Kedai Brader Atan yang aku cerita dulu tu ada papan dam haji. Kutu yang lepak situ selalu main. Kalau tak ada senior boleh la budak-budak main. Respek la kan.
Kebetulan hari tu ada tiga orang budak sengal main. Aku tengok saja sebab mereka tu gangster. Tak berani la nak campur. Aku nak baca akhbar saja. Nak tengok intisari rancangan. Apa tajuk Drama Minggu Ini malam nanti.
Gangster sengal tu seorang nama Mat Nor, seorang lagi nama Mat Din. Mereka adik beradik kembar. Kembar seiras. Aku selalu keliru. Mujur Mat Din gigi sompek sikit. Seorang lagi nama Sapari. Tapi bukan adik beradik dengan yang berdua tadi.
Setelah Sapari tewas, Mat Nor pula masuk lawan Mat Din. Setelah beberapa pergerakan, Mat Din menyorong buah dam tudung orennya. Mat Nor pula makan satu. “OK, aku makan empat. Setapak lagi naik haji. Hahaha!” bekeletap keletup Mat Din makan empat pula sambil gelak ala-ala Farok Gagak Hitam. Ada hati nak naik haji pula tu.
“Woi, woi. Chup, chup. Aku tarik balik! Tak jadi la makan.” Tiba-tiba Mat Nor mengechup pula dan cuba tarik balik gerakannya dengan muka sangat selamba.
“Woi, kepala bapak ngko! Dah makan mana boleh tarik-tarik dah!” Mat Din dah bengang. Kembang-kembang lubang hidung macam nak merekah gara-gara marah.
“Woi, kepala bapak ngko! Ingat aku ni makan nasik ke. Tadi aku test je. Engko saja suap suruh aku makan tu. Taktik tu aku dah tau. Boleh la tarik. Kalau dua kali tu lain la!” Mat Nor berkeras tak mau mengalah. Buat muka macam setan gondol pula tu.
“Woi, bodoh! Bongok! Bapak kau orang berdua kan sama je. Mesti la kepala pun sama. Kepala mak, wan, aki kau orang pun sama juga tau tak! Main dam pun nak mainkan kepala bapak sendiri sekali!” tiba-tiba Sapari masuk campur demi mententeramkan keadaan yang mula hilang kawalan tu. Adik beradik kembar tu serta merta terdiam.
Macam tu pun nak jadi gangter ke? Bila ternampak kembar berdua tu aku selalu teringat dialog pelik mereka tu!

34 comments:
mmg salute la si sapari...
sume keturunan bebudak dua eko tu kena...
care2...
uiks ganazzz betul..hehe
bagus si sapari nie...ada bakat jadi setiausaha PBB...aku rasa laa kan klau si sapari nie jd SU PBB...insyallah aman dunia nie...
ala... sapari tu msk campur sbb dia nk main cepat. haha...
erk..
kasar nya bahasa..
aduh..
HAHAHAA!! Al capone, don corleone, apa semua masuk tabligh kalau camni. respek la sama gengster jerantut.
bukan senang nak carik pasangan kembar yg sengal di zaman mutakhir ini!!haha...
ah ... bulan2 pose ni, lepak sambil main dam aji, menunggu waktu bbuka, memang khayal.
Kawan aku tengah cari extra untuk drama dia di KL, boleh ko jumpakan dua budak sengal tuh untuk skreen test? Mcm kena jer plak gambaran watak dengan kehendak member aku!
hahah...disqualified la jd gangsterdorg 2..hahah
unqualified gangster mcm gitu kan.. hahahaaaa..
sapari leh rampas jawatan condolisa rice la tahun depan!
hahaha..macam cerita p ramlee daa..
apa tu?
labu labi? hahaha.
ha ha.. teringat pulak kt member aku bergaduh adik beradik masa kecik2 dulu..... isshh.. tak tergamak pulak nak cerita... lain hari la min... he he..
ini macam kalu.. bukan Al capone je yang taubat, Abu lahab pun terus sujud syukur je gua ingat ni..
Baek punye kata2 tajam menikam yg keluar dr mulut Sapari tu erk!...Kat mana dia skrg hah?..haku nak tuntut ilmu melaser dari dia la...
kakakakaka
ala don corleone pun salu gaduh apa dgn Sonny, pastu last2 siap bunuh adik dia Fredy.
kalo setakat panggil pala bapak takla gengster sgt
tp mmg budus la dowang dua nih hahahahahaha
Mmglaaa... aku pelik tol.. bebudak kat sekolah aku pun kalu ngutuk, mesti main bapak... ada sekali tu aku dengar "wak lu aaaa!"...
aik... Macam cerita yoshz jer...
Plagiat ker?
hahahah
herher..
bak kata pendekar Mastur.."Ini semua samseng taik minyak.."..peww!
Hajime,
Hahaha apa punya budak la kan!
Ojie,
Itu belum masuk bab fizikal lagi tu hahaha
Akumasihdisini,
Ceh, orang amerika mesti tak bagi punya!
Sultan,
Ah, tau2 je kau! Hahaha
Aku yanhashim,
Eh, nama pun gangster!
Yoshz,
Hahaha tu belum Pablo Escobar tengok lagi tu!
Padel,
Hahaha kat sekolah aku dulu ada lagi satu. Nama setan kembar lagi.
Bro denanz,
Kat KL ada ke orang main benda ni? Kat kampong banyak lagi.
Rozlan,
Eh, tak payah la. Watak mayat boleh la hahaha
Biskut rajin,
Hahaha kasar2 dah..kurang smart je!
Ct,
Haah, kalau ada senjata api dua2 mati cepat! Hahaha
Kusutkusut,
Tak leh. Nanti siapa nak bawa lori sawit?
Dzul,
Hahaha tapi ni real punya!
Tasikmerah,
Ala, taip dulu. Pas raya post ek? Hahaha
Poyotitos,
Peh, lu buat gua teringat kat Lahab kawan gua dulu la. Kena rendam sebab fly nak tgk gig MAY kat ekspo Bandar jengka. Tu la, siapa suruh duduk asrama! Hahaha
Umie,
Haih, takde faedah langsung! Tolong jangan teruskan niat tu!
Kuih,
Bukan budus. Akal belum cukup lagi! Hahaha
Kikure-sen,
Hahaha wak lu jarang guna dulu. Lagi pun jawa tak ramai sini.
Redzwan,
Kau baca betul2. aku tulis dulu. Yoshz buat intertekstual. Ni bukan plagiat namanya. Dia dapat ilham dari tulisan aku ni. Kiranya aku ni cam trend setter plak! Hahaha
Don balon,
Hahahaha tapi diorang memang ganas la bro!
wei...ko patut joint...kepal2 2 ketas jd cam bola...taruk dpan d org...ha ha ha...baru nostalgia p.ramleee
gua suspect ini kembar sindrom down nie... kan...kan...
hahaha...agaknya macam mana lah mak diorang kalau diorang gaduh kat rumah mcm gitu eh
al capone. best lagi sarip dol. haha
Man helang,
Hahaha tak nak aku. Diorang tu ganas la!
Apek,
Haih, OK je. Boleh jadi Komando yang sorang tu!
Life,
Hahaha bukan mak bapak diorang pun pening masa tu!
Facet,
Sarif dol tu samseng jiwang. Hai cik salmah! Hahaha
Ok...
Aku dah tau dah...
hahahah
Aku tak perasan tarikh daa...
ahahha.
ganster oh gangster:]
haih.kekecik dah mcm gangster..pengaruh tv sungguh!
haha.. kawan aku ada mcm ni. siap buat bergurau kepala bapak diorang 2 beradik
Redzwan,
Hah, betul kan? Haha
Kikie,
Tu la. Kecik2 dah gedebe! Haha
Che sue,
Tu belom ada DVD lagi tu!
Radius.F,
Hahaha budak2 memang singkat akal la kan.
salam
huhu macam2... gipun orang yang dah dekat nak kalah memang panas hati kot dibuat mcm tuh... naseb baik ada sapari... hehe
manje,
hahaha kena pulak budak-budak kan...
mana ada condolisa rice tu bawa lori sawit..
tergugat la nama RICE dia..
apa la ko encek rahimin.
Post a Comment