Tuesday, January 19, 2010

Fragmen Novel Kanak-kanak: Mazru Belajar Bahasa Haiwan

“Kur kur kur!” Mazru buat isyarat memanggil ayam yang mematuk-matuk di pintu pagar halaman rumah ibubapanya itu. Entah ayam siapa Mazru pun tidak tahu. Rupanya juga aneh sekali.

Namun tak ada seekor pun yang sudi menghampiri. Semua buat tidak tahu sahaja kepada. Rupa ayam yang aneh itu tak ubah seperti basikal chopper itulah yang menyebabkan Mazru cuba memanggilnya.

“Tak hensemkan aku? Sungguh hairan. Kenapa orang lain panggil, ayam-ayam mudah datang. Kenapa? Kenapa? Kenapa?” pertanyaan kecewa Mazru bergema di dalam hati kecilnya yang semakin membesar itu.

“Kur kur kur!” Mazru memanggil lagi dengan penuh yakin diri. Cikgu Fadhlur Rahman ada berkata; ‘usaha tangga kejayaan’. Yakin boleh. Tak yakin tak boleh.

“Oh, menipukah Cikgu Fadhlur Rahman? Ataukah aku yang mudah terpedaya?” Mazru tertanya-tanya di dalam hati.

Tentulah sedih kalau ditipu. Pernah sekali Mazru kecewa di tipu oleh seorang pemesin rumput yang selalu mengambil upah memesin rumput di halaman rumah ibubapanya itu. Mazru pikirkan ada motor Harley Davidson ketika mendengar bunyi tatkala mesin rumput itu dihidupkan. Berlari Mazru bangun dari tidur yang sedap. Tetapi rupanya alangkah kecewa kerana ia sekadar mesin rumput. Pak Cik Kordi pemilik mesin rumput itu telah mengubahsuai ekzos mesin rumput itu rupanya agar berbunyi seperti Harley Davidson. Sebulan Mazru hilang selera makan nasi kerana setiap hari teringatkan mesin rumput Pak Cik Kordi yang nampak zalim itu macam robot Transformer jahat itu.

“Entah-entah aku nampak ganas macam mesin rumput Pak Cik Kordi barangkali,” kata Mazru di dalam hati lagi. “Baik aku tukar taktik,” pikir Mazru seraya bersimpuh seperti Mak Cik Jo yang selalu buat bersimpuh ketika membuat karipap. Walaupun Mak Cik Jo buat karipap dengan gaya bersopan, tapi karipap yang dikelimnya sebaliknya selalu terserlah kejelikannya. Bersepai bila di goreng kerana mudah pesuk di sana sini.

“Kur kur kur!” Mazru memanggil lagi dalam persimpuhannya yang manja itu.

“Hei, buat apa tu Mazru, duduk atas pasir, naik tungau nanti!” tiba-tiba kedengaran suara ibu Mazru, Mak Cik Mimie Candy menegur.

“Oh, emak. Mazru cuba memanggil ayam-ayam itu. Tetapi mereka enggan datang ke mari. Bencilah Mazru. Rasa hendak masuk universiti tadika sahaja, belajar bahasa ayam.” Mazru mengadu kepada ibunya dengan gaya mengada-ngada.

“Oh, itukah? Itu bukan ayamlah, Mazru sayang. Itu angsa-angsa Pak Cik Rajuna Asmara yang kuat merayap itu. Tak pernah bereban angsa beliau. Memanglah mereka tidak datang kalau panggil macam itu. Kalau nak panggil angsa bukan ‘kur kur ku’, tapi kena buat bunyi ‘ang ang ang’,” kata Mak Cik Mimie Candy sambil ketawa kelucuan menekup mulut selepas membuat bunyi angsa.

“Oh, angsa rupanya. Mazru pikirkan ayam cacat. Baru tahu. Eh, tengok mak angsa-angsa datanglah!” kata Mazru dengan penuh keterujaan.

Maka gembiralah Mazru dan Mak Cik Mimie Candy hari itu. Mereka berdua bergembira menari bersama-sama angsa Pak Cik Rajuna Asmara selama seminggu sehingga tak sedarkan diri.

Pak Cik Rajuna Asmara pulak kerinduan kerana kehilangan angsa-angsa tersebut. Pak Cik Rajuna Asmara menyesal kerana berperangai Ehud Olmert dan langsung tidak cakna kepada haiwan ternakan. Pak Rajuna Asmara bercadang hendak membuat laporan polis malam nanti. Tetapi sebelum itu beliau hendak mengadu kepada Tok Empat Echam.Com terlebih dahulu dan hendak meminjam kereta sekaligus. Kereta rasminya telah di bawa oleh anaknya, Red Da Tsar pergi menuntut ilmu ghaib di Mannipal India.


Bersambung…

17 comments:

Fadh Rahman said...

hahaha...mazru...mazru...maru laa dah...angsana pun xkenei ke hahaha

Rahimin Idris said...

Fadh,
Hahaha goner gaya nok membuka kolam ikan te esok. hahaha

alif-mikail said...

hagemaru la koi syak

hanie said...

hahahaha..sungguh amerika nama mak mazru ye...jgn nt dia jd penyu jadian plk..udah la.. XD



*nasib baik aku tak terlibat dlm ini cerita... :P

Rahimin Idris said...

alif,
apekejadahnya?

hanie,
ni baru satu bab pun tak sampai...tunggu...hehe

jo said...

nanti miting-miting nak mintak karipap dekat aku jugak bersepai pun.






cis. takde heroin ke dalam cerita ni?

Mimie.Candy Cane said...

whaattt???? makcik? nasib baik ko lagi tua dari aku min,kalo tak aku tumbok rusuk ko laju2..

kata Mak Cik Mimie Candy sambil ketawa kelucuan menekup mulut selepas membuat bunyi angsa.<<takleh blah...hahahahahahahahah

Redz da Tsar said...

Pegh... Aku nak baca sambungannye...

Tapi Min, kete ape yang Redz da Tsar bawak tue? Larat jugak pergi ke India yek?

Malaya--> Thailand --> Vietnam --> Myanmar --> India.. boleh tahan~

mr.kordes said...

kah kah kah!!!tk boleh blah!!!!kah kah kah!!!!klakor2!!!!

best beb!cpt sambung!

''Bersepai bila di goreng kerana mudah pesuk di sana sini.''

KAH KAH KAH!!!!!

Hashim Zabidi said...

Bertambah sebuah lagi buku bacaan umum kanak-kanak...

mazru said...

hahahaha kelakor le min..koi tunggu sambungan seterusnye

mazru said...

min koi x dapat bayangkan kala koi duk bersimpuh dgn sopan sambil memanggil ayam...

hanie said...

mazru...besok2 jgn duduk bersimpuh bg mkn ikan pulak..

hahahaha

MakLang said...

mampu gelak guling2 jer...lawak takleh blah!!... kik kik kik

terrarosa said...

hoh ada sambungan ker ?
Jo dah jadi Makcik Jo, jadi ada harapan ler keh nak jadi awek Mazru hikhikhik.....
tapi kalu Mazru nyanyi lagu Bunga Angkasa - Terrarosa dah cukup cantik...

kuikuikui....

Ahmad Belia said...

aku panas betul cerita bersambung ni...

Unknown said...

hai bro..