Monday, January 25, 2010

Kisah Aduka Taruna

Kadang-kadang aku suka ikut lori. Sebab diver lori peringkat satu yang kerja sekali dengan aku itu menggembirakan orangnya. Walaupun lagaknya kadangkala lebih dari boss. Itu tidak mengapa. Yang penting beliau lucu. Kadang-kadang aku juga yang lebih lucu dari dia.

Tapi janganlah disangka air yang tenang tiada buaya. Janganlah disangka juga orang yang lucu tiada ilmu. Itulah kesilapan orang Melayu kita. Selalu menganggap sesuatu yang lucu itu hanya mengirim kekosongan ke dalam minda. Walaupun memang tak ada niat pun hendak mengajar.

KOMA

Suatu petang. Kami pulang dari Kuala Lips. Hujan tidak hujan. Panas tidak panas. Alam dengan bukit bukau nan hijau di kiri kanan, deretan rumah-rumah, kedai dan warung orang-orang melayu kedapatan di pinggir-pinggir jalan apabila sesekali melewati kampong. Kambing, lembu, kerbau dan ayam itik juga berlenggang-lenggang di tepi jalan dengan tujuan masing-masing. Semua digerakkan suatu tenaga luar biasa.

Demi terpandang sungai Jelai yang keruh dan lesu, aku menjadi sayu. Ada pembalakan entah di mana. Di hulu boleh jadi. Begitulah rakus manusia memperkosa alam seolah-olah duit adalah segala-galanya. Aku sebagai manusia yang senang dengan hasil seni seperti lukisan, muzik, arca dan lain-lain berasa sangat pilu. Pembalakan dan pemusnahan ekologi adalah penghinaan kepada Tuhan yang tiada taranya.

KOMA

“Hoh, apahal brek mengejut ni, pak cik?!” tegur aku ketika melalui jalan zig-zag di sekitar kampong Jeram Landak. Jalan itu memang bahaya. Di belakang kenderaan lain tiada. Kelajuan lori hanya sekitar 80km/j.

“Tak nampok tu? Ulor tu hah!” kata pak cik driver lori sambil menjuih.

“Laaaa, bangkai ular, lenyek je la pak cik!” kata aku. Memang aku sudah nampak pun bangkai ular tedung hitam yang sudah terlepak di laluan itu.

“Tak baik. Dia dah mati. Kena hormat. Siksa mayat dia tu nanti. Selagi boleh elak, kita elak.” Kata pak cik driver lori itu dengan jujur.

Aku segera memalingkan pandangan ke arah sungai Jelai yang lesu tapi berliku-liku dalam kekeruhannya itu.


KOMA

Kehidupan ini sangat indah. Namun debu-debu dari sisa penghinaan terhadap sesama makhluk semakin menenggelamkan maksudnya. Seperti kulit kerang terbenam dalam pasiran. Sayu lagi pilu serta mencengkam ngilu.


Berhentilah menghina sesama makhluk demi cita-cita dan kekayaan. Menghina dan bergurau itu berbeza. Setakat buat hal sekadar hendak glamor supaya boleh jual e-novel dan baju T tu tak berbaloi langsung cari penyakit begitu. Tapi kalau terpaksa kutuk tu, macam zionis itu -- kutuk sajalah.
Lantaklah demehhhh...

Pak Cik Driver Lori memandang masa depannya yang kelam di dalam tandas yang belum siap.

20 comments:

ezam said...

owh abg mimin..story dh menarik tapi wa tergelak2 tgk gambar n kepsyennya..hahhahahaa...

baideway bila bercakap pastikan batas2nya....jangan pakai zass aje...kolo org buat status baru lepas mandi sungai amzon jangan komen nanti ikan mati.....sah2 aok kena zassss balik..hahahhahahaa....

rahimin idris said...

ezam,
hehehe itu orang entah hapa2. tak boleh tegur. perasan wangiii hahaha

Redz da Tsar said...

Hehe...

Cakap tak fikir dulu... Dia tak tau apa dia cakap tue sangat ektrim

Mimie.Candy Cane said...

kerana mulut santan binasa,kerana pulut badan binasa.

eh,mcm lain je..

ape pun,cakap siang dengar2,cakap malam pandang2.

eh,silap lagi.

aarrrghhhhhh......!

Fadh said...

min, mgkin apa yg akan aku tulis nie nanti menimbulkan kemarahan jua namun bg aku, aku nyatakan pendapat aku semata.

min, aku tidak sokong tindakan blogger itu yg menghina sultan...apatah lagi selepas kemangkatannya tapi ada beberapa perkara yang aku rasakan melayu nie selalunya terlalu mengikut gelojak emosi diri...sbg cth, bila sultan dihina...melayu bingkas bangkit menyatakan bantahan...andai kata nabi dihina...di mana melayu?...malah Allah dihina...di mana melayu? seperkara lagi, di dalam Islam telah dinyatakan perlunya menyegerakan jenazah...jangan dibiarkan jenazah itu berlamaan tanpa dikebumikan...tapi dengan segala protokol dan adat istiadat...tidakkah itu juga boleh dianggap sebagai menghina dari sudut kacamata Islam?

rahimin idris said...

Fadh,
Aku nak tulis pandangan aku dekat sini bahaya juga sebab blog aku ni tak private. Tapi yang aku nak kongsi dekat sini bukan menyokong atau tak menyokong sistem raja tu. Tapi cara seseorang penulis/blogger tu cari makan.

Rajuna said...
This comment has been removed by the author.
Rajuna said...

gua ada dengar 'hero' tu dari batu pahat. entah kan ye entah kan tidak. aku memerhati dari jauh je.

Hashim Zabidi said...

Min,

Memanglah jalan dari Lipis ke Jerantut berliku-liku apatah lagi kalau melaui Benta. Tapi jln tu boleh lurus selurus-lurusnya melalui mata dan matahati. Nyatakan saja falsafahnya supaya mudah. Rupanya ada kilat dalam kilau.

Itulah syahdu orang berlagu...

Abang Ben said...

mat kontroversi = psychological deficiency

jo said...

yela...gua selaku kerabat diraja turut angry dengan perkara tersebut. tapi bila dapat cuti hari sabtu itu hari, sedap jugak buat redeem tido..

alif-mikail said...

ah .. ah..
ah.. ah..


- Cd tak sempat burn lagi

Masy said...

x sempat nk baca entry panas tu. tp ade sape tah yg print screen.

bahasanya bole tahan gak. malanglah sbb kutuk mcm tu dlm internet. kutuk serupa mcm tu baik tulis dlm diari je, takde sape bole baca.. huhuhuuhu

j or ji said...

kebanyakan isu dimalaysia adalah 'luaran',...'kulit' sahaja. .

apapun ,aku suka gaya tulisan kau kali ni...juga komen dari hashim zabidi.

rahimin idris said...

ben,
thanx untuk istilah tu.

pak ngah,
terima kasih sebab membaca luahan saya yang entah apa2 ni. sebagai rakyat marhaen Pahang, mesti dapat tangkap maksudnya. 'Keruh di hulu, keruh la muaranya'. entah apa la yang dapat untuk kita ni selain kekeruhan.

jorji,
thanx man. Kadang-kadang memang aku tak maksudkan apa yang aku tulis, dan saja tulis secara terbalik. kadang-kadang aku maksudkan sungguh-sungguh. banyak menda nak cakap, tapi biarlah orang lain yang lebih pandai tolong cakap.

tapi 'Aduka Taruna' tu saja je aku tulis untuk naikkan hit blog aku je. (haha). tapi apa pun aku memang tak setuju cara dia yang macam tu, betul tak berakhlak.

pakcik kordi said...

kehkehkeh..hebat aok min.

..

koi tk suke jugek nengok hutan kena balun,koi kesian sgt kt bumi.manusia mmg rakus utk dunia.tk mboh puas2...sudoh2 le weh...

tk gitu min.

l.i.f.e said...

nak baca dan paham posting kamu ni kena paham kiasan dulu kan?

Don Balon said...

Hmmm..
Kirim salam koi ke pokcik tu.. :)

Kepada aduka, setakat kerandut kecut batu lanjut jangan lautan hendak diduga kuikui...

crawai said...

Assalamualaikum.



Saudara Rahimin,

Saya ingin meminta jutaan maaf, secara ikhlasnya menyesali ungkapan menghina di ruangan Facebook anda. Sejujurnya bukan bermaksud menghina para Mufti-mufti atau kemangkatan Baginda Sultan. Saya menganggap seloroh/ gurauan ringan tanpa memikirkan akibat dari perbuatan jahil saya. Mungkin boleh di anggap sebagai alasan, sememangnya saya dengan hinanya menganggap remeh bagi perkara yang serius, yang memakan diri sendiri.



Saya sedar, saya sudah terkeluar landasan. Dengan perbuatan meredah ke halaman Facebook anda serta memberi komen-komen tajam, secara celuparnya memang menusuk sensitivity masyarakat.

Komen tajam inilah telah menikam diri sendiri. Saya akui, ruangan facebook saudara merupakan kegemaran saya melepaskan tekanan kerja tempohari. Bukan berniat untuk menghina sesiapa saya tahu perasaan bagaimana di hina. Sejujurnya keceluparan serta ketelanjuran itu mengajar saya tentang siapa diri ini. Berhari-hari saya rasa takut dengan bayangan diri sendiri. Serba tak kena, malu untuk bersemuka dengan orang lain, terasa jasad seakan memaki diri sendiri.



Terima kasih dengan teguran saudara. Apapun saya yang memulakan, saya akur dengan rasa bersalah yang sentiasa menghantui. Pernah cuba berdiam diri, membiarkan – tetapi yang salah tetap salah. Ampun maaf dipinta.

fndrocka said...

tertarik dengan brader lori yang berhentikan lori tu.

simbolik kepada sikap hormat menghormati.

simple..tapi signifikan