Dulu-dulu bila nak sambut raya budak-budak Felda aku kalau tak Jerantut, Temerloh la kami jejak. Kalau kutu sebelah Felda Don Balon dan Dzul selalunya Jerantut kot. Kalau sebelah Poyotitos Temerloh kot. Mana-mana pun boleh. Kalau nak megah sikit pergi Mentakab. Tapi kadang-kadang jejak Tong Kiat saja pun dah manis (HA. HA).
Sebelum ada motorsikal kami layan bas. Bas Sri Jengka namanya. Tak tau la pulak bas ni keturunan Bas Sri Jaya yang dah tak ada tu ke bukan. Sekampung pekena bas. Kadang-kadang sampai dekat 15 orang pergi. Macam nak pergi menjajah negara orang pula. Tapi masa tu memanglah. Kami budak lagi. Persatuan kena la mantap. Takut kena pow.
Tapi bila dah ada motor kami tak layan dah bas. Pak Cik bas kalau selisih pun kami buat-buat jalan mengiring pandang ke lain saja. Ye la, siapa suruh marah-marah kami yang suka tekan loceng banyak kali ni. Suka la nak tekan berapa kali kan. Ada sekali tu Pak Cik bas jerit garang, woi ingat aku ni pekak ke? Pada hal kami tak ingat dia pekak pun. Cuma kami suka dengar bunyi loceng bas tu saja. Rasa mendamaikan jiwa pula.
Ada sekali raya tahun 1995 rasanya. Tak ingat sangat dah. Aku satu baju seluar pun tak siap siaga lagi. Esok lusa dah nak Raya. Kasut pun tak ada. Aku tak berduit betul masa tu. Tolong arwah ayah menoreh getah saja. Kerja aku sebagai kutu petang dan malam memang tak menjanjikan apa-apa hasil pun selain umpat keji masyarakat.
Suatu pagi. Telefon berdering. Aku jawab. Rupanya Syed Norazlan. Dia ajak aku teman cari pakaian baru ke Jerantut. Dia pun kutu juga masa tu. Dengan perasaan tak berapa riang aku sanggupkan juga. Bukan apa. Poket aku demam. Tak kan nak pergi saja-saja kan. Kena la sambar sehelai dua. Aku kira bajet. Rasanya dapat la baju dan seluar GA Blue sepasang. Hui, masa tu kalau pakai GA Blue kira dah handal dah beb.
Dan memanglah betul. Aku beli seluar GA Blue saja. Cukup la. Aku sengkek. Syed pun sama. Tapi kami tak berapa nak puas hati juga la dengan prestasi Jerantut masa tu. Syed bagi cadangan ajak ke Temerloh pula untuk cari baju. Sebab hari masih belum tengahari aku ikutkan saja. Ye la, puasa kan. Nanti terjelir lidah sampai ke pusat tak kan nak masuk KFC. Lagi pun tak kan aku nak balik sendirian naik bas bawa helmet pula.
Dengan menggunakan motorsikal Yamaha SS ayah Syed, kami menuju ke Temerloh pula semata-mata demi sehelai baju. Masa tu Yamaha SS ‘Awas’ memang tengah top. Rasa macam KRU pun ada. Syed pula baru dapat lesen memandu. Kira ok la. Cuaca pula suam-suam suhu perut ayam mengeram saja. Syed pula pandu sedang-sedang sedap. Aku di belakang berangan macam-macam la sementara nak sampai tu. Ye la, gila apa nak berborak atas motor. Nak lawan suara dengan ekzos bukan daya sangat aku.
Sampai satu kampung selepas Jenderak, di hadapan ada satu awek yang layak di panggil akak la. Solo saja berdiri diam-diam. Boleh tahan. Tiba-tiba akak tu lambai-lambaikan tangan. Syed pula memperlahankan pemanduannya. Aku terasa pelik juga. Apahal laju-laju tiba-tiba perlahan? Akak tu awek Syed ke? Atau saudara Syed? Rasa aku kampung Syed dah lepas dekat Temin tadi. Syed, kau jangan macam-macam.
Akhirnya dengan perlahan kami sampi betul-betul depan awek tu. Tapi tak berhenti. Akak tu pun dah tak melambai-lambaikan tangan lagi. Dia Cuma memandang kami kebingungan. “Maaf la kak. Dah tak muat la. Tapi kalau akak nak tumpang sangat duduk atas mudguard boleh la.” Begitu Syed bersuara dengan nada biasa saja sambil meneruskan perjalanan dan menambah kelajuan kembali.
Aku pula toleh tengok belakang pandang akak tu. Mak aih, sikit punya panjang lidah dia jelir ke arah kami. Dan di belakang tu juga menuju ke arah akak tu ialah sebuah teksi. Akak tu bukan tahan kami. Dia tahan teksi. Sampai hati Syed buat lawak macam tu di bulan-bulan puasa. Dah la lapar dahaga. Bertambah la lapar dahaga jadinya. Dah Syed buat lawak. Aku spontan la gelak.
Hari tu balik dari Temerloh aku melepek di rumah tunggu berbuka. Dari Jengka ke Jerantut 60km. Dari Jerantut ke Temerloh makan 60km juga. Untuk balik ke Jengka semula pusing ikut kampung Poyotitos tambah lagi 60km. Mengembara seharian semata-mata nak beli sehelai baju dan seluar. Berbaloi kan?

42 comments:
pergh ... GA Blue. memang bangga kalau pakai masa tu!
woi..jelir lindah panjang.
bulan puasa ada hantu ker?
ke tu cicak woman?
bang min, kwn2 ko yg muncul dlm entri ko nih kan memang spesies manusia pelik ke hape?
ko lupa nk cite satu benda. pasal kasut bata zip zap yg ko beli tu. hihi...
heheh..sempat gak aku naik bas Sri Jengka tu time aku study kat UiTM..g Pasaraya Sapak ke ape benda nama kat bandar pusat jengka tu..heh..siksa idup bro time tu..x de hiburan..
Min,
Budok tempat koi ke bandor pusat jugek..
lajak ke Temerloh jugek..
Jerantut jarang amat..
kalu beloh D-zul ye..deme dekat sket dgn jerantut...
maner doknyer..Gelangi 2 nok g gelangi 1 10km lebih..
Koi maser muder2 dulu belagok.. mana layan GA blue..
nok Lois je manjang..
le ni ambik.. semua levi's Golok..
dulu koi siap bisnes lagi jean ni...doh mok mentua duk golok..
ahh..semua itu tinggal kenangan..
Golok le ni sama dengan bom..
ok la tu beb GA Blue
iklan pun gempak.
stylo!!
sepanjang idup aku pun
aku ada selai levis jek.
نافي ميمغ نوستبجيا لا ناءيك موتو جاؤه2 ني سناكت سراتوس كيلوميتير تو توتوف مات ج جنجي لاين موتو
kg aku sampai skang pun ramai yg ke jerantut..
g.a blue mmg turun temurun. dulu abg aku kuat rekomen nih..tp skang aku dh bertahun tak pakai jeans. sbb rasa tak selesa..
"Cuaca pula suam-suam suhu perut ayam mengeram saja."
Camne ek rasenya cuaca camni?
Aku suka la entry ni... teringat aku mase bebudak dulu. Kalu dapat gi pekan.. pergh! Aku pun duk kat felda gak dulu. Felda Ulu Tebrau...
GA blue..
mesti raya tu ko kacak kan..
HA HA
ha ha ha...dasar perasan....aku ingat dia saja ckp camtu...nak kaber malu...ha ha ha
nasib baik kakak tu tak pukul kamu berdua guna beg tgn dia kan.
kalau tak, tentu meriah raya kakak tu.
yeah!
dulu jeans aku sume ga blue je...
setel...
fuyoooo.... itu masa tua2 dulu yer...
seluar GA Blue lak tu.. hensem tak ko masa tu
Lain kali, ko turun je dr moto tu bg akak tu yg tumpang syed tu... Dia nak sgt amik penumpang kan.. lg pun nnt ko akan dikenali sbg lelaki gentleman sbb sanggup tukar seat ngan akak tu...muahahahahaha
Kalau company G.A blue terbaca story nih, sure ko dapat jeans free sempena raya ni. Silap2 leh jadi duta produk untuk ari raya nih.
:)
ngokngek sungguh syed tu haih~
ayam sedang mengeram mmg badan dia suam2 kuku... weh! min... ape kerja yang ko meraba ayam tu hah?
:p~~
haha...
hilang lapar aku bace entri ko...
paling tak tahan bab tahan menahan motor la...
Min, sekarang kalo ko shopping kat mane? TF Value Mart? B5? Aktif? atau Mohd Sapak?
hahaha..kwn anda tuh mmg sgt comell sbb wat cmtuh kt akak tuh..
haha..hampeh punyer syed..kim salam raya kat dia..
haihhhh..agak orang pahang semua mcm gini eh pe'el nya...maklum lah negeri tu besar sangat kan. round the world lah jawabnya
nasib minyak murah lg time tu min...
GA Blue not bad la..
hahah
gua pun heran juga ni.
yang aok raba ayam tengah mengeram tu ngape wei??
ini nanti gua balik nak pegi ekspo bndor pusat je lah.
makwe uitm pun ramei situ.
Bro denanz,
Haha tak sangka sekarang GA Blue listed kat KLSE.
Yoshz,
Tu la. Orang jelir sikit-sikit dah la kan.
Ojie,
Bukan pelik. We are young and dangerous masa tu. haha
Sultan,
Aku raya tak pernah beli kasut. Selipar je. Sekarang pakai safety boot je. Kasut mesyuarat tu ada la. Kasut tu la bawak raya pun. Hahaha
Qaseh,
Hahaha betul la tu. mana ada tempat hiburan Bandar pusat Jengka tu. sekarang dah lain Bandar jengka ni. Tapi pusat hiburan tetap tak ada. Tapi aku tak kisah. Sekarang kalau lapang aku tetap ke perpustakaan awam tu.
Don balon,
Haha keh duduk kelantan dulu layan juga levis golok. BE lagi. Tapi macam real juga apa. Siap bisnes jersi lagi. Hahaha
Rajuna,
Levis Ori ke? OK la. Aku tak pernah ada seluar yang lebih RM100. itu kenyataan hidup aku. Tapi aku tak pernah ambil port pun. Aku tetap rugged juga. Haha
Don balon lagi,
Hahaha memang la. Dulu kalau balik Poly KB masa pergi kami ikut gua Musang, balik ikut Kuala Terengganu. Saja nak pusing. Bapok letih tapi seronok gila! Haha
Dzul,
Aku tetap suka jean. Tapi sekarang corduroy pun ok juga yang straight cut.
Kikure-sen,
Dia tak panas sangat. Tak sejuk. Kira tak berpeluh la. Haha
Duduk felda memang meriah sebab ramai. Kawasan working class macam2 ragam. Sampai sekarang macam2 hal la. Hahaha
Kusutkusut,
Aku tak raya pun kacak apa! Hahaha
(perasan sangat ke statement aku ni? hahaha)
Manhelang,
Aku tanya dah. Dia cakap dia nampak dah teksi belakang tu. sebab tu dia saja buat lawak tu. tapi kelakar juga masa tu. terkejut pun ada sebab kawan aku tu pendiam sikit tapi tiba-tiba melawak hahaha
Aku yanhashim,
Kalau dia pukul kami berhenti je. Lepas tu nangis guling2. baru dia tau takut!
Hajime,
Kira top juga la GA Blue ni. Lagi pun kalau kena curi tak sedih sangat haha
Kuinajentayuria,
Sila rujuk reply untuk komen Cik Kusutkusut hahaha
Umie,
Ah, tak nak la aku. Tapi kalau berhimpit, dia duduk tengah2 tak apa! Muahahaha
Rozlan Mohamed Noor,
Hahaha ye la lan. Macam promosi pula. tapi ini sebagai kempen jimat cermat juga. GA Blue masa tu murah lagi. Tapi kualiti OK je. Anak orang kaya boleh la beli Levi’s, Lee, Lois apa semua masa tu.
Tasikmerah,
Hahaha dulu memang aku ada bela ayam kampung. Jadi tau la camana suhu ayam. Aku ingat nak bela semula la. Sebab aku dah lama tak makan ayam. Ayam kat pasar tu aku tak sanggup telan. Geli. Ada enzim babi.
Redzwan,
Haha tak tau la wam. Aku ingat beli baju melayu sehelai kat kedai kasim dah la. Tak dan nak bersiap beria. Baju lama pun elok lagi. Lagi pun raya ke-3 aku dah kena kerja.
Stu_comot,
Haih, macam tu pu comel? Hahaha
Che sue,
Hahaha insyaallah. Kau tolong kirim salam kat presiden Algeria ek? Haha
Life,
Hahaha dulu mana kerja. Banyak masa perlu diisi dengan aktiviti yang sihat la kak!
Apek terror,
Murah pun nak buat apa. Kami bukan ada kerja. Gaji pun tak ada la!
Hafiz Mowk
GA Blue masa tu tak ada iklan pun. Tapi kutu suka sebab cutting dia bes kan. Haha
Poyotitos,
Masa tu rumoh keh banyok ayam. Deme tu mengeram ikut suka hati je. Kejap sangkor tu, kejap sangkor ni. Jadi ke alih-alih la balik ke sangkar asal. Nanti deme tu tak kenal adik beradik, dah besor jadi sumbang mahram pulok. Tu keh selalu pegang ayam. Hahaha
Woi, xpo tu tinggal berapa hari je lagi. Budak uitm pun dah nak balik kampong dah ni. Haha
salam
kalo suar GA Blue... baju plak brand ape aik???
*** sian akak tuh....
manje,
baju aku beli LEE masa tu.
aku ko tak cian? hihi
GA Blue???...gone rase yek pakai suar tue...koi tak penah hayat lagi makai suar tue...koi memang dari dulu lagi...memang Levi's laa...bior harge nye beratus...tapi koi suka kena libas dek penjual...padahal Levis' siam jek...
mmg berbaloi!!!nak raya berbaju baru tu beb....
akumasihdisini,
memang semua golok punya levis. kena tipu je aok. haha
padelkopak,
masa tu layan perasaan je hahaha
بال اؤك بافوك لا جاؤهث فوسيغ ايكوت تغانو كوي 3 كالي لالو 3 كالي دمام تاء مبوه دوه كوي هاها
Cam syok la kenangan raya korang ni.
woi don balon
p check queue tu
banyak keroje wei
woi don balon
p check queue tu
banyak keroje wei
الامك تافير جاغت لا فجه رهسيا ووي
hahahaha... nak shopping apa kat Tong Kiat?
ekzos motor?
Min, aku nak g beraya rumah ko bleh tak? Haha...
Nak pakai G.A Blue...
gua raya 1996 pakai jeans kondroi merah g.a blue.peh,macam amy search.
Don balon,
Woi, tapir cari kau hahaha
Tapir,
Kau kawan don balon ka?
Radiu.F,
Hahaha main snooker!
Redwan,
Hahaha pakai la apa pun. Datang la.
Amar,
Kalau lu pakai baju polkadot lagi bergaya amy search. Pastu pakai kasut aliph search!
tapir tu rakan sekerja koi di DHL ni..
pemerhati pasif blogs sejak dulu..hehe
bro rahimin..
kenangan dulu-dulu.. ala.. cepatlah raya.. koi nak balik kampung.. waaa..cuti tak lulus ke? waaa..
Post a Comment