Thursday, September 16, 2010

Di Luar Khayalan Filem-filem Tamil

Hari Ahad aku lebih ingat filem Tamil di RTM2 berbanding Melodi di TV3. Kalau sedap aku melekat baring depan TV. Kalau tak sedap makan biskut di dapur saja. Dulu-dulu TV3 pun ada tayang filem Tamil setiap minggu. Sekarang TV3 banyak tayang sinetron Indon merapik-rapik. Dan drama Melayu korporat saham-saham kereta mewah terkini. Cakap Melayu sepatah ditimbun English 20 patah.


Aku suka tonton filem Tamil. Banyak filem Tamil yang sindir dan kutuk politikus, dan pihak polis terang-terang. Dalam filem-filem Tamil juga politikus dan polis sering berkisar padu dalam dunia gengster. Pembikin filem mereka tidak segan-segan mengutuk kepincangan realiti. Jenayah berleluasa. Kedaifan dan kemiskinan yang berpunca dari penindasan tangan penguasa. Dan akhirnya muncul hero.


Dalam keadaan macam-macam sekarang ini; pukul-pukul, cincang-cincang, bakar-bakar, aku harap RTM2 tidak pula mengharamkan filem-filem tamil yang banyak babak aksi gangster. Susah nak tengok orang berlawan dengan aksi terbang dan kesan bunyi yang special. ‘Dush’, ‘debush’, ‘boof’ – filem Tamil saja ada bunyi special macam itu untuk aksi fight.


Jenayah tak ada kena mengena dengan agama seseorang. Tak ada kena mengena dengan bangsa seseorang. Pengaruh filem itu mungkin ada. Tapi sebelum wujud kamera dan filem, orang jahat dah wujud pun sebab tak beriman kepada Allah, tamak dan tak mencintai art sepenuh hati. Kita manusia alaf baharu. Buat apa nak tiru benda bodoh? Tengok sudahlah.


Jadi yang Cina dan India tak payahlah nak tuduh semua Melayu rasis bila ada polis Melayu tembak penjenayah bukan Melayu. Melayu dan India pun tak payahlah nak tuduh semua Cina rasis bila ada orang Cina tak suka azan kuat dan tulisan Jawi. Melayu dan Cina pula tak payahlah nak tuduh semua India rasis bila ada orang India bunuh orang Melayu.


Dan jangan sampai benci dan haramkan kayu hoki pula. Sebab gangster dalam filem Tamil suka bergaduh guna kayu hoki.






7 comments:

endiem said...

samseng drama melayu guna apa yek? parang sarung kot...

Guru said...

kayu hoki?

tak perasan lah pulak, sbb lama tak menonton wayang Tamil

→ : hari Malaysia yang tidak berbekas di hati

Fadh Rahman said...

gua minat tgk pusat heroin filem tamil kuikuikui

Fadh Rahman said...
This comment has been removed by the author.
tasekM said...

hero tamil selalunya jongos. tapi aweks bulih tahan. ye ke min...?

:)




.

Don Balon said...

Ntohla weh mender nok jadi..
budok toreh getoh koi pun Indiana Jones jugek...kuikui

hyer greveieor said...

ape la. aku rase drama korea yg membuatkan kite jaoh terpesong. dengan perangai krg adab xsesuai dgn budaya asia yg sopan santun. diharap semua buka mata.. kami suka cerita tamil. itu pn xfaham ke.. huhu