Friday, August 15, 2008

Suatu Malam Di Kaki Bukit Berbatuan, Angin Mati dan Mimpi-mimpi Tak Pernah Punya Warna...

Aku baru siap mandi. Sebab panas. Kalau sejuk tak ingin la nak mandi malam-malam. Hidung pula kusyuk buat analisis lirik-lirik lagu XPDC. Dia kunun nak jadi macam JS Kevin atau Loloq. Kadang-kadang suka-suka berdiri baca sajak A. Samad Said sambil urut-urut dagu depan aku. Dia ingat sajak sangat la gaya dia tu. Lantak kau la Hidung.
Aku petik-petik gitar. Tak jadi lagu langsung. Bilik berbahang. Bilik kami sebelah belakang. Bahagian belakang rumah kaki bukit batu yang di potong. Lebih tinggi dari bumbung. Sepenampar angin pun tak melintas. Ajak Hidung lepak luar rumah cerita gossip liar. Kalau tunggu di bilik mahu jadi manusia separuh masak malam tu. Dia cakap nak mandi pula. Eloklah tu. Kalau dia mandi pun baru dua kali hari tu.
Aku pun turun la lepak depan rumah dengan tak berbajunya. Pakai seluar pendek ala-ala orang Hawaii pula tu. Duduk atas motor bawah porch. Tak jadi juga. Aku ambil dua ketul bata, bawa atas jalan. Betul-betul bawah bumbung alam. Bintang bertaburan. Tapi angin mati. Sehelai daun pun tak melambai.
Bosan pula rasa. Nak berborak dengan Shah dan Ajee di bilik depan tingkat atas, mereka tengah layan Seven Sea campur Sprite. Teruk la aku nak cari siaran. Cakap sikit saja, gelak bukan main banyak.. Aku pula penumpang saja. Shah baik pada kami walaupun suka mabuk-mabuk. Gaji dia jadi operator jengkaut merangkap formen RM80 sehari. Kami budak praktikal. Elaun RM150 sebulan. Palat punya kompeni. Kedekut macam gampang. Mana la nak cukup banyak tu. Kena buat kerja bukan main la. Macam kerja betul-betul. Fuck capitalist!
Maka Shah suruh bayar sewa rumah kalau ada duit cuma. Kadang-kadang dia bagi pula duit RM10 seorang untuk pekena snooker selepuk dua. Kami ni jujur dan amanah. Maka semua duit tu kami guna untuk snooker la. Kalau dia suruh beli gula-gula getah, kami beli gula-gula getah la.
Justeru aku hormat pada Shah dan lantak dia la nak buat apa pun. Tak kan nak banyak bunyi pula. Tapi memang aku tak dapat siaran la nak layan dengan orang ting tong ni. Bau dia saja pun dah pelik.
Aku terus layan blues sendirian. Mengenangkan bila la nak habis L.I (Latihan Industri) ni. Masuk semester seterusnya dan tamat. Cari kerja. Ringankan beban orang tua. Kumpul duit banyak-banyak. Beli Ferrari lima puluh biji. Rosak sikit buang saja dalam paya tukar yang lain. Beli rumah banglo di Taman Astakona yang entah mana lokasinya tu. Ngurat artis-artis Hollywood. Macam-macam la strategi yang meletus dalam minda aku masa tu. Tiba-tiba aik, rasa sejuk setompok di belakang?
“Eeeeyyyyaaaaeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee…Hah!!!”
Hidung gelak macam setan saja. Lompat-lompat sambil tekan-tekan perut pula tu. Suka sangat la tu. Tak puas hati betul kena macam tu. Celaka.
Tengah-tengah bagus layan blues dan cita-cita tiba-tiba belakang aku rasa semacam. Suasana hangat macam tu apahal tiba-tiba sejuk? Aku berdebar gila. Dah la tak ada seorang manusia pun kat situ masa tu. Tindakan refleks menyebabkan aku cepat-cepat melompat dan pusing ke belakang.
Rupa-rupanya Hidung suka-suka nenek jiran dia saja buat lawak biawak. Dia angkat kain, senyap-senyap duduk atas belakang aku. Dah la tak pakai spender. Senyap-senyap saja lepas mandi pedajal aku. Hidung, Hidung. Kalau bukan sahabat dah lama kena bakar!

24 comments:

ckin said...

ske2 die je pedajal ko cam tu ek..dah la nama die hidung..nape panggil die hidung?...hehehe

S.YanaZ said...

Ahh...cerita nih takleh masuk TV.


*F.u.c.k Capitalist 2!*

Ojie said...

ahhh..aku tutup mata ngn tangan sambil ngintai sket2 baca sampai abes..

Qaseh.Darwisy said...

Bro, nti kalo da ada banyak ferrari mintak la sbijik...serius nih...x kn nk bekira kot...sbijik jeh..bg yg rosak pon x pe...nti aku bawak kat workshop ah chong repair...tapi ah chong tu repair motor...ble ke dia repair ferrari tu...x pe, aku cuba..eh? eh?

bro, word verification kat bawah ni ble buang x.aku kadang smp 3 kali kena masukkan..buta huruh weh..

akumasihdisini said...

ceh...apa punya member laa awok punya rodong nie...langsung tak de tamadun mesapotamia...klau koi...dah lama arwah si Hidung tue...tak pun koma sampai sekarang...

sultan said...

hidung ada baso berak x. muahahaha...

yoshz said...

lepas tu kau lalu tak makan nasik?
lain kali, ko stone cold stunner je hidung tu!

denanz said...

wooo. geli wooo. adeh. hihihi.

man_helang said...

pangai cam syialll jek si hidung tu...ko tomoikan aje dia...

zubeid said...

buat pe pelik sgt name kwn2 ko min..
nickname ko ape plak??

Redzwan Abdullah said...

Fuck capitalist? Komunis camne?
Fuck jugak ke? Baek ikot sistem Islam...Lagi bagus... betol tak Rahimin? Haha...

Lucah plak post ko yerk...

Dzulkarnain Mohamad said...

hahaha..aku dah dengar la kau dah cerita masa dolu-dolu..
shah dah jadi budak baik lepas kawin..dapat bini baik beb.

oii ko tanak cerita ke kes nak masuk rumah apesal pintu terbukak sendiri tu. tak silap aku masa ko duduk dgn budak2 ni la jugak..kelakar giler yang tu..hahaha..

rahimin idris said...

ckin,
aku pedajal dia selalu juga..aku pun pelik juga nama dia dulu, rupanya sebab hidung dia kembang sangat! hihi

s.yanaz,
masa tu kami takde tv..kadang2 je tumpang tengok cerita vcd mat lampir kat rumah jiran.

ojie,
tutup hidung skali ek. haha

qaseh,
ferrari? kau pergi kutip kat paya nu. haha!

akumasihdisini,
hahaha kami dulu bergurau memang teruk2 sikit. kalau tak akrab memang gaduh la. orang luar dari geng2 kami pun pelik tengok.

sultan,
tak. dia tayamun je hari tu. haha!

yoshz,
kalau dia duduk atas nasi yang aku nak makan tak lalu la aku. haha!

denanz,
hahaha!

manhelang,
hahaha tak payah. memang dia pelawak. terpaksa terima. haha.

zubeid,
pelik? tak pelik la. yang nama 'gundik' pun ada. haha. aku? johnny dep! hahaha

dzulkarnain,
hahahaha rumah tu la! nanti aku tulis cerita2 ajaib kat rumah sarang budak2 terkutuk tu! hahaha

Kikuri-hime said...

EEEEEKKKKK! Selekeh siyot!!! Ape punye Hidunglaaaa! Ko apekan aje si hidung ni? Kalu aku, bukan sekadar bakar, aku bakar sampai garinggg!!!!!

zubeid said...

wahh..johny depp!!
aku minat tu..
penuh perasan btul ko nih... wahahaha

Radius.F said...

best gile gurauan aok mer..

rahimin idris said...

kikure-hime,
hahaha aku suruh dia isi penuh minyak motor aku!

zubeid,
hahahaha

radius.f,
hahaha rodong2 terbaik memang tak kesoh!

l.i.f.e said...

gurauan SG atau 18SX ni :-?

poyotito's said...

peh..Hidung tu tak dapat bakar, dapat 'Pedigree' atas jalan tar pun puas hati gua rasa.

Che Sue said...

apo punyer nama manja Hidung tu? tak malaysia hadhari langsung..

Rajuna said...

macam siak tak senonoh..!
ha ha ha


kapitalis memang gitu
tapi kadang2 kalau tak ada dia
herot juga kehidupan
apapun, kita kena tau mana keperluan dan mana kehendak.

Danielle_Corleone said...

hehhee! gua terus merasa kegelian pada hujung talian perut!

Aku Yang Weird said...

Cerita ni memang mahal, tiada siapa pun mampu menandingi blogger yang sorang ni =) mahu nya tidak, Ferrari sampai 50 biji..pakai buang pulak tu! hahaha

rahimin idris said...

life,
18MG..MG tu macam gampang!

poyotitos,
gua kenangkan dia tak ada insurans je!

che sue,
ciri2 orang malaysia la tu. kalau bubuh bush tu semak pula maknanya.

rajuna,
hahaha senonoh lagi tu. kalau dia buat kat ayah dia baru anak derhaka.
kapitalis kadang-kadang baik juga bila dah insaf.

daniele,
hahaha aku lagi geli masa tu.

akuyangweird,
laaa, ferrari murah masa tu! hehe