Tuesday, September 7, 2010

Perang Saraf

Selepas iklan Pak Cik Santa TV3 naik beca keluar, lepas tu ditarik balik, macam-macam cerita yang keluar. Ada kata ini kerja Freemason/Illuminati. Ada kata ini dakwah kristianisasi. Ada yang cakap Teori Konspirasi. Ada yang cakap orang itu bodoh orang ini pandai. Aku pun tulis juga la semalam. Sebab nak tumpang bagi hit blog aku yang tak popular ni. Nanti ada orang google ‘iklan TV3’ dan sesat ke sini. Kah kah kah!


Tapi tulisan aku semalam tak ada pun cerita pasal Teori Konspirasi, Dajjal, Freemason dan Illuminati semua tu. Aku cuma cerita tentang seninya membuat lambang-lambang ni. Aku pun tak suruh sesiapa percaya dengan benda-benda bernama ‘teori’ ni. Sudah nama ‘teori’, tentulah belum terbukti benar. Aku pun tak tahu benda ni betul ke tak betul. Nabi pun tak suruh kita percaya terus dengan apa yang sampai ke telinga kita, tapi selidik dulu. Apa lagi di zaman yang penuh dengan fitnah ini.


Dan aku pun tak kata jangan percaya juga. Kalau ada yang nak percaya itu bukan masalah aku. Lantak dia la nak percaya. Bukan aku boleh halang. Jangan sampai dia paksa-paksa aku percaya sudahlah. Tapi apa yang patut diselidik, eloklah kita selidik. Janganlah sampai percaya hidden message yang pelik-pelik, contoh macam kisah lipat-lipat not USD20 tu, keluar gambar bangunan runtuh dan asap, yang kata pelanggaran WTC tu sudah dirancang lebih pada lebih 450 tahun dulu. Itu memang mengada-ngada dan rasa nak sepak masa aku baca dulu.


Senang cerita. Tanya la akal masing-masing. Tak perlu nak perlekehkan orang yang nak percaya, dan tak perlu paksa-paksa serta takut-takutkan orang yang enggan percaya. Dalam dunia ini tak ada satu pun kuasa yang dapat melebihi keizinan Allah. Tak ada satu ikutan pun yang paling selamat selain Quran dan hadis. Tapi sebab kita ni dah sama macam orang jahiliah dulu, dah jauh sangat meninggalkan zaman Rasul kita yang terakhir tu, jadi macam-macam mula masuk ke dalam pikiran kita.


Di hujung-hujung Ramadan dan hampirnya Syawal ni eloklah kita muhasabah diri, tengok sepanjang mana ekor kita, sesingkat mana akal kita. Asyik bangga dengan dosa-dosa tak elok juga. Dan elok juga kita bermaaf-maafan kalau ada salah silap. Lepas raya kalau hidup buat silap lagi, agaknya.


Selamat Hari Eid, maaf zahir dan batin.





p/s: Balik raya ni kalau lalu roadblock, cuba tunjuk ‘jari hantu’ kat polis atau JPJ tu. Apa reaksi diorang? Kalau mereka marah, kenapa? Siapakah yang mencipta ‘art of sign’ jenis ini? Bilakah ia dicipta? Mengapa ia dicipta? Kah kah kah!

3 comments:

mr.kordes said...

koi lama tk gk tivi secara serius.sbb tu koi tak tau bnde psl iklan tu.mujur ada yg masuk kt utube.dpt gek koi tgk.gitu rupenye cite die..hehe..

Rahimin Idris said...

hehehe caya la kordi. sebenarnya menda ni tak ada apa2 pun. koi pun malas nak tulis. tapi bila baca pendapat orang tu, baca pendapat orang ni, macam2, ada sampai cemuh mencemuh bangsa, kutuk mengutuk, koi pun tulis juga la. menda kecik je, riuh bukan main. berhujah la elok2. bukan ada apa pun...

vanjancacace said...

Casino Del Sol, CA (Google Maps) - MapYRO
Casino Del Sol, 성남 출장마사지 CA is 계룡 출장안마 an amazing place to 충주 출장마사지 play. With over 2000 거제 출장안마 slots, 경상북도 출장샵 jackpots, table games, live entertainment and the newest innovations in hospitality and