Thursday, September 9, 2010

Selamat Menyambut 1 Syawal

Rasa semacam pula nak melepaskan Ramadan. Selepas beberapa bulan aku berhenti blogging, entah mengapa di bulan Ramadan aku produktif sungguh. Macam-macam aku tulis walaupun merepek. Kalau tidak sebulan sekali baru updated.


Jadi aku risau dengan berlalunya Ramadan, aku jadi malas menulis semula. Apakah makan banyak menjadikan manusia jadi malas?


Mungkin juga. Sebab Ramadan kali ini aku sangat kurang makan. Sehari hanya 3 atau 4 cawan nasi. Malah seminggu Ramadan yang pertama aku cuma makan beberapa senduk bubur nasi dan kurma untuk sahur kerana gusi aku sakit.


Sebenarnya makan akan memaksa banyak tenaga pergi ke perut untuk mengisar serta menghadam makanan. Sebab itu otak jadi lemah dan mengantuk apabila makan banyak sangat. Dan sebab itulah Nabi Muhammad makan dalam kuantiti yang patut. Lapar baginda makan, sebelum kenyang baginda berhenti.


Tapi kita kalau kalau Hari Raya ni, rezeki bersepah-sepah macam-macam rupa tak kan nak tengok saja kan? Beduk sajalah selagi boleh. Makanlah kamu sebelum kamu dimakamkan…




p/s: Selamat Hari Raya Eidulfitri, maaf zahir dan batin kepada semua kawan-kawan yang pernah berinteraksi dengan aku kalau ada salah silap. Rasanya tak ada. Kalau ada pun terasa, mungkin salah faham dengan maksud sebenar yang aku nak tulis. Jadi, mohon maaf juga. Salam lebaran.

12 comments:

muhamad muniff said...

selamat hari raya ......

terrarosa said...

ah samalah kita Min,
lepas raya nanti keh sibuk balik dengan kerja ,cari duit tuk bayar internet, bayar internet pula tuk baca blog orang lain.
kira orait la tu kan ?

apapun Selamat Berhari Raya Min,
jangan sia - siakan bil internet orang lain.
kikikiiiii....

zulfadzly said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin Min..

Firol said...

selamat tinggal ramadhan

pakcik kordi said...

makan/makam.aah lebih kurg...

selamt rye weh!

M-Yusof said...

selamat hari raya,maaf zahir dan batin :)

Jejaka Desa said...
This comment has been removed by the author.
Jejaka Desa said...

Jangan jadikan raye ter operasi balas dendam weh.Selamat beraye.Maaf zahir batin

Nerzhul said...

selamat raya!!

Hashim Zabidi said...

kiranya belum terlambat, terimalah ucapan Selamat Hari Rayaku ni bersekali dengan maaf zahir batin.

k.e.r.i. said...

selamat hari raya aok!
semalam koi kat temerloh, ingat nak gi beraya rumoh aok.
haha.

jo said...

selamat hari raya jugak mimin.
maaf la ye kot ada terkasar bahasa komen.