Saturday, July 5, 2008

Sekali Kena Belasah Dengan Bahasa...

Pernah suatu ketika aku tanya kawanku. Dia Melayu. Perempuan. Mengapa tulis cek guna Bahasa Inggeris? Dia jawab, lebih mudah. Ringkas. Ruang cek terhad. Aku angguk-angguk saja tanda faham. Tak kan aku nak cakap banyak dan suruh dia tulis Bahasa Melayu dengan huruf kemetot-kemetot pula. Pada hal ramai lagi orang lain boleh buat. Nak cakap macam tu takut dia tak nak senyum padaku lagi. Senyum dia manis macam apam balik taruk kismis pula tu.
Di suatu ketika yang lain aku belek-belek telefon genggam kawanku. Dia Cina. Tunggang terbalik otak aku layan telefon tu. Telefon genggamnya guna tulisan dan Bahasa Mandrain. Aku tanya, mengapa tak guna Bahasa Inggeris saja? Ramai orang faham. Dia jawab, kalau semua orang Cina tak guna Bahasa Mandrain dan tulisan Cina, suatu hari nanti tak ada lagi bahasa dan tulisan mereka itu. Sebenarnya Bahasa Mandrain lebih luas penggunaannya di seluruh dunia, katanya lagi. Aku fikir pendapat kawanku itu memang benar.
Bahasa bukanlah alat komunikasi semata-mata. Ia sekaligus mengungkap fikiran dan perasaan penuturnya. Perasaan yang bersarang dalam otak kawanku yang berketurunan cina itu tentulah bangga dan sayang dengan bahasa nenek moyangnya. Bimbang bahasa asal keturunannya musnah kerana sikap ambil mudah. Ke mana-mana pergi pun dia berfikir dalam bahasanya sendiri. Dia lahir, bangun, berjalan, berlari, jatuh dan berdepan dengan kematian pun barangkali bersama bahasanya sendiri. Tanpa memahami Bahasa Inggeris kecuali ‘fuck you’, ‘bastard’, ‘stupid’, ‘idiot’ ‘bitch’ dan lain-lain kata-kata kesat dan ayat-ayat mudah, dia tak pula menjadi sohai dan mundur.
Dengan tidak menafikan kepentingan Bahasa Inggeris bagiku Bahasa Melayu juga sebenarnya sangat unik dan indah. Punya nilai ekonomi dan kekuatan untuk membina tamadun serta budaya bangsanya sendiri. Malah ia juga boleh jadi belantan yang bisa menghentam kepala perasaan. Pernah sekali arwah ayah pukul aku dengan bahasa saja aku dah rasa macam nak taubat nasuha.
Kisahnya terjadi pada suatu petang yang damai. Aku melepak-lepak dari Asar lagi. Melarat-larat ke Maghrib. Dah nak masuk Isyak baru hegeh-hegeh mata aku nak cari jalan pulang. Sampai rumah arwah ayah nyandar nonton siaran berita. Dia tanya, pukul berapa sekarang? Aku jeling TV. Berita dah masuk bab sukan pun, aku jawab la; pukul lapan lebih. Arwah ayah cakap; bagus, esok cuba balik lagi lambat dari hari ni yea?
Aku jamah telinga. Fuh, ada lagi. Ingat dah meleleh ke lantai. Arwah ayah guna bahasa terbalik. Arwah ayah tak pernah langsung pukul aku. Tapi bila bahasakan aku, pedihnya bukan main-main. Dan di hari-hari damai yang lain, dengar saja beduk Maghrib, aku pun cepat-cepat kembali ke pangkal jalan.

12 comments:

ijan said...

sememangnye kata2 lbh tajam dr mata pedang...

tp abah aku dl dia guna bhasa tangan, rotan, penyapu, payung dan segala objek tumpul...

keh keh keh...

dzul said...

serang balas dengan gunakan balik apa yang dikata..mungkin strategi paling berkesan tapi perit diterima..

roslan jomel said...

Setuju sesangat apa yang ko celotehkan ni.

Hidup biar nampak punk, tapi otak jangan lompang.

Err..Betul ke falsampah aku ni, Min?

Rahimin Idris said...

sultan, aku pun kena bahasa dengan bahasa batang ubi kayu tu..tapi dengan mak aku la..hahaha

zul, gila apa..tak kan nak serang balas bos aku..tak bagi duit belanja kang ha..hahaha

lan, aku setuju dengan falsampah ko tu..mat punk pun minat sastera dan puisi apa..diorang malu nak ngaku je tu..takut kena boo ramai-ramai dek kawan-kawan..aku punk terdidik lagi islamik hahaha

dzul said...

ko le yg dah kena serang balas dengan arwah ayah ko..huh.. takkan aku nak suruh ko serang balas arwah ayah ko lak..giler..

budak zaman kita dlu mana boleh lawan ckp or tua..budak zaman skang tak tau la aku..

Ojie said...

arwah ayah sdr menggunakan pendekatan psikologi terbalik nampaknya :-)
sungguh makan dalam ayat yg diucapkan oleh arwah ayah sdr..
ye la zaman kita kecik2 dulu tak berani langsung nak bantah kata mak ayah..
zaman sekarang, ada pulak mak ayah yg takut dgn anak2..

Rahimin Idris said...

ojie, budak skang kalau mak bapak cakapa banyak dia saman pulak..kena pulak nama dia mat saman ke, siti saman ke...

gayour said...

kata-kata ucapan allahyarham abah lu dalam bahasa Melayu tu memang benar2 power. itu jelas menunjukkan betapa 'berkuasanya' bahasa Melayu!

lu telah merasai dan kekal pekat dalam ingatan!

Rahimin Idris said...

memang betul brader gayour. masa tu gua suka melepak macam bidin tu hehehe. terima kasih sebab brader jenguk juga blog gua ni. gua rindu stroke brader zaman-zaman gelihati tu. gua banyak lagi simpan GH lama-lama. gua follow masa tu. scorpyan, yo, nan..ah, ramai lagi la yang gua tak ingat dah..teruskan bekarya selagi tuhan bagi wahyu!

Unknown said...

Biasalah orang lama. Guna bahasa berkias ya ampun maha tajam. Nak-nak kalau tegahan mereka kita engkar. Misalnya, kalau panjat pokok dan jatuh. Dia orang akan cakap: "Panjat lah lagi. Pandai-pandai ..." Itu namanya reverse psychology. Memang berkesan, sebab selepas tu kita serik nak panjat pokok lagi (dalam waktu terdekat la ...)

Rahimin Idris said...

ha, tu la puan ritah..biar kena pukul dengan mak tak pe. kena bahasa macam tu bernanah kat dalam. bahaya betul!

Unknown said...

Sdr. Rahimin,

Dua-dua saya tak nak. Tapi apa boleh buat, saya ada kena-mengena dalam itu gambar. Skrip dah tertulis macam tu. Lisan dan tindakan.

* Teringat pada Kak Zaleha pengasuh saya 31 tahun yang lalu. Dialah kawan,kakak, guru, ibu, dan bapa.