Thursday, August 19, 2010

Kafka dan Gregor Samsa

Orang femes mesti kena google...

‘Gregor Samsa’ kalau tak silap aku aku nama watak dalam satu cerpen sasterawan Yahudi tersohor, Franz Kafka yang bertajuk ‘Metamorphosis’. Aku pun pernah tanya si Penny G Samsa a.k.a Salleh Gregor Samsa tentang ini suatu ketika dahulu. Memang namanya diambil dari nama watak itu, lelaki yang mendapati dirinya telah menjadi seekor serangga gergasi apabila bangun suatu pagi!


Ada orang google nama ‘Penny G Samsa’ dan masuk blog aku. Baru semalam aku tahu apa yang berlaku. Itu pun selepas Don Balon forward sesuatu ke email aku. Wah, tak sangka. ‘Samsa’ sudah famous sekarang. Ramai orang cari dia!


Hurm, aku tak mahu komen apa-apa. Aku antara silent reader blog ‘Bintang Kertas’ masa mula-mula berblog dulu. Aku pun ada juga tinggal beberapa komen dekat blog ‘Bintang Kertas’ itu. Samsa ni Cuma ada tinggal satu komen sahaja di blog aku. Lama-lama aku jarang-jarang ke blog dia dan tak ingat sampailah semalam.


Untuk berlaku adil, bagi aku secara pribadi; gaya penulisan dan bahasa si Salleh Gregor Samsa ini memang bagus, provokatif dan ada gaya tersendiri. Aku suka membaca apa yang beliau coretkan, walaupun ada yang aku tidak setuju sama sekali. Membaca dan tidak bersetuju itu soal lain.








p/s: Aku bercadang nak mandi bunga di waktu tengahari di atas puncak kubah Masjid Putrajaya sebagai jalan singkat untuk jadi famous. Ada cadangan lain tak?

5 comments:

hajime said...

nak femes?
ko tikam je org sebelah ko skang...

Webmaster@Echam said...

Ada... cuba aok kutuk najib secara sidang akhbar. Mmg femes pastu dgn ISA... hahhahaha

AMMOSHAM said...

lu dah fames apa. tajuk sajak lu " kalau kita menjadi kayu" tu jadi tajuk utama satu buku utusan kan?

lu patut bangga pasal gua beli. jarang gua beli buku pop2 ni...

fndrocka said...

tak pernah pun baca blog samsa..kalau dah boleh kluarkn statement gitu kat fesbuk..tentu blog dia lebih provokatif ye tak

pakcik kordi said...

ni fes time koi dgr nama tersebut..kekeehhh...