Tuesday, August 24, 2010

Produk Hiliran Doraemon

Masuk petang tadi baru dua kali aku pergi pasar Ramadan (param). Walau pun puasa sudah masuk hari ke 14. Sekali param cawangan Jengka, pada jumaat lepas. Tadi petang param cawangan Jerantut. Tak ada apa pun yang aku mahu cari selain kuih bahulu kemboja. Mesti beli kuih ni, sebab ini memang kegemaran mak aku. Dia ada tabur bijan atas kuih warna hijau itu. Tak ada tabur bunga kemboja pun. Tak ada. Kalau ada, itu kuih lain. ‘Bahulu kuburan’ agaknya.


Tapi kalau param cawangan Jerantut, murtabak Syed memang terbaik. Lembut, penuh daging yang padat, tebal dan harga berpatutan – RM5. Param cawangan Jengka punya murtabak tak boleh lawan murtabak Syed. Selalu keras saja. Inti berterabur. Jadi tadi aku beli murtabak Syed, bahulu kemboja dan air tebu. Selalu aku beli laicikang (apa jadah eja laicikang ada macam-macam aku jumpa) .


Tapi param tetap param. Macam-macam juga ada walau pun rasa entah macam mana. Kuih lain-lain warna tapi rasa sama pun ada. Ikut hati aku, memang malas hendak beli apa-apa pun. Selagi mak aku masih hidup dan sihat, dan aku tinggal dengan mak, baik aku makan nasik dan lauk yang mak aku masak. Bukan aku paksa mak aku masak. Mak aku yang selalu masak dan paksa anak-anak beliau makan. Ibu-ibu yang baik memang begitu terhadap anak-anak yang soleh. Makan sajalah. Mana boleh derhaka.Tapi itu cerita lain. Sekarang kita cerita pasal param, ok.


Tapi tahun ini param cawangan Jengka ada maju sikit. Sebab aku terjumpa satu gerai jual air Doraemon. Mula aku nak ambik gambor sepukul. Tapi segan pulak buat perangai, kebetulan orang kampung ramai juga yang aku terserempak petang masa itu. Air Doraemon itu ada macam-macam warna di letak dalam bekas macam Doraemon. Kreatif juga. Negara Jepun belum tentu ada air Doraemon. Macam-macam orang cari rezeki sekarang.





P/S: Balik rumah malam itu menyesal pulak tak beli air Doraemon. Mana tau lepas minum, entah-entah boleh jadi Doraemon, boleh letak kipas atas kepala dan terbang – jimat minyak kereta…

5 comments:

Don Balon said...

Goner gaya tu weh? kena bayor royalti ke puok jepang tu..

le ning aorang tok panggey pasor doh min..
bazor..
samer je sebenornya..
fonem /p/ dengan /b/ sama je "bilabial" orang puteh panggil, "Double lips" maksud dia..
fonem /z/ dengan /s/ pulok selalu bertukor dalam bahasa sepanyol, melayu mahupun inggeris.

Jadi bazram la gamoknya...
Molek letok barzah je, baru demeh "terasa" skek kuikui

pakcik kordi said...

ahahaha...blh maut bce blog aok nih.setan betul.

"Mak aku yang selalu masak dan paksa anak-anak beliau makan. Ibu-ibu yang baik memang begitu terhadap anak-anak yang soleh. Makan sajalah. Mana boleh derhaka.Tapi itu cerita lain. Sekarang kita cerita pasal param, ok. "

nape koi suka baca tang ni ha??!!

Webmaster@Echam said...

Air Doraemon??? Nape kat Selangor ade air setan je....

Nerzhul said...

semalam koi makan mertabak dari jerantut. mertabak sultan namenye. tebal dan sedak jugek rasanye.

Baby Tiger said...

air doraemon? iskkk apa rasa agaknya ye?

hurmm bini awak kena belajar masak dengan mak awak la kan? kalau tak awak mesti banyak komplen1 :P