Tuesday, August 19, 2008

Malam...dengar la sepantun lagu..du bi du bi du du bi du...

Rumah Shah tempat aku berbangsat tu kalau buka pintu depan dan dapur terus nampak tebing belakang dia punya panjang. Dia punya buka pula kalau katak melompat aku ingat 15 kali dah sampai dah dari dinding ke dinding. Rumas kos rendah. Tapi untuk orang bujang boleh la. Sebelum aku dan Hidung masuk Shah tinggal seorang. Kawasan tu memang privasi. Nombor tiga dari hujung jalan mati.

Di sebelah kanan ada la seorang anak dara yang tinggal. Kerja eksekutif apa entah. Kami tak pernah ambil tahu sebab dia ada tiga hari sahaja seminggu. Itu pun keluar pagi balik malam. Sebelah kiri Ustaz sekolah rendah. Hari-hari ada di rumah.

Hari pertama jumpa, Ustaz tu cuba jual TXR Panther dia pada aku. Aku tak ingin. Mana ada duit. Beria dia promote. Nak ubah topik aku buat-buat tanya arah kiblat sebab baru pindah situ. Dia pun beria tunjuk dengan penuh aksi. Muka Hidung macam orang tahan nafas bila terserempak bangkai saja dengar aku tanya pasal kiblat. Kembang-kembang hidung tahan gelak. Bila masuk rumah dia sepak-sepak aku sambil gelak.

Tapi memang bosan tinggal situ. Mujur ada motor kapchai aku. Boleh juga merayap. Shah pula tak habis-habis race haram dengan TZM dia. Nak diam di rumah memang tak jadi. Jangan kata sudu walau sebilah, set TV dan home theater pun tak ada. Tikar mengkuang jangan harap la. Tingkat bawah pula buat garaj parking motor aku dan Shah saja. Lepas tu boleh pula buat ampaian dalam rumah. Aneh betul hidup kami masa tu.

Suatu malam kami balik merayap sekitar jam sepuluh malam. Awal lagi kalau ikutkan. Maka mata kami tak mengantuk. Hidung pun ajak aku jem selepuk dua. Gitar tong pun ada dua. Bagus juga aku fikir. Hidung ajak layan lagu Amuk ‘Kelapa Bali’. Tak ada citarasa betul. Ada ke lagu suara orang berak sembelit ajak aku layan. Layan “Beautiful Tonight’ dah la Hidung malam-malam ni. Pergh, asyik juga Eric Clapton.

Melarat la dari satu lagu ke satu lagu. Lagu-lagu yang tau main semua kami layan. Sampai ke lagu gula-gula ‘Nano Nano’ pun kami layan. Kami buat medley lagu ‘Speedy Gonzalez’, ‘Pontianak’ dan ‘Nano Nano’. Sebab kord dia sama saja kami dengar. Memang kretif betul kami masa tu. Lepas tu gelak-gelak sesuka hati. Mengantuk pula tak kunjung tiba. Hinggalah tiba-tiba…

“Allahuakbar, Allahuakbar…” terdengar laungan dari rumah Ustaz sebelah. Aku terpelik dan tertanya-tanya. Aik, tak kan subuh dah menjelma? Rasanya set list kami tak sampai 20 lagu lagi. Apahal? Aku tengok jam. Baru 12.30am.

“Ashaduallailahaillallah…”

“Laaa, qamat rupanya..” kami hampir serentak bersuara. Tau la kami ustaz tu nak solat Tahajud malam tu. Ingatkan nak azan subuh. Tak la kuat sangat, tapi ala-ala azan juga volumenya. Bukan main dia. Mentang-mentang kami main gitar sedap sangat.

Kami pun perlahan-lahan simpan gitar. Tutup juga la lampu. Belajar-belajar untuk tidur. “Kau tak terasa ke Mie?” Hidung tanya aku.

“Hoh, maunya tak. Macam kena tampor jantung keh. Tajam betul la Ustaz Panther ni punya smash. Rasa nak tahiyat akhir sambil meleleh air mata je keh sekarang ni tau!”

Bergegar lantai bila kami tahan gelak. Nak gelak kuat-kuat Ustaz Panther tu sedang solat tahajud di belakang dinding tu!

30 comments:

l.i.f.e said...

hahahaha...mcm setan!
buat main2 eh :))

Marjerin said...

hahahaha..kesian..

poyotito said...

"Rasa nak tahiyat akhir sambil meleleh air mata je keh sekarang ni tau!"

peh..aok punya ayat ni betul macam gampit. keh rasa nak sujud sahwi je lepas baca entri aok ni.
palat la aok pagi2 ni!!
terkejut budok umoh keh dengor keh suke.

zubeid said...

ni bkn sepantun lagu lg..
dah jd konsert tanpa permit..

Denanz ... said...

wooi, lagu nano nano tu ok pe.
sambil nyanyi tu gelek2 bontot sket. haha.

ijan said...

ciss... kalo la sblh kiri tu bkn umah ustaz, umah tu bole jd pot berjimba. haha...

yoshz said...

Ciss...sekali lagi aku berdendam dgn ko.Aku baru nak buat cerita psl tahiyat esok lusa. Ko dah ciplak awal²?
Patutnya ko sujud syafawi je terus, tanda keinsafan yg paling dalam...

[oh lupa plak, ko tak tau mana kiblat...]

Rajuna said...

aku rasa dia bukan solat tahajud la
aku rasa dia melambat2kan solat isyak tu..marah lain macam je. ha ha

man_helang said...

ade hikmahnya ustaz tu duk sebelah umah kau...dpt gak ko rasa 'hidayat' dr dia...ha ha ha

ZulDeanz said...

aku rasa ustaz tu marah pasal ko tak beli moto panter dia kot? huhhh

S.YanaZ said...

Ustaz tu baru nampak dua ekor hantu...bukannye apa.
Rilex.Rilex.

Rahimin Idris said...

life,
hahaha mana tau masa tu mengganggu ketenteraman awam.

marjerin,
ko kesian kat aku ke kat ustaz panther tu? haha

poyotitos,
huh, baru ko tau nilai2 keinsafan!

zubeid,
hahaha mujur tak jadi gig.

bro denanz,
kalau versi indonesia lain tau lagu dia. tanya life. dia minat band indon. haha!

sultan,
tu la. kalau mufti kami terus pakai jubah kot.

yoshz,
dah cakap dulu..i can read your mind. haha
dah tau. kiblat arah mekah la.

rajuna,
dia solat jemaah kat masjid selalunya.
dia perli tu! uhuk!

manhelang,
haha masa tu memang terasa juga!

bro zuldeanz,
dua jual mahal sangat. kalau bayar setahun seposen aku nak la!

s.yanaz,
ko ni sokmo antu. nak kena sakat ngan aku?

Unknown said...

cis abis aku bace takde plak cite pasal awek sebelah umah tu...baru nak layan stim

l.i.f.e said...

weih..kemain ah mengata
bukan semua band indon ok!
selective oii :))

NITA said...

tu la..nasib baik ustaz tu x ajak ko tagteam wrestling! hahahaha!

entah2, dia nak ajak korang join band nasyid lepas dgr lagu nano2 ko tu kot...ahakss! mana taw kannn!

Wardrobe kita said...

aku rasa ustaz tu bukan kamat nk smyg, nk soh ko diam jea..dia nk tido ssh tu..dia x leh nk layan lagu ko tu..x tau lirik..

Ayu Hasman said...

bwahaha...ok ah tu tgh men gita dgr azan...
die suh join solat tahajud :))

Hajime said...

pergh!
kene lightning strike dr belakang...
nice2!

artsoul said...

kot ye pun...tengok2 la jam tu klu nak men gitar...tak pun kau bubuh apa2 yg kalis bunyi kat dinding tu..

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

ustat mana bawok panther aok ni..?? rare tu..kalau gamma keh ingat ada juga..

dzul said...

ustaz panther mungkin bekas pelajar dakwah dan usuludin..
berkesan kaedah dakwah yg dia guna..

Don Balon said...

Tu dia Panther Jerung punya penangan..
Hiba la tu.

Keh RXZ.

alif-mikail said...

macam S*tan...opppss.. ampun ampun..

Rahimin Idris said...

Kuih,
Hah, bab awek marjerin punya trade mark. Aku tabik sama dia. Mana boleh kawan dia. Haha!

Life,
Haha. Kalau ngata belakang baru ngumpat. Depan2 kira bergurau je!

Nita,
Kami tak kisah. Sebab lagu sepohon kayu pun kami layan.

Qaseh,
Hahaha. Aku pun ada ingat macam tu. tapi sayup2 juga dengar dia takbiratulihram lepas tu.

Areyou,
Haha. Masa tu kopiah pun tak ada!

Hajime,
Hoh, pedih siot! Haha.

Artsoul,
Hahaha. Habis perlahan dah tu. tak kan nak main berbisik.

Pipiyapong,
Tahun 99 belum rare lagi. Lepas RXZ dia king on the road lagi.

Dzulkarnain,
Masa tu belum berkesan sangat lagi. Sipi-sipi je. Haha.

Don Balon,
Peh, king on the road tu! haha.

Aliff-mikail,
Ala, ko cakap macam setan pun aku bukan nak marah pun!

Fadh Rahman said...

adui...syahdunya...terasa urat belikat aku bercantum ngan urat kentut...

Kikuri-hime said...

Waa.. maluuu!! Padan ngan muka.. tulaa melalak2 tak tgk time.. hehehe..

Aku rasa aku penah ade pengalaman camni masa kt u dulu.. Melalak ngan member sampai kul 4 pagi, pastu fellow kitorg mengamuk...

ckin said...

sudu pun takde,ada ati g tu cakap pasal tv ngan home teater...hehehe..

Rahimin Idris said...

akumasihdisini,
hah, ko pernah kena ke?

kikure-hime,
ya robbi..tak padan ngan pompuan. ahaks!

ckin,
hahaha rumah macam setan!

biskutrajin said...

kedebush..smash tepat ke jantung..huhu

Anonymous said...

Keep up the good work.