Monday, August 23, 2010

Suatu Petang di Pejabat Pos

Suatu petang. Aku ke pejabat pos cawangan Jengka. Sebelum apa-apa, ambil nombor giliran terlebih dahulu. Pada mulanya aku mahu picit suis mesin nombor itu guna kaki saja. Maklumlah, macam-macam jari yang sentuh. Takut juga ada virus. Tetapi memandangkan ramai pulak makwe UiTM, haruslah aku ikut protokol.


Boleh tahan, aku dapat nombol 2177, nombor yang sedang berurusan 2152. Kalau dalam pejabat pos itu ada bantal dan TV boleh juga aku baring di lantai. Apa hendak buat, meja snuker pun tak ada.


Memang lama tunggu. Seorang brader yang duduk di kerusi di hadapan aku juga kelihatannya lama juga menunggu. Kebosan jelas terpancar di wajahnya. Apatah lagi brader itu membawa sekali isteri dan dua anaknya yang nakal. Kalau tidak boleh juga beliau bersiul-siul lagu ‘Umpama Mimpi Dalam Mimpi’ untuk menghilangkan boring sekaligus memikat awek-awek UiTM itu. Agaknyalah.


Anak-anaknya yang nakal terus berlari-larian, menjerit-jerit, melompat tak ketahuan jolan ke sana sini. Puas juga brader itu dan isterinya menasihat kanak-kanak itu. Tetapi hampa, bagai mencurah air ke dalam bola takraw Tetapi semua orang buat tidak tahu sahaja. Maklumlah, kanak-kanak mumaiyiz. Kalau orang tua buat macam itu, boleh telefon ambulanlah.


Tiba-tiba kanak-kanak berdua itu buat aksi askar pula. Meniarap dan menyusup-nyusup di bawah kerusi-kerusi yang ada. Mujurlah juga tak ada senapang. Kalau tidak gempar juga pejabat pos petang itu mereka buat bunyi senapang, bom dan orang menjerit kena tembak.


Melihat gelagat terkini anak-anaknya, brader itu barangkali sudah terpokah segala sabar yang diempang di dadanya.


“Heh, along, angah – duduk diam-diam boleh tak? Kena kang!” sambil bercekak nada amaran jelas kedengaran dari suaranya.


Semua mata mula memandang.


Tiba-tiba. Seorang tua di sebelahku bangun dan masuk campur.


“Anak, jangan dimarah budak-budak. Kalau pakcik pun tak marah. Bukan salah diorang. Semua ni salah iklan.” kata pakcik tua itu bersungguh-sungguh.


“Salah iklan?” tanya brader itu kembali.


“Ye la. Budak-budak tu cuma tiru dan berlakon semula aje tu. Diorang tiru iklan sabun pencuci tu. Serbuk pencuci Brizz. Jangan risau, balik nanti suruh je maknya basuh baju tu.” kata pakcik tua itu lagi dengan sungguh bersahaja. “Hah, main aje cu, aki tak marah, main lagi".


Entah apa magiknya, kedua-dua kanak-kanak itu tidak pula bermain bila disuruh, tetapi segera duduk dan memegang tangan ibunya. Brader itu pula hanya tersengih-sengih.


Tidak lama selepas itu sampai nombor giliran aku. Selesai urusan, aku pun pulang ke rumah untuk menebas rumput.

.

9 comments:

jo said...

budakbudak memang macam tu..lagi ditegah lagi dia nak buat..ada anak nanti gini la min..

roslan jomel said...

boleh tahan jugak pak cik tu. entah2 iklan tu, pak cik tu arah, tak?

Dr. Bentara said...

macam anak2 aku je heheh...

Fadh Rahman said...

puas aku memikir akan kerelevanan citer ko nie hahahaha(acah jer)

Waqheh said...

mulanya mmg relevan bg gua..tapi masuk je part pakcik tu nasihat pasal iklan breez rasa mcm tak relevan la plak...huhuu steady lah pakcikkk

Don Balon said...

Hampeh min..pueh koi menahan gelok dalam makmal komputer ni.. kontrol macho depan anak murid kuikui

k.e.r.i. said...

apa kaitan menebas rumput dengan bermain di pejabat pos?

afiq robin razak said...

lu prasan tak ada sorang akak jage kaunter pejabat pos jerantut. dia ada misai . sekian.

Misya Idris said...

pakcik tu pakai psikologi daaaa!