Monday, August 18, 2008

Hallo hai, siapa sana chakap???

Suatu hari aku telefon sebuah syarikat pembekal. Sebelum tu aku dah fax sesuatu. Untuk mempastikan dokumen yang difax sampai dengan jayanya itulah yang aku buat selalunya.
“Hallo, dah dapat fax dari saya? Quotation untuk tingkap.” Begitu aku bertanya.
“Ya, ya. Sudah. Tingkap bingkai aluminium 1200mmx2400mm kan? Semua ada..eh, apa bunyi tu?” tiba-tiba suara di hujung talian tu bertanya tanpa menghabiskan ayatnya.
“Bunyi apa?” aku jawab tanya tu dengan tanya juga.
“Itu sroh sreh sroh sreh tu bunyi apa?
“O, kabel telefon ni longgar kot. Nanti saya betulkan kejap ya. Ha, dah O.K? ”
“Ha, O.K dah. Clear. Itu tingkap bingkai aluminium 1200mmx2400mm semua ada tiga unit kan?” kerani syarikat pembekal tu meminta kepastian.
“Ya, ya. Betul la tu.” aku memberi kepastian.
“Ok. Terima kasih”. Perbualan tamat.
Sebenarnya aku tak betulkan kabel telefon pun. Talian telefon pun O.K saja.
Kalau kita garu-garu dagu dengan gagang telefon, orang di hujung talian tu boleh dengar ke? Perbuatan aku tu mengganggu pendengaran orang di sebelah sana ke?

27 comments:

Marjerin said...

kesian sungguh !!!

zubeid said...

kekeke.. kene pkai gilletes la.

S.YanaZ said...

Bro.,
lain kali garu pakai siku...


*Nasib, ingatkn citer seram tadi!*

man_helang said...

aku demam lah bro...bejangkit ngan anak aku...minggu nih takde mood nak update blog...bdn pun sengal2 jek...

ehhh...pehal aku cite kat ko nih...ko bkn bos aku...ahhh salah blog plak...

Ojie said...

weh sudah berapa bulan tade shave itu janggut? hahaha

yoshz said...

Mampus nak samak talipon tu. Buat nye ada kuman denggi kat dagu, tak ke naya satu ofis merah²??

Ape kata ko selotep paper clip byk2kat gagang talipon, senang sikit nak garu.

l.i.f.e said...

hahaha..kalau dagu macam hutan simpan negeri pahang tu, memang la!

hajime said...

yeeuuuwwwww.........

sultan said...

kat gagang telepon musti byk janggut gugur ko. haha...

denanz said...

bunyi yang dikeluarkan akibat perbuatan menggaru-garu dagu tu, bunyinya macam kerbau ragut rumput.
itulah gangguan bunyi yang kerani tu dengar.

Kikuri-hime said...

Pergh!... sampi cam tu skali. Bole bunyik, ek? Ko pakai nivealaa.. ia dapat melmbutkan janggut ko....

poyotito's said...

macam setan!!

*gua tau la lu selebriti, tapi apa cerita nak komen pun kena word berifikasyen ni????

gayour said...

sweet chin music!

Rajuna said...

apa barang ada janggut?
majesty blek metel ke ape ade janggut2 ni? suke kambeng eh?
ni kalau wartawan harian metro suke ni.

Qaseh.Darwisy said...

mcm mana janggut bleh mengeluarkan bunyi d ganggang talifon?adakah janggut anda diperbuat daripada serat kaca?

rahimin idris said...

marjerin,
kesian kat aku ke kat kerani tu?

zubeid,
haha takde masa hari-hari nak bergillets.

s.yanaz,
ko ni penakut ya robbi!

man helang,
bos ko pun blogger? address dia apa?

ojie,
hahaha tak macam pak samad pun!

yoshz,
apa samak2? ko ingat aku perdana menteri thailand ke? haha
telefon aku je yang guna. tak berjangkit la.

life,
ko tengok dagu marjerin tu. itu baru macam hutan simpan negeri pahang! (sori la mar! haha)

hajime,
haha

sultan,
mana ada. pandai2 je!

bro denanz,
hahaha

kikure-hime,
tak nak la. tak natural! hahaha

poyotitos,
hahaha
saja bagi lu susah! hahaha

bro gayour,
gua minat! haha

rajuna,
sunah tu bang juna. kalau buat kaler oren sunquick baru tak sunah! haha

qaseh,
ni soalan kuiz semester akhir ke ni?

Radius.F said...

hahaha..apsal aok tak citer kat kerani tu perkara sebenor? mungkin kerani tu pompuan yg suka lelaki berjanggut, boleh aok kawen dg dia

kuInaJentayutiara said...

ada lalat kot?

rahimin idris said...

radius.f,
hahaha kodik mek la idea aok ni haha

kuinajentayutiara,
mana ada!

Umie said...

Lain kali bgtau jer kejadian sebenar kat kerani tu...biar dia tau opis ko tu ade tepon multi-purpose...muahaha

Dzulkarnain Mohamad said...

radio buruk?..tv ada tak..tv..

NITA said...

dah lama sekodeng..tp, aku tak tahan entry nih!!lawak seh...but bro, lu mmg kepala sempoi! anyway, salam kenal..
aku buh link ko dlm blog aku lah yer....

Don Balon said...

Aku tau ilmu ni..orang Jengka 12 memang selalu gosok dagu pada gagang telefon sampai keluar minyak..
Itulah asal-usul minyak dagu..
**cerita seram la ni s.yanaz.. heeh

rahimin idris said...

dzul,
malas letak tv. ada.

nita,
patut aku rasa macam sedang diperhatikan. ko skodeng rupenya!

don balon,
aok jangan buat cerita tahyul bro. keh bakar dagu aok nanti! hahaha

akumasihdisini said...

garu ngan jambut upernye...aku ingatkan garu ngan bulu hidung...

ckin said...

lain kali ko wat bunyi lain plak ek..tak sedap ngat sroh,sreh,sroh,sreh tu..hehe..slalu wat org gelak...:)

rahimin idris said...

akumasihdisni,
hidung aku suci sangat! haha

ckin,
nanti aku buat bunyi pom pom pom ek? hahaha