Monday, March 1, 2010

Perutusan Penting: Semenanjung Register

‘Semenanjung Register’. Hanya beberapa hari sahaja lagi fanzine ini akan terbit. Ini adalah peluang untuk anda membaca/menatap sesuatu yang berbeza di tangan. Hari-hari baca di skrin komputer jemu juga apa. Ianya sebuah fanzine kolektif hasil kerjasama penulis-penulis bawah tanah yang baik hati seperti geng Wonderpets. Sesiapa yang berminat boleh dapatkannya dari:

1. Mat Yi

2. Fazri

3. Nervous Distro

4. Convert (yr) Mind Distro

5. Pissart Record
6. Corerockmoon Distro

Kalau anda segan nak berurusan dengan mereka dan mahu beli dari aku boleh juga. Tetapi aku tidak menyimpan zine ini. Jadi aku hanya ambil zine ini dari mereka dan pos kepada anda. Jadi aku hanya ambil mengikut jumlah untuk yang diorder sahaja. Ianya terhad. Harga yang dijangka ialah harga patut iaitu RM4 (termasuk pos).

Maka bagi yang mahu menyokong atau memiliki zine yang teramatlah rare ini, yang tak akan dijumpai di mana-mana kedai buku selain di atas, dan akan jadi klasik gila 10 tahun akan datang, bolehlah drop komen atau email aku di rahiminidris[at]hotmail[dot]com atau akulatomi[at]yahoo[dot]com.

Sekian,
Terima kasih.

11 comments:

mr.kordes said...

yang penting,sampai ke tangan koi ...hehe....koi tempoh min!

jo said...

aku la tomi?
hik..hik..hik..
saya pun nak satu..

hanie said...

nak satu!


free buleh?


:P

Hashim Zabidi said...

Yang jelasnya keh nok satu. Bak hotmail, gmail ni keh tok reti...
jangan lupe yek...

deus X machina said...

jangan lupa simpan utk koi 1 !!!!

terrarosa said...

pat yar jah ?
macam tak patut jer harga ni,
murah sangat...
keh keh keh..

orait simpan dekat keh satu yer....

Awish said...

mengkala koi beli by hand bleh? koi dtg laa ke jerantut nu...gone?

Relevan said...

Kawan nak membaca juga ni Min..aok sampai Jerantut aok helo kawan..

k.e.r.i. said...

alang-alang 4 riya, mung bayor dulu deh.

mazru said...

menarik-menarik

Rajuna said...

tomi ke kastumi?