kalau ko baran, jadi la guru disiplin. Berkawad bawa belantan! Hahaha
Dzul,
Kalau takde orang takpe. Ni ada budak dua ekor! Anak sedara ayir kot! Hahaha
Atune,
Kalau ada salji, ugi la orang jual ais tube haha
Zairi,
Haah, ye la tu. dah besar boleh jadi polis trafik tu.
Wan,
Kalau dekat aku ludah dah tu! haha
Umie,
Haih, ipoh lagi. Kalau aku ada, ko dulu aku baling batu! Hahaha
Che sue,
Ko ni kan, memang Hitler! Baik bom je. Haha
Padel,
Eceh, sedapnya dia bercakap! Hahaha
Sukabebel,
Kereta aku chainsaw ada la. Tukul pun ada. nak baling rugi pulak! Hahaha
Manhelang,
Muahahaha woi, kalau betul jadi. Memang aku ajak ko share dengan aku la minyak tu. jadi saudagar minyak longkang!
Akumasihdisin,
Bukan setakat hempok, aku pelangkung sekali! Hahaha
Poyotitos,
Hahaha lu bukan setakat luku la gua rasa. Siap smackdown kot!
Chukiesd,
Bagi backhand boleh juga. Tapi aku takut gak. Kalau mak bapak diorang terer silat macamana?
Farid,
Haaa, betol la tu. ada kuburnya. Selalu pelancong letak coin. Haih.
blackpurple@jowopinter,
hahaha selamat datang ke blog aku. Kabare?
Sultan,
Ko jadi peguam or saksi aku boleh? Haha
Darabdua,
Hahaha lu memang selalu angina!
Radius.F,
Ni lagi sorang! Hahaha
Life,
Ala kak, comel menda orang penat panas2 tu. nampak macam setan je. Hahaha
Fiziy,
Hahaha lantak la ko nak komen apa pun. Aku bukan marah.
Ckin,
Hah, pak cik musa baru beli lastik. Nak beli gak la! Haha
Mrblind,
Hahaha gila kalau jadi YB, dah tua2 main lampu trafik!
Post a Comment