Wednesday, September 24, 2008

7th Son Of The 7th Son

Ini kali aku kena tag lagi dengan tiga orang sekaligus. Poyotitos, Kusutkusut dan Kikiey. Mujur hantar tag. Kalau hantar bom tiga das sekaligus memang lebih halus dari tepung dah la gamaknya jasad aku. Roh pulak harapnya dikalangan orang beriman la kan.

Haih, tag Dmasiry tak buat lagi. Award Zakiah tak ambil lagi ni. Nanti aku buat satu-satu yea? Bukan tak sporting. Aku sibuk sikit sekarang. Tapi aku mesti buat punya.
OK. Kali ni aku jawab tag budak bertiga tu dulu. Tujuh (7) fakta cemerlang tentang aku:

1) Pernah tertukar beg dengan abang masa sekolah. Beg sama warna hijau. Abang datang tukar ke kelas aku semula sebab dia nak pakai baju PJ. Semua kawan-kawan gelak. Untuk elak insiden berulang aku conteng pada beg aku perkataan ‘Toriton’.

2) Tak suka tempat ramai sangat orang. Sebab tu aku tak pernah pergi Disko, Dangdut atau MAHA. Tapi dulu-dulu pernah juga pergi gig kecil-kecilan bila ada ekspo di Bandar Jengka. Duduk tepi-tepi stage sebab nak curi skill gitar. Dulu tak ada You Tube. Zaman Silent Death, Brain Dead, Nebiras entah hapa ke jadah lagi. Kawan aku tarik ajak headbanging. Tak sampai satu lagu aku lari pergi beli air. Bukan nak minum. Curah kat kepala. Pening.

3) Tak pandai bersukan. Merentas desa boleh la. Masa tingkatan tiga aku sekelas dengan budak-budak nakal dan bengap. Dalam kelas mana boleh belajar. Petang-petang budak lain main bola aku menelaah pelajaran bawah rumah. Cikgu pelik SRP aku bagus. Aku masuk kelas baik dan cerdik pula bila Tingkatan 4.

4) Aku boleh nyanyi dan petik gitar lagu ‘Polly’ Nirvana dengan baik. Sebab tu aku bersemangat nak buat diploma di Polytechnic Kota Bharu. Haha sebenarnya aku masuk Poly sebab kena paksa dengan abang. Untuk buat Sarjana Muda Kejuruteraan Awam aku dah tak sanggup. Aku lebih rela ke Harvard belajar menjahit labuci.

5) Aku agak susah untuk marah. Kalau marah aku diam saja. Tapi kalau dah tak tahan dan marah yang teramat sangat aku balik rumah sebab nak makan nasi sambil mencangkung atas kerusi. Kadang-kadang atas lantai tepi pintu pun boleh juga.

6) Aku minat suara dan lagu-lagu Ahmad Jais. Beliau sangat unik. Kalau pelakon sudah tentu Mat Sentul. Filem-filem beliau Advant Garde dari segi teknikal dan penyampaiannya. Iklan Ding Dang, dan Tora tu pernah mempengaruhi hidup aku.

7) Aku tak reti berenang tapi pernah kejar dompet hanyut di Sungai Tembeling. Macam pendekar aku kejar. Aku bungkus dalam plastic dan taruk dalam poket. Tak pasal-pasal keluar sebab udara banyak dalam plastic tu. Dah la air laju dan berjeram. Mujur air sungai tembeling paras lutut saja. Dalam tu ada RM400. Pergh, RM400 punya pasal. Kalau terjerlus dalam lubuk? Tak berblog aku!

Ok? Tapi aku tak tau pula nak tag blogger mana. Semua poyotitos dah tag secara berkelompok pembaca blog dia. Aku ingat nak tag Zakiyah, Rozie, Mint, Mas Mohd Yunus, Redzwan, Zuldeanz dan Farah Jacky. Kalau kalian baca blog aku sila jawab tag ni, sebab pembaca blog aku akan ke blog kalian pula. Jangan marah tau. Kira ni untuk mengeratkan silaturahim la. Sesama saudara Islam. Tapi padan muka kalian kena tag. Siapa suruh baca benda ngarut ni. Hahaha!

26 comments:

alif-mikail said...

laju dah taip ni.. (nah! sambil beri makan dequadin)

tag pun masih melawak lagi ..hehehe

akumasihdisini said...

tak pernah abis upernyer tag mengetag nie...apa rasa agaknyer tag nie...ada rasa daging rusa ke...aku tak pernah merasa ditag...tapi bagus gak...tak nyusohkan kepala otok koi nok mikir...

yoshz said...

Fuiyooo...iron maiden abg tomi kita..Haha. Album ni plg best kut. Ader lagu The Clairvoyant. I like..

woi encik metallica baru dah dengar ke belum?

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Aku pernah dapat Tat Nenas, org hantar dengan pos laju! Bukak2 hancur!

Ojie said...

kalo ko pergi harvard belajar jahit labuci, mesti ko dh jd famous designer skrg nih..silap2 bernard chandran pn kalah..

Dzulkarnain Mohamad said...

satu ko lupa..
ko pernah teka no aku akan naik dalam cabutan bertuah pertandingan memancing..dan ya..no. tu mmg naik pun..hahaha

woi akumasihdisini..jgn kata aok tak kena tag. koi dah tag aok tu..pegi tengok!! harharhar..

Kikuri-sen said...

To,to... toriton! Nostalgic nye. Teringat time budak2 dulu... hahahaha..

Polly wants some cracker... dulu aku ade kwn yg suka strum gitar lagu ni siang mlm... sampai kene sound ngan pak guard kat kolej! Hahaha...

sultan said...

aku penah msk class baik n cerdik time form 4. pening kpala. nsib baik pas 1 mggu aku tuko skolah...

tasikmerah said...

tak suka org ramai2 tu alasan tak nk bg duit raya la tu... bebudak dtg jer ko nyorok ye min... :p~~

aku_yanhashim said...

..harvard kot
hehe.. kelakar lah.
jap eh. bayangkan en. rahimin jahit labuci pada baju.
haha.. ayu sungguh.sesuai dengan rambut panjang anda. ;P

hajime said...

no 7 tu care...
aku pun terjun jugak kot...

♥~ir@~♥ said...

merentas desa tuh bukan aktiviti sukan ker¿

S.YanaZ said...

Lu keje ada pakai name-tag takkk, bro.???

Hafiz Mowk said...

laa...ngaji d poli kok lanas..
pade pumm

Qaseh.Darwisy said...

ada x benda lain yg bleh ganti ngan tag ni?cam x best jea nama tu..ape kata kasi dia nama mamat..

ZulDeanz said...

alamak nama aku kena tag..... nampaknya lepas raya ni aku ada keja laaa huhuhhhh...

S.YanaZ said...

Dasat gak selera lu, bro.
Boleh lu layannn Mat Sentul!


*Tora datanggg lagiii*
Uiksss.

Radius.F said...

Bila beli tora atau ding dang, aku suka makan biskut coklat dia. Mainan aku bg adik aku. Tapi iklan dia mcm tak berubah dr dulu smpi skrang

l.i.f.e said...

hah? toriton? whoaaa best tu
paus biru kan?

padelkopak said...

hahaha....kejar dompet hanyut di sg tembeling!!!tp bro lu bkn berenang tu...tu jln dlm sg namanya....

rahimin idris said...

Aliff,
Laaa, mana melawak. Serius apa. Kalau aku serius kang ko merajuk pulak. Haha

Akumasihdisini,
Woi, dzul dah tag aok la. Tu koi malas dah nak tag aok. Jawab la. Haha

Yoshz,
Betul album ni dah jadi klasik Iron Maiden yg terbaik bagi aku. Cover kaset putih dia pun cantik. Iron Maiden bukan citarasa terbaik aku tapi album ni memang masyuk betul la. Kalau Anthrax ‘Attack Of The Killer Bees’.

Metalika dah dengar kat You Tube. Metalika macam balik ke zaman ..and justice for all je. Ada sikit macam ride the lightning. Tapi aku tak dengar semua lagu lagi.

Rozlan Mohd Noor,
Woi, puasa tak habis lagi cerita pasal tat nenas dah. Faveret aku tu! hahaha

Ojie,
Hahaha tu sebagai tanda protes tu. lagi bagus dari hisap dadah.

Dzul,
Eh, betul la tu. satu sebab aku tak main judi dan nombor ekor aku memang tak ada ong. Orang lain ada ong benda2 gitu. Mungkin sebab aku budak baik kot! Kahkahkah.

Kikure-sen,
Toriton, dah datang. Suara obor2 poseidon dalama animasi marine boy! Hahaha

Lagu nirvana semua ‘3 chord’. Mudah nak main. Tak macam Metallica. Hahaha

Sultan,
Aku masuk kelas apa pun memang aku cerdik. Cikgu tak boleh cakap apa dah. Hahaha

Tasikmerah,
Hahaha tak betul la. Saya rasa rimas bila orang ramai sangat. Macam lebah nak sengat saya pulak. Duit raya saya tak bagi kecuali saudara mara. Hahaha.

Aku yanhashim,
Wei, ok apa. Kira aku ni multitalented apa. Hahaha

Hajime,
Wei, aku nak selamatkan ic tu je. Duit tu duit bos suruh entertain JKR! Hahaha

ira,
iye. Tu je aku retinya…

s.yanaz,
tak pakai bro.

hafiz mowk,
haah. Ok gak situ.

Qaseh,
Ada. mamat tag! Haha

Zuldeanz,
Haaa..amik lu! Haha

s.yanaz,
woi, dahsyat mat sentul tu!

radius.F,
iklan dia sempoi sangat.
tapi aku suka mainan je dulu. Haha

life,
hahaha yang tu la. Hero dia budak pakai boomerang!

Padel,
Hahaha memang berlari pun. Bila ada tebing yang ok aku lari ikut tebing. Mujur dapat!

Dzulkarnain Mohamad said...

erk,..entah-entah haram..heh,hari tu kau pun makan jugak biskut hamper tu..

tp hari-hari pun aku risau dgn apa yg aku mkn..aku pn selalu mengular. mcmane dgn wang dari gaji aku..huh

kikiEy said...

haah:]

bgs,kerna mnjwb dgn cemerlang:]

Zakiyah said...

aku sedang baca komen ini sambil makan tat nenas.sangat sedap. bukan siang hari okey..malam hari da... :D

rahimin idris said...

Dzul,
Tak tau la pulak statusnya aku. Tapi sedap juga hamper tu! haha

Kikiey,
Eh, kena la layan jugak walaupun tag! Hahaha

Zakiyah,
Lemang tak buat tahun ni? Hahaha

poyotito's said...

peh..mat sentul pun lu layan..
aok steady min..aok steady..