Wednesday, July 2, 2008

Woi Jaha, Sadar-sadar La Diri Tu Sikit!!!



Faiz yang suka melawa tu sterika seluar sampai sidenya tajam macam razor blade. Bob baca komik Pendekar Laut dengan muka berkerut kusyuk macam la dia keturunan Pendekar Laut. Ali tiup-tiup lap-lap,tiup-tiup lap-lap cermin mata Gandhi dia. Imi baca majalah Galaxy yang aku haram tak minat tu tapi dia tak tau aku nyampah majalah tu. Aku otosolkan ekzos motor yang aku aku parking dalam rumah sebab takut kena curi. Mat Ju tengok-tengok nota Teori Struktur sebab esok ada kuiz dan dia susah sangat nak hafal formula. Jaha pula tidur dengan gaya penidur paling intelektual dengan buku nota Teori Struktur tutup muka. Semua buat hal sendiri. Macam tak wujud langsung masing-masing.

Tiba-tiba Jaha bangun. Macam orang pana kurang lebih lima minit. Aku terus lap-lap motor. Lain-lain penghuni masih macam tadi juga. Jaha pun masih belum menghadirkan sebarang tanda-tanda keganjilan yang ketara. Kebangunan dia dari tidur tu masih lagi normal dan tak berbeza sangat dari kami juga. Maka pun kami masih tak peduli.

Jaha masuk biliknya dan keluar bertuala menuju bilik air. Tak aneh lagi. Tapi tiba-tiba kedengaran berdebush-debush jirusan dari bilik air. Aik, gila apa Jaha ni. Awalnya dia mandi. Aku fikir dia nak berak tadi. Tapi tak ada siapa pun antara kami tegur. Aku pun malas nak fikir lebih la. Buat rugi tenaga otak je. Kurang lebih sepuluh minit siap la Jaha mandi. Jaha masuk bilik. Jaha solat. Bergema Takbiratulihram Jaha. Bagus Jaha ni. Kami yang lain-lain masih meneruskan aktiviti sihat masing-masing.

Tiba-tiba Jaha keluar bilik dengan kemeja dan seluar slack siap masuk dalam seluar. Jaha pergi depan cermin sambil bawa sikat. Rambut pun Jaha dah lumur minyak. Pergh, hitam berkilau macam aspal baru turap. Jaha buat fesyen rambut sikat belakang. Hoh, kalau Jaha bertanding jawatan ketua Belia 4B peringkat kampung wajib johan la. Hairan aku naik satu takah lagi. Apa hal Jaha ni? Tadi mandi. Lepas tu menyemart. Tak kan nak tidur pun kena buat fesyen ketua belia. Tebiat nak mampus apa.

Tiba-tiba Jaha jerang air. Lepas tu masuk bilik ambil nota dan fail. La, nak jaga malam rupanya. Esok ada kuiz la katakan. Tapi setakat nak study malam tak payah la nak dressing macam ketua belia Jaha. Layan rock macam orang lain dah la. Jaha letak nota atas meja. Air dah didih. Jaha bancuh teh Cap Lori buat teh ‘O’. Jaha ambil roti sekeping, sapu Planta. Jaha makan habis sekeping. Jaha teguk teh ‘O’. Kami dah mula tertanya-tanya lawak jenis apa la yang Jaha nak buat kali ni. Lawak babunkah? Atau lawak siamangkah?

“Woi, korang tak mandi lagi ke? Tak nak siap-siap gi kelas lagi ke? Hari ni kan ada kuiz? Dah pukul enam lebih ni! Gi la awal, buleh tulis toyol kat meja ke, kat dinding ke. Cari port molek-molek sikit.” akhirnya Jaha budak Pasir Mas tu memecah keheningan suasana dengan dialek Kelantan KL bersama muka serius.

“Hoi, ko dah tak siuman ke. Gila apa ke pukul 1.30 pagi nak siap-siap gi kelas?” Bob budak Batu Pahat jerit kat Jaha dengan dialek Kelantan Johor bersama muka lebih serius. Teh ‘O’ dalam mulut Jaha bersembur. Lama Jaha pandang jam dinding dengan muka macam saintis buat eksperimen. Kami dah mula nak rebahkan badan untuk buat gulingan Sasuka hero siri Ninja yang top tahun 80an tu.

“La, tadi aku sembahyang subuh la rupanya yea? Aduh…” kata Jaha sambil menuju bilik untuk solat Isyak dengan gaya paling kacak!

Macam reban ayam masuk musang riuh rumah kami gelakkan Jaha yang tertidur lepas maghrib, bangun-bangun salah tengok jarum jam dan mamai nak pergi kelas. Kebetulan masa tu suasana pada jam 6.30 pagi memang masih gelap pun sebab malam lebih panjang sikit dari siang!

6 comments:

Dzulkarnain Mohamad said...

Patutnya jgn kantoikan cepat ngat..biarkan dia terus pegi kelas je..

Ojie said...

salam sdr rahimin..
tulisan anda berjaya membuat sy gelak sumbing..
sy minta izin link bolg sdr ok..

rahimin idris said...

woi zul, mana boleh...aku selalu gi rumah dia kat pasir mas..adik dia cantik wo!

salam ojie, nak link? boleh sangat. nanti aku link pulak blog saudari tu..ha, mekasih sebab singgah blog aku yang huru hara ni!

sultan said...

patutnye bior kn je jaha tu gerak g class dulu. bg dia panas2 enjin moto mlm2 buta tu dl. lg seronok korang gelak kn dia. hihihi...

rahimin idris said...

sultan, ikut ati memang nak biar je..takut dia dapat anugerah pelajar gemilang pulak..dengki la kami hahaha

Kikuri said...

Aisehh! Kawan kau tu anti-climax betullaaa... Kan besh kalu biorkan dia terus pg kelas....Hahahahah