Friday, August 20, 2010

Lucky Draw Raya

Beberapa hari lepas aku tertengok berita di TV. Perkataan ‘tertengok’ itu menekankan betapa jarangnya aku menonton berita lewat TV akhir-akhir ini. Sebabnya aku malas hendak mengotorkan minda aku dengan audio dan visual dari berita tersebut.


Di dalam salah satu berita yang dipaparkan itu, terdapat suatu berita yang paling hampas pernah aku tonton seumur hidup – ‘Pusat Judi Anjur Lucky Draw Raya’ ditumpaskan. ‘Lucky Draw Raya”? Aku tertanya-tanya sambil mengerutkan dahi.


Raya bermaksud ‘Besar’. ‘Hari Raya’ bermaksud hari kebesaran. Kita cepat faham, tujuan orang itu (tentu saja bukan Islam) menggunakan perkataan ‘Raya’ merujuk kepada Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi. Semua mahu buat duit dan kaitakan dengan ‘Raya’. Sememangnya ia bukan merujuk bunga Raya, spesis bunga yang diangkat menjadi bunga kebangsaan itu.


Aku pikir itulah akibat apabila orang Islam sendiri sudah hilang rasa hormat kepada ugama sendiri. Makan di khalayak ramai di kedai bukan Islam, buang bayi, berzina dan entah apa-apa lagi. Tapi orang Islam memang macam itu zaman sekarang ini. Macam buih-buih teh tarik. Aku pun apalah kurangnya, hari-hari baling kucing jiran.




P/S: Harap kerajaan tak pula keluarkan lesen untuk 'Lucky Draw Raya' ni. Tapi kalau keluar, ehem ehem…

9 comments:

relevan said...

Spesel Draw Raya pun ada ..hehe!

Mazru Majid said...

lucky draw raye..lepas ni ape pulok agoknye yak.

hajime said...

aku cam ko gak dulu...
sampai tv pun aku x kenal...
tp skang...
semenjak tertengok 8tv...
9.30 malam konpem aku depan tv!
haha!

Rahimin Idris said...

relevan,
spesel draw banyak kat jerantut. bandar lama, jalan tahan and taman ruby. kui3..

mazru,
lucky draw raya haji hehehe

hajime,
ada apa 8tv 930? aku ketinggalan dowh! tehehe

Nerzhul said...

nok berjudi pun guna name perayaan.

Don Balon said...

Hampeh sehampeh-hampehnya...
Report ke MDJ dgn JAIP la min..
kala demeh nok bertindok la..

jo said...

jangan baling kucing jiran la. penampor kang muka aok tu baru tahu!

Ahmad Azrin Aziz said...

lepas ni kena tukar kerajaan.. wajib..

pakcik kordi said...

kalau kuor aok nk beli ek?hihi...