Tuesday, September 7, 2010

Kucing Derhaka



Kucing ini dulu lari dari rumah. Kecil-kecil lagi dah lari. Sebab bergaduh dengan ibu bapanya. Gara-gara cinta terhalang. Boyfrennya itik spesis 'itik gampang'. Mana keluarga tak marah.


Menumpanglah ia di belakang rumah kami. setelah lari membawa rajuk Makanlah sisa-sisa makanan yang kami buang. Tak pernah ucap terima kasih pulak tu. Malaslah nak halau. Rezeki kongsi sama-sama.


Sekarang bila hampir menjelang hari Raya barulah terasa syahdu. Apa lagi bila dengar lagu raya yang didendang penyanyi lama seperti Awie. Tapi masalahnya ia dah lupa jalan balik. Kalau ada tiket bas pun tak guna. Rindu tinggallah ia rindu.


Itulah. Menyesal dahulu pendapatan lebih, meyesal kemudian tak guna lagi. Janganlah mudah-mudah nak lari dari rumah. Lari setempat tak apa.




p/s: Spesis 'itik gampang' tu google la. Ada tu...

9 comments:

pakcik kordi said...

baler aok..hari tu bekhoe derhaka.hari ni kucing derhaka plk.kekeehhh...

Hashim Zabidi said...

Aku ni bagaikan kucing derhaka. Sepanjang ramadhan langsung tak tunjuk muka. Tadi baru mulai membaca, bercadang nak mengucapkan Selamat Hari Raya.

selamat Hari Raya Min, maaf zahir batin.

terrarosa said...

aok kena bagi motivasi dekat kucing ni Min ,
keh tengok dah nak jadi batang pokok dah dia tu.

kalu mati , aok jugak hok susah,
nak kebumikan dia, cara kucing ka ?
atau cara pokok ka ?
fikirlah Min.
Tanggungjawab sosial tu.

Nerzhul said...

sian kuceng te...dia sedak duk blakang umah aok te...bagi la lemang sepotong dua...

jo said...

kalo dia ucap terima kasih, dia dah tak jadi kucing derhaka lagi dah. dia jadi kucing ajaib.

jo said...

oh. lupa.
selamat hari raya mimin.
maap zahir saja, ok?

fndrocka said...

gua tak jumpa lagi baju melayu yg sesuai utk kucing gua

Mazru Majid said...

hehehe

salam kemaafan dari koi sefamili andai ander terkasor bahasa..

hati2 di jalan raye..jangan lupe tutup pintu kereta,kang terjatuh pulok masa memandu te!hehehe

tasekM said...

hensem kucing tu. rajuklah ke melaka kucing. aku bela.

selamat hari raya, bro.


:)



.